Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, November 25, 2009

coretan Haji ke2


Jemaah mula meninggalkan kota Makkah menuju Arafah. Cuaca mendung, guruh dan hujan renyai2 mulai pagi. Zohor masih sama. Tidak panas membahang seperti biasa. Maha suci Allah yang melindungi umatnya yang berkumpul di Arafaf


update


hujan lebat masa azan zohor berkumandang dan terus hujan lebat sampai lebih kurang sejam


-Kei-

Sunday, November 15, 2009

coretan Haji Pertama

salam dari mekah


-Kei-

Tuesday, November 10, 2009

BERCUTI

Hari Khamis malam Jumaat pukul 12 malam lebih kurang, aku akan ke kelana jaya. Ketika itu ramai yang sudah berdengkur. Pastinya yang melepaskan aku dari rumah hanya anak-anak dan ahli keluarga. Kawan-kawan? Sapa yang nak datang malam-malam buta tu.

Flight pukul 7 pagi. Harap-harap semua urusan dipermudahkan.

Bila seseorang ke Mekah, selalu dipesan-pesankan supaya menjaga tutur kata. Setiap kata-kata yang dikeluarkan itu menjadi semacam doa. Dan ia selalunya makbul. (Kat sini pun kita kena jaga tutur kata juga supaya setiap yang keluar itu baik-baik sahaja, tidak takbur dan tidak menyakitkan hati orang. Tetapi oleh sebab tempat kita ini bukan Mekah, orang selalunya mengambil endah tidak endah)

Aku ada satu cerita dan ia terjadi pada diri aku sendiri. (Sebab itu aku berani nak cerita sebab aku tahu kesahihannnya). Kami mengerjakan umrah. Dari rumah aku beritahu suami lebih kurang seperti ini:

bang, nanti malaslah nak bawa balik air zamzam. Yang kat rumah ni pun banyak lagi belum habis diminum.

Setelah selesai mengerjakan umrah dan tiba waktu untuk balik ke malaysia, pekej penyediakan setiap jemaah satu tong air zamzam. Oleh kerana dah tersedia begitu, aku mengambil hak aku dan menulis nama besar-besar di tong air. Siap dengan alamat sekali. Kemudian, beg-beg dan tong air zamzam itu dimasukkan ke dalam perut bas menuju ke lapangan terbang jeddah.

Sampai di jeddah, bagasi di keluarkan. Begitu juga tong-tong air. Semuanya diletakkan di atas trolley. Air zamzam kepunyaan ahli keluarga aku, ada. Tetapi tong air zamzam aku tidak ada. Puas mencari kalau-kalau ada tersorok di perut bas. Tak ada. Hilang. Hilang? padahal aku dah tulis nama dan alamat. Macamana boleh hilang.

Aku tak bising-bising. Salah aku sendiri. Kan aku dah berniat dari rumah yang aku tak mahu bawa balik air zamzam? Allah perkenankan niat aku.


Begitulah. Jaga mulut. Jaga tutur kata. Aku dah zip mulut aku supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Buat pengunjung blog, aku dah mula bercuti. Mungkin dari semasa ke semasa aku akan meminta kirin updatekan dengan gambar-gambar yang boleh aku hantar dari sana.

Sekian. Salam buat semua.


Sunday, November 8, 2009

Pi Aloq Staq






Jumaat pagi kami bertolak ke utara. Aku anak beranak pergi dahulu. Singgah di Kemunting di rumah mertua kaklong dan bermalam di sana. Kaklong and famili menyusul lewat malam kerana dia ada exam yang habis jam 6 petang.

Besoknya lebih kurang 8 setengah kami bertolak dari Kemunting menuju ke Alor Star. Ada tiga kereta semua. Aku anak beranak, kaklong satu famili dan mertua kaklong satu kereta lagi. Dalam perjalanan acik Anon menelefon menyuruh kami singgah di Gurun sebentar. Mereka dari KL malam sebelumnya dan terus menuju rumah mak saudaranya di Gurun. Kami kemudian konvoi 4 kereta menuju ke homestay berhampiran rumah mertua kakngah. Mad E satu famili dan nenek sudah sedia menunggu di situ.

Tidak berapa lama kemudian kakngah datang dihantar oleh kakak iparnya. Dia baru selesai di makeup. (Kenapa pengantin ni kalau di makeup nampak macam pelakon opera je?).



Selesai solat zohor kami konvoi lagi menuju ke rumah pengantin.


Layan je lah gambar








Masa makan beradap aku dengan suami duduk sebelah pengantin. Mula-mula aku macam nak sopan je. Segan nak panjang-panjangkan tangan ambil lauk pauk yang menggoda tu tapi lama-lama sebab kubulur punya pasal aku tibai cukup-cukup. Sampaikan tak sedar dah berbunyi brrppp.. (oops).
Masa nak balik tu siap bisik dengan kakak pengantin, nanti tolong hantarkan laksa ye untuk makan malam. Tadi nak makan perut dah kenyang la.

Tak tau malu betul.

(Sebenarnya perancangan awal lepas kenduri nak terus balik ke kl tapi suami ajak tidur semalam lagi sebab badan penat.)


Pagi tadi sebelum balik kami singgah lagi ke rumah mertua kakngah. Masih ramai orang yang bergotong royong membersihkan sisa-sisa kenduri. Kami dijamu dengan nasi lemak dan kuih muih. Selesai makan-makan kami minta diri untuk beredar. Aku peluk kakngah. Terasa macam empangan nak pecah tapi kirin dah warning aku:
mak jangan nak nangis!!

(kurang asam ko kirin). Terbantut aku nak berdrama kejap.


Alhamdulillah, semuanya selamat. Semuga kakngah bahagia dengan kehidupan barunya. Aku doakan jodohnya panjang sehingga ke anak cucu dan bahagia sepanjang hayatnya.




Yang ni gambar masa kenduri di rumah aku tempoh hari. Aku suka gambar ni. Satu, sebab gambar ni nampak ceria. Dua, sebab anak-anak aku semua ada dalam gambar ni (menantu aku tak ada sebab tengah demam). Tiga, sebab pengantin tua kat tengah-tengah tu nampak berseri-seri hahahaha




Salam.

Thursday, November 5, 2009

hang jebat?

Petang semalam ke USJ menghantar kak Amismar ke rumah sepupu. Dia dan kawannya yang dua orang itu akan pulang ke Jakarta besok. Aku minta sepupu yang uruskan. Tambahan pula hari ini mereka mahu puter-puter keliling KL. Aku minta sepupu uruskan yang itu juga.

Hujan yang berterusan walaupun tidak lebat ditambah lagi dengan kesibukan manusia pulang dari kantor, menyebabkan jalan ke USJ 3 macet. Kami sampai, setelah tersasar dan berputar balik, pada jam 7.30 malam. Sampai-sampai saja, terus minta izin untuk menunaikan solat maghrib.

Kami membantu tuan rumah di dapur, berbual-bual, membuat jenaka dan bergelak ketawa. Suami dan sepupu menonton bola di astro. Aku tidak sedar ada sms masuk yang datangnya dari kaklong.

Mak tak tengok briter ker. Ada orang mengamuk kat kelana jaya. Kes sama ngan mak lah. Tarikh tukar ke 13 hb.

Masa tu berita tv3 dah habis pun.


Aku tak ada nak komen apa-apa. Setiap apa yang berlalu adalah ketentuanNya. Bukan senang nak pergi haji. Bukan senang nak buat haji. Dan bukan senang nak mendapatkan haji yang mabrur. Anggap apa yang berlaku sebelum berangkat sebagai sebahagian daripada ujian daripada Allah. Habis cerita.


Manusia hanya merancang. Yang menetukan bukan kerja kita. Aku teringat satu peristiwa yang berlaku padi kami pada penghujung tahun 80han. Ketika itu anak masih kecil-kecil. Kami ke utara semenanjung makan angin. Mula-mula kami ke pulau pinang, kemudian ke Alor star. Kami tak sedar duit dalam poket sudah hampir kering. Kad kredit masa itu belum buat. Kad ATM pun belum buat. Yang kami bawa cuma buku bank.

Silap kami, kami tidak sedar yang hari itu adalah hari cuti di sana. Berpusing-pusing cari bank. Bank semua tutup. Kami pecut ke perlis. Pusing-pusing lagi cari bank yang bukak. Tak ada. Setelah termenung dalam kereta dan perut pun dah berkeriut keriut kelaparan, aku sekeluarga turun memasuki satu restoren.

Di satu pojok restoren itu aku terlihat seseorang yang amat aku kenali. Sepupu aku yang kat USJ ini lah. Dia pun sedang makan-makan angin satu famili. Bayangkan.... Kami dalam kesukaran pada waktu itu dan Allah telah mengeluarkan kami dari kesukaran itu. Of all the places... kami dipertemukan di situ.

Sepupu aku membawa kami ke bank yang hanya di sebelah restoren. Cucuk duit di atm dan duit berpindah tangan. Semenjak itu aku serik. Balik ke bangi terus buat kad.

Macam tu lah.


Wednesday, November 4, 2009

TUKAR

Salam.

Lepas Isyak malam tadi, adik suami datang. Sepupu aku yang dari jakarta masih belum pulang kerana menunggu keberangkatan kami ke Tanah Suci. Selepas berbual-bual, aku naik ke atas sebentar untuk merapi bagasi.

Kedengaran telefon suami berdering. Nyaring. Kedengaran juga dia berbalas-balas cakap dengan orang yang di hujung talian. Butir-butir yang dicakapkan tidaklah aku ketahui.

Selesai berbual di telefon, suami datang mendapatkan aku.

Ustaz Najib telefon. Dia kata tak jadi pergi besok.

H'a? Apasal pulak

Tabung haji dah masuk masuk masukkan orang kat kt 103, dah berlebih pula 50 orang. Dia tanya boleh tak kita ambil tarikh lain. Abang kata okay je.

Abis tu kita pergi bila.

13 November.






Macamtu lah ceritanya. Kami tak jadi berangkat hari ini. Dari semalam orang dah wish wish wish selamat menunaikan haji. Alih-alih pergi minggu depan.

Aku tak kesah. Kalau pergi harini pun aku dah bersedia. Kalau pergi 13 haribulan, aku terima. Dapatlah aku pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan kakngah di sebelah lelaki pula.




Selingan:

Semalam aku terima satu parcel. Hati tertanya-tanya siapa pula penghantarnya. Aku buka dan di dalamnya ada satu bungkusan lagi yang dibalut dengan kertas hadiah cantik. Ada kad kecil di atasnya. Aku buka dan baca kad itu. Di antara tulisan di dalamnya: hadiah ini bukan untuk kakpah ye! Dan pengirimnya adalah juliet dan kts.

OOOooo.. yang pakai lipstik merah menyala dan kasut tumit tinggi tiga inci yang datang masa kenduri haritu bukanlah korang ye!!

Tenkiu juliet dan kts.


Sunday, November 1, 2009

Sehingga Nanti.....

i

Otak kata jangan ngengado. Kojo kau banyak lagi yang nak dibereskan.
Tapi tangan ni osah tak donga cakap e. Gata yo de nak mengotuk kibod ni ha. Cam ni lah, bia lah akak lopehkan gian jap yo. (Osah tak soda diri e uwan kau ni faris)

Kenduri kawin kakngah, beres. Siapa yang tak sedih bila anak dah betukar milik. Sedih o. Tapi siapa yang tak gembira bila anak sudah bertemu jodoh. Tentulah aku gembira. Ada mix feelings lah.

Aku tengok abah bukan main riang lagi sepanjang musim kenduri. Ramai kaum kerabat yang datang bertandang. Rabu, saudara dari Jakarta datang. Khamis, saudara dari Pilah dan Batam datang. Jumaat, saudara dari Johor dan Melaka datang. Semuanya berkampung di rumah. tak cukup tempat tidur, mereka bawak diri pergi tidur di tadika. Siap bawak toto dan bantal bagai. Sabtu, lagilah ramai saudara mara yang datang.

Aku jemput bloggers yang aku agak-agak sudi nak datang. Yang tak dijemput tu, mintak maap la banyak-banyak ya. Akak buat kenduri kecik-kecik je. Kalau ada umur, next time lah. Anak akak ada 6 lagi tu.

Kepada semua kawan bloggers yang datang: Cklah dan anak-anak, cikgooden, Tasek Merah and famili, Tijah and chem, Cija, Kakngah and famili, Insyirah, Ezza and hubby, Lilies, Mama kiter dan anak-anak, Mimiloma, Umi Humaira and famili, Nizam, YB, Dr Sam (ada sesape kakpah tertinggal ke?) aku ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi datang dan mintak maaf bebanyak gak sebab tak dapat nak layan. Aku berterima kasih pada si Ashley yang sudi menjadi orang kuat aku melayan korang.
(Bila aku sms Ashley : besok tolong layan bloggers boleh? Dia jawab dengan penuh semangat: okayyyyyyy!!!)
Sebenarnya aku masih tertanya-tanya, KTS dan Juliet datang ke tak? Aku risau diorang datang menyamar jadi kawan-kawan anak aku je hehe..

p/s Tijah, ekau emailkan gambar kito borompek tu. Yang kaki cun cun tu lah..

ii

Tengahari tadi aku menghadiri taklimat pasal haji. Ada maklumat-maklumat terkini yang nak disalurkan pada jemaah. Sebelum zohor kami dah bergerak ke Ampang tetapi berpusing-pusing mencari dewan ampang jaya sampai satu jam lebih.

Memang ramai yang mendapat panggilan tergempar. Kitorang ni kira okay lah. Diberitahu malam jumaat, rabu berangkat. Ramai juga yang kena pergi besok, cuma selang 3 hari dari masa dapat tahu. Tapi ni kan dugaan buat haji. Tak bolehlah nak merungut. Kalau nak merungut baik tak usah pergi.

Bagi yang tidak tahu mungkin tabung haji dipersalahkan. Tabung haji tak salah dik oi. Sian dia. Bukan senang nak menguruskan benda-benda berat macam ni. Sebenarnya kami tadi diberitahu, Arab Saudi memberi kuota lebih sebanyak sepuluh ribu orang lagi. Baru rabu TH diberitahu. So, setiap hari ada penerbangan tambahan dan penerbangan tambahan ini perlu diisi. Masalah timbul bila landing rights untuk kapal terbang tambahan ini diberi untuk tempoh lebih kurang sepuluh hari sahaja lebih kurang. Kalau tak silap dua hari dah terlepas. Kalau lepaskan peluang ini, kita juga yang rugi.

Kamis diorang meeting, mendapat kata sepakat: kekosongan penerbangan perlu diisi. Mana-mana yang boleh ditolak ke depan, ditolak. Pekej kami memilih untuk pergi dulu. Begitu juga dengan beberapa pekej lain. ( daripada kuota tambahan sepuluh ribu ini, enam ribu diberi kepada pekej. Muasassah ambil empat ribu).

Sebab tu lah kami dapat panggilan tergempar. Allah dah panggil pergi awal, pergi je la..

Perlu berkumpul di Kelana Jaya pada jam 12:00, penerbangan KT 103 jam 4:40 petang. Keluar dari rumah pukul sepuluh.

(Naik kapalterbang? Dah tua-tua ni aku macam phobia pulak naik kapalterbang. )

Sebelum kakpah mengundur diri, kakpah nak minta maaf atas apa juga kesalahan semasa berblog atau membuat komen di blog kamu semua. Assalammualaikum wbt.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...