Beyond water. Sistem Pemulihan Air Bio-aktif, Sistem Penapisan, Penulenan dan Pengaktifan yang termaju di pasaran masa kini.
Itu katanya lah.
Kita akan katakan yang barangan kita yang terbaik. Dah memang adat macam tu. Takkan kita nak angkat orang lain punya.
Dah banyak tahun aku guna beyond water. Nak kata excellent, aku tak berani cakap. Aku dah pakai macam-macam dan rasa airnya lebih kurang saja. Aku tak kesah brand apa pun. Asal air yang keluar dari paip itu bersih, tak berkeladak, tak berkuman seperti yang di claim oleh banyak syarikat dan tidak mengembangkan anak tekak bila ia meluncur jatuh ke perut melalui kerongkong, sudah memadai. Di bandar baru bangi ni air memang jelas kotor. Air mesti kena tapis.
Sejak ramadhan lagi beyond water aku buat hal. Air yang keluar dari saluran penapis tersangatlah kecil dan mengambil masa yang cukup lama untuk menadah penuh satu jag. Ultra 1 yang menyimpan tabung Penapis Seramik 3 Peringkat dengan Perak Tersteril, aku cuci selalu seperti yang disarankan. Aku call upline. Dia kata sudah sampai masanya aku menukar
terminator II, tabung peringkat dua yang mampu menyingkirkan sehingga 99.9% pencemar berbahaya dalam air seperti herbisid, pestisid, klorin, kloromin, klorofom, bahan kimia industri dan pelbagai hasil sampingan seperti sebatian kimia organik meruap, trihalometana dan sebagainya. (
Aku bayangkan Arnold Schwarzenegger duduk di dalamnya untuk memerangi semua bendaalah ini).
Okaylah. Mintak upline oderkan dan tolong pasangkan sekali. Aku beritahu bibik aku supaya tadah air untuk buat simpanan kerana nanti ada orang nak datang servis beyond water tu.
Seperti yang dijanjikan, petang semalam upline datang dengan kawan yang nak buat servis ni. Kawan upline aku ni datang suami isteri (
apasal aku rasa macam aku kenal je diorang ni?) .
Dia buka penutup. Dia cuba buka cap Ultra 1. Tak boleh. Dia menggunakan seluruh tenaga lelakinya. Tak boleh juga. Tak apa, saya ambil alat, katanya. Dia cuba buka guna alat. Tak boleh juga. Aku tengok peluh menitik-nitik dari dahinya. Aku tanya bibik siapa yang bersihkan ultra 1 ni. Bibik aku cakap, pagi tadi wak yang bersihkan.
(
Wak Muji sering aku panggil kalau ada kerja-kerja pembaikpulih yang perlu dilakukan di rumah ni. Sekarang ni dia tengah betulkan jenang tingkap bilik air yang reput)
Mulalah aku membebel.
Yang kamu suruh wak kenapa. Kan ibuk dah cakap dah ada orang yang akan datang betulkan penapis ni. Wak bukannya tahu. Ni dia dah pulas penutup ni kuat-kuat, nak bukak pun tak boleh. Kan ibuk dah ajar dah bila tutup cukup dia berbunyi klik dua kali. Tak boleh pulas lebih dari tu. Nanti ceramik boleh pecah. Bla..bla..bla..
Siti terkebil-kebil. (Siti ni dah kerja dengan aku lebih sepuluh tahun)
Memang tak boleh bukak pun. Sampai azan maghrib dah berbunyi, dia masih terkial-kial. Akhirnya dia bawa balik beyond water aku tu. Nanti saya cuba tengok macamana, katanya.
Harga asal untuk menggantikan
Terminator II yang berharga empat ratus lebih (tak termasuk upah servis) mungkin akan bertambah seketul dua lagi disebabkan "
kepandaian" orang.
(
Wak!!!!! kalau rosak, kita tolak je
upah betulkan tingkap ye!!)
Sebelum diorang balik aku sempat bertanya.
Kita pernah jumpa ke. Macam kenal je.
Dulu saya ada hantar anak saya di Aulad Jasmin. Anak saya sekarang dah tingkatan dua di MRSM.
Ooo.. ye ke.
Anak saya cakap, nasib baik ayah hantar dia tadika di Aulad. Kalau tak bahasa Inggeris dia tak sebagus sekarang. Saya ada anak ni empat tahun. Atuk dia suruh hantar kat Aulad tahun depan.
Surut perasaan bengkek aku bila mendengar komplimen itu.