Satu hari tu aku lalu di kaki lima masjid alhasanah. Ada seorang wanita duduk di pinggir kaki lima. Aku lihat beberapa kanak-kanak KAFA tengah berkeliaran di sana sini. Mungkin baru habis kelas.
Aku pandang wanita itu. Terasa macam aku pernah jumpa. Dia juga memandang aku. Tepat. Ada macam kuntuman senyuman mula mahu berbunga. Sedang aku berfikir-fikir dimanakah aku pernah lihat wanita itu, dia menegur aku dulu sebaik aku sampai di hadapannya.
'kakpah, apa kabar'
Ternyata dia mengenali aku.
'Baik. Mengajar di sini ke.'
Kami berbalas-balas cakap sebelum aku beredar menyelesaikan urusan. Sehingga sekarang aku tidak tahu siapa dia.
Membuat aku teringatkan nenek aku. Rambut putih beruban tetapi masih kuat mengayuh basikal membawa getah keping yang sudah siap diproses untuk dijual di pekan. Banyak kali aku yang jadi pembonceng sambil memeluk pinggangnya dari belakang. Kemudian nenek mengidap darah tinggi dan oleh kerana tidak terkawal dia akhirnya terlantar di tempat tidur.
Membuat aku teringatkan moyangku. Tua, kurus, bongkok dan kulit sudah berkedut semasa aku mengenalinya. Dia akan memegang jariku sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu dan meludahkan air liurnya ke tempat jariku terkena sengatan jengking. Sungguh mujarab. Tidak ada siapa yang mengambil ilmu itu.
Aku teringatkan mereka ini untuk mengingatkan diri aku bahawa aku sedang mengarah ke umur itu. Akhir-akhir ini memang aku terlalu mudah untuk menjadi lupa sehingga kadang-kadang aku memarahi diri sendiri.
Lebih-lebih lagi sekarang ini aku ada terlalu banyak benda yang perlu aku buat dan aku ingat.
Sijil konvo belum siap.
Aturcara konvo belum buat.
Langsir kakngah belum siap.
Langsir bilik adik baru tadi beli kainnya. Belum berjahit lagi. Mesen jahit pula rosak. Dah panggil repair man, besok dia kata nak datang.
Hantaran belum siap.
Bla..bla..bla..
Nasib baiklah aku tidak buat semua ini seorang diri. Ada anak-anak yang menolong. Cuma aku nak kata yang bila usia meningkat, kita sudah tidak sehebat dulu. Buat kerja sikit, penat yang lebih. Urat-urat semalam baru nak kendur, sudah datang tugas baru.
Followers
jom klik
Wednesday, September 30, 2009
Tuesday, September 29, 2009
CAT WALK

Memang cantik gaya kucing berjalan. Betul-betul macam model. Err.. model berjalan betul-betul macam kucing.
Aku sering perhatikan Jordan aku mengatur langkah. Penuh gaya. Penuh style. Aku terpesona. Buat aku kepingin meniru liuk lintuk gerak badannya.
Tapi haritu aku lepuk juga si Jordan tu sebab terkencing tepi almari aku.
Saturday, September 26, 2009
ADEGAN DI DALAM KENDERAAN SEMASA BERJALAN RAYA
Adegan 1
Sebaik meninggalkan rumah mertua menuju ke Felda bukit Senggeh, anak-anak yang duduk di belakang heboh merungut-rungut kepanasan.
Ayah.. pasang lah aircond fullblast. Panas ni.
Tangan suami tergapai-gapai mencari punat aircond dan cuba memutar.
Eh.. dah kuat dah ni
Tapi apasal panas lagi
Aircond belakang tu dah bukak ke
Dah
Bunyi kereta dan motor yang lalu lalang berselisih dengan kenderaan kami jelas kedengaran.
Ni ada tingkap yang tak tutup ni. Sapa bukak tingkap ni? Tutup tingkap.. Tutup tingkap. Patutlah panas.
Tingkap kat belakang semua tutuplah ayah.
Eh..eh.. tingkap ayah yang tak tutup rupanya. Hehehe.....
Ayah!!!!!!!!!
Adegan 2
Woi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bukak tingkap, bukak tingkap........
Apasal!!
Ni Muhammad ni. Dia kentut dia tutup hidung dia je. Warning lah kat orang sama..
Takkan nak tutup hidung semua orang pulak.
Yelah.. Awak warning le. Gas beracun.... pengsan kakteh tau..
Muhammad Basyir tersengeh-sengeh. Kalau beraya sakan, memang dia yang banyak terkentut dan bau kentut dia boleh buat orang pitam.
SELAMAT BERAYA. BANYAK OPEN HOUSE?

Thursday, September 24, 2009
I AM FROM NETHERLAND
Where did you come from
I came from Holland
So you are a Hollander
Nope, Dutch...
Ooo... bukan Belanda ke
What? blunder?
No. I said Belanda. B-E-L-A-N-D-A.
Yes..yes.. BELENDE
Berangan lah kau. Aku hempap kau gerenti terpenyek. Banyak songeh pulak.
(Those conversations were taken place somewhere in Perak between Durian Kampung and Durian Belanda)

Petang tadi kaklong anak beranak baru balik dari Kemunting. Dia bawa balik sebiji buah durian belanda. Tetiba je nak buat entry merapu.
Tuesday, September 22, 2009
SEHARI DI MELAKA
Salam raya.
Ini cerita sehari sebelum raya.
Kami semua sibuk di dapur merebus ketupat dan membuat rendang. Aku mengarahkan ros memblender semua bahan. Serai, blender. Halia, blender. Cili api, blender. Bawang, blender. Kunyit, blender. Udang kering untuk aku buat kuah kacang pun aku suruh blender juga. Sampaikan blender aku KO terus tak boleh jalan. Suruh atuk pergi kedai beli blender dia kata kedai belum bukak. Kaklong kata dia ambil blender dari rumah dia je lah.
Aktiviti merendang pun bermulalah sehingga selesai. Tak ada orang yang disuruh merasakan asam garam. Tawakal je. Sedap tak sedap, belakang kira.
Bila tiba masa aku nak masak kuah kacang, aku tercari-cari udang kering.
Udang kering yang dalam mangkuk tadi mana!!
Orang tak de amek.
Tadi kat sini. Betul-betul mak letak sini.
Orang tak tau.
Ros, kamu udah basuh mangkuk yang ada udang kering tadi ye!!
Otak aku dah mula nak menuduh.
Eh.. Tak de lah buk. Ibuk tadinya letak di mana.
Jangan-jangan mak dah masukkan dalam rendang.
Aku kacau-kacau rendang ayam. Aku ambil sesudu dan aku hidu. Sah!!! ada bau udang kering.
Raya kali ini aku hidang rendang ayam berperisa udang kering. DAN tak ada orang yang komplen haha...
Ini cerita semalam, hari raya kedua.
Janji pagi-pagi lepas subuh bertolak ke Melaka. Aku pagi-pagi dah bangun. Lepas subuh budak-budak ni dihentamnya tidur semula. Puas pula aku mengejutkan second round. Akhirnya jam lapan baru semua orang siap dan yang paling lambat siap ialah laki aku. Aku membebel-bebel, lain kali kalau nak pergi mana-mana ayah kena siap dulu. Mekap macam orang perempuan. Laki aku buat dek saja. Maklumlah, drebar. Tak boleh nak smash kuat-kuat sangat. Takut mogok tak nak bawa penumpang, susah juga kan.
Orang Tiang Dua dah tunggu kami sebab dah janji nak jalan beraya konvoi dua kereta. Sampai-sampai je diorang sound apasal lambat sangat sampai. Yang menyound tu pula mandi pun belum. Dan wak supirnya pun masih terbongkang di surau. Sabau je la. Sementara menunggu diorang bersiap, kami beraya di rumah adik ipar, belakang rumah.
Di depan rumah makngah (adik ipar aku) ni ada pokok belimbing buluh. Buahnya baru keluar bunga. Nak tengok rupa bunga belimbing buluh ni?

Diorang kutuk-kutuk aku sebab terhendap-hendap keliling kampung mengambil gambar. nak buat macamana. Dah memang hobi.
Kemudian kami bertolak ke bukit senggeh, rumah busu madon adik emak mertua aku. Sampai sana betul-betul time makan tengahari. Jarum penunjuk dalam usus dah mula mengarah ke level merah. Busu yang dah memang tahu kami nak datang, dah siap masak dari awal. Memang tiap-tiap hari raya kami akan ke sini dan makan tengahari di sini.
Busu madon, bapa saudara suami.
Gambar isteri dia lupa pula nak abil sebab dia tengah sibuk di dapur.
Busu madon adik beradik lain bapa dengan mak mertua.
Bergambar di rumah Busu madon. Anak dara tiga orang kat depan tu
anak buah aku. Pantang jumpa kamera. Tak caya tengok gambar kat bawah ni.

Keliling rumah busu, penuh dengan bunga oked. Tangannya memang sejuk menanam bunga oked ni. Tak macam tangan aku. Tanam oked asek tinggal pasu je.

Kemudian kami pergi ke rumah bapa saudara di Semabok pula. Kami panggil dia wak sebab dulu dia pernah kawin dengan orang jawa. Wak adik beradik dengan mak mertua aku. Dia pun dah tak berapa sehat. Dah tak berapa kenalkan orang lagi.
Sedang menapak menuju ke rumah wak. Anak-anak aku yang ikut enam orang saja. Yang dalam gambar cuma lima sebab sorang lagi ambil alih tugas aku sebagai f
otografer.

Di rumah wak, kami dijamu dengan mee kari. Perut sudah tak boleh masuk da...
Kemudian kami ke rumah mak saudara di Semabok juga, makcik Jabah. Jabah ni adik beradik dengan mak mertua aku juga. Adik beradik lain bapa. Adik kepada busu madon. Dia baru keluar hospital sebab muntah keluar darah.

Busu madon, bapa saudara suami.Gambar isteri dia lupa pula nak abil sebab dia tengah sibuk di dapur.

Makcik Jabah.
Nampak macam dah sehat tetapi yang di dalam tak siapa yang tahu.
Kami berjalan lagi ke beberapa rumah sehingga sendat perut dijamu. Mak mertua yang sudah mula berpuasa sunat nampak seronok kerana dapat bertemu dengan adik beradik dan sanak saudara yang lain. Bukan mudah nak berjumpa selalu. Bila ada kesempatan, kami ziarahi mereka kerana belum tahu Syawal yang akan datang kami diberi kesempatan ini.
Kami sampai semula di Bangi lebih kurang pada jam 10 malam.

Sunday, September 20, 2009
Satu Syawal
Balik kampung....
Ooooooo balik kampung...
Tahun ini adalah tahun kedua aku tidak beraya di kampung. Sejak abah tinggal bersama, kami beraya di Bangi sahaja. Rumah kampung di Pilah sudah menjadi rumah tinggal. Kami tidak beraya di Melaka sebab takkanlah hari-hari raya aku nak tinggalkan abah di rumah ni. Jadi, kami mengambil kesempatan beraya di rumah sendiri.
Kemeriahan tetap sama.
Semalam....

Hari ini...

Abah.....

bersama dengan dua orang anak perempuannya dan sebahagian cucu dan cicitnya.

Syawal pertama untuk Farris
Hari ini aku bersilat sampai ke petang. Tidak terasa penatnya.
Selamat hari raya.

Friday, September 18, 2009
kad raya lagi
Thursday, September 17, 2009
SILAT GAYUNG KE.. SILAT KUNTAU..
Semalam menu masakan kampung. Aku ke pasar Bandar Baru Bangi mencari pucuk ubi. Aku lihat pasar lengang, tidak seperti di hujung minggu.
Di tempat menjual daging aku lihat ada daging lembu tergantung. Penjualnya relek-relek saja. Aku bermonolog. Nak beli tak. Kalau beli boleh simpan dalam freezer. Kalau beli Jumaat pasti kena beratur panjang dan tak pasti lagi ada daging ke tak. Setelah menilai pro dan kon, aku beli tiga kilo.
Sebenarnya aku ada sedikit seriau tang beli daging lembu ni. Apatah lagi yang dijual di tepi-tepi jalan. Haritu semasa aku balik kampung, aku sempat singgah di rumah angah Jorah. Dia ni salah seorang orang kampung aku yang banyak membela kambing dan lembu.
Bila aku lihat di rumahnya sunyi saja daripada suara mbekkkk... dan moooo... aku tanya mana perginya kambing dan lembunya yang banyak-banyak dulu. Dia jawab dah habis dicuri kat orang. So, korang pahamlah kan kenapa aku risau sungguh beli daging lembu ni terutama yang di tepi jalan tu. Kalau nak beli, kena lihat rupa orang yang menjual tu boleh dipercayai ke tak. Kalau yang pakai kopiah tu, kira sejuk jugalah hati. Jangan pilih yang rupa serabai, bertindik sana sini, yang pakai rantai leher atau apa saja lah yang menimbulkan syak wasangka. Kita cuma nak berhati-hati kan.
Kemudian aku pandang pula tempat menjual santan. Ni kalau Jumaat mesti kena berbaris juga sampai satu kilometer. Baris satu hal. Menunggu satu hal lagi. Beli je lah. Aku beli santan 5 kilo. Simpan beku dalam freezer. Nanti bila nak pakai baru keluarkan.
Alang kepalang aku beli terus serai, lengkuas, halia, kerisik, bawang, kacang tanah dan udang kering. Niat nak beli pucuk ubi sahaja sudah bertukar menjadi membeli belah untuk persiapan memasak pagi sebelum raya.
Daun ketupat dah di jual juga. Tapi tak beli sebab nanti daun tu kecut. Jumaat baru beli. Ayam beli Jumaat juga. Sayur untuk buat lodeh beli Jumaat juga.
Jumaat.
Siti balik Banyuwangi sebab cuti seminggu. Tinggal Ros sorang.
Pergi pasar beli ayam, daun kelapa dan sayur. Dah tak banyak lagi nak beli.
Anyam ketupat.
Sabtu.
Rebus ketupat.
Buat rendang.
Buat kari. Keluarga aku suka makan ketupat dengan kari ayam.
Buat kuah kacang.
Buat sambal.
Buat kek. Aku nak buat kek carrot. Anak nak buat kek coklat.
Rasanya nak buat puding jugak.
Kuah lodeh bila nak buat? Pagi raya selepas subuh. (Alahai.. apasallah hari raya ni kau nak balik siti. Selalu pagi raya kan kau yang buat kuah lodeh ni)
Bila tengok lis ni, alamak... banyaknya benda yang aku nak buat. Nasib baik ada Ros dan anak-anak aku yang dah berjanji nak turun padang. Jangan korang mungkir janji dah. Kono sosah nanti.
(Time macam ni lah aku teringatkan bibik Aini yang pandai mengurut dan yang dah balik indon tu)
SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERSILAT DI DAPUR. KAUM BAPA JANGAN LUPA TOLONG ISTERI H'A......

Wednesday, September 16, 2009
Hari Raya Sudah Mari

Duit Raya. Tradisi ke atau kemestian. Masa kecil dulu abah tak ada bagi aku duit raya tapi kalau ada kanak-kanak datang beraya di rumah, abah akan beri sepuluh sen atau dua puluh sen.
Kami sembahyang raya di surau yang berdekatan dengan rumah. Selesai sembahyang raya pakcik kasim akan round keliling surau dan memberi duit dua puluh sen kepada kanak-kanak. Bila aku sudah di tingkatan tiga aku tidak dapat duit lagi. Tahulah aku bahawa aku sudah tidak layak menerima duit raya.
Masa berjalan tahun demi tahun dan aku lihat duit raya sudah menjadi semacam satu kemestian. Dari dua puluh sen, naik lima puluh sen, naik seringgit, naik lima ringgit, naik sepuluh ringgit. Tak kurang juga anak-anak yang mendapat lima puluh ringgit, seratus ringgit atau beratus-ratus ringgit daripada ibu bapa mereka. Dan duit raya sudah ada sampul.
Anak-anak sudah mempunyai ekspektasi bahawa pada hari raya mereka akan mendapat duit raya. Masa anak-anak aku kecil dulu, mereka adik beradik meround keliling kawasan rumah aku ni berjalan raya. Bila balik ke rumah mereka berkumpul adik beradik mengira berapa banyak duit raya yang mereka dapat.
Kadang-kadang berlaku juga situasi yang agak memalukan. Bila kami berjalan raya di rumah kenalan atau saudara mara, dan mereka tidak menyediakan duit raya, ada antara anak kami yang mulut laser tak segan silu bertanya, 'tak de duit raya ke'. Tersipu-sipu tuan rumah dan ada juga yang buat-buat terlupa tapi muka kami merah padam menahan malu.
Perlukah duit raya ni?
p/s Tuk, bagi uwan duit rayo lobeh sikit taun ni.
Tuesday, September 15, 2009
KAD RAYA
Tahun ni aku terima kad raya dari adik posmen, dua je. Satu dari Nong (tenkiu Nong), satu dari bank Muamalat. Jadiklah.
Di bawah ni kad raya dari teman blogers.

Kad dari Hasue yang pandai masak. Masakannya nampak menyelerakan dan melehkan air liur.

Kad dari Salmi yang dulu tinggal di Jeddah. Sekarang dah balik sini dan bertugas di Putrajaya. Kakpah kenal Sal semasa blogwalking dan tak sangka pula dia satu masa dulu pernah mengajar di Sharifah Rodhiah Melaka. Anak aku ada dua orang sekolah di Sharodz dan kenal pada ustazah ni.

Kad dari Deeja, adik cantik manis yang tinggal di Tepeng. Deeja ni pun rajin masak dan masakannya juga sedap-sedap. Ada satu hari deeja buat puteri ayu dan aku yang dah lama tak buat kuih ni terus tergerak hati nak membuatnya pada satu petang ramadhan.

Kad dari Ieta adik manis dari penang. Ibu kepada 3 cahaya mata yang comel-comel.

Dari mamakiter. Betul ke kad yang kakpah ambik ni mamakiter oi. Hantam saja la labuuu. mamakiter ni tinggal di bandar baru bangi juga. Di seksyen 5 tu. Orangnya pandai menjahit. Nanti orang bangi yang nak cari tukang jahit tu, konteklah mamakiter ni. Raya datang rumah kita ye..

Kad dari Maria yang tinggal di Kota Kinabalu. Orang nya pandai masak dan biskut yang dipaparkan di blognya baru-baru ni aduyai... sedapnyaa nampak. Sudah tentu rasanya juga sesedap rupa.

Kad dari Mimieloma yang tinggal kat Sepang. (eh.. betul ke kau tinggal kat sepang mimi). Mesti emak ayah dia ni peminat tegar Saloma hehe.. Mimi ni dengan mamakiter ada kena mengena. Kawan atau sedara?
Kad dari Saifun, seorang ustaz yang banyak memberi tazkirah di dalam penulisannya. Aku suka baca tapi jarang meninggalkan komen.

Kad dari Nornaza siap dengan duit raya sekali. Nor sekarang ni berada di jepun. Dia juga pandai masak dan gambar yang dipaparkan boeh buat air meleleh juga.
Kepada kawan lain yang kakpah terlupa nak ambil kad, maaf ye.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA.

Subscribe to:
Posts (Atom)