Salam Sabtu. Lama benau tak menulis di sini.
Pagi tadi aku pagi-pagi lagi sudah ke kedai mencari bahan untuk dibuat lauk. Dari rumah sudah berkira-kira nak masak kari ikan. Cuma tak tahu nak beli ikan apa. Nak kena lihat harga dulu. Membazir saja beli ikan mahal-mahal nanti tak bermakan. Anak-anak aku ni suka makan ayam. Kalau ikan, dikuis-kuis ambil kuah. Janganlah kau beli ikan kembung ke selar ke. Kuah pun tak dipandang.
Sampai di kedai aku tengok stok ikan baru sampai. Penuh lagi setiap tong. Aku jengah-jengah ikan. Aku tengok-tengok harga yang ditulis di whiteboard. Ikan merah 27 ringgit sekilo. Jenahak lebih kurang macam tu juga. Tenggiri 24 ringgit sekilo.
Aku tengok di tepi tong sudah ada ikan yang siap dipotong-potong. Aku ambil ikan tenggiri sebab di antara ikan yang aku target nak beli dia yang paling murah. Aku ambil yang sudah siap dipotong-potong. Aku ambil 6 potong, dari bahagian tengah sampai ke bahagian ekor. Oleh sebab ikan itu besar, tak adalah sampai ke ekor yang aku ambil.
Lepas tu aku ambil barang itu ini sebelum aku berlalu ke kaunter bayaran.
Ikan tu berapa harga sekilo dik, tanya aku sebab aku tengok di skrin mesen pengira dia terpapar 28 ringgit. Aku rasa bila aku timbang-timbang dengan tangan, ikan yang aku ambil takde lah sampai satu kilo. Apatah lagi sekilo lebih.
32 ringgit kak.
32 ringgit? Apasal 32 ringgit. Tu dekat papan tu tulis 24 ringgit.
Aku ni memang jenis kuat bercekak. Sekarang je jadi macam tu. Dulu tak. Nasiblah..
Kalau beli sekor 24 ringgit sekilo kak. Kalau beli bahagian daging je, 32 ringgit.
Mak ai banyaknya beza. Apasal tak tulis kat papan tu tenggiri 24 ringgit sekilo kalau beli sekor sekor tapi 32 ringgit sekilo kalau beli yang dah siap potong-potong dan ambil bahagian daging saja.
Perempuan tu tunduk saja terus punch in barang-barang yang aku beli. Agaknya dalam hati dia mengutuk aku orang tua tengah meroyan.
Haha gasak engkau lah.
Tapi tenggiri tu dah siap dah aku karikan.
ibundo
Followers
jom klik
Showing posts with label bebel. Show all posts

Saturday, October 20, 2012
Monday, March 19, 2012
The power of hands
Kereta meluncur perlahan-lahan di tengah-tengah pekan kajang. Kejap-kejap tekan brek. Kejap lepas. Kejap tekan lagi. Ia gara-gara menunggu orang yang tidak berhenti-henti melintas jalan. Dan jalan mereka pula terkedek-kedek sambil melenggang-lenggang kangkung. Sabau jer lah minah oi....
Situasi itu mengingatkan aku pada lawak standing harith iskandar dalam 'lawak ker der?' yang aku tengok dalam u tube.
Singaporeans kalau nak melintas jalan mereka akan cari jalan yang ada belang-belang untuk mereka melintas. Kemudian mereka tunggu sehingga lampu yang ada gambar orang bertukar kepada hijau, barulah mereka melintas.
Malaysians beruntung kerana kerajaan begitu baik menyediakan sepanjang-panjang jalan untuk mereka melintas. Sebab apa? We Malaysians believe in the power of hands....
Haha.. aku tersengih-sengih melihat lawak harith iskandar kerana memang terbayang di ruang mata aku akan orang melintas jalan di jalan TAR sambil mendepakan tangan dan membuka tapak tangan seluas-luasnya serta berkumat kamit 'tunggu..tunggu...!!' atau pun cakap bahasa omputih 'stop..stop...!!'
Dan selalunya kuasa tangan akan membuat pemandu memperlahankan kenderaan. Namun tak kurang juga kenderaan yang berdesup terus malah ada yang melanggar mereka yang melintas. Mungkin tangan mereka tidak berapa berkuasa.
Pada kita jejantas ataupun zebra crossing adalah menyusahkan. Kita cuma mahu ke seberang jalan saja sedangkan tempat menyeberang yang disediakan adalah terlalu jauh untuk kita menapak. Di pekan kecil seperti kajang pula, satu tempat melintas pun tak ada disediakan. Apa pilihan yang kita ada? Melintas sajalah sesuka hati dengan menggunakan the power of hands.
If you want to cross the road, use the zebra crossing. You cannot simply cross the road anywhere you like because if anything happens to you, the authorities do not hold the responsibilities.
Itu kata tourist guide semasa di korea haritu.
Adakah kita ni mengada-ngada, manja dan kurang berdisiplin?
Apa-apa pun aku memang anti dengan orang yang melintas jalan terhegeh-hegeh dan melenggang kangkung seperti jalan tu dia yang empunya.

Friday, March 16, 2012
kisah di pasar segar yang tak sesegar mana pun
Bukan tak ada bakul. Bertingkat-tingkat atas lantai. Tapi dia letak juga atas kaunter. Ambil satu letak kat kaunter. Ambil satu letak kat kaunter. Bersepah-sepah atas kaunter tu.
Ada yang lagi pandai. Ambil barang masuk dalam bakul. Bila dah separa penuh, dia letak bakul atas kaunter. Lepas tu dia pergi cari barang lain. Bila dah dapat barang yang dicari, masukkan ke dalam bakul yang dia letak atas kaunter tadi. Lepas tu blah lagi cari barang lain pula.
Ni dah dikira macam booking line dah ni. Habis, orang lain yang macam aku ni yang dah selesai mencari ikan, udang, sotong , sayur bagai dan nak buat bayaran, kan dah susah. Mana space nak letak bakul satu hal. Nak pikir sama ada letak bakul aku kat depan barang diorang atau kat belakang barang diorang pun satu hal jugak.
Sudahnya aku kuis-kuis ikan sayur bawang yang bersepah atas kaunter dan juga tolak bakul yang tuannya entah kemana itu ke belakang.
Okay dik, kira., aku cakap.
Aku tengok sekejap lepas tu macam sekelip mata saja yang empunya bakul berdiri di sebelah aku. Dan aku buat-buat bodoh.

Monday, September 26, 2011
membazir dan keperluan
Di dinding, di antara sinki dan cermin, ada tertulis:
Untuk menjimatkan air, paip ini akan mati dengan sendiri.
Ya, aku paham dan aku amat-amat menyokong usaha untuk tidak membazir-bazir air sekehendak hati.
Tapi aku belum sempat hulur tangan lagi air dah mati, apa hal!!

Saturday, May 14, 2011
Kalaulah setiap keluarga mengamalkannya...
Dia baru pindah ke senawang. Sebelum ini dia tinggal di singapura. Berpuluh tahun dia tinggal di singapura sebelum kembali semula ke sini. Sebab apa dia pindah ke senawang tidaklah aku bertanya.
Aku bukan mahu bercerita tentang dia. Bukan. Tapi mahu bercerita tentang cerita dia.
Itu sebahagian ceritanya dan aku tidak menyangkal. Dan tidak pula ingin aku ulas lebih lanjut di sini tentang keadaan negara kita dimana kita penghuninya dan sekali gus menjadi penyumbang kepada ketidak-bersihan persekitaran yang kita tinggal.
Cerita dia ini yang aku kenal semasa aku ke beijing tempoh hari kembali bermain-main di minda aku semasa aku ke rumah ibu tua tengahari tadi. Ibu tua tinggal berseorangan di rumah bertemankan empat ekor kucing yang cantik-cantik. Anak dan cucunya mungkin keluar ke kedai tanpa disedarinya kerana terlelap.
Semua tingkap di rumahnya tertutup rapat dan pintu juga ditutup rapat sebaik saja kami masuk.
Aku bayangkan hidup ibu tua yang rimas dan lemas dalam rumah yang tertutup rapat tanpa memberi ruang untuk angin menyelinap masuk. Tambahan pula pada musim panas begini.
Apa yang membuatkan aku teringat akan cerita dia dari singapura yang sudah menetap di senawang itu ialah keadaan di sekitar rumah ibu tua yang tidak terurus. Barang-barang yang aku kategorikan sebagai sampah sarap bersepah di sana sini. Penuh di atas meja, berselerak di atas lantai, berjejeran dari depan ke dapur. Dan di dapur pula betul-betul berhampiran dengan dapur masak diletakkan satu takung penuh dengan pasir tempat kucing-kucing melepaskan hajat. Bau nyaman dari takung itu memang memenuhi satu ruang dapur.
Ibu tua memanglah sudah tua dan tidak berupaya untuk mengemas rumah. Tapi anak menantu? Cucu? Bukankah itu tanggungjawab mereka. Kalau kebersihan tidak bermula di rumah, bagaimana kita mahu mengharapkan negara kita menjadi satu negara yang bersih.
Kami tidak lama di situ kerana sudah mula lemas. Aku lihat tapak setokin aku sudah penuh dengan bulu kucing. Aku teringatkan kata-kata ibu tua bahawa anaknya sekarang tidak sehat kerana diserang asma. Aku tidak hairan.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ini aku menghadiri tiga majlis perkahwinan.
Burp!!!

Saya sudah biasa dengan kebersihan. Saya bawa sifat itu ke rumah baru saya. Saya sapu depan rumah saya sehingga ke luar pagar pun saya sapu. Lalu budak-budak sekolah, dengan sewenang-wenangnya mereka mencampakkan sampah di depan rumah saya. Saya rasa begitu marah.
Budak-budak di sini suka membuang sampah merata-rata. Sukahati mereka nak buang ke dalam longkang, di tengah jalan, di kaki lima. Apa emak bapak mereka tidak ajar yang sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah?
Dulu saya tinggal di apartment. Setiap pagi akan ada pekerja yang membersihkan kaki lima dan menjaga kebersihan di sekitar apartment kami. Bangunan akan dicat setiap 5 tahun. Kerajaan singapura tidak membiarkan bangunan buruk dan persekitaran bersepah dengan sampah sarap.
Tapi bangunan flat dan apartment di sini macam tidak diperdulikan. Bangunan sudah buruk tapi tidak dicat semula. Sampah bersepah disana sini. Macam tidak ada penguatkuasaan.
Itu sebahagian ceritanya dan aku tidak menyangkal. Dan tidak pula ingin aku ulas lebih lanjut di sini tentang keadaan negara kita dimana kita penghuninya dan sekali gus menjadi penyumbang kepada ketidak-bersihan persekitaran yang kita tinggal.
Cerita dia ini yang aku kenal semasa aku ke beijing tempoh hari kembali bermain-main di minda aku semasa aku ke rumah ibu tua tengahari tadi. Ibu tua tinggal berseorangan di rumah bertemankan empat ekor kucing yang cantik-cantik. Anak dan cucunya mungkin keluar ke kedai tanpa disedarinya kerana terlelap.
Semua tingkap di rumahnya tertutup rapat dan pintu juga ditutup rapat sebaik saja kami masuk.
Nanti kucing-kucing ni keluar. Tuannya tak bagi kucing keluar rumah. Nanti hilang.
Aku bayangkan hidup ibu tua yang rimas dan lemas dalam rumah yang tertutup rapat tanpa memberi ruang untuk angin menyelinap masuk. Tambahan pula pada musim panas begini.
sumber dari pakcik gugel.
Beginilah jadinya kalau menjadi pengumpul sampah.
Apa yang membuatkan aku teringat akan cerita dia dari singapura yang sudah menetap di senawang itu ialah keadaan di sekitar rumah ibu tua yang tidak terurus. Barang-barang yang aku kategorikan sebagai sampah sarap bersepah di sana sini. Penuh di atas meja, berselerak di atas lantai, berjejeran dari depan ke dapur. Dan di dapur pula betul-betul berhampiran dengan dapur masak diletakkan satu takung penuh dengan pasir tempat kucing-kucing melepaskan hajat. Bau nyaman dari takung itu memang memenuhi satu ruang dapur.
Ibu tua memanglah sudah tua dan tidak berupaya untuk mengemas rumah. Tapi anak menantu? Cucu? Bukankah itu tanggungjawab mereka. Kalau kebersihan tidak bermula di rumah, bagaimana kita mahu mengharapkan negara kita menjadi satu negara yang bersih.
Kami tidak lama di situ kerana sudah mula lemas. Aku lihat tapak setokin aku sudah penuh dengan bulu kucing. Aku teringatkan kata-kata ibu tua bahawa anaknya sekarang tidak sehat kerana diserang asma. Aku tidak hairan.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ini aku menghadiri tiga majlis perkahwinan.
Burp!!!
kakpah
Wednesday, April 6, 2011
Furious
I ran my hands through the cans of fruit cocktails. There were hundreds of them, arranged nicely on the racks. I picked one after another and was astonished to find that none had the jakim halal sign. I left the spot feeling very unsatisfied and angry.
Rumours spread (so that's what I was told) about the lychees in cans that were claimed to be halal but not at all. I told about this to many lychees-lover friends but ended up feeling like strangling their necks because of their oohs and aahs why must you believe the internets. There are things that are not to be gobbled in blindly but there are also things that are not to be discarded away just because they are not acceptable to you.
On my office table yesterday, there were two cans of lychees and a pack of crackers which my staffs acquired from the hamper they won in sport's day. The negative side of buying hampers which are already packed is that we dont really know what they put inside. We dont have the opportunity to choose. And the can of lychees and the pack of cracker that were on the table didnot have the jakim halal sign. Yes, there was the halal sign alright but the one that was not authorised. Just a simple halal sign that anybody can paste on. That irresponsible halal sign. After briefing my staffs, those things ended up in the dustbin.
When we go overseas especially to the non-muslim countries we are very concerned about what we eat. It is very natural to find non-halal food in non-muslim countries. It is already engraved in our minds that way and it made us prepared before the bon voyage. But to be sceptical about what we eat in our own country that is something crazy that make us very furious. Perhaps to many if not all.
I bought times when I shopped for groceries because I had to read the labels. But I learned to chose. If I couldnt get the one that I wanted because of uncertainty, I would get something else which was equally good or a bit less good because I was sure that it was something that should get into my family bloodstreams.
Kirin asked me before she went off to work this morning;
Do I have to buy fruits cocktail.
Yes but buy the one that has the jakim halal sign on the can.
She's going to have makan-makan tomorrow and she plans to bring over triffle, something that's simple and easy to make.
To my friends out there, be aware of what you buy and what you eat. My advice is, dont order lychee drinks when you eat out. You dont know what they serve for you eventhough it is in a muslim restaurant. Order something that you are sure of.

Saturday, November 6, 2010
Telefon berbunyi kring..kkring..kring..
Telefon berdering.
Suara di sana berkata;
hello!! ni kat mana ni?
Suara di sini menjawab;
Malaysia
Suara di sana berkata lagi;
Ala.. janganlah memain
Suara di sini menjawab lagi;
Betullah.. ni kat Malaysia lah ni
Tapp.. putus.
Dengar sini. Kalau menelefon seseorang, tolong jangan tanya soalan cepumas itu. Terus saja minta bercakap dengan orang yang mahu dihubungi. Kalau tersalah nombor, sudah tentu akan diberitahu.
Kringgg!!!!!
Angkat.
Assalamualaikum, suara sebelah sini.
Ni sapa ni? suara sebelah sana.
Orang, suara sebelah sini.
Ala.. cakaplah betul-betul. Ni sapa ni, suara sebelah sana.
Oranglah... suara sebelah sini.
Tapp.. putus.
Dengar sini. Kalau dah dail telefon tu, tentulah dah tahu nak bercakap dengan siapa. Tak payah nak tanya-tanya 'ni sapa'. Terus saja cakap nama orang yang nak dilawan bercakap. Kalau tersalah orang, tentu akan diberitahu.

Ish.. takkan nak bercakap dalam telefon pun nak kena ajar jugak.
Sekian.

Thursday, October 1, 2009
Mengadu kat boss baru tau
Minggu lepas aku pergi metro kajang. Barang-barang yang nak dicari tu nak kata banyak tak de lah banyak. Nak kata sikit, kira banyak pulak. Jadi aku hangkut anak-anak aku tiga orang. Kakngah pun kata nak cari jam tangan.
Tau je lah kalau perempuan ni bila masuk shopping kompleks. Lain yang nak dibeli lain yang dibelek. Aku sempat meround ke tempat henbeg tengok-tengok kalau ada yang pekenan. Kalau ada yang pekenan mahu je aku sambar sebijik. Anak aku membebel-bebel cakap yang henbeg aku kan ada lagi. Ala, nak jamu jamu mata pun takkan tak boleh.
Kat tepi eskeletor ada kiosk jual pouch dan sling bag lelaki. Aku ajak anak aku singgah. Aku cakap kalau buat hantaran okay tak. Aku tengok orang lelaki pun ada juga yang pakai bag ni pergi kerja. Anak aku cakap, mehlah kita tengok dulu.
Aku tunjuk kat satu bag. Amoi tu turunkan dan aku belek-belek. Anak aku juga belek-belek. Masing-masing tak pekenan sebab nampak macam buruk je. Kemudian aku dongak lagi ke atas. Aku cakap dengan anak aku yang tu nampak okay . Anak-anak aku mengiyakan. Aku suruh amoi kedai tu turunkan beg yang aku tunjuk. Aku nak tengok.
Tau apa amoi tu cakap? Dengan muka toye dia bagitau, yang itu mahal. Itu kulit. Harga dia satu ratus lebih.
Ayo. Mulut takda insuran ma. Agaknya selekeh sangat ke aku. Apa-apa pun, tak baiklah kan. Biarlah customer yang decide nak beli ke tak nak. Sanggup beli ke tak sanggup. Aku pun takde hadap sangat nak beli bag tu.
Anak aku paut tangan aku ajak blah. Anyway, benda tu tak masuk dalam senarai pun.

Wednesday, September 30, 2009
Dulu tidak seperti ini
Satu hari tu aku lalu di kaki lima masjid alhasanah. Ada seorang wanita duduk di pinggir kaki lima. Aku lihat beberapa kanak-kanak KAFA tengah berkeliaran di sana sini. Mungkin baru habis kelas.
Aku pandang wanita itu. Terasa macam aku pernah jumpa. Dia juga memandang aku. Tepat. Ada macam kuntuman senyuman mula mahu berbunga. Sedang aku berfikir-fikir dimanakah aku pernah lihat wanita itu, dia menegur aku dulu sebaik aku sampai di hadapannya.
'kakpah, apa kabar'
Ternyata dia mengenali aku.
'Baik. Mengajar di sini ke.'
Kami berbalas-balas cakap sebelum aku beredar menyelesaikan urusan. Sehingga sekarang aku tidak tahu siapa dia.
Membuat aku teringatkan nenek aku. Rambut putih beruban tetapi masih kuat mengayuh basikal membawa getah keping yang sudah siap diproses untuk dijual di pekan. Banyak kali aku yang jadi pembonceng sambil memeluk pinggangnya dari belakang. Kemudian nenek mengidap darah tinggi dan oleh kerana tidak terkawal dia akhirnya terlantar di tempat tidur.
Membuat aku teringatkan moyangku. Tua, kurus, bongkok dan kulit sudah berkedut semasa aku mengenalinya. Dia akan memegang jariku sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu dan meludahkan air liurnya ke tempat jariku terkena sengatan jengking. Sungguh mujarab. Tidak ada siapa yang mengambil ilmu itu.
Aku teringatkan mereka ini untuk mengingatkan diri aku bahawa aku sedang mengarah ke umur itu. Akhir-akhir ini memang aku terlalu mudah untuk menjadi lupa sehingga kadang-kadang aku memarahi diri sendiri.
Lebih-lebih lagi sekarang ini aku ada terlalu banyak benda yang perlu aku buat dan aku ingat.
Sijil konvo belum siap.
Aturcara konvo belum buat.
Langsir kakngah belum siap.
Langsir bilik adik baru tadi beli kainnya. Belum berjahit lagi. Mesen jahit pula rosak. Dah panggil repair man, besok dia kata nak datang.
Hantaran belum siap.
Bla..bla..bla..
Nasib baiklah aku tidak buat semua ini seorang diri. Ada anak-anak yang menolong. Cuma aku nak kata yang bila usia meningkat, kita sudah tidak sehebat dulu. Buat kerja sikit, penat yang lebih. Urat-urat semalam baru nak kendur, sudah datang tugas baru.

Subscribe to:
Posts (Atom)