Hari Sabtu 3 November, selesai sudah majlis konvokesyen tadika Aulad. Alhamdulillah. Syukur kerana semuanya berjalan lancar.
Gambar menceritakan segala.
Selesai majllis, kami terus ke hospital Serdang. Semuanya ujian buat kami sekeluarga. Namun berat lagi perasaan yang ditanggung kedua ibu bapanya. Semuga kami semua tabah.
Hafiy dimasukkan lagi ke hospital semalam. Mulanya ke azzahra kerana demam panas. Oleh kerana hafiy mengidap itp, darahnya diperiksa sekali. Ternyata plateletnya turun lagi sehingga ke paras 7. Doktor menyarankan ke hospital. Hafiy telah dirawat di pantai sebelum ini lebih kurang seminggu. Oleh kerana belum ada perlindungan insuran, kami bayar sendiri. Jejak 7k. Setelah banyak yang dipikirkan, kami ke hospital serdang sahaja.
Memang dari awal sudah tahu, layanan pasti tidak sama.
Tadi aku lihat tangan hafiy lebam-lebam bekas tusukan jarum. Bukan satu. Banyak. Alasannya.. tak jumpa!!!
Bukan tangan saja. Kaki pun. Terdapat 4 tusukan di kaki. Lebam-lebam. Alasan tetap sama. Tak jumpa!!!
Aku telan air mata aku dalam-dalam.
Baru tadi ibunya memberitahu bahawa jarum yang dipasang di kaki terpaksa dicabut sebab bengkak. Akan di cucuk lagi jarum yang baru. Hospital kata kali ini doktor sendiri yang akan lakukan. Kenapa semalam bukan doktor? Kenapa dibiarkan budak-budak baru belajar menderanya?
Dia baru lima bulan lebih.
Dan mengidap itp pula...
Tak kesian?
Tolong sama doakan semuga baby comel ini sembuh.
ibundo
Followers
jom klik
Showing posts with label KONVO. Show all posts
Showing posts with label KONVO. Show all posts
Saturday, November 3, 2012
Sunday, October 30, 2011
Konvokesyen Aulad
Phew!!!!!
(Bayangkan tangan yang mengaut peluh yang melughut-lughut di dahi dan merenjiskannya jauh-jauh ke atas tanah)
Pagi tadi, Ahad 30 Oktober berlangsung majlis konvokesyen tadika Aulad. Menandakan berakhirnya satu lagi event besar sepanjang tahun. Alhamdulillah.. selesai sudah. Anak-anak ini akan pergi meninggalkan kami dan terus melangkah ke dunia seterusnya. Doa kami buat mereka supaya terus mengejar kejayaan demi kejayaan baik di dunia mahukan untuk akhirat.
Biarlah gambar sahaja yang bercerita.
Maaf. Saya masih seorang amatur.

Aulad main branch
Aulad Perdana
Aulad Jasmin
Aulad Mesra
Maaf. Saya masih seorang amatur.
ibundo
Thursday, October 30, 2008
KONVO...KONVO....
Ada beberapa parents yang bertanya dewan ESSET di mana. Senang saja. Cari stesen komuter UKM. Sampai saja ke perkarangan parking lot komuter tu, nanti ada dua cabang jalan. Ke kiri pergi ke Sungai Tangkas. Masuk simpang ke kanan. Di tepi simpang tu ada gerai. Ke ESSET ni menyusur jalan di tepi gerai itulah. Di simpang itu ada papan tanda ESSET.
Ramai juga parents yang menelefon mengatakan anak-anak ada yang demam. Didoakan anak-anak sembuh dan berpeluang ke majlis ini nanti. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, parents bolehlah mendapatkan sijil dan cenderahati di tadika.
HAL KONVO LAGI.........
Adui... nampaknya banyak plan yang tak menjadi. Rata-ratanya sebab anak-anak dah ramai yang tak datang ke tadika selepas cuti deepavali. Aulad Mesra merancang buat lakonan Smart Reader. Dah pelakon-pelakon utama dan pelakon harapan tak datang-datang sampai semalam. Skrip belum hafal. So, tukar ke plan B. Perdana punya zikir munajat macamana? Jasmin? Hehe.. sama samalah kita tengok nanti ye.
Semalam kelas Jannatul Aad praktis dari pagi sampai nak balik. Ini gara-gara tukar ke plan B lah ni. Anak-anak merungut cakap penat. Heh bukanlah praktis terus. Praktis sekejap, rehat. Praktis sekejap lagi, rehat lagi. Ada sampai yang terbaring-baring. Setakat semalam, kira dah okay lah. Cuma anak-anak ni belum ingat bila masa nak masuk part dia bercakap. Ummu nak kena bagi arahan dulu.
Nanti hari konvo jangan lupa datang!!! Yang girls mesti jangan lupa pakai tudung putih. Jangan pakai tudung berwarna-warni pulak.

Tuesday, October 28, 2008
LATIHAN UNTUK KONVO
Hari konvokesyen tadika Aulad hanya beberapa hari sahaja lagi. Anak-anak perlu berlatih untuk persembahan semasa konvo. Semalam cuti Deepavali. Maknanya hanya ada 4 hari sahaja lagi untuk latihan. Hari ini pula ramai anak-anak yang tidak datang ke tadika. Sambung cuti la tu. Habis macamana ni dengan persembahan. Harap-harap besok ramai lah yang datang. Bukannya apa, takut takut mereka lupa apa yang nak dibuat semasa naik atas pentas nanti.
Kena faham juga, persembahan anak-anak ni mana boleh dapat yang perfect. Lagi tak perfect lagi kelakar. Mudah-mudahan semua berjalan lancar, tapi kalau boleh, ibu bapa paksalah anak-anak ke tadika ye...

Sunday, September 21, 2008
CONVOCATION 2008

Majlis KONVO 2008 akan diadakan di Dewan Serbaguna INSTITUT LATIHAN KESELAMATAN SOSIAL KWSP (ESSET), Sungai Tangkas pada hari AHAD 2 November 2008. Untuk ke tempat ini, ibu bapa perlu pergi ke stesen komuter UKM. Bila tiba di stesen komuter, terdapat 2 jalan. 1 jalan ke Sun
gai Tangkas, dan satu lagi ke ESSET. Ada sign board di situ.Kami sangat-sangat berharap semua murid yang akan menerima sijil dapat hadir ke majlis ini. Majlis seumpama ini adalah rentetan awal dalam sejarah pembelajaran anak-anak. Sila hadir. Perjalanan majlis hanya sekejap sahaja. Kita bermula seawal 8:00 pagi dan insyaAllah jam 11:00 sudah selesai.
Subscribe to:
Posts (Atom)