Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, October 31, 2008

SIAPA?

Beberapa hari lepas kami menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sahabat suamiku di Taman Tun. Tiba di dewan, kami dibawa ke sebuah meja yang masih ada lagi dua kerusi kosong. Cukup untuk aku dan suami. Aku sempat memerhatikan mereka yang telah sedia duduk menikmati hidangan di meja tersebut. Beberapa mata mendongak ke arah kami. Aku nampak muka yang di sebelah kiri macam familiar. Aku melemparkan senyuman tapi tidak pula menegur. Takut aku tersilap orang. Iras rupa yang aku kenal ada di raut mukanya. Cuma yang ini agak dimakan usia.

Kami duduk. Sang pelayan mencedokkan nasi ke pinggan kami. Nasi beriyani. Aku mengambil lauk, satu persatu. Dalam hati tetap berpesan pada diri sendiri, jangan makan terlalu banyak, jangan ambil yang itu. Dalam berkira-kira mahu ambil yang mana, sang pelayan datang lagi bertanyakan sama ada aku ingin air batu campur. Cepat saja kepala aku mengangguk. Suami tersenyum. Aku faham makna semyuman itu. Ala, sekali sekala.

Aku dengar suara orang yang aku rasa kenal tadi menegur aku. "Puan dari mana? rasa macam pernah jumpa". Mungkin dia juga seperti aku. Rasa-rasa kenal tapi muka dah lain macam sikit.
Aku beritahu yang aku tinggal di BBB. "Ooo patutlah. Saya pun dari BBB. Tinggal di fasa 3, area surau Madani. Kita jumpa di mana ye!"

Kalau orang yang aku rasa aku kenal ini adalah orang yang aku kenal, dia adalah salah seorang customer aku lama dulu. Lalu aku pun bertanya, dulu ada hantar anak di tadika Aulad ke. Dia jawab, ya. Anak dia bernama Nadia. Sekarang ini si Nadia berada dalam tahun 3 di UPM. Kami pun bertukar-tukar maklumat dan akhirnya berpisah selepas dia dan suaminya selesai makan. Kami terus menikmati hidangan.

Aku melalui situasi seperti ini banyak kali. Bukan sekali. Bukan dua kali. Banyak kali. Acap kali berjumpa dengan muka-muka yang aku rasa kenal tapi jumpa di mana ya. Adakalanya orang itu datang bersalam dengan aku. Berbual. Bertanya khabar. Aku juga mengikut lenggoknya tetapi dalam kepala asyik mencari jawapan pada soalan 'siapa lah orang ini'. Dua minggu lepas semasa di kaunter bayaran selepas memilih ikan dan sayur di pasar segar, perempuan di depan aku asyik memerhatikan aku. Aku rasa muka dia pun macam aku pernah tengok. Mulalah fikiranku berputar-putar ke zaman silam. Dia bertanya macam pernah tengok aku. Akupun buat serkap jarang. "Budak stf ke". Dia kata "haah". Junior aku rupanya.

Begitulah. Ibu bapa kepada anak-muridku dari dulu hingga sekarang teramatlah ramai. Ada yang aku kenal. Ramai yang aku dah lupa. Bagi yang tidak tahu keadaan, mungkin ada yang mengatakan aku sombong. Bukan.

Thursday, October 30, 2008

KONVO...KONVO....

Ada beberapa parents yang bertanya dewan ESSET di mana. Senang saja. Cari stesen komuter UKM. Sampai saja ke perkarangan parking lot komuter tu, nanti ada dua cabang jalan. Ke kiri pergi ke Sungai Tangkas. Masuk simpang ke kanan. Di tepi simpang tu ada gerai. Ke ESSET ni menyusur jalan di tepi gerai itulah. Di simpang itu ada papan tanda ESSET.

Ramai juga parents yang menelefon mengatakan anak-anak ada yang demam. Didoakan anak-anak sembuh dan berpeluang ke majlis ini nanti. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, parents bolehlah mendapatkan sijil dan cenderahati di tadika.

HAL KONVO LAGI.........

Adui... nampaknya banyak plan yang tak menjadi. Rata-ratanya sebab anak-anak dah ramai yang tak datang ke tadika selepas cuti deepavali. Aulad Mesra merancang buat lakonan Smart Reader. Dah pelakon-pelakon utama dan pelakon harapan tak datang-datang sampai semalam. Skrip belum hafal. So, tukar ke plan B. Perdana punya zikir munajat macamana? Jasmin? Hehe.. sama samalah kita tengok nanti ye.

Semalam kelas Jannatul Aad praktis dari pagi sampai nak balik. Ini gara-gara tukar ke plan B lah ni. Anak-anak merungut cakap penat. Heh bukanlah praktis terus. Praktis sekejap, rehat. Praktis sekejap lagi, rehat lagi. Ada sampai yang terbaring-baring. Setakat semalam, kira dah okay lah. Cuma anak-anak ni belum ingat bila masa nak masuk part dia bercakap. Ummu nak kena bagi arahan dulu.

Nanti hari konvo jangan lupa datang!!! Yang girls mesti jangan lupa pakai tudung putih. Jangan pakai tudung berwarna-warni pulak.

Tuesday, October 28, 2008

LATIHAN UNTUK KONVO

Hari konvokesyen tadika Aulad hanya beberapa hari sahaja lagi. Anak-anak perlu berlatih untuk persembahan semasa konvo. Semalam cuti Deepavali. Maknanya hanya ada 4 hari sahaja lagi untuk latihan. Hari ini pula ramai anak-anak yang tidak datang ke tadika. Sambung cuti la tu. Habis macamana ni dengan persembahan. Harap-harap besok ramai lah yang datang. Bukannya apa, takut takut mereka lupa apa yang nak dibuat semasa naik atas pentas nanti.

Kena faham juga, persembahan anak-anak ni mana boleh dapat yang perfect. Lagi tak perfect lagi kelakar. Mudah-mudahan semua berjalan lancar, tapi kalau boleh, ibu bapa paksalah anak-anak ke tadika ye...

Sunday, October 26, 2008

HYPERACTIVE

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) is a common childhood behavioural disorder.
What are the sympoms of ADHD?
Children who have ADHD may know what to do but they are not always able to complete their task since they are unable to concentrate. ADHD is not related to intellectual deficits. In fact, children with ADHD usually have average or about average intelligence. The hyperactive child is not naughty, he is basically overly active since he cannot sit still.

Children suffering from ADHD may have the following characteristics :

a.

Inability to pay attention to details.

b.

Forgetfulness in daily activities.

c.

Being overly talkative, demanding and emotional with
frequent outbursts of crying and screaming.

d.

Inability to follow simple instructions.

e.

Apparent listening problems.

f.

Tendency to lose things, break toys.

g.

Tendency to behave recklessly, without thinking of
the consequences.

h.

Fidgeting or squirming.

i.

Difficulty waiting for their turn.

j.

Problems of organizing tasks and activities.

Causes of ADHD

There are many theories on the causes of ADHD.

Immaturity : Slower development of impulse control, emotional control and motor co-ordination is common among children with ADHD.

Genetics : ADHD has logical origins that are not yet clearly defined. Researchers have found a number of possible genetic links. Studies show that smoking during pregnancy gives rise to a high possibility of ADHD in your child. Scientists have found out that about 5 to 10 % of certain areas of the brain of a child with ADHD is smaller in size and activity, as compared to normal children.

Gender : ADHD is 4 to 7 times more common in boys than in girls. Boys mature slower than girls.

Treating ADHD

a. Medical Treatment : ADHD is often treated with medication. Medication should be taken under the supervision of a doctor, as each child reacts differently to the medication.
b. Diet : Take charge of your child's diet. Removing sugar and additives from a hyperactive child's diet can make a big difference in his behaviour.
c. Stick to a schedule : Emphasize a routine, schedule meals, naps, outings, snacks, bath time, etc. By doing so you will slow down your child's frantic pace.
d. Praise quiet play : If your child spends a few minutes looking at a book or playing with a puzzle, give him the applause he deserves.
e. Avoid using physical punishment : Discipline should be consistent and firm, but loving.
f. Love your child as he is : Do not condemn him. Instead be very positive. Help your child to channel his excess energy constructively.

PENYAKIT

Banyak penyakit yang senang nak cari penawar. Kalau demam, kadang-kadang makan panadol sudah hilang demam. Kalau tak baik juga, pergi jumpa doktor. Ada penyakit pula boleh dikurangkan kalau amalkan diet yang betul. Cuma terpulang pada kita sama ada mahu mengamalkannya ataupun tidak. Bagi penyakit yang agak kronik, ia memerlukan pemantauan dan cara pengubatan yang berpanjangan dan berterusan pula. Pokoknya, apa juga penyakit, kita cuba mencari penyelesaian untuk mengubati penyakit tersebut sama ada cara moden ataupun tradisional.

Ada satu penyakit yang ubatnya kena cari pada diri kita sendiri. Penyakit ini kerap menyerang manusia dan ia juga tergolong dalam senarai penyakit tahap serius. Penyakit ini adalah suka berburuksangka dengan orang lain. Petanda awal penyakit ini ialah menanam sikap prejudis terhadap seseorang sejak mula dia melabuhkan matanya pada orang tersebut. Orang yang berpenyakit ini menilai sesorang itu dari cara orang itu bercakap, berpakaian, berjalan dan serba serbinya. Kemudian ia membuat konklusi bahawa orang itu begitu begini. Apabila sudah tertanam prasangka begini, sekiranya berlaku apa apa yang tidak diingini maka orang yang dinilai sebagai buruk tadilah yang menerima akibat tuduhan melulu.

Orang yang berpenyakit ini juga akan merasakan bahawa dia sahajalah yang benar dan orang lain sentiasa salah. Dia akan sentiasa mencari kesalahan orang lain. Dia tidak akan mencari kesalahan yang ada pada dirinya.

Kepada rakan, adik-adik, anak-anak, jauhi penyakit berperasangka buruk ini. Ubatnya ada pada diri kita sendiri. Kita manusia yang tidak sempurna. Kita melakukan kesalahan. Jangan suka mencari kesalahan orang sahaja. Cari jugalah kesalahan kita. Kalau kita menyalahkan orang, orang juga akan menyalahkan kita. Kalau kita mengata orang, orang juga mengata kita. Kalau kita memburukkan orang, orang juga memburukkan kita. Bagi pengidap penyakit ini, ubatilah sebelum kronik.

Monday, October 20, 2008

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA AULAD

PERINGATAN
TARIKH KONVO : 2 NOVEMBER 2008
TEMPAT : DEWAN UTAMA, ESSET KWSP, SUNGAI TANGKAS (JALAN MENYUSUR DI TEPI STESEN KOMUTER UKM)
MASA : 8:00 PAGI (MAJLIS BERMULA. SILA DATANG SEAWAL 7:30 PAGI)
PAKAIAN : PAKAIAN SERAGAM TADIKA.

Saturday, October 18, 2008

ATUK

Datuk aku sebelah emak bernama Maaris dan sebelah abah pula bernama Mohd Nor. Kedua-dua datuk aku meninggal sebelum aku lahir. Abah beritahu, atuk Mohd Nor meninggal semasa abah belajar di Tanjung Malim. Sebaik abah sampai semula ke Tanjung Malim setelah selesai hal pengkebumian atuk, abah menerima satu lagi telegram. Kali ini memberitahu yang atuk Maaris pula meninggal dunia. Pemergian kedua-dua atuk aku hanya selang beberapa hari sahaja. Tapi atuk Maaris meninggal secara tragis. Ia hanyut di sungai semasa pulang dari sawah bersama nenek. Mayatnya juga tidak dijumpai. Hanya beberapa bulan kemudian seorang yang sedang menjala ikan nun jauh di hilir, berjumpa dengan tengkorak. Nenek dan kaum kerabat kemudian mengesahkan bahawa itulah tengkorak atuk yang dicam melalui giginya.

Aku mengenali atuk melalui cerita-cerita emak dan abah. Di antara kedua-duanya aku lebih mengenali atuk Mohd Nor dan di sini aku mahu bercerita perihalnya dan keturunannya.

Atuk adalah orang Minang yang asli datang dari daerah Minangkabau. Atuk datang ke sini dalam tahun duapuluhan. Bila atuk berkahwin dengan uwan, atuk sudah pun mempunyai isteri di Minangkabau. Kalau tidak silap aku uwan adalah isteri yang ketiga. Pada masa itu atuk selalu berulangalik dari Sumatra ke N.Sembilan dan sudah tentulah atuk mempunyai ramai anak. Abah mempunyai adik beradik tiri di daerah Minang sana tetapi tidak pernah bertemu muka sehinggalah akhirnya atuk meninggal dunia. Walaupun tidak pernah berjumpa, abah dan abangnya Aminuran dan Sarbaini selalu berhubungan melalui surat.

Pada suatu hari semasa aku di tingkatan lima, pakcik Aminuran datang ke rumah abah. Oleh kerana tidak menemuiku, pakcik Aminuran meninggalkan pesan bahawa dia teringin sangat berjumpa denganku. Dia juga memberitahu yang anak-anaknya ramai yang menetap di Jakarta. Abah ada juga sekali sekala berutusan surat dengan anak-anak pakcik Aminuran di Jakarta. Aku pula tidak tergerak hati untuk berbuat demikian. Aku tidak tahu kenapa.

Setelah berbelas tahun berlalu, aku ke jakarta pada tahun 1997. Aku tergerak untuk mencari sepupu-sepupuku anak pakcik Aminuran. Abah cuma tahu alamat kantor Marzel dan berpandukan alamat yang diberi, kami pun menjejak kasih. Namun hampa kerana Marzel sudah tidak lagi berkerja di tempat itu. Kami meninggalkan alamat hotel dan nombor telefon kepada seseorang yang mengaku mengenalinya. Ternyata ia membuahkan hasil kerana pada sebelah malamnya kami dihubungi oleh Marzel dan seorang lagi abangnya Raflis. Maka terjadilah pertemuan di antara saudara-saudara yang selama ini dipisahkan oleh lautan.

Mulai detik itu, kami sering bertemu. Aku bertemu dengan pakcik Aminuran semasa kak Amismar mengahwinkan anaknya pada tahun 2003. Ketika itu telinganya sudah kurang mendengar tetapi dia masih ingat padaku. Katanya gambar aku ada dalam simpanannya. Tidak lama selepas itu, pakcik Aminuran meninggal dunia.

Dua tahun lepas aku satu keluarga pergi ke tempat asal usul atuk. Nama kampung atuk Baruh Gunung. Letakmya lebih kurang 40 kilometer dari Paya kumbuh. Baruh gunung letaknya ditempat tinggi. Cuacanya sejuk dan airnya dingin. Pemandangannya amat cantik. Jalan untuk sampai ke kampung berbelok-belok dan sempit. Ada kalanya kereta terpaksa berhenti di tepi jalan untuk memberi laluan kepada kereta yang berselisih.

Aku berjumpa dengan ramai keturunan atuk Mohd Nor. Aku bertemu ramai sepupu dan ada yang minta dibawa pulang bersama ke malaysia. Mana bisa. Anakku Izzuddin berkata, "kita ni orang Indon ke". Aku tidak malu mengaku bahawa atukku orang Minangkabau.

POEM



You can read this poem with your child.

Two Little Kittens


~Anonymous (circa 1880)





Two little kittens, one stormy night,
Began to quarrel, and then to fight;
One had a mouse, the other had none,
And that's the way the quarrel begun.

"I'll have that mouse," sad the biggest cat;
"You'll have that mouse? We'll see about that!"
"I will have that mouse," said the eldest son;
"You shan't have the mouse," said the little one.

I told you before it was a stormy night
When these two little kittens began to fight;
The old woman seized her sweeping broom,
And swept the two kittens right out of the room.

The ground was covered with frost and snow,
And the two little kittens had nowhere to go;
So they laid them down on the mat at the door,
While the old woman finished sweeping the floor.

Then they crept in, as quiet as mice,
All wet with the snow, and cold as ice,
For they found it was better, that stormy night,
To lie down and sleep than to quarrel and fight.




Wednesday, October 15, 2008

MENYAMPUK

Satu perangai anak-anak yang kadang-kadang membuat kita rasa kurang senang ialah 'menyampuk'. Kita pun pernah menjadi anak kecil dan rasa-rasanya kita dulu pun suka menyampuk.

Cuba ingat-ingat. Bila mak kita sedang berbual-bual dengan jiran ke, makcik-makcik ke, kita suka sangat curi-curi dengar. Apatah lagi kalau diaorang tu tengah bergosip, lagilah cuping telinga kita kembang. Lepas tu, tanpa sedar kita menyampuk perbualan mereka. Kalau nenek aku yang tengah bercakap masa tu, menyembur air liur dia menyergah aku. "Ekau jangan nak molampam". Molampam tu istilah orang kampung aku la. Maknanya aku jangan le menyampuk cakap orang tua-tua. Kena syoh..syoh.. pergi main jauh-jauh.

Bila kita berbual, terutamanya isu-isu sensitif, berhati-hatilah. Kalau anak-anak kita ada pada waktu itu besar kemungkinan dia akan pasang telinga. Mungkin juga dia akan menyampuk perbualan kita.

Satu waktu dulu aku tengah bercakap dengan pembantu rumah di dapur. Masa itu anak aku yang lelaki semuanya masih bersekolah rendah. Aku memberitahu pembantu yang kami mahu melawat kawan suamiku yang kena rompak. Anak aku berlari masuk ke dapur sambil berkata "ha apa mak? Mak nak pergi kedai cetak rompak? Man nak ikut...Man nak ikut".

Itulah dia anak-anak. Suka sangat menyampuk cakap orang tua.

Emak 2

Aku bermimpi jumpa emak. Emak senyum. Aku ajak emak datang ke rumahku. Emak cakap"Mak mana boleh pergi Bangi. Mak duduk sini. Biar abah kau aje duduk Bangi". Aku peluk emak lama-lama. Rinduku terlepas seketika.

Tuesday, October 14, 2008

CHILD BEHAVIOUR

What is normal behaviour for a child?

Normal behaviour in children depends on the child's age, personality, and physical and emotional development. A child's behaviour may be a problem if it doesn't match the expectations of the family or if it is disruptive. Normal or "good" behaviour is usually determined by whether it's socially, culturally and developmentally appropriate. Knowing what to expect from your child at each age will help you decide whether his or her behaviour is normal.

What can I do to change my child's behaviour?

Children tend to continue a behaviour when it is rewarded and stop a behaviour when it is ignored. Consistency in your reaction to a behaviour is important because rewarding and punishing the same behaviour at different times confuses your child. When your child's behaviour is a problem, you have 3 choices:
  • Decide that the behaviour is not a problem because it's appropriate to the child's age and stage of development.
  • Attempt to stop the behaviour, either by ignoring it or by punishing it.
  • Introduce a new behaviour that you prefer and reinforce it by rewarding your child.

Why shouldn't I use physical punishment?

Parents may choose to use physical punishment (such as spanking) to stop undesirable behaviour. The biggest drawback to this method is that although the punishment stops the bad behaviour for a while, it doesn't teach your child to change his or her behaviour. Disciplining your child is really just teaching him or her to choose good behaviours. If your child doesn't know a good behaviour, he or she is likely to return to the bad behaviour. Physical punishment becomes less effective with time and can cause the child to behave aggressively. It can also be carried too far -- into child abuse. Other methods of punishment are preferred and should be used whenever possible.

Sunday, October 12, 2008

JALAN RAYA


Lewat pagi tadi aku didatangi muridku Syahidah. Minggu lepas aku memberitahu murid sekelas, kalau mahu duit raya datanglah beraya di rumah ummu. Ramai yang berkata "nanti saya datang."Adam siap dengan waktu terperinci lagi. "Nanti saya datang sabtu petang pukul empat setengah". Mohon maaf pada ibu bapa jika ada anak yang merengek minta dihantar ke rumah ummu mereka.

Hari Khamis Syahidah memberitahu yang dia akan datang pada hari Ahad bersama Shazwan. Kebetulan Shazwan adalah kawan kepada anakku Izzuddin. Sebenarnya aku tidaklah berapa mengharap yang mereka ini betul-betul akan datang ke rumah. Faham-faham sajalah kata-kata anak-anak. Mereka cakap begitu begini sedangkan ibu bapa mempunyai agenda sendiri. Ternyata sebelum jam dua belas, Syahidah dan Shazwan datang. Sebaik pintu pagar aku buka, Syahidah tersengih-sengih sambil mendepangkan tangan menunggu pelukanku.

Syahidah adalah salah seorang "orang kuat" Jannatul Aad. Dia seorang anak yang bijak bercakap sebijak dirinya. Kadang-kadang aku menyuruhnya ke depan menggantikan aku memulakan kelas dengan doa dan hafalan. Sering pula dia menawarkan dirinya berebut-rebut dengan Huda dan Hanis sekiranya aku lupa untuk memanggilnya ke depan.

Syahidah seorang "business woman". Emaknya mempunyai kebun buah naga. Setiap kali musim buah naga dia akan mencanangkannya kepada setiap guru. Aku beli juga tapi anak-anak aku tak berapa suka makan buah naga. Ada sekali dia bertanya padaku, ummu tak mahu beli buah naga lagi ke. Aku cakap, tunggulah dulu. Dia cakap kalau ummu tak suka makan buah naga, ummu buat ice blended. Taruk buah naga. Sedap. Aku yang dengar menelan air liur. Kebetulan pula dalam bulan puasa. Kawan-kawannya ada juga yang terpengaruh dengan kempennya. Satu hari Omar bawa duit nak beli buah naga. Hebatnya "business woman" ini.

Syahidah, ummu doakan masa depanmu yang terang seterangnya hatimu.

Mulai Julai aku sudah jarang datang ke kelas. Tugasku diambil alih oleh Intan. Selepas itu aku lebih kepada tugas meronda ke premis-premis yang lain. Bila aku datang menjenguk, mereka semua berebut-rebut memelukku sambil merengek bertanya kenapa ummu lama tak datang. Ummu pergi mana. Terpaksalah aku mereka berbagai alasan. Memang aku rapat dengan anak-anak kelasku. Kepada anak-anak sekelian, nak duit raya, datang rumah ummu he..he..

Inilah wajah-wajah anak-anak Jannatul Aad. Yang paling atas itulah Syahidah.


























Datuk

Tak puas hati betul sebab Shah Rukh Khan dapat title datuk. Apa ke jasa dia kat Melaka. Bagi title tu kat suami aku kan lagi baik. Suami aku orang Melaka gak. Dapat aku numpang semangkuk.

Friday, October 10, 2008

TANDAS TAKDAK SUARA AIH...

Hidayah cerita pasal toilet. Aku nak tumpang lah sekaki sebab aku pun phobia jugak nak masuk toilet awam ni. Eh, apasai toilet sekolah hang dulu teghuk sangat. Hangpa semua dok sumbat dengan benda yang hangpa pakai tiap bulan tu kot. Yang ni satu lagi masalah nak mendisiplinkan budak-budak perempuan. Bukan takat budak sekolah saja, yang dah nak jadi mak budak jugak (tak ketinggalan jugak mak budak sekali), buat perangai ni. Bungkuslah elok-elok, buang dalam tong sampah. Premis aku kat Taman Mesra dan Taman Jasmin pernah sekali tersumbat teruk. Bila panggil tukang paip, tengok-tengok ada benda alah tu. Takkanlah dah besar pun tak faham-faham lagi.

Aku kalau masuk toilet mesti aku sembur dulu lantai dengan air. Agak-agak dah hilang bau, baru masuk. Tu kalau toilet yang ada pasang paip. Kalau yang macam mid valley tu, air terpancut dari lubang jamban, nak buat camane. Kalau toilet duduk lagi satu hal. Ee.. geli geleman nak duduk. Kalau dah terpaksa sangat sebab tak ada pilihan, ha.. ni aku bagi petua. Mula-mula basahkan tisu , kemudian lap tempat duduk. Lepas tu lap dengan tisu kering. Kemudian ambil tisu yang kering, alas tempat duduk yang agak-agak punggung hang akan landing kat situ. Barulah boleh duduk dengan selesa. Kalau toilet tak ada tisu? Pastikan sebelum masuk toilet hang bawa tisu banyak-banyak.

Di Singapura, toilet agak boleh tahan bersih. Tukang cuci kat sana tiap kali selepas orang gunakan tandas, dia cuci. Kat tempat kita ni tukang cuci mengelamun lebih kot. Tapi aku nak habaq kat hang, toilet depa kat Singapura tu tak pakai ayaq. Ee tak tahan la aku buang ayaq kecil besaq main dedat.

Walau macamanapun keadaan tandas awam kita, kalau dah panggilan alam tu terlalu mendesak, mahu tak mahu terpaksalah kita mengalah. Masuk juga lah. Kita sebagai pengguna juga mesti memberi kerjasama. Pastikan kita tidak meninggalkan kotoran. Ingat lah, ada orang lain yang akan menggunakannya. Tugas tukang cuci memanglah mencuci tandas tu. Tugas kita, gunakan dengan berhemah. Kepada AJK masjid-masjid, upahlah tukang cuci. Duit tabung tu banyak-banyak, ketepikanlah sikit untuk mengupah pencuci tandas. Cakap pasal tandas masjid ni teringat pulak. Banyak masjid yang ada arahan seperti ini: Dilarang memakai kasut di dalam tandas. Kalau disediakan selipar ke, terompah ke, tak apalah. Kalau alas kaki tak disediakan, hang tergamak ka nak masuk tandas kaki ayam?

Thursday, October 9, 2008

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Surat periksa dan jadual sudah diedarkan. Ada kalanya surat ini tersalah letak dan hilang. Di sini saya muatkan semula jadual peperiksaan:

20 Okt : Bahasa Melayu, Jawi, Akhlak
21 Okt : English, Tauhid, Arabic
22 Okt : Maths, Science, Fekah
23 Okt : Art, Hafalan
24 Okt : Hafalan

Kepada ibu bapa, janganlah tension sangat bila tengok jadual ni. Exam senang saja. Lagipun mereka ni masih lagi kanak-kanak tadika. Tak perlulah study lebih-lebih sangat. Ujian ini hanya untuk mengukur pencapaian anak-anak. Jangan lupa bekalkan alat tulis secukupnya ya! Pensel, pemadam, ruler, pensel warna.
Hafalan tu ialah hafalan surah-surah lazim. Mereka bila baca ramai-ramai, dapat je. Tapi bila baca sorang-sorang, mungkin ada yang teragak-agak. Tu yang nak di uji.

Wednesday, October 8, 2008

BUDI BAHASA

Orang Melayu ni kaya dengan budi bahasa. Itu orang kata. Betul ke. Aku rasa statement ini perlu diubahsuai. Perlu jadi "sebahagian orang Melayu ni kaya dengan budi bahasa". Sebahagian maknanya tidak semua.

Memang ada Melayu yang masih tebal dengan berbudi dan berbahasanya. Masih lagi amalkan "tumpang lalu" sambil terbongkok-bongkok tangan kanan lurus menunjuk lantai apabila lalu depan orang ramai. Aku dulu kalau lalu depan orang main terjah je, memang nak kena penampar jepun. Tapi sekarang ni, aku rasalah, kurang sangatlah orang yang menitikberatkan budi bahasa ni, terutamanya golongan muda. Yang tua pun apa kurangnya.

Cuba tengok kat kaunter-kaunter yang berurusan dengan orang ramai. Kalau dapat yang senyum, layan kita dengan ramah, sejuk rasa hati. Tapi ada juga tu yang layan kita nak tak nak. Bila kita tanya lebih-lebih sikit mulalah bibir dia terbalik. Bila dapat yang macam ni kita jadi tertanya-tanya. Penat ke berurusan dengan orang ramai ni. Kalau penat, tak payahlah kerja. Duduk je lah di rumah, tido.

Yang bawa kereta lain hal pula. Raya beberapa tahun yang lepas aku anak beranak pergi shopping di Metro Kajang. Nak cari parking punyalah susah. Dah puas menunggu adalah satu kereta ni nak keluar. Aku pun standby nak masuk. Siap bagi signal lagi. Sebaik je kereta tu keluar, ada satu kereta bukan main laju datang dari belakang terus masuk lot yang aku dah tenang tu. Bengkek betul. Aku hon banyak kali, dia buat dek aje. Dah tua. Bukan budak-budak.

Belum lagi cerita pasal bawa kereta main celah sana celah sini. Ada pula yang ikut kereta kita bukan main rapat lagi sampai nak tercium belakang kereta. Terpaksalah kita mengenepi. Apa yang nak dikejar laju-laju pun tak tahulah.

Kalau naik komuter banyak adegan orang yang tak berbudi bahasa ni. Anak-anak muda ni (yang melayu lah) ramai yang tak hormat kita yang dah tua. Berpeluk-peluk macam dah tak perlu nak malu-malu lagi dah. Kalau dah sakit sangat mata tu kadang-kadang aku tegur juga. Tapi selalunya aku buat-buat tak nampak aje. Gasak engkau lah.

Dalam komuter ni selalulah aku lihat makcik-makcik yang tak dapat tempat duduk tu dibiarkan saja berdiri (termasuklah aku. Naik kematu kaki aku berdiri dari KL central sampai UKM). Yang muda-muda ni enak je duduk. Di mana letaknya budi bahasa.

Kalau nak diberi contoh, terlalu banyak sangat. Bak kata Nabil, Lu pike la sendiri. Apa yang nak saya sampaikan di sini, kita janganlah bangga bila orang kata, Melayu ni kaya budi bahasa. Tak do mano e do. Orang putih yang kita anggap jahat tu ada kalanya lebih baik dari kita. Pengalaman aku di negara orang putih membuat aku memberi tanggapan sedemikian. Mereka yang di kaunter sentiasa dengan senyuman. Kalau dalam bas sudah penuh dengan orang, ada sahaja yang bangun memberi tempat duduknya. Kalau membeli belah tangan penuh dengan barang, ada saja tangan yang membukakan pintu untuk kita.

Yang menjadikan kita berbudi bahasa bukan sebab kita Melayu. Korang pike la sendiri.




Open House

Orang kampung raya dua tiga hari je. Orang town raya sebulan. Hujung minggu je ada open house. Almaklum lah, hari-hari biasa orang kerja. Free cuma hujung minggu. Time macam ni kalau pergi pasar mesti jem. Nak beli santan je kena beratur panjang. Yang jual ayam pula tak menang tangan. Agaknya malam-malam mengigau menghayun pisau.

Staff tanya tak buat open house ke. Aku cakap malas lah. Penat. Aku ajak yang lain pula datang raya kat rumah. Dia cakap buatlah makan-makan sikit. Nanti dia datang. Emm.. makan biskut raya je tak leh ke.

Buat ke tak nak. Buat ke tak nak. Penat. Bibik ada. Tak larat. Bibik ada. Pikir punya pikir aku cakap dengan husband nak buat makan-makan lah sikit untuk staff. Husband cakap alang-alang masuk dapur buatlah lebih sikit. Boleh panggil kengkawan dia. Student dia pun ada yang dah tanya. Emm......
Anak yang dengar, eh.. kawan dia pun ada yang nak datang. Anak yang lain pula dengar, eh.. kawan dia juga. Emm..

Well, dah memang nak masuk dapur pun. Adjust je lah kuantiti. After all, memang aku suka masak. So, dalam nak tak nak, buat la ala kadar untuk meraikan staff dan kawan. Kalau ada yang tak terjemput tu, faham-faham je la ye!

Tuesday, October 7, 2008

Teach Your Child The Alphabets

Teach your child the alphabets. Try not to use the old and traditional way. It will only make you child feel bored. Use something interesting instead.

1. Make an Alphabet Book

Make your own alphabet book with your kids. Help your child make a page with each letter. You can have him write the letter or find the letter in an old magazine and cut it out. Cut out pictures from an old colouring book or magazine that has words that start with the letter on the page.

2. Play the ABC game whenever you drive somewhere

This is an easy and fun way to teach your child the alphabet. Whenever you drive anywhere play the ABC game. Have your child find the letter A on billboards, or license plates, or signs. Start with the letter A and then look for letter b, c, etc. Once you finish the alphabet you can play again.

3. Sing the Alphabet Song

Children love to sing and what better song to sing than the Alphabet Song. Start your day off with a song or two and be sure to include the ABC song.

4. Play the Alphabet Memory Game

You can purchase flashcards of the alphabet or make your own. Have your child match the capital letter A to the lowercase letter a. Or you can start with letters that are all lowercase or all capital. Each time your child matches the letters have him tell you what letter it is.

5. Play Alphabet Bingo

Make your own Bingo cards with construction paper. Write the letters of the alphabet on it. Call out the letters and have your child put a Bingo chip on the letter. When your child wins they can yell out Bingo!

6. Play the Alphabet Hide Away Game

Fill a bag with different objects that start with different letter sounds. For example, you could fill it with a car, a book, a pencil, etc. Show the child all the items in the bag. Then put all the items back in the bag. Have them find the items by touching them only. Say can you find something that starts with the letter B? Say what sound does the b make? Then see if they can find the book in your bag just by touching. This game is not only good for learning letters and sounds but also helps them with using their senses and tactile skills

Monday, October 6, 2008

CORRECT YOUR CHILD’S BEHAVIOR WITHOUT CRITICIZING YOUR CHILD

If you tell your child that he is doing something wrong, be patient and explain to him how he should accomplish the task correctly. Don’t continue to make comments to your child like the following: “You never can do anything right.” “You know better than that.” “Aren’t you ever going to learn anything?”

These statements simply make a child feel inferior. Repeated often enough he may begin to believe he is a failure. Make as many positive comments to your child as you can. Build him up; don’t tear him down.

During the early years, children believe everything their parents say. Therefore, what parents say to their children can effect their sense of their own worth.

EXAM

Balik raya, anak-anak pula sibuk nak periksa. Mana yang nak ambil PMR, mana yang nak ambil SPM, mana yang nak ambil STPM. Itu periksa yang besar-besar. Anak-anak yang lain nak hadapi peperiksaan akhir tahun pula. Yang kat universiti pun nak periksa juga.

Ibu bapa lah yang paling susah hati bila anak nak periksa. Potpet potpet suruh anak belajar. Anak-anak buat releks. Kita dulu masa zaman sekolah tak payah emak bapak berleter suruh belajar. Tahu aje nak buat sendiri. Dulu dulu di kampung mana ada api letrik. Pakai pelita. Malam-malam bersengkang mata belajar sebab nak jadi pandai. Bila bangun pagi keesokan harinya, lubang hidung penuh dengan jelaga.

Sekarang ni pergi tusyen macam sudah menjadi satu kemestian. Kalau tak pergi ke tempat tusyen, guru tusyen datang ke rumah. Kita dulu tak ada pun tusyen-tusyen. Beruntungnya anak-anak sekarang.

Kepada anak-anak semua, selamat menghadapi peperiksaan.

Saturday, October 4, 2008

KUCING MENGAJAR AYAM MENGEMBEK

Ada sekumpulan budak-budak sekolah asrama penuh tengah tunggu train nak balik kampung. Antaranya dua orang budak yang berkawan baik. Seorang budak Kelantan, seorang budak nogoghi. Bila dah lama sangat tunggu train yang tak sampai-sampai lagi budak kelantan ni cakap:
"Wer is de teghe det is sappoh tu ka here et dis ta'i." Korang pandai-pandai la ngajukkan cakap dia ni yang memang pekat bahasa kelantannya. Dia sebenarnya nak cakap, where is the train that is supposed to come here at this time.

Budak nogoghi ni marahlah sebab budak kelantan ni cakap Inggeris tak betul. " If you want to sopik, sopik propoli".

Mungkin anda ada yang dah dengar cerita ni. Saya saja nak ulang sebab cerita yang diulang-ulang ni sedap. Macam cerita P.Ramlee. Moral of the story, kalau dah tak tau janganlah berlagak tau.

sampah

Rasa-rasanya kan, orang Malaysia ni suka buat sampah. Kalau tak percaya, perhatikan je lah keliling kita ni. Berselirat dengan sampah. Ada yang hobi longgok sampah depan rumah. Depan rumah orang pula tu. Kononnya nak bersihkan rumah sendiri. Dahan-dahan pokok kat dalam pagar, nak kena trim. Pokok-pokok bunga yang dah tumbuh meliar nak kena bela juga. Lepas tu tak tahu nak taruk bahan-bahan buangan tu kat mana. Nak taruk depan rumah sendiri nanti tak cantik pula rumah. Jadi, buang la kat tepi-tepi rumah orang.

Saya cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri. Di tepi tadika Aulad di Taman mesra, bertimbun orang buang sampah. Dari berbagai-bagai jenis. Begitu juga di Bangi. Habis nak buat camno. Nak marah kang, ishh.... Mahu tak mahu terpaksalah buat inisiatif sendiri.

Kalau kita berada dalam kereta, perhatikan kereta di depan. kadang-kadang kita nampak dengan selambanya orang buang puntung rokok. Kalau musim rambutan ke, langsat ke, ha.. main campak je kulit dan biji buah-buah tu keluar. Macam la dunia ni tong sampah dia. Apa salahnya letak plastik dalam kereta. Satu kat depan, satu kat belakang. Sampah-sampah masuk dalam plastik. Bila tiba tempat-tempat yang ada sediakan tong sampah, masukkan plastik tu ke dalam tong. Kami sekeluarga sudah mempraktikkan ini bertahun-tahun. Tak susah pun.

Kebersihan bukan setakat di rumah sahaja. Amalkan juga di luar rumah. Ajar anak-anak menghargai alam sekitar. Kalau satu Malaysia ni masyarakatnya tidak menjadikan membuang sampah merata-rata ni satu amalan, maka tidak adalah lagi sampah sarap di segala ceruk. Bolehkan ANDA?

dialek lagi.......

Dari sekolah rendah hingga ke tingkatan tiga aku selalu lepak-lepak di rumah uwan bersama sepupuku Jaha dan Along. Kadang-kadang sepupuku Zam yang duduk Trengganu datang juga join kami masa cuti sekolah. Dengan Zam ni kami ada masalah sikit dari segi bahasa. Maklumlah, walaupun asal usulnya dari nogoghi tapi Zam sekeluarga memang dah jadi anak Trengganu. Lidah dah jadi lidah Trengganu.

Satu tengahari yang panas dan berpeluh-peluh kami semua menikmati hidangan tengahari yang uwan masak. Bila uwan tengok nasi dalam pinggan Zam dah nak habis, uwan hulur mangkuk nasi. Zam cakap "tak mboh". Uwan cedok nasi dan masukkan dalam pinggan Zam. "Tak mboh doh" Zam cakap sambil memasukkan balik sudu yang uwan pegang ke dalam mangkuk.
"La, ekau cakap nak tamboh. Uwan tambohkan la".

Kitorang yang tak paham cakap Zam pun mengiyakan uwan. Zam explain. Kami ketawa hampir tersedak. Uwan ingatkan Zam kata "tamboh" yang mana dalam dialek nogoghi maknanya "tambah" lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...