Hampir jam sebelas aku keluar rumah. Mula-mula pergi seksyen 8 nak masukkan duit sikit kat CIMB. Dekat-dekat dengan bank aku tengok ada satu petak parking kosong. Di sebelah kanan jalan, bersetentangan arah dengan kereta aku ada satu kereta tengah bagi signal ke kanan, menunggu aku lalu.
Kat sini pulak kau nak buat turn. Ish.. tunggu aku parking dulu.
Sebaik aku membelokkan stereng untuk masuk ke ruang kosong kedengaran
'Tiinnnnnnnnn....'Aku memandang ke arah datangnya hon itu. Oo.. kereta yang bagi signal tadi. Drebarnya menunjukkan tangannya ke arah tempat parking. Nampak muka macam nak baham aku. Pahamlah aku. Rupanya dia menunggu aku lalu sebab dia nak parking kereta dia di situ.
Maap pakcik, eh bang, eh dik.... Aku ingat ko nak pusing tadi. Tak baik marah-marah bulan puasa ni. Kang kurang pulak pahala.Aku mengundurkan kereta. Di depan, betul-betul di hadapan bank ada dua tempat kosong. Aku ambil satu.
Selesai urusan aku ke Warta pula. Aku dah tinggal di bandar baru bangi dah dua puluh tahun lebih. Sampai sekarang tak ada shopping kompleks yang glemer. Buatlah JJ ke, Alamanda De' Bangi ke. Aku dah boring lah pergi warta yang tak ada keglemeran ni. Kompleks PKNS lagilah tak ada benda.
Aku berpusing-pusing dua tiga kali mencari tempat parking. Semua penuh.
Ni apasal pagi-pagi belum pukul sebelas setengah lagi kereta dah banyak ni. Diorang ni semua pakat camping depan warta ni lepas subuh ke. Dah tu pula ada manusia yang suka letak kereta sewenang-wenangnya. Kiri kanan dah ada orang parking. Dia nak menyelit pula di celah-celah. Kan dah terjulur ekor kereta kau tu.
Aku nak lalu kan susah. Kalau aku bawak lori, mau aku gesel je bontot kereta ni.
Puasa. Puasa. Aku lalu perlahan pandang kiri kanan. Hah, boleh pun.
Akhirnya dapat juga mendaratkan kereta. Sebaik keluar dari kereta budak india yang selalu berlegar di tempat parking tu meluru ke arah aku mempromosikan pengilat kereta.
Ish.. taknak..taknak. Aku menggoyang-goyangkan tangan tanda tak mahu. Dia masih juga tak paham.
Aku cakap aku taknak, taknak lah dan aku cepat-cepat blah.
Masuk saja dalam warta hidung aku sudah diterjah dengan bau kfc.
Nak beli ke. Ah, tak payah. petang ni kan menu nasi lemak. Nasi lemak pun boleh makan dengan ayam goreng per. Tak payah. Kan dah tulis dalam menu nak buat ayam goreng ungkep.kfc tak payah susah-susah nak goreng lagi.Jalan..jalan.. Misi datang sini bukan nak beli kfc. Lagi pun, la.. belum pukul duabelas da.Aku masuk pasaraya. Cari bahan untuk masak petang ni. Done.
Suami pesan suruh cari bunga kembang semangkuk.
Mana aku nak cari ni.Cari di rak rempah. Tak ada. Cari di rak kekacang. Tak ada. Cari di rak ikan masin. Sah tak ada. Cari di rak bahan kueh muih. Aku terjumpa pula puding segera.
Petang ni buat puding bagus juga ni. Mangga ke jambu. Jambu ke strawberi. Ambek je la mana pun. Sama je.Aku ambil peris mangga.
Bubuh whipping cream atas puding ni sedap ni.Pergi tempat yang letak whipping cream. Belek satu, letak. Belek satu, letak.
Mana tanda halal ni. Takde satu pun yang ada tanda halal. Pergi singgah Yummy la kejap lepas ni. Kat situ ada jual.Sudahnya aku tak dapat cari bunga kembang semangkuk. Bunga lawang banyak. Maap je la bang ye. Tapi adik tak lupa belikan abang kurma tunisia tu.
Selepas membuat bayaran di kaunter aku keluar warta menuju ke Yummy. Aku ikut jalan di celah bangunan. Ada Mamat menjual burger di situ. Bau burger menusuk hidung.
Apakejadahnya kau jual beger tengahari ni. Sapa nak beli. Jual lah petang-petang sikit.Aku tenung mamat tu dengan ekor mata. Aku tengok mata dia juga melerek ke arah aku. Agaknya dalam pikiran dia mintak-mintak makcik ni belilah berger aku ni.
Sorry lah Mat ye. Kang datang pulak pitnah kalau orang tengok aku beli berger tengahari buta ni.Sampai di Yummy aku terus rembat satu tin whipping cream. Mission accomplished.
Jom balik. Dah nak zohor ni. Penatlah.Tau pun penat.Kang lepas zohor kang nak landing lah barang dua tiga menet.Pukul dua terus masuk bilik nak landing kejap. Ya Rabbi... sampai pukul empat?