Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, September 30, 2008

ALTRNATIVES TO THE WORD "NO"

One day it happens. Your cute, adorable, cuddly baby has turned into a toddler. And she’s discovered the word, “NO”! Emphatic, heart-stopping, and powerful. The word “no” is a favourite among children because they hear it so often from parents when they mean business.

Children are corrected many times in a day. That’s a lot of negativity thrown at them. Eventually, the word “No” loses its impact and children get so tired of hearing it, they learn to tune parents out.

How can we avoid overuse of the word “No” when relating to our child, but still get the message across that some limits have to be respected? Try using some positive alternatives:

“Yes, later.” Works well when you want to delay something.

“Not today.” Tells the child that the possibility is open, but timing is wrong.

“When…,then…” This technique is especially good for transition times. “When we get in the car, then we can buy the cake on the way home.” “When we get to Grandmas, then we can have the ice-cream we bought.” This works great to establish a routine and help toddlers discover the order of events in their world. One event often follows another.

“Let me think about it.” Instead of an automatic no, you always have the right for time to think about your decision. We often make better parenting decisions, ones we don’t regret later, but feel we have to follow through for consistency sake, when we’ve allowed ourselves time to think about what we are really being asked, and what response we want to give.

“Yes, did you bring your allowance with you?” You are getting across the point that your child can purchase the treat/toy/treasure but you are not paying for it.

“Yes, (with qualifier inserted here).” For example, “Yes, you may eat your chocolate after breakfast.” “Yes, you may ride your bike after your homework is done.” “Sure, let’s play after the dishes are done.”

Perhaps give a reason instead of a “No”, such as “Ouch, hitting hurts people!” instead of “No hitting”!

Be sure to tell what to do, instead of what not to do. Instead of “No running!” try “Please walk.” Instead of “No jumping on the sofa.” Try “Sofas get broken when jumped on. Please jump on the floor cushions.” Or “Let’s use our quiet voices, instead of our outside voices.”

There is always a more positive way to state a rule. Personally, when I hit a barrage of “No this, no that” I start to feel negative and uncooperative. No matter what their age, all people respond better when rules are communicated positively. For example, “I’m worried about dirt on the carpet. Let’s take our shoes off in the house.” will elicit much more cooperation than “No shoes in the house”. For just one day, try to avoid the No word and rephrase all your correctives in positive language. Save your No’s for absolute safety reasons. See what a difference it makes in the cooperation of your children!

Monday, September 29, 2008

APA ITU RAYA

Raya maknanya mesti ada baju baru. Belum masuk bulan puasa lagi anak-anak dah sibuk menyoping baju raya. Masa anak-anak kecil-kecil dulu, membeli baju raya adalah satu aktiviti yang memenatkan. Mana tak penatnya, mana nak pilih baju lagi, mana nak memerhatikan anak-anak lagi. Ada kalanya menjaga mereka macam main galah adang sebab anak-anak tak tahu duduk diam.

Dulu kami shoping di globe silk store. Selain murah, semua boleh dibeli(melainkan kasut) tanpa perlu pergi ke mana-mana lagi. Masa itu aku sendiri menjahit baju untuk anak-anak perempuanku. Aku beli kain cotton sahaja. Murah. Lagipun mereka belum pandai nak komplen. Untuk anak lelaki t.shirt dan seluar murah-murah pun banyak. Membeli kasut juga memeningkan. Kami yang memilih ini pening, apatah lagi jurujual. Suruh ambil yang ini, cuba, tak muat pula. Ambil yang lain, tak ada saiz. Untuk 6 orang anak (masa tu masih 6), berpeluh juga jurual tu melayan kerenah kami anak beranak.

Kemudian bila dah berduit sikit, kami pindah shoping di Jusco Taman Maluri. Anak-anak perempuan masa tu dah boleh diharap menengok-nengokkan adik-adik lelaki yang masih tak duduk diam.

Sekarang ni bila semua dah besar, anak-anak tidak mahu shoping dengan kita lagi. Minta duit saja lepas tu, pergi beli sendiri. Lagipun pusat membeli belah dah banyak di kawasan Kajang . Tak perlu lagi bersusah payah ke KL melainkan memang sengaja nak menyusahkan diri.

Raya maknanya mesti ada duit raya. Bila raya dah nak dekat, kita kena pastikan duit raya untuk anak-anak dah ada. Duit raya dah macam menjadi satu kemestian. Dari mana asal usulnya trend ini, tak tahu lah. Tapi semasa kecil dulu abah aku tak adalah pula bagi aku duit raya. Ada tak adanya, masa ke surau untuk sembahyang raya, pakcik Kasim akan berjalan ke setiap sudut bagi duit pada budak-budak. Dapatlah dua puluh sen. Bila dah tingkatan dua aku dah tak layak lagi dapat duit raya. "Ekau dah bosa. Tak payah". Sampai sekarang ni pakcik Kasim masih lagi meneruskan tugasnya mengagihkan duit raya di surau tersebut. Cuma nilainya dah naik ke lima puluh sen.

Masa kecil, anak-anak aku yang masih berfahamkan raya maknanya "duit raya", akan meround keliling kawasan perumahan kami, ketuk gate orang walaupun tak kenal mereka. Bila balik ke rumah, mereka akan berkumpul adik beradik dan mengira berapa banyak mereka dapat untuk hari tu. Bangganya masing-masing. Kadang-kadang ketidakfahaman mereka ini memalukan kami. Bila jalan raya ke rumah kenalan atau saudara mara, dan mereka ini pula tidak menyediakan duit raya, dengan selamba anak aku cakap "tak de duit raya ke" ataupun"tak kan tak ada duit raya". Tuan rumah tersipu dan kami ni lagilah puas nak cover.

Raya maknanya mesti ada kuih raya, mesti ada rendang, mesti ada ketupat atau nasi impit. Masa kecil dulu setiap raya mak mesti buat kuih bahulu. Masa tu mana ada mesen pengisar. Kenalah pukul telur dalam pasu guna pemukul yang ada spring tu. Yang jadi mangsanya akulah. Memang tak boleh lari. Lenguh. Lenguh tangan kanan pakai tangan kiri. Lenguh tangan kiri pakai dua-dua belah tangan. Itu belum bab kena jaga lemang lagi. Sampai naik pijar muka duduk depan api. Sekarang ni banyak kemudahan. Bagi yang malas nak buat biskut raya, pergi jelah kat Warta. Tunjuk mana yang nak. Kemudian bayar saja. Dua tahun kebelakangan ini aku buat biskut raya sendiri. Sebabnya kalau beli dapat sikit. Mesti sorokkan. Kalau tidak, belum raya lagi biskut dah habis. Bila buat sendiri, dapat banyak. Makanlah. Sedap tak sedap belakang kira.

Kalau nak lemang pun, banyak dijual di tepi jalan. Tapi tengok nasib juga. Nasib kurang baik dapat lemang yang keras ataupun yang berderai. Aku pernah dapat yang seperti itu. Tahun lepas sebatang lapan ringgit. Tahun ni berapa ye. Besok baru aku nak pergi beli.

Raya maknanya mesti balik kampung. Tiga empat hari lagi nak raya, kami dah balik kampung dah. Itu satu kemestian. Pernah sekali kami beraya di Bangi. Masa tu aku baru sahaja beberapa hari melahirkan anak yang ke tujuh. Keadaan di kawasan perumahan kami gelap gelita. Ada beberapa biji rumah saja yang ada orang. Hebatnya penangan kampung halaman.

Raya tahun ini paling bermakna buat kami. Sebabnya buat pertama kali kami betul-betul beraya di rumah sendiri. Jiran-jiran kami dah banyak yang balik kampung. Kami tak balik. Abah ada di rumah kami. Emak mertua aku pun ada di rumah kami. Kami semua beraya di Bangi.


Friday, September 26, 2008

EMAK


Hari Raya tahun ini adalah hari raya kali yang ketiga tanpa emak.Tiada hari-hari yang aku lalui tanpa aku merinduinya. Emak pergi setelah bertahun-tahun bersabar menerima dugaan yang Allah berikan.

Aku manja dengan emak, dari kecil hinggalah sudah beranak pinak. Emak tidak pernah memukul. Apabila sesekali dia memarahiku kerana degil, emak hanya akan berleter sekejap.

Aku suka masakan emak. Sambal daun kayu emak paling best di dunia. Bila emak masak ikan sungai dengan bacang ataupun dengan daun pucuk gelugur, aku akan makan sampai berpinggan-pinggan. Masa kecil emak selalu bawa aku ke sawah cari ikan darat. Kadang-kadang kami dapat ikan puyu, sepat, haruan, sembilang, sampai penuh satu baldi. Emak masak ikan dalam kuali yang dialas dengan daun kunyit. Emak masak sampai kuah pekat. Sedapnya. Aku dan abah makan tidak tengok keliling. Ikan yang lebih mak salai.

Aku selalu tengok mak menjahit baju. Emak jahit baju aku. Bila emak gunting baju ,aku tengok. Bila emak menjahit, aku tengok. Aku mula pandai menjahit baju sendiri semasa tingkatan satu Emak juga pandai jahit sulam. Cina baba di Juasseh selalu tempah kebaya dengan emak. Kadang-kadang emak juga terima tempahan jahit cadar.

Bila aku melahirkan, emak akan datang ke rumahku sebentar. Emak bantu aku menjaga anak-anakku. Mak akan tumbuk ibu kunyit dan paksa aku minum airnya. Semasa aku melahirkan kaklang, emak bawa kangah balik kampung sebab kakngah selalu tarik kaklang dari crib.

Kesihatan mak mula terganggu setelah dia jatuh semasa mahu mengunci pintu. Selepas itu emak menghidap parkinson. Tangan dan badan emak selalu menggeletar. Bila mak selalu komplen sakit di pinggul, kami bawa mak pergi Pantai MC. Rupanya tulang pinggul mak retak. Emak buat operation menggantikan tulang yang retak. Emak baik sekejap lepas itu.

Dua bulan selepas operation mak hanya duduk di kerusi roda. Emak duduk di kerusi roda berbelas tahun. Tahun-tahun terakhir emak adalah tahun-tahun yang memilukan aku. Emak keluar masuk hospital. Minggu-minggu terakhir mak, emak tidak boleh makan sendiri. Perut mak terpaksa ditebuk untuk memasukkan makanan. Emak tidak boleh bernafas sendiri. Mak terpaksa bernafas dengan bantuan oksigen.

Aku masih teringat pandangan-pandangan terakhir emak. Emak merenung aku tanpa berkelip. Bila aku tanya kenapa, mak cakap tak da apa-apa. Tapi kadang-kadang ada air di tepi mata emak.

Emak keluar hospital cuma sempat beberapa jam sahaja di rumah. Emak aku pergi jua akhirnya. Aku rindu pada mu emak. Semuga emak tenang di sana. Kami selalu mendoakan kesejahteraan mak.

Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT



More AIDILFITRI graphics

MATEMATIK

Sekiranya anda mengatakan anda tidak mempunyai masa mengajar anak anda matematik, anda hanya memberi alasan. Kita dikelilingi oleh nombor. Di mana sahaja kita memandang, ke mana sahaja kita pergi, nombor-nombor akan berada di situ. Nombor-nombor akan sentiasa mengikut kita. So, stop cheating yourself by saying that you dont have the time to teach your child math.

Anak kita belum boleh bercakap lagi, kita sudah boleh mengajar konsep nombor. "Sayang ada dua mata, satu hidung, dua telinga" etc etc. " sayang ada dua tangan. Satu tangan ada lima jari. satu, dua, tiga, empat, lima". etc etc.

Mungkin la anda kata anda tidak ada masa kerana anda suami isteri berkerja. Ish.. takkan lah tak ada masa langsung yang anda luangkan bersama anak. Masa itulah ajar mereka. Misalnya masa makan, "cuba adik kira di atas meja ni ada berapa biji cawan". Ataupun, " adik makan nugget ye. Adik ada berapa biji nugget?" Eh, banyak lagi soalan-soalan yang anda sendiri boleh fikirkan.

Untuk mengenal nombor pula, saya pasti di rumah anda mesti ada jam. Ajarlah nombor-nombor di jam itu. Saya pasti di rumah anda juga ada kalender. Ajarlah nombor-nombor di kalender itu. Saya pasti di rumah anda juga ada telefon. Ajarlah nombor-nombor di telefon itu. Di dalam surat khabar pun banyak nombor. Ajarlah mereka. Kesian anak-anak kalau anda tidak membantunya memahami konsep nombor dan juga mengenal angka.

Saya juga amat pasti anda selalu membawa famili anda berjalan-jalan naik kereta. kalau tidak berjalan jauh pun, sekurang-kurangnya pergi ke kedai. Tentu di depan anda ada kereta-kereta lain dan kereta-kereta ini sudah pasti pula ada nombor plat. Bermainlah dengan nombor-nombor itu dengan anak anda.

Bila sudah tahu konsep, sudah kenal angka, yang lain-lain akan menjadi lebih mudah. "Adik ada lima biji gula-gula. Abang ada tiga biji gula-gula. Berapa semua gula-gula ni". Di sini anda sudah mengajar anak anda operasi tambah. "Tadi adik ada lima biji gula-gula. Adik dah makan satu. Berapa biji gula-gula adik ada sekarang?" Anda sudah mengajar anak anda operasi tolak pula.

Kalau anda ikut apa yang saya cakap ini, saya gerenti anak anda akan pandai nombor selewat-lewatnya umur tiga tahun. Kalau yang cepat, dua tahun sudah pandai. Kalau anda tidak percaya, cubalah.

NOGOGHI O NOGOGHI

Aku bangga jadi orang nogoghi. Adat unik. Bahasa unik. Dulu-dulu ada orang bagitahu aku yang orang lelaki dari negeri lain takut hendak kahwin dengan perempuan dari negeri sembilan sebab takut kena kontrol dengan isteri. Tapi orang yang cakap tu akhirnya kahwin dengan aku. Walaupun dah masuk 30 tahun kahwin dengan oghang nogoghi tapi sampai sekarang suami aku tak jugak tau-tau mengajukkan bahasa aku. Kalau cakap bunyinya lebih macam orang asli.

Kalau ada kenduri kendara di kampung aku, riuhlah makcik-makcik yang tengah masak tu potpet potpet. Suami aku tak menyampuk tapi tesengih aje. Aku cakap dengan makcik-makcik tu, kalau nak mengata dia pun dia takkan paham. Tapi ada satu perkataan yang suami aku cukup terpesona. Pertama kali dia mendengar perkataan tu, sampai sekarang dia ingat. Ha, yang ini dia tau pulak nak sebut. "Celait". "Woi, tere lah orang NS ni, pandai cakap orang putih". Hah, tu baru torch light. Belum masuk lagi perkataan lain.

Ada jugak perkataan yang sampai sekarang dia 'konpius.' "Tupi lah ha, eden nak lalu". Bukan tupi la, topi. "Habis tu, kalau topi, orang nogoghi cakap apa". Topi jadi tupi. "Hei.. konpius".
"Kalau kopi jadi kupi lah ye", dia dah mula konfiden sikit. Betul la tu. "Habis tu fotokopi jadi fotokupi la". Masa insiden tukar-tukar maklumat ni kitorang terbahak-bahak dalam kereta sampai terpaksa berhenti tepi jalan.

Aku bangga jadi anak nogoghi. Keakraban kekeluargaan amat ketara sekali. Di tempat aku, sepupu, dua pupu, tiga pupu, masih akrab. Kalau hari raya, pasti akan datang menjengah saudaramara. Kopado warih-warih di lua sanun, solamat haghi ghayo. Tak balik kampung ko.

Tuesday, September 23, 2008

DYSLEXIA

Dyslexia is a learning problem that makes it hard to read, write and spell. It occurs because the brain jumbles or mixes up letters and words. Children with dyslexia often have a poor memory of written and spoken words.

Sign of dyslexia in children:
  • Talking later than expected
  • Being slow to learn new words
  • Have difficulty pronouncing words
  • Be slow to add new vocabulary word and unable to recall the right word
  • Have trouble learning the alphabet, numbers, days of the week, colours, shapes
  • Problems following directions that have many steps
  • Problems reading a single word such as a word on a flash card
  • Problems linking letters with sounds
  • Reversing the shapes of written letters, such as "d" for"b"
  • Writing words backward such as "homd" for "mohd"
  • Inversion of letters such as "m" for "w", "n" for "u"
  • Develop fine motor skills more slowly than in other children. For example your child may take longer than others of the same age to hold a pencil in the writing position, use button and zippers, and brush his or her teeth.
If your child has one of these signs, it does not mean that she or he has dyslexia. Many children reverse letters before 7. BUT if you child has several signs of reading problems or if you have a family history of dyslexia, you may want to have your child checked for the problem.

WATCH ME GROW

First you babble and then you talk
You begin to crawl before you walk
And once you walk you start to run
And soon you'll find, to fly is fun

But as you soar, you have to know
The things you need to help you grow
And since this process cannot be rushed
You'll have to wait, dont be crushed

Like learning to talk and and walk and run
Reading is supposed to be fun
So dont be worried if I cannot read
More time may be what I need to succeed

You cannot run before you walk
You have to babble before you talk
And reading is the same indeed
Time and patience is all I need

One day I will learn how to read
And I may even take the lead
But for now the process maybe too slow
Just encourage me and watch me grow!!

LOKASI TADIKA AULAD

Ramai yang bertanya lokasi tadika Aulad. Maaf, saya terlupa memberitahu.
Main branch: No 11A Jalan 3/6G, Bandar Baru Bangi.
Tel: 03-89253451
Branches: 1. No: 2 Jalan 3/25 , Seksyen 3 Tambahan, Bandar Bandar Baru Bangi.
Tel: 03-89261669
2. No 596 &597, Jalan Jasmin !8, Taman Jasmin , Kajang.
Tel: 03-87379145
3. No 3 Jalan 6, Taman Mesra, Kajang.
Tel: 03- 87342215

DAFTAR SEGERA UNTUK SESI 2009.

ADAM

Satu nama yang ringkas tapi indah. Satu nama yang digunapakai bukan saja oleh yang beragama Islam tapi juga yang bukan Islam. Satu nama yang gah kerana ia adalah nama kepada bapa segala bapa.

Kalau kita mahu rasa sedikit sofiskated kita sebut nama ini dengan sebutan keorangputihan "edem". Tapi kalau dah orang melayu sebut ajelah macam biasa. Kalau lidah jawa, kena tebalkan sedikit sebutan tu. Apa-apapun, yang aku pasti, anda akan bertemu banyak adam dalam hidup anda.

Adam yang mula-mula aku kenal adalah semasa aku bersekolah rendah. Budaknya baik, selalu belanja aku makan nasi lemak kat kantin sekolah masa rehat. Lepas tu dia pindah tak tahu ke mana sebab bapa dia polis. Di sekolah menengah pula aku bertemu beberapa Adam lagi. Ada yang baik, ada yang nakal. Tapi yang aku ingat ada satu budak ni nama bapa dia Adam dan budak-budak sekolah selalu matchkan aku dengan dia. Almaklumlah, namapun budak sekolah. Diorang ni kalau tak menyakat kita tak boleh.

Anak kepada sepupu aku ada seorang bernama Adam. Mak dia sebut 'Edem', sebab mak dia ni berkomunikasi dengan dia pun banyak cakap orang putih. Semasa kecilnya Adam seakan mempunyai dunia sendiri. Sampai umurnya hampir 3 tahun pun dia belum boleh bercakap. Bila dibawa checkup dia dikatakan menghidap mild autism. Sekarang ni ada di Texas kerana emaknya bekerja di sana dan sudah boleh berkomunikasi kerana kerap berjumpa dengan speech therapist.

Adam terkini yang aku temui adalah anak murid aku sendiri di kelas Jannatul Aad. Seorang murid yang cute, manja, baik hati dan setiap kali aku masuk kelas dia akan datang memeluk aku. Adam juga murid yang banyak cakap. Kadang-kadang cakapnya macam orang tua. Bulan Jun dulu banyak hari aku tak datang ke kelas sebab menjaga mak mertua aku di hospital. Murid-murid lain sibuk bertanya ummu mana. Cikgu Yati bagitahu ummu kat hospital. Adam cakap," ala takde mananya ummu kat hospital. Mesti dia pergi London tu". Aku ni jejak kaki kat London pun belum.

Adam ini juga tak duduk diam di tempat duduk. Duduk sekejap, lepas tu dia akan pusing satu kelas. Kalau tak pun, kejap-kejap nak pergi tandas. Bila aku tak bagi pergi, dia akan terkepit-kepit, "kang saya terkencing kat sini kang". Ada satu hari tu aku intai dari belakang. Rupa-rupanya dia masuk bilik mainan. Lepas itu aku dah masak dengan trick dia.

Adam ini juga kalau bagi homework tak pernah nak buat. Bagi buku, buku hilang. Bagi worksheet, tak ada yang aku dapat balik. Bila tanya ada saja alasannya. Lama-lama tak ada lagi aku bagi buat homework. Kerjanya aku paksa dia selesaikan di kelas sahaja. Itupun macam-macam alasan dia bagi. "ummu, saya buat sampai sini je ye. Saya penatlah". "ummu, saya baca sampai sini je ye, saya dah tak larat dah ni". "Ummu, susahlah buat matematik ni. Buat nanti je la ye".

Sekarang dah bulan September. Tulisan Adam masih belum cantik. Adam sudah boleh baca BM tetapi belum berapa lancar. Bacaan BI pun masih slow. Buku Peter and Jane baru buku 2. Matematik, alahai!! Adam....Adam.

Monday, September 22, 2008

MASAK

Tengah fikir apa yang nak dimasak untuk berbuka puasa, teringat pula nak buat sedikit coretan tentang masak ni. Zaman kanak-kanak hingga ke zaman remaja pun aku memang tak pandai masak. Tak pandai masak sebab memang aku tak nak belajar masak pun. Aku lebih suka baca buku, buku cerita atau main dengan kawan-kawan daripada aku turun tangan kat dapur. Mak pun jarang membebel. Maklumlah, anak bongsu dan mak aku pun masak untuk kami bertiga saja: mak, abah dan aku. Jadi, tak banyak kerjalah. Bila aku masuk asrama, lagi lah bertambah pemalas aku tu.

Bila aku mula belajar masak? Selepas aku kawin. Masa tu umur aku 23 tahun. Ada sekali suami suruh goreng daging. Aku lumur daging dengan garam dan kunyit dan aku goreng macam goreng ikan. Suami aku menyeringai mengigit daging yang liat. Semasa aku kat US aku teragak sangat nak makan buah melaka. Masa tu aku mengandungkan anak yang pertama. Cari gula melaka di kedai oriental, dapat. Lepas tu aku blender beras dan perah airnya. Jadi. Sama macam yang mak aku selalu buat. Aku potong gula kecil-kecil, masukkan dalam tepung beras tadi dan bulatkan. Aku didihkan air, dan masukkan tepung dalam air yang mendidih tu. Hati aku dah kembang dan bangga dah, mesti jadi punye. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, apasal lak kuih tu tak naik-naik. Kalau tak silap aku kuih tu akan naik ke atas bila dah masak.
Mungkin silap teknik kot. Oleh sebab lama sangat tunggu, aku angkat je lah tak payah tunggu dia terapung lagi. Aku dah lupa aku gelek atas kelapa parut ke tidak tapi yang aku ingat, bila kuih tu dah sejuk aku pun makanlah dengan tak sabar-sabarnya. Tapi apasal lah kuih tu keras. Baling kat dinding gerenti dinding retak. Memang sahlah kuih buah melaka aku tak menjadi.

Nasib baik suami aku tak ada di rumah masa tu sebab ada kuliah. Aku campak aje kuih tu dalam tong sampah. Takut kena marah aku letak nun jauh kat sebelah bawah tong sampah. Mesti dia tak nampak. Aku tulis surat pada abah suruh tanyakan emak kenapa kuih aku tak menjadi. Mak tanya balik, kamu pakai beras apa. Nak buat kuih tu mesti guna beras pulut. La, patut la gagal. Aku pakai beras nasi biasa rupanya.

Tapi sekarang ni aku dah tak macam dulu. Untuk suami dan anak-anak yang suka makan, macam-macam resepi lazat aku boleh sediakan. Untuk anak-anak perempuanku, jangan jadi macam emak.

Tengok lah apa yang aku dah boleh buat. Ada macam-macam lagi tapi gambar tak ada.


CEPAT MEMBACA BAHASA MELAYU

Anak-anak tidak perlu mengenal abc untuk kita mengajar mereka membaca. Huruf-huruf tidak mempunyai makna. Yang mempunyai makna ialah bunyi kepada huruf -huruf tersebut. contohnya, huruf b bunyinya 'beh', r bunyinya 'reh'.

Untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu saya sarankan, ajar dulu bunyi huruf-huruf vokal : a e i o u (ingat! bunyi kepada huruf itu). Kemudian ajar sukukata. Gabungkan bunyi 'beh' dengan bunyi 'ah', jadilah lah 'ba', 'beh' dengan 'eh', jadilah be dan begitulah seterusnya. Gabungan 'beh' dengan bunyi vokal-vokal akan menjadi sukukata ba be bi bo bu. Apabila anak sudah boleh membaca sukukata tersebut, bena perkataan pula. Contohnya: baba, bibi, bubu, bobo.

Ada perkataan yang kita jumpa berulang-ulang, perlu dihafal oleh anak. Perkataan seperti ini, itu, dan, ada, apa dan banyak lagi boleh kita ajar tanpa perlu mengikut kaedah fonik. Buatkan flashcards untuk perkataan seperti ini dan tunjukkan berulang-ulang kepada anak. InsyaAllah anak boleh mengenalnya dalam masa yang singkat.

Kemudian, kita bolehlah buat ayat pendek dengan menggunakan perkataan dari sukukata yang telah kita ajar tadi. Contoh: ini bubu. ini baba. baba ada apa? baba ada bubu. Be creative. Jangan hadkan kepada buku sahaja. Kita boleh mereka ayat-ayat kita sendiri. Cuma untuk peringkat awal, hadkan kepada huruf kecil sahaja. Jangan campur dengan huruf besar, nanti anak confuse.

Bila saya mengajar anak membaca, saya akan ajar cara berperingkat. Jangan terlalu ambitious. Biarkan anak menyusur, merangkak, bertatih, berjalan dan barulah berlari. Jadi, cara saya, selepas sukukata ba be bi bo bu, saya akan beralih pula ke ca ce ci co cu. Sama seperti mula-mula tadi, bena perkataan baru. Cuma sekarang ini gabungkan sukukata yang baru anak belajar ini dengan sukukata yang lepas. Contoh perkataan: baca, bucu, cuba, cucu, cuci, beca.
Buat pula ayat. ini beca. ini beca baba. baba cuci beca ini.

Ajarlah sukukata mengikut urutan abjad. Kalau kita tekun, rajin membaca bersama anak, tidak mustahil anak anda boleh membaca dalam satu bulan. Untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu, kami di Tadika Aulad menggunakan buku BACALAH AULAD. Kami gunakan teknik yang sama seperti yang saya nyatakan di atas. Kepada ibu bapa yang belum membeli buku ini, datanglah ke tadika. Harga cuma RM15.00. Tetapi beli sahaja belum jaminan anak anda boleh membaca. Anda perlu menggunakannya bersama-sama anak anda. Kepada sesiapa di luar sana yang berminat untuk menggunakan kaedah dalam buku ini, bolehlah buat pesanan. Tapi harga RM20.00 termasuk handling charges.

Sunday, September 21, 2008

BELAJAR MEMBACA

Ibu mana yang tidak mahu melihat anak kecilnya pandai membaca. Bapa mana juga yang tidak menggelabah sekiranya anak sudah berumur enam tahun tetapi tidak juga lagi boleh membaca. Rata-ratanya ibu bapa amat berkeinginan untuk melihat anak-anak mereka boleh membaca seawal umur 4 tahun.

Bolehkah anak yang berumur 4 tahun membaca? Boleh. Bolehkah anak yang berumur 3 tahun membaca? Boleh. Semuanya tidak mustahil tetapi bergantunglah kepada faktor-faktor tertentu.

Yang paling penting, anak ini diberi pendedahan awal. Kalau ikut kaedah Glenn Doman, semasa baby lagi anak sudah ditunjukkan dengan pelbagai flashcards. Kalau mahu anak cepat pandai kenalah kita bersusah payah sedikit untuk menyediakan reading sources mulai dari peringkat bayi lagi.

Faktor lain, the child readiness. Kadang-kadang kita yang beriya-iya nak suruh anak membaca tetapi anak-anak ini buat tidak peduli. Anak kita ni lebih suka bermain. Percayalah, mereka ni tak akan duduk diam depan kita. Kita suruh baca, dia boleh concenterate 5 minit saja. Lepas tu, mata melilau tempat lain. Jangan paksa, nanti darah tinggi naik. Anak-anak yang begini, kita kena pasang strategi. Kalau dia nak main, biar dia main. Main setengah jam, panggil baca 5 minit. Buat proses ini berulang-ulang. Biar kerap.

Faktor masalah pembelajaran juga boleh menyebabkan anak-anak lambat membaca. Antara masalah yang kerap dihadapi oleh anak-anak tanpa disedari oleh ibu bapa ialah autism dan dyslexia. Dyslexia lebih banyak terdapat di kalangan anak-anak. Cuba perhatikan, adakah anak-anak kita ini selalu membaca perkataan terbalik, adakah mereka ini ada masalah dengan huruf d dan b dan p, adakah kiri dan kanan selalu terbalik. Kalau mahu faham lebih lanjut lagi tentang penyakit ini, anda cuma perlu klik perkataan tersebut di internet dan macam-macam bahan ada untuk menerangkannya.

Apa-apa pun, untuk anak cepat membaca asasnya datang dari rumah. Sekiranya anak ini dihantar ke tadika setelah mempunyai asas, insyaAllah proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi mudah. Sekiranya anak ke tadika dengan 'kosong' maka proses pembelajaran akan berjalan sedikit lambat. Ini pun terpulang kepada child readiness. Kalau anak-anak ini cerdik dan bersedia, maka cepatlah dia dapat. Kalau sebaliknya, bantuan ibu bapa memang diperlukan di rumah. Ini adalah kerana waktu di tadika hanya 3 jam lebih sikit. Bila tolak waktu rehat, tinggal 2 jam 45 minit. Waktu ini dibahagikan pula kepada beberapa subjects lain.

Moral of the story, Kami cikgu-cikgu ni sentiasa bertungkus lumus mengajar anak-anak ini membaca. Kadang-kadang kami ni tak tidur nyenyak memikirkan cara macamana nak bagi anak-anak ni cepat pandai. Tapi yang kami sedih tu ada juga yang tak pandai-pandai. Kami takut kena marah. Takut kena marah dengan parents la. Jadi kami mintalah sangat-sangat sekiranya ada ibu bapa yang mendapati anak mereka tak pandai membaca lagi, bantu-bantu lah sama di rumah. Salam.

CERITA 2

Cerita ni masa di kampus juga. Aku dengan member ni pergi sembahyang di surau. Dalam surau ni ada tabir yang memisahkan lelaki dan perempuan. Hari tu cukup panas betul. Kawan aku ni pasang kipas full blast. Oleh sebab kami antara yang mula sampai, kami pun duduk saf depan. Sembahyang ikut imam lah.

Semasa sembahyang kain tabir berkibar-kibar oleh sebab kuatnya kipas. Ada kalanya ia terkena badan dan muka kami. Nak jadi cerita, semasa kami sujud, kain tersebut tersangkut di kepala kami dan bila kami bangun berdiri ia masih lagi tersangkut di kepala. Aku tak tahulah apa terjadi pada orang lain tapi yang kami dua orang ni dah termasuk dalam kawasan lelaki. Dari ekor mata, kami nampak jemaah lelaki yang baru nak masuk saf tercengang melihat keadaan kami.

Kami memang tak kusyuk waktu tu. Habis sembahyang cepat-cepat kami beredar. Keluar saja dari surau kami ketawa berdekah-dekah sampai sakit perut.

CERITA 1

Masa di UKM dulu aku ada satu kawan. Nama dia Sapiah tapi kami panggil dia Sap sebab dia sendiri mengglemorkan nama dia dengan nama Sap. Satu hari masa sedang tunggu pensyarah datang ke dewan kuliah, kami pun buka lah cerita. Antara ceritanya adalah tentang sukan.

Masa tu kitorang ada berempat. Masing-masing mahu menceritakan keteraan masing-masing dalam bidang sukan ni. Aku pun sama juga lah tidak ketinggalan. Sememangnya dulu masa sekolah aku tere berlari. Sedang kami asyik bercerita, si Sapiah ni tiba-tiba mencelah," Ei Nim, (masa kat kampus dulu member panggil aku Anim), apasal ha bila kita nak mula berlari orang tu kata AYO MAK, GESEK, GO!! Apa yang dia suruh gesek ha! .

Kitorang bertiga tergelak bagai nak rak. Habis semua mata menoleh pada kami. Yang si Sapiah ni masih blur, tak tahu kitorang tergelak pasal apa. Lagilah kitorang tergelak nak pecah perut tengok muka tak ada perasaan dia tu.

Bila ketawa dah reda sikit aku cakap,"Wei Sapiah! engkau ni nama aje belajar kat universiti. Orang tu kata On your mark, Get set, Go lah bukannya ayomak, gesek, go."

Hari tu pensyarah mengajar, kami tak ada konsentrasi langsung. Sap masih dengan muka selamba dia walaupun habis kena kutuk. SAP, ENGKAU KAT MANA SEKARANG NI!!!

SPORTS









































STADIUM MPKJ, BANDAR BARU BANGI

TRIPS




TAMAN BURUNG




MINES WONDERLAND











PETTING ZOO, BANDAR SUNWAY

CONVOCATION 2008





Majlis KONVO 2008 akan diadakan di Dewan Serbaguna INSTITUT LATIHAN KESELAMATAN SOSIAL KWSP (ESSET), Sungai Tangkas pada hari AHAD 2 November 2008. Untuk ke tempat ini, ibu bapa perlu pergi ke stesen komuter UKM. Bila tiba di stesen komuter, terdapat 2 jalan. 1 jalan ke Sungai Tangkas, dan satu lagi ke ESSET. Ada sign board di situ.

Kami sangat-sangat berharap semua murid yang akan menerima sijil dapat hadir ke majlis ini. Majlis seumpama ini adalah rentetan awal dalam sejarah pembelajaran anak-anak. Sila hadir. Perjalanan majlis hanya sekejap sahaja. Kita bermula seawal 8:00 pagi dan insyaAllah jam 11:00 sudah selesai.

Saturday, September 20, 2008

CURICULUM DETAILS

  • ENGLISH - reading(phonetics, look-and-say, high-frequency-words), conversation, comprehension.
  • BAHASA MELAYU - quick read-technique (phonetics) , using BACALAH AULAD.
  • MATHEMATICS - mental arithmetics
  • SCIENCE - world-wide sources, enjoyable experiments
  • JAWI/ARABIC - flashcards, theme-based
  • FARDHU AIN - tauhid, fiqh, sirah, akhlak
  • HAFALAN - the short surahs, zikr and doa
  • PHYSICAL EDUCATION
  • SOSIO-EMOTIONAL DEVELOPMENT
  • THINKING AND CREATIVITY DEVELOPMENT

LEARNING APPROACH

  • THEME-BASED
  • USE OF FLASHCARDS
  • PHONETICS, LOOK-AND-SAY, HIGH-FREQUENCY WORDS APPROACH FOR BOTH ENGLISH AND BAHASA MELAYU
  • MENTAL ARITHMETIC - EFFECTIVE METHOD OF ELEVATING CHILDREN'S ARITHMETICAL ABILITY
  • ISLAMIC TARBIYYAH - INCULCATION OF ISLAMIC TENETS FOR MUSLIMS
  • STORY TELLING - ENCOURAGING CHILDREN TO DEVELOP SELF CONFIDENCE
  • PLAY AND LEARN ACTIVITIES
  • COMPUTER - HANDS-ON LESSONS

TADIKA AULAD

Tadika AULAD has been operating in the Bandar Baru Bangi / Kajang area for 19 years. We formulated an effective preschool education program that blends state-of-the art teaching method with deep-rooted Islamic Tarbiyyah to ensure your child gets the best available education as well as spiritual guidance.

Our teachers are highly experienced and trained. Continuous trainings for teachers ensure your child gets the best preschool education. ENGLISH is the medium of instruction, and your child will have the competitive edge in the school years to come given that English is the medium for subjects like mathematics and science in addition to english language.

Friday, September 19, 2008

PENDAFTARAN 2009

PENDAFTARAN UNTUK SESSI 2009 DIBUKA. SILA BUAT PENDAFTARAN SEGERA UNTUK MEMASTIKAN TEMPAT UNTUK ANAK ANDA. UNTUK DETAILS, SILA HANTAR EMAIL KE ALAMAT TERTERA. KAMI AKAN HANTARKAN "CHARGES" DAN BORANG PENDAFTARAN.
email teepahanim@yahoo.com

KERENAH ANAK-ANAK VS KERENAH IBU BAPA

Bila kita berada di dalam arena berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak kita sudah semestinyalah berhadapan dengan pelbagai kerenah kanak-kanak dan dalam masa yang sama juga kita terpaksa berhadapan dengan kerenah ibu bapa mereka.

Kerenah kanak-kanak ini ada macam-macam. Ada yang pendiam, ada yang suka bercakap, ada yang kuat merajuk, ada yang kuat menangis, ada yang kuat mengacau orang, ada yang sopan, ada yang nakal dan bermacam-macam lagi yang dapat kita fikirkan. Bagi kami guru-guru, perangai kanak-kanak seperti ini adalah normal dan insyaAllah kami dapat menanganinya. Untuk kanak-kanak yang baik, sopan, pendiam, kami tidak mempunyai banyak masalah pendisiplinan tetapi untuk kanak-kanak yang nakal dan kuat mengacau orang kami gunakan pelbagai strategi untuk mendisiplinkan mereka. Itulah dia kanak-kanak.

Tetapi adakalanya untuk menerapkan ilmu kepada akan-anak ini merupakan satu cabaran buat kami. Kalau anak-anak ini jenis seperti kapas menyerap air, tugas kami menjadi begitu mudah sekali. Namun kanak-kanak tidak semuanya sama. Ada juga jenis yang lambat dapat. Pelbagai kaedah digunakan tetapi hujung dapat pangkal lesap. Balik ke pangkal hujung pula lesap. Tetapi kami sabar kerana prinsip kami anak-anak ini belum 'ready' dan kami berterusan menyediakan landasan untuk mereka. Itulah dia kanak-kanak. Sama tetapi tidak serupa. Dan kami tidak jemu-jemu memberi didikan kepada mereka yang tidak serupa ini.

Bagaimana pula dengan kerenah ibu bapa. Menangani kerenah ibu bapa adalah lebih peningkan kepala. Ada ibubapa pantang anak mereka kena jentik sedikit (mengikut istilah yang orang selalu guna), menggelabah komplen pada guru. Yelah,namapun kanak-kanak. Mata cikgu pun tidak sentiasa pada anak-anak. Bila guru tak pandang, masa itulah pula mereka ni buat hal. Dah terjerit kata "dia tumbuk saya", "dia cubit saya" etc etc. Majoriti ibu bapa amat memahami situasi seperti ini. Yang suka komplen mungkin jenis yang memang suka komplen.

Bagi ibu bapa kepada anak-anak yang kurang 'menyerap', kami faham akan kerisauan mereka. Percayalah, kami juga risau. Seperti yang dikatakan tadi, kami tidak jemu-jemu mencuba dan alangkah baiknya jika ibu bapa sama-sama membantu di rumah.

Kami sedia menerima teguran. Berilah kami teguran yang membina. Tanpa teguran kita tidak tahu dimana silapnya kita. Tetapi janganlah menegur sehingga kami menjadi keluhkesah seperti mana yang berlaku di aulad jasmin pertengahan tahun ini. Oleh kerana perselisihan faham di antara seorang guru dengan seorang ibu dan perselisihan ini tidak ada kena mengena pun dengan perjalanan tadika, kami terpaksa memberhentikan guru tersebut. Seorang guru yang dedikasi dan mempunyai reputasi yang baik dalam pengajarannya. Halnya, sang bapa beriya-iya mahu membawa hal tersebut ke pihak atasan. Kami tersepit di tengah dan customer is always right.

SEJARAH PENUBUHAN TADIKA AULAD

Ia bermula pada tahun 1988, aku berhenti menjadi guru kerana masaalah kesihatan. Ketika itu aku terpaksa berulang alik dari Bandar Baru Bangi ke Sekolah Menengah Sungai Rawang. Setelah berbincang dengan suami aku akur untuk berhenti menjadi pendidik.

Setelah dua tahun menjadi suri rumah sepenuh masa dan anak pula bertambah menjadi 6 orang, aku dapati hidup seakan terkongkong di rumah. Kalau sebelumnya aku mempunyai pendapatan sendiri untuk membeli keperluan peribadi, kini aku terpaksa meminta daripada suami. Apa-apa pun aku bersyukur kerana aku mempunyai cukup masa untuk memberi pelajaran kepada anak-anak kami.

Pada ketika itu kami dapati adalah menjadi satu trend kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika yang berpengantar bahasa Inggeris. Di tempat kami pada ketika itu terdapat satu tadika sahaja yang menawarkan khidmat tersebut dan cukup ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sana. Malah tidak kurang juga ustad-ustad yang menghantar anak-anak ke tadika itu. Sayangnya tadika tersebut bukanlah tadika Islam.

Maka kami pun mendapat satu ilham. Kami mahu mendidik anak-anak kecil dengan cara pendidikan Islam yang sempurna dan didikan ini kami mahu sampaikan dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan kerana kami lihat Bahasa Inggeris sebagai bahasa komersial. Ilham itu kami jadikan realiti. Kami rasakan ilham kami itu akan dapat memberi satu pilihan untuk ibu bapa, sama ada menghantar anak mereka ke tadika Islam yang berpengantar Bahasa Inggeris atau pun ke tadika bukan Islam. Di samping itu, aku juga dapat keluar dari masalah keboringan duduk di rumah sahaja.

Pada Disember 1990 tertubuhlah Tadika Aulad. Aulad adalah bahasa Arab yang bermaksud anak-anak. Kami namakan Aulad kerana kami rasakan nama itu sungguh sesuai memandangkan di sinilah kami menempatkan anak-anak kecil untuk dicorakkan ilmu akhirat dan dunia.

Kami menganggarkan pengambilan pelajar untuk tahun pertama operasi seramai 30 orang tetapi siapa sangka pada hari pertama sesi persekolahan tadika Aulad mendapat seramai lebih kurang 100 orang pelajar. Dan mulai hari itu kami tidak menoleh ke belakang lagi.

Moto kami : AULAD IS THE ONE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...