Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, November 29, 2008

PeLiK

Dua minggu lepas aku didatangi seorang ibu yang ingin mendaftarkan anak di tadika. Salah satu kerisauan ibu ini ialah
"anak saya ni pelat cikgu. Tak apa ke masuk tadika".
Saya kata, "tak apa. Nanti bila dah berkawan, secara tak langsung ia merupakan satu speech teraphy untuk anak itu. "
"Kawan-kawan tak ketawakan dia ke", ibu.
Memang sudah adat kanak-kanak, mereka akan merasa pelik akan benda-benda yang lain daripada yang lain. Dalam kes ini, kalau kanak-kanak tidak biasa dengan budak yang bercakap pelat, memang pada mulanya mereka akan merasa pelik dan mentertawakan budak itu. Tapi lama kelamaan rasa pelik itu akan hilang dan mereka tidak akan mentertawakannya lagi.

Bila menyebut fasal melihat benda yang pelik ini, aku teringat perihal anak-anak lelaki aku semasa mereka kecil. Waktu itu kami bersembahyang hari raya di surau kampungku. Ada seorang lelaki yang bibirnya sumbing. Anak-anak aku duduk sebaris dengan ayahnya dan lelaki itu pula duduk di hadapan mereka. Mereka tidak pernah melihat orang sumbing, lantas dengan suara yang kuat mereka bertanya ayah, "Yah, kenapa bibir orang tu terbelah" sambil menunjuk kepada lelaki tersebut. Ayah diam sebab nak menahan rasa malu. Almaklumlah, anak-anak menegur orang depan-depan macam tu. Kuat-kuat pulak tu. Lagi ayah diam, lagi bertalu-talu anak bertanya. Bertanya satu hal, kemudian mereka ketawa pulak. Ayah kenalah jawab dalam malu.

Dua sesi lepas ada beberapa kanak-kanak pelat di centre. Bila aku masuk ke kelas tersebut, seorang kanak-kanak mengadu kepada aku, "ummu, dia cakap pelat". Kanak-kanak yang mengadu itu agaknya tidak sedar bahawa diapun lebih teruk pelatnya. Tapi alhamdulillah sampai hujung tahun mereka ini tidak pelat lagi.

Bercakap pelat ini merupakan satu fasa dalam kehidupan sebahagian kanak-kanak. Semasa anak-anak aku kecil ada juga beberapa perkataan yang disebut tidak betul.
Farah berkata " Kapan koloban. Mak, kapan koloban" (kapal terbang)
Farah berkata lagi, "Mak, lantai mana"
'Tu lah lantai" Aku, sambil menunjuk lantai.
"Bukanlah, lantai ni..." Sambil menunjukkan leher. Rantai rupanya.
Fatimah berkata" mak, pintu sloling loor( sliding door) tak tutup"
Fatimah berkata lagi " sua pender imah mana " (spender. Slua dalam)
Kirin berkata "Sadin Bahadin" (Sdn Bhd)
Man berkata " Mas tu Man dah letak balik" (Masa tu).
Man sekarang ambil foundation di Uniten tetapi masih lagi gunakan "mas tu".

Banyak lagi perkataan lain tetapi aku dah tak ingat. Adalah natural kalau kanak-kanak bercakap pelat tetapi kalau oang dewasa bercakap pelat, tak dapek den nak nolong e. Kalau yang bercakap pelat itu bangsa bukan melayu, nak marah pun ada. Dah lahir dan beranak pinak di sini takkan cakap melayu pun tak reti-reti.
"Cikgu Ratipah, (bila pulak aku tukar nama). " Ini ada kaleling kontes.
You punye student lamai aa.." (colouring contest tu)
" Lu punye tingkap satu laun ka dua laun" Suami aku pergi kedai cermin.
Toke tu tanya tingkap tu satu daun ke dua daun.
"Dis one vely good ma. You buy one you get one flee" Salesman pujuk
suruh beli barang yang dia jual.

Masa sekolah dulu kawan aku cerita. Kawan aku ni sebelum ke JB bersekolah di Seremban. Dia kata classmate dia ada sorang budak cina. Budak ni suka sangat bertanya, " bell gone aleady ha.." (baca dengan pelat cina). Lepas tu budak ni dapat program student exchange. Bila dia balik, dia masih lagi suka tanya loceng dah bunyi ke belum tapi bahasa dia dah lain,
"Has the bell gone?" (kena baca dalam loghat british sikit.)

Maca tu lah ceritanya, adanya.

Friday, November 28, 2008

Sakit hati vs Sakit badan

Berhari-hari buat kerja ni, sakit satu badan. Baik jugak bibik pandai ngurut. Tertidur-tidur kena pijit. Bibik yang aku cerita haritu sekarang ni kat kampung dia. Cuti satu bulan. Semalam sms aku. "Buk, boleh kirim tiga juta? Nak bayar deposit sawah". Dah balik kampung pun ingat duit lagi. Camno? Abaikan aje..................

Ni hasil kerja di Jasmin. Ada lagi yang nak buat.







Tuesday, November 25, 2008

nak bagi cantik

Cuti sekolah ni sibuk operasi mengecat dan membaik pulih gambar-gambar di dinding tadika. Tiap-tiap hujung tahun begitulah. Bila awal tahun, semua cantik. Anak-anak tadika ni kalau dapat pensil, daya imaginasi mereka cukup berkembang. Tak cukup dengan kertas, habis dinding-dinding dibuat tempat melepaskan ilham.

Dalam seminggu lebih cuti ni, baru sempat buat centre dengan Jasmin. Itupun belum siap. Dua hari ni anak-anak ada yang tolong. Kena rasuah pulak tu. Habis kerja kena belanja makan.






































Semua gambar ni dekat dinding tempat assembly di Jasmin.

anak buah cucu buah

Petang semalam anak saudara satu famili datang ke rumah. Cucu saudara pelik macamana wan lang masukkan gambar dalam internet. Untuk cucu-cucu wan lang, tengok gambar-gambar ni:
























































Suruhlah ayah buat blog......

Sunday, November 23, 2008

IS YOUR CHILD READY FOR KINDERGARTEN


Are your children ready for kindergarten?There are some things parents can do in the early years to help a child be confident and eager to learn when the first day of school rolls around.

Be your child's first teacher: Help foster a curiousity toward learning by playing with your children and exploring the world around them. A visit to the park can yield a study of nature -- focusing on sounds and sights gets children observing, thinking and asking questions.

Communicate with your child: Activities as simple as reading to children or talking to them often help develop strong oral-language skills. Use picture books or toys to encourage children to explain what they're seeing. Reading stories every day also teaches children to listen and then explain what they've heard.

Encourage independence: Kindergartners have to be independent enough to do simple tasks, such as washing their hands on their own. Can your child blow his own nose? Cover her mouth when she coughs? While it may be easier to do some tasks for children, educators stress allowing children to do things for themselves when safe to do so.

Playing well with others: Learning to share and wait their turn is essential once children start school. Parents can help their children by encouraging them to express what they're feeling. Praise your child if you catch him sharing with others. Find opportunities to help your child problem-solve through conflict, such as a fight over a swing at the playground.

Help develop strong fine-motor skills: Craft projects or simple chores around the house can help a preschooler prepare for school by developing the fine-motor skills needed for writing. Stringing cereal like Cheerios on a pipe cleaner to make bracelets develops muscles in children's hands that will then be used for writing.

Recognizing basic letters and numbers is important. It does help when a child can recognize letters and count to 10 before she goes to the kindergarten. Parents can do their part by pointing out letters to children as they go along their days, and by encouraging counting out things during play.

Saturday, November 22, 2008

MIND YOUR LANGUAGE

It’s really shocking for parents to hear their innocent and sweet children suddenly one day start using swear words as part of their conversation. This is a highly prevalent problem that often perplexes parents who are lost on how and why the child’s vocabulary has suddenly expanded to include these atrocious words.

Usually children begin swearing when they hear adults doing it. We all know that kids are like sponges who absorb everything that they see and hear in their environment. They may be copying mom, dad, any other adult, a sibling or friends at school. Sometimes children also swear to get attention. Younger kids are looking for their parent’s attention and swearing is one surefire way of getting it.

The first thing to do when you observe your child swearing is check your own language. It is not fair to expect your children not to use these words if you are regularly using them. Kids always model parent behaviours, thus if you want them to monitor their language, you have to monitor yours.

If you are not the one using bad language try to look into the other sources that might be influencing your child’s language like Television, Friends, Neighbours or Relatives. Try to keep your child away from the source as far as possible.

Establish clear rules about swearing with your child. Make it clear to your child that such words are not permissible at home. If your child is using these words when angry, try to teach him or her healthy ways of expressing emotions especially when they are frustrated or angry. This is especially true for younger children who most likely don’t understand the meaning of the words they use. Also, explaining to children the meaning of the words usually makes them stop since they now understand the vulgarity of the expressions.

Don’t feed in your child’s bad habit. If your kids are swearing in order to get attention, yelling at them or reprimanding them in any other way is just going to increase the frequency of the behaviour. A calmer approach usually works here. Ignore your child’s behaviour at that time and instead give him or her attention when behaving in a desired manner.

It is very distressing for parents to hear their kids use language that is inappropriate. Parents have an obligation to raise their kids properly by teaching them the right values.It is not easy being a good parent, we all know this, but we need to try our best to understand our children and guide them in their formative years in order for them to have a comfortable future!!

Friday, November 21, 2008

LATIHAN AMALI

Hari Isnin depan dua pelajar dari Kolej Islam Antarabangsa (Anak UIA) akan buat praktikal di Taska Arriyadh. Mereka adalah pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Sudah ramai juga kalangan pelajar yang membuat praktikal di taska kami. Antaranya pelajar-pelajar dari Universiti Malaya yang juga mengambil jurusan yang sama. Setiap tahun kami juga didatangi perserta-perserta kursus Awal Asuhan Kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelajar-pelajar dan perserta-perserta kursus ini memerlukan tempat untuk mereka menjalankan latihan amali. Apa yang diberitahu oleh pelajar UIA kepada saya, ramai antara rakan-rakan mereka tidak mendapat tempat untuk mereka jalani latihan ini. Oleh kerana tempat-tempat latihan hanya di kawasan lembah kelang sahaja, maka pilihan mereka adalah terhad. Mereka diberikan senarai taska-taska yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah pelajar yang ramai menyebabkan pilihan tidak mencukupi. Apatah lagi ada pula kalangan pengurus taska yang berdaftar ini enggan membenarkan pelajar-pelajar membuat latihan di tempat mereka. Kesihan anak-anak ini.

Saya tidak faham kenapa mereka enggan memberi kerjasama. Pada saya kedatangan mereka ini tidaklah menyusahkan. Mereka mahu mempraktikkan apa yang mereka sudah pelajari dan dalam masa yang sama juga perkerja-perkerja taska dapat pula menimba ilmu dari mereka. Saya mengalu-alukan kedatangan mereka dan sesiapa juga yang mahu datang ke taska saya.

Thursday, November 20, 2008

MENCARI TASKA UNTUK ANAK ANDA?

TASKA ARRIYADH
NO: 2 JALAN 3/6K
BANDAR BARU BANGI



















Wall kat taska. Pagi semalam buat projek ni.











Pintu bilik air. Konon-konon masuk rumah mushroom.


ACTIVITY AREAS






























Antara anak-anak taska










ARRIYADH BABY CENTRE
NO: 1 JALAN 3/6J
BANDAR BARU BANGI










Premis ini khas untuk anak-anak 2 1/2 tahun ke bawah.

Untuk keterangan lanjut, e mail puan Latifah ataupun call 89223842.

Wednesday, November 19, 2008

ORANG YANG PELUPA

Selesai memotong bawang, aku berjalan menuju peti ais. Aku perhatikan barang-barang yang ada dalam peti ais tu satu persatu. Penat berdiri aku mencangkung.
"Ya Allah.. apa benda la yang aku nak ambek tadi" Lepas menggaru kepala yang memang gatal sebab shampoo yang aku beli tu tak sesuai, aku pergi balik kat tempat aku potong bawang tadi. Kepala hotak ligat memikirkan apa yang aku nak ambek dalam peti ais.
"Ooo aku nak ambek cili.."
Pergi balik kat peti ais. Kali ni terus ambek cili.


Sambil-sambil masak, otak berjalan terus. Bukannya nak berzikir. Asek pikir apa benda nak buat lepas ni dan lepas tu dan lepas lepas tu. Lepas goreng ayam ni kang nak pergi atas ambek kamera. Semenjak dua menjak ni dah jadi habit selesai masak, hias-hias dalam pinggan, pastu ambek gambar. Saja je nak menayang bakat.


Selesai masak, naik atas. Aku ingatlah yang aku perlu naik atas bila dah selesai masak tapi.........aku naik atas ni nak ambek apa ye. Aku masuk bilik, terpusing sana terpusing sini. Tengok atas meja. Tengok atas almari. Tengok atas katil. Eee... boring. Turun baliklah. Dekat bawah, duduk tepi meja. Termenung.
"Kenapa buk"
"Aku tak ingat apa benda yang aku nak ambek. Engkau tau ke"
"Ibu tak cakap, ya mana saya tauk"


"Give up lah. Baik aku naik atas buat blog" Sebaik duduk depan laptop, mata ku ternampak kamera tepi scanner.
"La.. aku nak ambek kamera rupanya". Capai kamera, berlari turun bawah nak snap gambar. Di meja dah ada anak-anak aku tengah makan.
"Korang dah makan ke. Nanti..nanti... mak nak ambek gambar dulu". Aku tengok masterpiece aku dah kena kerobong. Umm.. engkorang makan je lah.


Saat-saat dah jadi orang pelupa ni aku sering mengingatkan diri sendiri. Allah dah tarik nikmatnya satu-satu. Berjaga-jaga la engkau. Ada kalanya dalam teringat untuk mengingatkan diri sendiri, aku terlupa juga untuk mengingatkan diri ini.

Tuesday, November 18, 2008

TKI

"Buk, pembantu rumah Fazilah Kamsah gaji dia seribu"
(biar betul!!)
"Pandai je lah engkau ni"
"Betul buk, si polan tu cakap"
Ni bagitau aku gaji orang tu banyak tu apasal ni. Mesti nak mintak naik gaji la ni. Mak datuk ai.. seribu. Menggeletar tangan aku nak kluar duit banyak tu. Tu baru bayar gaji pembantu rumah.
"Jangan dengar cakap orang. Mana ada orang bagi gaji pembantu rumah banyak tu"
"Iye buk" degil sungguh minah indon ni.
"Kalau iye pun, itu Fazilah Kamsah. Banyak duit. Jual air liur je sejam dapat sepuluh ribu. Memang dia mampu pun. Jangan bandingkan dengan aku"
Terus senyap.


"Buk, si Tom pembantu rumah polis tu dapat duit raya banyak buk. Bos dia je bagi seribu. Anak-anak dia bagi sorang dua ratus." Eei... kalau bab-bab duit ni hidup engkau ye. Eh, boleh caye ke bos dia ni bagi duit raya seribu.
"Biarla. Dah rezki dia. Engkau pun dapat juga kan". Senyap. Tapi dalam hati dia aku dah agak dah mesti dia mengutuk aku sebab tak bagi dia duit raya macam tu punya banyak.


" Buk, kesian Joyah tu buk. Bos dia tak bagi duit raya pun. Baju raya pun tak kena belikan. Tadi dia telefon saya sambil menangis-nangis. Saya ajak dia kerja dengan ibuk boleh ke". Amboi... sejak bila pulak aku dah jadi anak syarikat kebajikan ni.
"Eh.. jangan nak cari pasal. Engkau ingat senang ke. Dah.. jangan campur hal rumah tangga orang. Yang engkau susah apasal"
"Tak de la. Kesian"
"Kesian, bagi je duit raya engkau tu kat dia". Hah.. takkan ndak nye.


"Buk, pinjam tiga puluh juta boleh buk" Erk.....Tersembur air yang aku minum.
"Engkau ingat aku ni bank ke. "
"Nak buat apa duit banyak-banyak", bila dia senyap aku umpan.
"Nak beli sawah la buk"
"Nanti jap aku pegi belakang ambek duit"
"Duit apa kat belakang buk"
"Tu .. kat pokok tu. Aku tanam. Dah banyak dah duit tumbuh"
"Ala buk. Saya cakap betul ni. Nanti potong lah gaji saya"
"Kalau engkau mati sapa nak bayar hutang engkau"
Senyap lagi. Dia ingat senang-senang je aku nak bagi tiga puluh juta (rupiah le). Lebih kurang 14ribu ringgit gak tu. Kurang siuman ke aku ni.


Hujung minggu ni dia balik cuti sebulan. Mertua aku cakap kenapa tak balik terus je. Hehe.. nak cari pembantu rumah sekarang ni mahal mak. Busuk busuk pun mesti ada lima ribu ringit.


"Buk, apa kata (perhatian: sila baca dengan nada lembut lemah longlai. Ulang baca lagi sekali) , bila saya balik dari indon nanti ibuk belikan saya dan aini rantai emas." Erk... tersembur lagi air yang aku minum.
"Banyak caanntekk engkau. Belilah sendiri"
"Ala.. saya mana ada duit. Nanti ibuk tolaklah gaji"
"Haah.. engkau ingat senang engkau je. Susah aku kau tak ingat", Eee...berasap telinga aku. Nak suruh aku belikan rantai? Satu gram seratus enam ringgit. Mana ada rantai tiga empat gram. Kurang-kurang satu rantai regenya seribu. Dua dah dua ribu. Giler ke apa minah indon ni.


Nak dapatkan TKI yang betul-betul elok teramatlah susah. Yang ini kerja tip top tapi tu lah masalahnye. Asek ingat duit je. Mungkin pressure kot. Anak dia asek mintak duit je. Tahun lepas mintak sepuluh juta beli motor. Tiap-tiap bulan mintak duit. Macamana nak simpan. Kerja dah bertahun-tahun tapi rumah kat kampung macam tu gak. Tambah nak condong lagi ada. Dah tu tiap kali anak mintak duit, dia buat perangai tak betul dia. Tutup pintu gedegang gedegung. Basuh periuk kelentang kelentung. Cuci pinggan krang krung. Telinga aku yang dengar berdesing berdesung. Sabau jelah cik pah oi... Mentua aku selalu cakap. "Dengan dia ni engkau jaga-jaga sikit. Mak tak kuasa cakap banyak. Nanti kalau engkau dah terantuk, engkau tengaaadah le!" Dalam makesudnye tu.

Monday, November 17, 2008

I LIKE............

I have passions for:

1. GARDENING
Here are some of the pictures taken from my garden















































































































































2. HOME DECORATING

Some husbands label this hobby as showing off but I see it as putting everything neatly in place.








Here are some of the plates belonged to my great great grandparents.

















I ransacked my mom's cabinet when I went back to kampung one day, and I found those cups and teapots. There are more ................































Decided to change the decoration theme to English style........

















3. COOKING


I like to cook because my children like to eat. But I have to squeeze my desire to cook between works (including blogging) and laziness.








My first attempt in cake decorating.









My third attempt







































4. ART AND CRAFT

Decoupage




















Kid's projects


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...