Pagi Sabtu yang agak bengang. Usai solat subuh bibik belum bangun. Dua-dua tak bangun. Aku bingkas ke dapur menyediakan sarapan. Abah bersarapan awal. Enam setengah selalunya abah sudah tercongok di meja makan. Aku berpesan selalu pada bibik supaya menyiapkan sarapan untuk abah secepat mungkin. Takut nanti perut masuk angin sebab dia sudah biasa bersarapan awal begitu.
Pisang yang diambil dari kampung sudah ada yang masak. Aku mengambil beberapa biji dan mengadunnya untuk dijadikan lempeng. Lempeng sudah siap beberapa keping dan aku lihat bibik seorang demi seorang terhegeh-hegeh masuk ke dalam bilik air. Tak sembahyang subuh ke apa, hati aku merungut-rungut sendiri berbaur geram. Datang rasa malasku untuk membuat sarapan seterusnya untuk anak-anak dan suami.
Aku naik ke atas mengajak suami ke kedai mencari roti canai sahaja. Semasa masuk ke dalam kereta suami berkata,
"dah bagitau tki tak payah masak?"
Aku menjawab lambat, "malas nak cakap", geramku masih berbaki.
Di kedai impian maju aku perhatikan beberapa keping roti canai sudah tersedia ada di atas meja pembakar. Oder lapan keping, si pelayan terus membungkusnya. Sementara menunggu si pencanai mancanai 5 keping roti telur lagi, kami duduk di meja. (suami sudah banyak kali survey, telur di kedai ini telah dicuci bersih).
Semasa duduk-duduk memerhatikan sekeliling, telingaku diterjah sebuah lagu hindustan.
"Bobby" aku berkata pada suami.
"Hah?"
"Tuuu..........lagu Bobby." Kataku sambil jari menunjuk-nunjuk pada arah bunyi lagu itu dimainkan.
Suami menjawap dengan memuncungkan bibir " Oooooo.... tau je"
"Heh..heh..heh.."
Masa sekolah dulu aku bukanlah peminat cerita hindustan. Tetapi ada classmate aku yang seorang ini memang hantu filem hindustan. Semua hero heroin hindustan dia kenal. Kalau ada cerita baru keluar, dia akan bercerita pada kami sehingga mulut kami terlopong. Pandai dia bercerita sehinggakan kami yang tidak suka cerita hindustan ini amat kepingin untuk menontonnya.
Bobby adalah filem keluaran 1973, dilakonkan oleh Dimple Kapadia dan Rishi Kapoor. Rishi Kapoor..... seorang aktor yang sungguh hensem pada waktu itu dan menjadi kegilaan kawan aku ini. Di lockernya penuh dengan gambar Rishi Kapoor. Di buku-bukunya juga ditampal dengan gambar Rishi Kapoor. Dan sepanjang-panjang waktu ketika cerita Bobby menjadi cerita filem popular, telinga kami lali dengan lagu-lagu dari filem itu yang dinyanyikan oleh kawan aku ini.
Bila lagu ini berkumandang di kedai Impian maju, aku terus teringat padanya. Pada Zalilah@makcik. Kami berpisah setelah tamat HSC dan tidak bertemu lagi selepas itu.
Aku kembali ke rumah dengan kenangan itu masih melekat di ingatan. Kenangan itu merayau-rayau ke zaman remajaku di sebuah sekolah berasrama penuh di selatan tanah air. Kenangan yang amat indah sekali.
Dan aku kembali ke rumah dengan geram yang telah pudar.

12 comments:
salam kpah...pepagi dah nostalgik ye...
acikpun suker lagu2 dlm pilem nih..hero n heroin dia pun acik minat...tpi idak le lelbih smpei nk menampal2...
ingat lagi..wayang petama acik tgk dulu..(mak acik bawak..) Haathi mere sathi..haa..ngko..hapal lagu pehtu.
skrg...tah camne..si yani anak acik tu, lebih diler industan dari org industan sndiri...naek gisau acik. Kat umah ni dh pnuh dgn cd citer industan....puas acik nasihat...kata kt dia nnt gelap ati nengok industan ni pepeluk..dedah2...golek2..nyanyi..(err..atehh..dah umi diapun suka..) tapi dia still ngan minat dia gak...satu ari nnt dia bosan la tu kan..
ok kpah..slamat berujung minggu...acik nk balik Linggi nih..
kalu kakpah tak bengang kt bibik, mesti kakpah tak g tapau roti canai. kalau kakpah tak tapau roti canai mesti kak pah tak dgr lagu bobby. kalau kakpah tak dgr lagu bobby mesti kakpah tak teringt kt classmate kakpah tu kan...???
Saya filem 'BOBBY' ni saya tak dak nostalgia.. blurrr..
cuma ada satu filem saja yang saya ingat mak ayah bawak pi tengok.
'Hete mere sate'..cerita pasai gajah tu.
kite dh bayo utang tag....
Pakcik saya tem filem Bobbny ni dulu dia siap beli piring itam pastu pasang kuat & masukkan dlm tempayan biar satu kg bleh dgr,hahahhaha.
kak pah, memang ramai orang pompuan malaysia suke tengok + jatuh hati ngan pelakon hisdustan ni.. dan ramai jugak yang kawen ngan mat bangla sebab dorang ade iras2 hindustan.. ape ra.. :p
abang angkat saya bawa saya dan adik tengok Bobby kat Coliseum. Sekolah rendah lagi masa tu pergi pun pakai seluar pendek.
acik, ala... lama-lama nanti bosanlah dia tu. kpah dulu pun ada satu masa hantu hindustan. pantang ada cerita amirkhan, shahrukh khan yang baru kuar, mesti beli cd. lepas tu hentam menangis depan tv. lama-lama boring.
acik balik linggi yo. jangan lupo bawak daun pucuk ubi banyak-banyak.
kakngah, semuo yang berlaku tu ado kaitan e kan? Oo dah baleh tag yo. nanti kpah tngok.
ashley, hehe mak ayah hang tengok cite hindustan gak ye..
juliet, tak pecah ke tempayan tu.
faisal, memang dah adat manusia ni suka tengok benda yang cantik kan? Hero heroin hindustan tu kan ramai yang hensem dan cantik2. tapi sapa yang kawin dengan bangla tu nak kena scan dulu otak tu....
YB, haha.. Yb pun tengok ye. Kpah dah sekolah menengah.
Kak Pah...nampak aje gambar Rishi Kapoor kat blog update saya...terus saya teruja nak ke mari...
Hehehe...saya dulu memang minat Rishi...tapi lebih minat kat pak sedara dia Shashi kapoor...
Cerita2 dulu2...bila dengar lagu aje dah terbayang kenangan lama
bobby?? sey ingat'an asben kpah ado nama samaran baru...cam carlos. hikhikhik....
anie, ye ke. kpah tak de la minat sangat kat dia. lebih minat pada david cassidy
tijah,hehe..muko lobeh mirip osama
salam., wak tgh layan bobby nih., huhuhu
Post a Comment