Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, July 31, 2009

ANTARA REALITI DAN PRAKTIKALITI




Sejak kes selsema babi ni, aku macam geli nak pegang benda-benda yang dah dipegang orang. Bukan di rumah. Bila berada di luar.

Macam kat tesco pagi tadi. Bila aku pegang pemegang trolley, aku imajin orang yang dah pegang trolley tu tangan dia entah usik apa-apa. Entah usik hingus, entah usik taik hidung, entah tangan tu baru lepas masuk toilet dan tak berbasuh pula. Aku dapat rasakan berbagai-bagai jenis kuman merayap-rayap di telapak tangan dan terus menerobos masuk melalui liang-liang kulit menuju ke seluruh pelosok badan.

Bila menaiki eskeletor dan tangan dengan tidak sengaja memegang railing di sepanjangnya, aku cepat-cepat menarik tangan dan mengelapnya di baju. Di situ juga ada berbilionan kuman yang ganas menjalar dari pangkal hingga ke hujung sampaikan ada yang berterjunan ke lantai eskelator. Masing-masing berebut-rebut untuk naik ke lengan sesiapa sahaja yang mendekatinya. Aku rasa kuman itu sempat lolos dari arah kakiku.

( Alamak! pecah rahsia tadi aku beli megi)


Di toilet lagilah banyak dia bermaharajalela. Dia berada ditombol pintu, di kepala paip, di lantai, di lubang jamban dan di pemulas flush.


Bila aku ke tesco lagi nanti, aku bercadang memakai sarung tangan. Agak-agak praktikal tak.


Thursday, July 30, 2009

BUKAN SENANG RUPANYA

Sejak dua tiga bulan lalu beberapa photographer telah datang ke aulad. Tujuan mereka untuk mengambil foto murid-murid enam tahun yang akan menamatkan zaman tadika mereka pada tahun ini. Aku memberitahu mereka tahun ini aku sendiri yang akan mengambil alih sesi fotografi.
(Macamlah aku pandai sangat tapi kalau tak cuba takkan tahu, bukan begitu?)

Majlis konvokesyen tadika pada tahun ini akan diadakan di Dewan ESSET KWSP, berhampiran stesen komuter UKM. Tahun lepas kami mengadakan majlis konvokesyen di sana juga. Tahun-tahun sebelumnya kami gunakan dewan Anwar Mahmud UKM tetapi kerana dewan itu masih di bawah penyelenggaraan maka terpaksalah mencari alternatif lain. Dewan ESSET agak besar juga tetapi sewanya mahal. Untuk penggunaan separuh hari sahaja sewanya hampir 4 ribu ringgit. Tersekat air liur di kerongkong sebaik saja pegawai bertugas menyebut harga tersebut.

Pagi tadi aku ke tadika membawa Nikon D60 ku. Aku snap beberapa foto anak-anak kelas Jannatul Aad sebagai mencuba-cuba. Aku rasa background tidak kena. Perlu mencari yang lain.








Aku cuma download beberapa foto saja di sini. Entah kenapa pulak petang ni line lembab. Penat menunggu gambar masuk.


Cerita pagi tadi? Semua anak-anak jannatul Aad excited sebab nak ambil gambar. Lepas ambil gambar, aku duduk sekejap dalam kelas yang telah lama aku alihkan tugasku pada cikgu lain. Sebelum loceng balik berbunyi, mereka minta aku bercerita. Aku memberi tajuk 'jangan pandang belakang' kepada cerita rekaanku. Semua menjerit suruh aku buat cerita lain.

Tapi aku ceritakan juga. Kisah si Amir yang balik mengaji sengsorang pada waktu malam. Langit gelap tanpa bintang dan bulan. Angin bertiup kuat. Amir meredah gelap berbekalkan lampu suluh. Semasa Amir mengorak langkah, ada sesuatu mengikutnya dari belakang. Amir berjalan terus dengan pantas tetapi terjatuh kerana terlanggar batu. Cahaya lampu suluhnya menyorot ke arah benda yang mengikutnya sejak tadi. Dan benda itu berbunyi
'mbbekkkkkk!!!! '
Semua murid di kelas itu riuh ketawa.

Sekian.

Wednesday, July 29, 2009

Satu Petang Yang Hening



Nak pergi kedai ke.

Haah

Belikan mangga!

Worait.
.
.
.
.
.
Ada mangga?

Ada

Mana?

Tu kat atas meja.
.
.
.
.
Tak de pun.

Yang dalam mangkuk godang tu apokobondo.

Ek ele. Mangga ni mana boleh cangkuk kat almari.

La.. cakaplah nak mangga pintu... hik.hik..

Monday, July 27, 2009

Hari Yang Mendung

Hari yang agak memenatkan juga. Pagi-pagi lagi dah ke pejabat pendidikan atas urusan. Lepas tu terus pergi Sebatu atas urusan juga. Sebatu? Hehe.. jauh sedikit daripada Setapak. Tidak seperti nama, Sebatu ni letaknya di melaka seratus kilometer lebih. Dan seperti biasa, aku jadi mem di sebelah atuk. Sesiapa yang belum tahu siapa atuk, dia adalah atuk kepada cucuku Faris yang sudah pun berumur tiga bulan.

Kami singgah di Shalala mengisi perut. Sunyi tempat tu. Mungkin belum masa kena serbu. Kami memesan nasi lemak dan capucino yang tak berapa jadi. Bila kami bergerak semula, hujan sudah mula turun. Dan sepanjang-panjang jalan hujan turun terus. Ada masanya kurang lebat dan ada masanya lebat sungguh-sungguh. Kami memperlahankan kereta da memasang flasher. Cuma berhati-hati. Tetapi masih ada juga kereta yang berdesup laju. Aku harap itu bukan kereta acik.

Setelah selesai urusan di Sebatu kami singgah sebentar menjenguk orang tua kami di Paya Baru, Tiang Dua. Sebelum itu kami tercari-cari gerai yang ada menjual pisang goreng panas. Banyak gerai yang tutup. Mungkin sebab hujan. Akhirnya kami jumpa beberapa gerai di Duyung. Semasa membeli pisang goreng aku ternampak gerai apam balik dan secara otomatis aku teringatkan Tasek Merah. Aku melihat apam balik itu dan cuba mencari persamaan dengan Tasek. Tidak terjangkau oleh otak.

Emak mertuaku menyambut kami dengan badan dibaluti cardigan. Sejuk, katanya. Hujan dari awal pagi tak berhenti-henti. Ada berita dalam radio menyebut Merlimau banjir. Kami baru melalui Merlimau dan tidak nampak di mana banjirnya. Mungkin bukan di jalan besar. Mungkin di kampung sebelah dalam.

Kami di sana sekejap saja kerana mahu singgah sebentar di JJ. Bila di JJ aku teringat kak Nora yang mengwarwarkan harga runtuh di JJ tempoh hari. Kalau lama di Melaka boleh berjumpa dengan Nora. Nanti kami serbu rumah Nora masa raya, boleh?

Semasa nak balik ke bangi perut berkeroncong lagi. Atuk sarankan beli makanan segera saja, makan dalam kereta. Di depan kami ada McD. Ah, beli berger sajalah. Maka kami pun masuk pandu lalu.
" filet saja dua" atuk membuat oder di corong suara.
"berapa encik?" suara perempuan keluar dari corong itu.
"dua" kata atuk sambil menunjukkan dua jarinya di tepi corong suara.

Aku mengekek ketawa. Atuk ketawa bila aku ketawa tapi tercengang cengang tak tahu apa yang aku ketawakan.

"Tak payahlah tunjuk jari tu kat depan mikropon. Bukannya orang tu nampak pun!!!!"
hehe... Ada orang ni kalau bercakap memang tangan tak boleh duduk diam.

Sampai Bangi hari dah nak maghrib. Harini tak sempat nak ronda-ronda rumah kawan dan buat komen. Penat belum hilang.

Sunday, July 26, 2009

Mari Ketawa Ramai Ramai



Kisah ni dah lama. Kisah zaman tok kadok. Anak-anak semua belum ada dan aku pun belum kawin lagi. Tapi aku ni nak cerita perihal kereta pertama 'atuk'.

Atuk masa tu baru kerja. Baru balik obersi. Gaji pun masih seciput dan bila ditolak sana sini lagilah tinggal seciput. Namun hasrat nak berkereta tu sentiasa berkobar-kobar. Nak beli yang baru, paham-paham sajalah. Down payment je dah makan ribu-ribu. Duit gaji yang tinggal pun tak cukup nak buat bayar bulanan.

Kebetulan ada kawan nak jual kereta. Dah lama berpikir teleng kepala sana teleng kepala sini atuk buat keputusan muktamad membeli kereta second hand itu. Tapi aku syak kereta tu dah fourth, fifth hand dah. Atuk beli dengan harga dua ribu ringgit. Bila dah ada kereta mestilah tayang dengan girlfriend. Aku tengok kereta tu betul-betul macam kodok tua. Tapi untuk menjaga hati atuk, aku buat-buat puji walaupun dalam hati kuingg...kuingg.. ketawa tak cukup napas.

Atuk ajak aku ronda keliling KL. Kereta tu jalan semput semput. Aku cukup cuak kalau-kalau dia terhenti tengah-tengah jalan. Bila berhenti kat trafik light aku risau kereta tu berhenti terus tak begerak-gerak lagi. Memang aku saspen tapi atuk gelak-gelak dan steady saja.

Bila hari hujan kereta ni lagilah bermasalah. Dalam kereta banjir sampai paras buku lali. Macamana tak banjir, lantai kereta berlubang sana sini. Habis alas kaki basah. Kaki lagilah basah. Dah tu pula, wiper dia jalan separuh-separuh. Wiper tu jalan shretttt 90 darjah, shrettt 90 darjah, shretttt 90 darjah, shrettt.... baru terlajak sampai ke bawah. Itu wiper kat tempat driver. Kat tempat penumpang mampus terus tak bergerak-gerak.

Kat dalam kereta, atuk memang sentiasa sediakan kain buruk. Sebab kadang-kadang wiper kat sebelah driver tu pun sewel tak bergerak langsung. Mati. Innalillah. Sebagai pengganti wiper ni, atuk kena turunkan cermin kereta dan mengeluarkan tangannya untuk mengelap cermin yang dinodai titik-titik hujan. Korang imajin lengan atuk kuyup sebab mengelap cermin kereta sebelah luar tu. Tu kalau hujan tak berapa lebat lah. Kalau lebat, atuk terpaksalah berhenti kat tepi jalan menunggu hujan teduh. (kah..kah..kah.. aku tetap akan ketawa terbahak-bahak setiap kali aku membayangkan tangan atuk mengelap cermin kereta ini)

Atuk pakai kereta tu tak sampai setahun. Selalu sangat keluar masuk workshop. Lama-lama atuk biarkan saja kereta tu tersadai depan rumah sewa dia. Sampai tepi-tepi kereta tu ditumbuhi lalang. Nasib baik kawan dia Kenny nak beli sebagai besi buruk. Dapatlah 600 ringgit.

Sekian kesah volkswagen atuk..



Moral of the story : jom guling-guling gelak!!!!!



Saturday, July 25, 2009

Jom Pokono Joseh Fried Chicken

Dulu aku selalu buat menu masakan untuk dua minggu. Bila habis pusingan, rotate balik atau pun aku buat menu baru. Menu tu aku tampal di dapur biar senang nampak. Bibik pun tak payah nak tanya-tanya harini nak masak apa. Memang praktikal. Kita tak payah terpikir-pikir lagi breakfast nak buat apa, lunch nak buat apa, dinner nak buat apa.

Lama-lama aku dah malas nak buat menu. Bila dah tak ada menu harian, mulalah termenung di depan peti ais. Bila tak ada perancangan, tu yang main lebur dan campak-campak. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang orang yang makan kena telan ajelah apa yang terhidang haha..

Lunch tadi aku buat fried chicken. Aku namakan Joseh fried chicken, ciptaan sendiri. Di bawah ni aku turunkan resepi. Bukan nak tunjuk tapi untuk peringatan diri sendiri yang mudah lupa ini. Anak-anak pun senang nak rujuk nanti. Kalau ada sesiapa perkenan dan nak cuba, buatlah. Gerenti sedap.



Bahan:
Beberapa ketul ayam. ( tadi aku ke tesco. Mula-mula nak beli drumstick tapi tengok macam dah lebam je. Aku beli wings. Adalah dalam 12 ketul)
2 sudu besar dried parsley
1 biji lemon. ( parut kulitnya. Separuh lemon itu diambil airnya)
olive oil dalam dua sudu
chicken stock dalam dua sudu gak. Beli je yang dah siap.
1 sudu kecil lada hitam. Kalau suka pedas, tambahlah sikit lagi.
Sedikit garam. Rasa dulu kemasinan sebab stock tu kadang-kadang dah masin.

Bersihkan ayam, tos kering. Gaulkan kesemua bahan di atas. Seelok-eloknya marinate semalaman. Tapi masak ni kan satu eksperimen. Kita yang buat dia, kan. Oleh sebab tak ada masa nak marinate sampai satu malam (weh.. besok pagi pulak baru boleh makan!!!), aku masukkan dalam periuk kesemua bahan di atas dan masak atas api sehingga bahan meresap dalam daging. Jangan tambah air tau. Ayam tu sendiri dah berair. Api tu pun kenalah perlahan je.

Bila dah empuk, angkat ayam. INGAT air dalam periuk tu jangan dibuang. Kang ada tangan yang kena ketuk kang. Sementara menunggu ayam tu agak sejuk, sediakan tepung penyalut ayam. Sonang yo. Ambil tepung gandum, campur black pepper, garam dan dua tiga sudu tepung goreng ayam rangup. Gaul. Ambil ayam tadi, golek-golekkan dalam tepung, ketuk-ketuk sikit excess tepung tu sebelum dimasukkan ke dalam minyak yang sudah panas. Goreng sehingga sedap mata memandang.

Bila ada ayam goreng mesti ada sos pulak. Untuk sos, panaskan butter agak-agak dalam 4 sudu besar lah. Bila panas, masukkan tepung gandum dalam 4 sudu gak. Agak-agaklah. Kacau hingga nampak berbuih-buih sikit. Lepas tu masukkan air ayam tadi. Kacau terus sebab kalau tak kacau nanti sos tu bergentel-gentel. Kalau air tak cukup dan nampak sos tu masih pekat, tambahlah air. Siap.

Joseh fried chicken tu aku judukan dengan mash potato, garlic bread, sayur sikit dan mushroom soup. Sodap tau. Buleh bukak restoren ni.


Tak lama lagi masuk ramadhan. Aku dah nak kena sediakan menu sebulan untuk ramadhan. Nanti senang tak payah pening-pening kepala apa nak masak untuk berbuka. Untuk sahur, goreng-goreng je cukup.

Yati Sarip. Kau jadi silent reader aku kan. Kau buatlah ayam goreng ni.

Friday, July 24, 2009

AKHIRNYA TERPENYEK JUA



Tajuk di surat khabar tadi:

2 beradik maut lepas meragut
JENAYAH ragut yang dilakukan pasangan dua adik beradik semalam akhirnya mengundang padah buat mereka sendiri. Seleps meragut seorang mangsa wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Shah Alam, kedua-dua mereka maut dalam kemalangan.


Ramai orang bertepuk tangan, memadankan muka dua peragut ini. Mati katak. Penyek seperti digelek treler. Hidup pun menyusahkan orang lain. Kita penat-penat cari rezki untuk hidup, mereka ini senang-senang merampasnya.

(dendam aku pada peragut yang merampas henbeg aku yang berisi berK2 bertahun-tahun yang lalu masih utuh terpendam dalam hati. Aku selalu mendoakan perutnya mendidih macam timah yang menggelegak di atas api)


Aku simpati pada ibu yang melahirkan kedua adik beradik itu.

Thursday, July 23, 2009

BELANJA Yang Membazir

Malam tadi ada dinner. Dinner kat satu restoren ni di seksyen 7. Cikgu-cikgu tadika dan AJK dijemput makan-makan. Bukan tadika aulad tapi tadika yang ada bau-bau bacang jugalah dengan kami. Ashley pun ada.





Antara menu: daging paprik, ikan siakap sweet sour, sayur campur.



Belanja orang memang murni. Tapi heran jugaklah. Kalau sebut nak belanja, mesti belanja makan.

" Jom, aku belanja kau makan"

Kita boleh telan banyak mana sangat bila makan ni . Kadang-kadang kita tak boleh habis pun benda yang kita makan tu. Dah tu, besok pagi buang. Membazir kan.


Bukan ke baik kalau ada orang nak belanja kita dia cakap macam ni..

"Jom, aku belanja kau nyoping. Kau pilih je lah apa nak. Aku bayar"

Ada sesiapa nak belanja aku menyoping???

(moral of the story : kalau tak ada idea untuk entry, buat je lah cerita merapu.)

Wednesday, July 22, 2009

JANGAN SAMPAI TERCUCUK

Bagi sesetengah orang, hari mereka menjadi serba tak kena sekiranya tidak dapat pencungkil gigi. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Sebab itu mereka ini mesti memastikan bekalan pencungkil gigi ini sentiasa ada dalam kereta, dalam henbeg malah dalam wallet juga.



Sekiranya pencungkill gigi tidak ada, mereka akan gunakan kekreativitian mereka. Pakai stylus henfon pun okay..... (gambar ni aku google. Entah sapa lah agaknya mamat ni)




Aku gunakan pencungkil gigi untuk membuat sotong sumbat. (Hehe.. dalam henbeg pun ada bekalan jugak)

Tuesday, July 21, 2009

HATI - HATI BILA KUCING MENGIOW..


Dapat award dari Secangkir Madu Merah. Terima kasih SMM. Cute dua ekor kucing tu. Se cute kakpah dengan SMM.

Nak cerita sikit tentang kucing. Sejak dulu aku ada membela beberapa ekor kucing. Anak aku memang sukakan kucing. Aku ni nak katakan suka sangat pada kucing, tak ada lah. Tapi aku tetap sayang pada binatang ini.

Kebanyakan kucing yang aku bela adalah kucing yang datang. Tak tahu siapa punya. Bila datang tak tau nak balik-balik. Mula-mula mengiau-ngiau kat luar rumah. Lepas tu berani berani masuk ke dalam. Bila anak-anak merengek-rengek nak bela, aku pun jadi tak sampai hati.

Ada satu kucing aku dulu nama dia so'od. So'od ni malam-malam aku letak dalam bilik air. Siap pasangkan alas tempat tidur dan pasang lampu lagi. Aku nak ajar dia kalau nak kencing berak biarlah dalam bilik air tu. Tapi bila pagi-pagi aku buka pintu bilik air, tidak ada kesan dia berak atau pun kencing. Bila buka pintu je dia meluru naik atas rumah masuk dalam bilik anak lelaki aku. Dia berak atas katil. Memang aku geram. Dua tiga kali aku tahan lagi. Tapi kalau dah hari-hari kena jemur tilam, siapa boleh tahan. Akhirnya aku bawa pergi pasar. Lepaskan dia kat situ. Orang pasar rajin bagi makan kat kucing-kucing yang berkeliaran.

Ada sekor lagi kucing aku yang suka buat perangai. Dah lupa pula namanya. Dia suka kencing dalam rumah. Kadang-kadang melepaskan berak juga. Satu hari aku bawa balik karpet baru. Aku bentang karpet kat living room. Datang sidia ni diberakkannya karpet aku tu. Memang aku bengang. Jawabnya, ke pasar juga.

Banyak juga kucing aku yang berdisiplin. Berak kat luar dan kencing pun tak merata. Susah kalau kucing kencing merata dalam rumah. Kita nak solat susah. Najis berterabur sana sini.

Selepas Aswad hilang entah kemana, lama juga aku tidak berkucing. Sehinggalah tahun lepas bila seekor kucing terhegeh-hegeh datang minta dibela. Aku namakannya Jordan sebab aku baru balik dari Jordan. Aku cakap dengan kucing ni, kalau kau nak tinggal kat rumah ni kau doakan kami murah rezki. Jangan kencing berak merata-rata.

Mungkin kedatangannya membawa rezki kerana tidak sampai setahun selepas Jordan menjadi keluarga kami, kaklong mendapat anak pertama setelah hampir enam tahun penantian. Kebetulan? Hanya Dia yang tahu.


Jordan ni kadang-kadang buat perangai juga. Mula-mula dulu okay je tak kencing dalam rumah. Kebelakangan ni sering kalau masuk mengiau-ngiau dia akan berhenti di satu spot dan kencing di situ. Aku denda dia tidur di luar rumah. Bila masuk dalam rumah je, aku halau keluar. Agaknya dia tahu jeran. Dah lama dah dia tak kencing bila masuk dalam rumah. Rupa-rupanya kucing ni pun takut bila kena warning haha..

Sekian.

Monday, July 20, 2009

Nak Salahkan Siapa Ni !!!!!!!!

Apa kata mereka.

guru
Anak itu tidak boleh duduk diam.
Bila beri kerja, dia tak buat.
Bila saya panggil membaca dia kata penat.
Dia duduk diam sekejap saja.
Lepas tu dia mengacau kawan.
Kuat bercakap pulak tu.

Cuba tengok tulisan dia ni (Ya Rabbi.. memang cakar ayam).
Cuba tengok kerja dia pulak (Astaghfirullahalazim....).

Bagi homework tak pernah buat.
Bagi buku bawa balik, buku hilang.


kawan-kawan
cikgu, dia kacau saya.
cikgu, dia ambil pensel saya.
cikgu, dia ambil eraser saya.
cikgu, dia conteng buku saya.
cikgu, dia tumbuk saya.
cikgu, dia tak buat kerja.
cikgu, dia buat bising.
.
.
.
.




dia
Saya penatlah cikgu.
Malam-malam saya tidur lambat
saya main game kat komputer
emak tak marah
ayah pun tak marah

emak tak suruh buat kerja pun
ayah tak suruh buat kerja pun

ala... saya malaslah nak baca ni
penat
saya baca sampai sini je dah la ye
.
.
nanti saya pandailah



bibik
ngak tau lah cikgu
nakal sangat dia ini
di rumah pun saya ngak bisa menegurnya
nanti saya dimarahin

iya... tau nya main aja
jam dua belas masih main komputerrrr
ataupun nonton tv




Strategi...strategi.......
Rambut cikgu dah mula luruh ni.............


Sunday, July 19, 2009

WASIAT seorang WEBMASTER

Dapat satu tugasan daripada echam. Pandailah kau bagi kakpah keje echam oi. Hutang dah bayar ek....

1. Bekas kekasih saya adalah :
Seekor burung yang diberi nama Meri. Meri dibela semasa aku di dalam darjah tiga. Jinak dan manja. Bila terbang, dia tahu balik semula ke sangkar.

2. Saya sedang mendengar :
Kucing bercekak. Tak mungkin kucing aku si Jordan. Dua minggu lepas anak jiran depan rumah datang mengadu, "acik!! kucing acik selalu datang rumah saya kacau kucing saya.." hmm.. aku nak buat camno...

3. Mungkin saya patut :
cakap kat budak tu, 'len kali kalau kucing acik datang kacau kucing kamu, kamu sembelih je kucing acik tu buat sate". Ish... kat indon laku sate kucing ni...

4. Saya suka :
kecik-kecik dulu suka main masak-masak tapi bila emak suruh masak taknak pulak masak. sehingga kawin pun aku tak pandai masak. Tapi sekarang ni aku suuuukaaaaa sangat masak. Suka tak bermakna raaajiinnnnnn....

5. Sahabat-sahabat baik saya :
anak-anak dan suami sebab kepada merekalah yang dapat aku luahkan segala keluhkesah sekiranya ada.

6. Saya tak faham :
kenapa orang suka merokok. Padahal yang dihisap tu asap je. Bukan nya kenyang pun. (Ehmm ehmm.. mintak maap le ye kalau ada yang terasa)

7. Saya kehilangan :
stapler. Tadi aku letak kat sini. Cari cari dah tak jumpa lagi. Weh!!!!!!!! sapa ada amek stapler mak ni..... pulang balik!!!!!

8. Ramai yang kata :
rupa aku sebijik macam Latipah Omar (hik..hik.. hik...)

9. Makna nama saya :
lemah lembut. Orang arab selalu kata 'masyaAllah.....' (sila baca macam sebutan P Ramli) bila aku bagitau nama aku. Tapi dulu masa kecik emak aku selalu cakap aku kasau macam jantan. Wei, tu dulu.

10. Cinta itu adalah :
berangan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
mengeram di dalam bilik air. Sudah-sudahlah tu!!!!!! Dah setengah jam dekat dah ni. Orang pun nak guna bilik air gak..

12. Saya akan cuba :
menjadi seorang isteri, ibu dan umat yang baik

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
tak de kesudahan. Tak de penghujung

14. Telefon bimbit saya :
Mula-mula beli henfon, gedabaknya ya Rabbi.. sebesar bekas air minuman budak sekolah. Aku kena beli henbeg besar sebab nak muatkan henfon yang berat dekat satu kilo ni. Bila bawak henbeg, mesti bahu senget sebelah. Lepas tu bila bila keluar model yang kecik sikit, aku tukar. kecik2 pun ada sebesar remote tv gak. Ishh. masa tu tak malu sebab semua orang pakai telefon gedabak macam tu. Kemudian tekno makin canggih dan hp pun makin cantik. Sejarah hp aku, ada yang kena rompak, ada yang jatuh dalam lubang jamban, ada yang saja-saja nak tukar sebab dah muak. Sekarang? Aku guna Sony Ericsson.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
aku rasa rasa nak tidur balik tapi kena bangun juga. Subuh oi.. subuh. Ada sape sape yang tak bangun sembahyang subuh?

16. Saya paling meluat bila :
tengok perempuan pakai seluar ketat yang pinggangnya paras bontot. Dah tu pakai baju pendek pulak. Bila menonggeng naampak lah lurah bontot dia tu. Geli geleman betul aku tengok.

17. Pesta/Parti adalah :
Pesta buku / parti tupperware

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
tak pernahlah jumpa haiwan comel...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
masa remaja dan masih bersekolah. Masa sekolah dulu selalu merungut sebab asek belajar je, asek exam je... Tapi peringkat itulah yang paling melekat dalam ingatan.

20. Hari ini :
aku ke pasar borong. Apasal harga ikan melambung-lambuh ek? Dulu-dulu ikan kembung sekilo 70sen je. Wei..wei.. janganlah main tonyoh kepala. Eh, betullah aku cakap, aper. Dulu masa tahun 70han ikan kembung 70sen sekilo. hehe...

21. Malam ini saya akan :
tidur awal. Rasa macam tak sedap badan plak. Ni mesti sebab ke hulu kehilir kat pasar borong tadi ni.

22. Esok saya akan :
Hahaha... ni yang seronok nak cerita ni. Besok tadika aulad cuti. Yang bagi cuti tu aku lah. Besok kan isra' mi'raj. Jadi aku pun dah buat satu surat kepada parents mengatakan isnin, tadika, taska, daycare semua cuti sebab isra' mi'raj. Cikgu-cikgu pun seronok. Lepas tu ada beberapa parents telefon aku, 'camana ni puan, saya tak cuti. Suami saya pun tak cuti'. Aku dengan selamba menjawab, 'eh, cuti lah puan. Satu malaysia cuti'. Dia jawab balik, ' anak saya sekolah jalan 4 tak cuti pun'.

Ah.. sudah. Aku cek balik kelender. Rupanya Selangor tak cuti. Wakakaka... Nogori Sombilan cuti. Aku ingatkan aku ni termasuk dalam daerah nogori sombilan hehe... Habislah aku kena kutuk dengan parents ni. Nak terbalikkan cakap, dah susah. Jawabnya, cutilah kitorang besok, melainkan taska dan daycare je bukak. Aih... dah tuo-tuo ni banyak memori dah reput.

23. Saya betul-betul inginkan :
Malas dah pakai gigi palsu ni. Ingat nak buat make over lah. Buat yang plant in punya. Okay tak ha?

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :

Opocot omak kau..... la, somalam kau takdo kan?

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
pusat membeli dan membelah ni takde yang spesifik la. Asal pekenan je, masuk. Arked permainan? ek ele.. orang macam makcik ni camana nak tipu ic lagi....mesti cam punya.

26. Makanan barat atau Jepun :
Duo-duo tak goma amek. Goma makan cencaluk, samba bolacan dan tempoyak. Dapek-dapek ado potai pulak tu. pergh.....

27. Bilik yang terang atau gelap :
Apa hal plak nak gelap-gelap nih. Aku tidur pun pasang lampu taau kalau suami aku outstation.

28. Makanan Segera adalah :
pling!!!...... aku tunjuk dengan jari je. Terus tersedia.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
Siti, kue wes mangan opo urung. (Siti bibik aku orang jawa. Aku belajar sikit-sikit basa jawa kat dia ni. Iso la ngomong sitik-sitik.)

30. Siapa yang anda mahu TAG?

Sapa ha? Tanduk aku dah nak keluar nih. Aku bagi pada anak aku yang tiga orang ni dulu.

Imah
Kirin
Farah

Anak aku yang lelaki tak payahlah. Lagi?

Kakngah
Acik lupakanje
Umi-e
Secangkir Madu merah
Insyirah

Cukuplah tu. Buat ye. Sportinglah beb..

Sekian.

Saturday, July 18, 2009

Last Minute Tukar Rancangan

Bila nak update je, dah tiba time masak. Bila nak update je, dah nak kena pergi tesco pula. Bila nak update je, ada pulak sedara datang. Banyaklah kau punya alasan kakpah.

Sejak tijah buat entry pasal apple haritu aku asek teringat nak buat apple pie. Tak buat-buat juga. Hati kata, kalau dah teringin sangat pergi sajalah kat Mc D, beli pie apa yang kau nak. Tapi mana ada kelas beli dengan buat sendiri, kan.

Pagi tadi masa ke tesco aku bercadang nak beli bahan-bahan untuk buat pie ni. Apple kena ada. Vegetable shortening aku pun dah nak habis. Masa aku belek dari satu rak ke satu rak, tiba-tiba mata aku ternampak satu benda yang memang aku dah lama cari.

"Omak!!!! dah jumpo.. dah jumpo" Aku menjerit. Dalam hati je.

Belolah aku ke situ dan dengan tamaknya aku terus sambar dua set ( 1 set ada 4 biji). Tengok-tengok harga satu set 20 hengget lebih. Ah.. tak kesahlah. Bukan senang aku nak dapat ni. Dah setengah tahun dah aku cari tak jumpa-jumpa.


Nilah bendanya ha. Ramekin. Nak sebut pun berbelit lidah. Maka asalnya nak buat apple pie, dah tukar rancangan pula sebab dah dapat ramekin ni. Dah beli mesti guna kan? Nanti benda tu mengumpat apasal simpan je dia dalam almari.

Sampai di rumah aku dah cakap awal-awal dengan Ros, "Petang ni kau tak payah masak nasi. Ibuk nak buat sheppard pie dan spageti carbonara chicken balls". Hamboi...
Ros jawab, "iya buk..."
Tak tahulah dia paham ke tidak. Tapi pukul empat je aku dah masuk ke dapur. Takut nanti dia salah paham masak bubur pulak macam tempoh hari.

Aku kupas kentang, rebus taruh garam sikit. Bila sudah empuk aku suruh siti lenyek halus. Ayam aku potong cubes. Ros potong cubes bawang merah, capsicum, carrot. Brocolli aku potong kecil kecil. Bawang putih aku cincang halus.

Lepas asar, aku tumis bahan-bahan di atas. Oops lupa, aku panaskan butter dulu dalam 3 sudu. Bila panas dan agak keperangan, aku masukkan dua sudu tepung gandum. Kacau. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Lepas tu ayam dan yang lain- lain. Kalau nak perasa, masuklah. Kalau tak nak, tak payah. Masak hingga kering. Bila dah masak, masukkan ke dalam ramekin. Masukkan tiga suku saja. Di atasnya, letak kentang yang telah di lenyek tadi. Sebelum tu, kentang lenyek aku putar dengan susu segar dan black pepper sikit. Putar dengan sudu je. Kalau ada mozarella cheese tabur sikit atas kentang. Bakar dalam oven 180 deg selama 15 minit. Siap.


Sheppard pie ini sedap dimakan semasa panas.



Lepas tu projek untuk spageti pulak. Tengah masak dapat sms dari adik kata nak datang. Ha, kau makan spageti je lah. Aku tambah kuantiti kuah . Tengok dalam almari spageti cukup. Korang nak resepi kuah spageti ni ke. Ah, tak payah lah. Senang sangat. Reka je sendiri.

Kacang dengan tomato tu sebenarnya tak ada tapi bila nak ambil gambar macam tak berseri pulak. Aku tabur lah kacang tu beberapa biji.




"Abah, meh lah makan "
"Apo bondo e yang kau masak ni"
"Yang ni sheppard pie. Yang ni spageti"


"Nasik tongahari tadi ado tak!!! Tak ghoti abah makan bondo ni doh"

Abah makan lauk pucuk ubi dengan sambal tempoyak. Sedang kami ehmm.. perasan ala ala omputih gitu!


Thursday, July 16, 2009

Perangkap Orang

Aku ada keluarkan iklan di surat khabar yang berbunyi:

"Guru tadika merangkap pengasuh diperlukan di................"

Tadi aku menerima satu sms yang membuatkan aku nak tergelak terbahak-bahak.

"Minta maaf saya bertanya. Bagaimana kerjanya guru perangkap pengasuh?"

Apa aku nak jawab? Sediakan jerangkap samar?


Moral of the story. Lain kali bacalah iklan tu betul-betul. Dan lain kali jugak, kalau nak minta kerja tu telefonlah. Jangan main sms je.


MARI MEMBACA



Anda perlu rajin menyediakan rangsangan sekiranya mahu anak cepat membaca. Jika anda mula lambat, maka lambatlah anak itu membaca. Ada yang menghantar anak ke tadika semasa berumur 5 tahun dan mengandaikan guru tadika 'do all the jobs' sedangkan anak itu tidak tahu apa-apa. Bila berlalu tiga bulan, datang ke tadika pot pet pot pet komplen kenapa anak dia abc pun tak kenal-kenal lagi. Janganlah begitu yang oi. Pembelajaran bermula di rumah seawal bayi lagi. Nak anak pandai, kenalah rajin sikit. Eh. rajin banyak.

Untuk mengajar membaca bahasa inggeris, gunakan kaedah phonics dan look and say. Sesiapa yang tak tahu apa itu phonics rajin-rajinlah menggoogle. Membaca tak perlu kenal alphabets. Tak perlu tunggu anak kenal ABC baru ajar membaca sebab ABC itu hanya huruf-huruf yang tidak mempuyai makna. Yang ada makna ialah bunyi kepada huruf-huruf itu. Cari CD di kedai yang ada mengajar bunyi-bunyi ini. ( Untuk tujuan ini CD yang kakngah jual tidak boleh diguna pakai. Kakngah hanya menjual CD yang boleh dicuci dan diguna semula. Kakngah oi, apasal kau tulis address kakpah salah lagi!!!!) Kalau tak pun, dalam internet ni memang banyak web yang mengajar anak membaca cara phonics ini. Layari saja.

Perkataan look and say itu sendiri sudah menjawab cara mengajar kaedah kedua. Anak-anak melihat perkataan dan kemudian menyebutnya. Anda perlu menyediakan kad berukuran lebih kurang 4x10 inci. Box card paling bagus. Kalau tidak ada, guna saja manila card yang agak keras. Di atas kad itu anda tulis perkataan yang hendak anda tayang-imbaskan kepada anak. Tulisan mesti besar dan terang. Kalau ada template huruf kecil, bagus. Kalau tak ada, boleh saja anda print dari komputer. Guna marker pen pun boleh tapi biarlah tulisan itu cantik dan senang dibaca.

Kaedah ini anda boleh gunakan ketika anak masih bayi. Walaupun dia belum boleh menyebut, dia sudah boleh melihat. Mulakan perkataan yang berhampiran dengan dirinya: Body parts, family, things around the house. Atau anda boleh saja imbaskan 'high frequency words' atau 'dolch words' - iaitu perkataan yang sering kita jumpa apabila membaca. Di bawah ini adalah senarai high frequency words mengikut keutamaan. Anda boleh gunakan perkataan dalam senarai ini.


Preprimer Primer First Second Third
a all after always about
and am again around better
away are an because bring
big at any been carry
blue ate as before clean
can be ask best cut
come black by both done
down brown could buy draw
find but every call drink
for came fly cold eight
funny did from does fall
go do give don't far
help eat going fast full
hers four had first got
I get has five grow
in good her found hold
is has him gave hot
it he how goes hurt
jump into just green if
little like know its keep
look must let made kind
make new live many laugh
me no may off light
my now of or long
not on old pull much
one our once read myself
play out open right never
red please over sing only
run pretty put sit own
said ran round sleep pick
see ride some tell seven
the saw stop their shall
three say take these show
to she thank those six
two so them upon small
up soon then us start
we that think use ten
yellow there walk very today
you they where wash together

this when which try

too
why warm

under
wish

want
work

was
would

well
write

went
your

what



white



who



will



with



yes


Sekiranya anak anda sudah berumur 2 tahun ke atas, di samping menggunakan perkataan di dalam senarai anda juga boleh menggunakan buku bacaan siri Lady Bird berjodol "Peter and Jane". Mulakan buku 1A dan teruskan denga 2A, 3A, 4A dan seterusnya.

Cubalah dulu. Berikan feedbacak kepada kakpah. Kalau ada pertanyaan, jangan malu menulis dalam ruang komen atau dalam kotak shout box.


Tuesday, July 14, 2009

BERCAKAPLAH DENGAN BAYI ANDA



Tidak ada ibu yang tidak mahu anak menjadi pandai. Kalau boleh biarlah anak itu pandai membca seawal umur tiga tahun. Lagi awal lagi bagus. Dan lagi bagus sekiranya anak itu pandai membaca dalam bahasa inggeris. Bukankah begitu?

Ada berbagai rules yang patut digunakan oleh ibubapa supaya keinginan seperti ini dapat dicapai. Jangan terlalu pendiam dengan anak-anak kecil. Banyakkan bercakap walaupun anak itu masih berumur satu hari. Semakin anak itu membesar, deria pendengaran semakin fokus dan otak juga mula menyimpan pelbagai vokabulari yang didengar dari orang disekelilingnya.

Masa mandi adalah masa yang sangat sesuai untuk anda bercakap dan bercerita dengan anak atau bayi anda. Sekiranya anda seorang surirumah sepenuh masa, tiada masalah. Sekiranya anda ada pembantu rumah, janganlah biarkan masa emas ini diambilalih oleh pembantu anda.
Disamping anda dapat membelainya dengan rasa kasih sayang, anda boleh berbual-bual mengenai diri dan apa yang dialami oleh anda berdua ketika itu.

You can introduce the word water and you can spell it out to your baby. Beri bayi anda menyentuh air itu dengan jari jemarinya. Semasa jari-jari bayi menyentuh air, tell him that he is touching the water with his fingers. Tell him also that he has ten beautiful tiny fingers. Setiap apa yang anda buat, anda bercerita dengannya. Memanglah dia tidak boleh membalas kata-kata anda tetapi telinga anak itu mendengar. Apabila anda terus menerus bercerita, bercakap mengenai body parts misalnya, semua percakapan anda itu akan diregister di dalam otaknya. InsyaAllah, apabila tiba masanya untuk anak itu bercakap jangan hairan sekiranya anak itu menyebut perkataan atau ayat yang telah anda bualkan sebelum itu.

Jangan hadkan perbualan semasa mandi saja. Jadikan satu habit untuk sering berbual dengan bayi anda. Anda mahu anak anda pandai dalam bahasa inggeris kan? Bercakaplah dalam bahasa inggeris. Jangan jadikan anda tak pandai berbahasa inggeris sebagai alasan. Bangsa lain pun tak semuanya pandai bahasa inggeris tetapi mereka berani dan tak malu. Apa kurangnya anda dan apa lebihnya mereka.

Untuk mengajar anak pandai membaca, tunggu siri akan datang.......

Monday, July 13, 2009

Satu Lagi Nikmat Sudah Kena Tarik

Bila banyak sangat perkara yang nak diingat, aku selalu terlupa untuk mengingat kesemuanya. Jadi aku memilih untuk menulis perkara yang hendak aku lakukan pada hari itu di atas nota.
. BIMB
. TNB - bayar bills
. CPS
. Chiplee - beli marker
- scissors
- glue
- color papers
- receipt books
. Singgah fasa 4 beli makanan kucing, ikan, rabbit
. Cuci gambar faris



Sebelum aku keluar rumah aku sudah tulis kesemuanya. Oleh kerana destinasi pertama pergi bank, aku terus menuju ke bank islam. Untuk yang seterusnya aku kena refer nota yang aku tulis. Aku buka henbeg, kelebek sana, kelebek sini, kelebek sana lagi, kelebek sini lagi.....

"Cukuplah pandai engkau tipah oi..." aku memarahi diri sendiri. Nota itu tertinggal di atas meja dalam bilik. Terlupa nak ambil semasa aku keluar rumah.



Sunday, July 12, 2009

BROSYER ITU...BROSYER INI... YANG MANA SATU

Pagi tadi aku ke Amcorp Mall. Semasa menyusuri gerai demi gerai sambil mata meliar memerhatikan di mana letaknya villa pengantin , aku didatangi seorang gadis genit yang menghulurkan brosyer AuraLife. Aku menyambutnya tanpa lupa juga melemparkan senyum sambil berkata sekadar mengambil hati, 'terima kasih. Nanti kalau apa-apa saya call ye'.

Kami berhenti di Hasry photo. Memang hajat kami datang ke situ mencari photographer untuk majlis perkahwinan kakngah nanti. Kami dipersilakan duduk, diberi air minuman seorang sekotak dan disuakan dengan album-album contoh. Sungguh cantik. Dan kami jatuh hati. Sambil sambil membelek album satu demi satu aku sempat menjeling ke booth di hadapannya, Ada di tulis di situ villa pengantin. Mataku mencari seseorang yang aku kenal di alam maya. Tapi tidak menemuinya.

Setelah selesai berurusan di Hasry photo, aku berjalan ke arah wanita yang memegang banyak brosyer di tangannya. Dia menghulurkan satu. Aku mengambilnya dan bertanya, 'ini kakak insyirah?'. Seakan kehairanan dia berkata 'haah, iya... Ni siapa ya!'
Aku memperkenalkan diri sebagai seorang blogger yang sering keluar masuk ke rumah insyirah di alam maya dan dia seakan-akan mengetahui kewujudan aku. Sayang sekali aku tidak menemui anak itu kerana dia sibuk di kenduri kahwin.

Semasa menikmati ceasar salad dan sup di Kenny Rogers (yang dua orang lagi makan ayam) aku membelek-belek kembali segala brosyer yang telah kami pungut. AuraLife menarik perhatianku. Ia merupakan produk minyak wangi tanpa alkohol. Bukan itu yang buat aku tertarik. Aku tertarik dengan pelan pemasaran yang ada di dalam brosyer itu. Aku rasa pelan pemasaran dalam semua MLM sama sahaja. Ada modal, ada untung runcit, ada bonus. Satu ahli cari tiga atau lima atau berapa-berapa saja. Setiap ahli di bawah cari lagi ahli. Semua itu tersusun cantik dan bonus-bonus yang dipaparkan memang membuat terliur mata yang memandang. Teorinya begitulah. Dan itulah yang selalu dicanangkan oleh mereka yang terlibat dalam MLM ini.

Pernah kawan kepada kawan datang ke rumahku dengan membawa fail tebal lengkap tersusun produk dan pelan pemasaran. Dia bertanya 'what is your dream house'. Aku terbayangkan rumah Sosilawati Lawiya tetapi aku gelihati dalam hati sahaja sambil mengucap syukur juga di dalam hati akan apa yang ada pada aku sekarang. Cukuplah. Dan aku bayangkan juga tentulah orang yang bercakap itu sudah mempunyai rumah idamannya sekurang-kurangnya seperti yang aku bayangkan itu tetapi aku lihat keretanya juga sama seperti kereta aku, bukannya mercedes yang menjalar.

Semasa aku menghirup sup di Kenny Rogers itu, satu idea MLM datang menerjah fikiran. Aku membayangkan seseorang datang menemuiku dengan satu pelan pemasaran yang hebat. Produknya juga hebat dan yuran kemasukan gratis. Tidak payah bayar satu sen pun. Caranya, satu ahli mencari tiga orang yang perangainya kurang baik dan menukarkan perangainya menjadi baik. Setiap orang yang sudah menjadi baik ini mencari pula tiga orang lain yang berperangai kurang baik untuk ditukarkan menjadi baik. (korang paham ke tak ni). Upline akan sentiasa membantu memberi ceramah, motivasi dan sebagainya. Dalam jangka bertahun-tahun, berbelas tahun dan mungkin berpuluh tahun, jumlah akan terus meningkat. Bonus kita? Kita kutip semasa di akhirat nanti. Mungkin rumah idaman lebih daripada rumah Sosilawati lawiya menunggu kita di sana.

Aku tertidur di dalam kereta semasa perjalanan balik. Aku bermimpi Hasry photo sedang mengambil gambar aku dan atuk di atas pelamin yang berdekorasi ala minangkabau.

AWARD DARIPADA ZAI




AWARD ini ialah daripada Zai. Tulisannya banyak bercirikan panduan dan pedoman untuk kita melayari kehidupan sehari-hari. Silalah berkunjung ke Islam, My Way of Life.

Terima kasih Zai kerana ingatan walaupun baru saling mengenal.

AWARD DARIPADA SAIFUNNIZAM


Kakpah terima award ini daripada SaifunNizam seorang ustaz blogger yang agak baru kakpah kenali. Tulisan di blognya banyak mengandungi ilmu yang boleh kita jadikan pedoman. Kunjungilah rumahnya. Terima kasih Saifun.


Saturday, July 11, 2009

BERENANG-RENANG DI TEPIAN KOLAM



Salam.
Imah dan Kirin dah belajar swimming lama dah. Nak kata lama sangat belumlah jugak. Baru dua tiga bulan. Berenang pun belum expert. Seringlah juga mereka berdua ni ajak aku berenang sama. Tapi sebenarnya aku tak pandai berenang. Setakat kelepek kelepuk dalam air sungai belakang rumah mak tua masa aku kecik dulu bolehlah.

Ada sorang blogger ni selalu cerita yang dia suka pergi berenang. Jadi macam satu motivasi jugaklah untuk aku belajar. Umur belakang kira, kan. Sampai tua bangka pun kita masih lagi boleh menuntut ilmu asal jangan ilmu sesat.

Aku acah-acah si acik lupakanje ni supaya ajar aku berenang. Lagipun aku nak sangat berjumpa dengan dia ni. Sebelum sebelum ni dia asek mengelak-ngelak saja. Bila dia kata 'jom' aku pun pergilah buat beberapa persediaan - mestilah beli baju renang. Tak mainlah yang two pieces punya. Sekarang ni baju renang muslimah banyak di pasaran, kan.

Malam tadi janji dengan acik jumpa pukul lapan. Aku cakap dengan acik kita main cari-cari. Takyah cakap pakai baju apa, warna apa bagai. Dan ternyatalah pencarian tu taklah susah sangat. Akhirnya terjadilah pertemuan itu. Acik ni comel orangnya. Mula-mula ingatkan acik ni tak ada hidung ataupun mata dia satu kat belakang kepala, ataupun gigi dah habih luruh. Haha.. yelah, susah sangat nak jumpa dengan orang.

Malam tadi lebih banyak bercakap daripada berenang. Orang baru nak belajar macam aku ni mana boleh terus nak lanyak je kan. Mestilah slow and steady. Itupun sempat juga kaki cramp.
Cakap..cakap.. kelepek..kelepuk.. tak sedar dah pukul sepuluh. Maka kitorang pun balik dan berjanji akan bertemu lagi.

Acik, kakpah dah ketagih beronang ni. Malam ni nak poie lagi. Jom cik. Sambung sesi semalam!!!

Moral of the story, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Aku duduk tepi je. Buat sementara waktu ni lah. Sok dah terer, akak celen kau tijah.....


Friday, July 10, 2009

Semut Terpijak Tidak Mati, Gajah Diarung Bergelimpangan



Semut adalah haiwan kecil yang nampak lemah jika dibandingkan kita manusia. Ia akan mati penyek sekiranya kita pijak. Dan dia juga boleh mati sehingga mengeluarkan isi perut sekiranya kita memicitnya dengan dua jari sahaja.


Namun semut mampu memberi pengajaran kepada kita manusia. Hanya kita sahaja tidak nampak akan kelebihan yang ada pada semut ini.


Semut, akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus, sampai ia berhasil menggapai tujuan yang diinginkan. Ia mungkin merangkak di sebuah pohon, lalu jatuh. Namun dia akan bangun lagi dan berusaha untuk merangkak lagi ke atas pohon itu. Walaupun jatuh berkali-kali dan berulang-ulang, ia tetap terus berusaha sampai akhirnya ia berhasil naik ke atas pohon yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari.


Jika seekor semut menemui sepotong daging atau kaki belalang, namun ia tidak kuat membawanya sendiri, maka ia akan pulang ke sarang dan memanggil kawan-kawannya yang lain untuk bersama-sama membawa makanan yang ditemui tersebut. Semut memiliki sifat kesungguhan dan kesabaran luar biasa. Bahkan seandainya anda meletakkan sebuah batu di tengah-tengah jalan yang digunakan untuk laluan oleh sekumpulan semut, maka mereka akan berhenti, namun tidak akan berbalik arah ke belakang lagi. Akan tetapi ia akan tetap menunggu atau berusaha menaiki batu yang anda letakkan tersebut atau berusaha melalui celah-celah yang ada di kanan kiri batu atau mencari jalan alternatif lain yang menuju ke arah destinasi mereka. Mereka tidak mengenal kata mundur dan kembali.

Haiwan semut memiliki kekuatan yang luar biasa di dalam merealisasikan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan, ia tidak pernah memiliki rasa bosan dan putus asa. Sesungguhnya di dalam kehidupan semut terdapat pelajaran dan tauladan bagi orang-orang yang berakal, iaitu kesungguhan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata lelah dan bosan.


p/s Sesiapa yang tidak tahu makna perumpamaan di atas, silalah cari maknanya ye...


YAWNING IS CONTAGIOUS

Menguap ni berjangkit.


Sejak google gambar ni aku asek menguap je. Ngantuk nya.......................

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...