Dah dua tahun dah faris. Kejap saja dah dua tahun.
Semalam. Bila tengok aku bersiap-siap dia cepat-cepat pegang tangan aku.
'tom.. tom..' (jom..jom..) dan lari-lari pergi ambek kasut aku di rak.
No.. you're not going , tapi dia tak mahu dengar dan terus merengek nak kunci.
'key.. key.. ukak open gate'
Aku bagi kunci dan dia tekan butang merah. Bila gate terbuka dia bagi balik kunci pada aku dan pegang tangan aku lagi,
'tom..tom..'
Tapi aku tak boleh bawak. Banyak urusan aku nak buat.
'You stay at home with watik'
'nanak..nanak.. go de go de' ( taknak.. go nenda)
Akhirnya dia aku tinggalkan. Muka masam mencuka. Ajak babai pun tak mahu. Nasib baiklah tak melalak.
Bila aku balik dia keluar dapatkan aku dan ikut aku terus masuk ke dapur. Sana usik, sini cuit.
'hot..hot..' kata dia sambil tunjuk ke dapur masak.
'ya.. hot. Dont touch'
'hot.. dont touch' cakap aku diikutnya balik.
Nampak pula dia akan si jordan kucing aku tengah menjalar kat luar dapur. Dia berdiri di muka pintu sambil tepuk-tepuk tangan.
'go cat.. go..' Bila Jordan tak beranjak dia dekati kucing itu dan memiat telinga si jordan. Tapi jordan buat-buat tak reti sebaliknya aku yang terjerit.
'No.. dont do that', tapi perut jordan pula di lepuknya. Sudahnya aku halau jordan pergi main jauh-jauh.
Lepas tu dia hilang keluar dari dapur. Aku tercari-cari.
'Faris!! Faris!! where are you'
Dia keluar dari bilik mak dia dengan pegang kamera. Kamera mak dia. Dia klik sana klik sini. Kemudian dia hala kamera pada aku.
'Cenyum... wan.. tu.. tri.. ' Belum sampai three lagi dia dah klik. Aku tengok gambar yang dia ambil. Nampak dagu aku saja. Gambar-gambar yang lain.. kaki dia, kaki meja, entah apa-apa yang di ambilnya. Semua main bantai. Sudahnya aku simpan kamera tu takut nanti dibalingnya, habis.
Lepas solat zohor aku nak naik ke bilik. Memang time dia nak tidur.
'do you want milk'
'milk..milk.. leep(sleep)', aku buatkan susu.
'nak ting (puting)', aku ambil sekali puting.
'I want to go up. Do you want to stay down here with your mak or go up'
'go up.. go up' sambil merengek-rengek.
Aku pimpin tangan dia ajak naik tangga tapi dia tarik balik.
'Kung de...kung de..' (dukung nenda) sambil depang kedua-dua tangan.
Alahai.. badan tembam macam tu aku memang dah tak larat nak dukung. Tapi dia tetap merengek
'kung de..kung de..'
Termengah-mengah aku dukung sampai atas.
Hari ni dia tak datang. Mak dia bagitau dia demam. Belum sampai sehari aku dah rindu dengan keletahnya.
Cepat sembuh sayang.
kakpah