Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, June 19, 2010

Dalam perut ada telur

Salam.




Bang!!!!
Ikan mati.



Dengan sebaknya aku menarik ke tepi ikan kap aku yang bergelimpangan di dalam kolam. Tiga ekor semuanya. Kap yang dah bertahun-tahun aku bela. Dah besar-besar. Mahunya tak sebak. Bila aku kelobek ingsangnya aku lihat ia masih merah berlendir. Maknanya baru lagi mati.



Abah salahkan kiambang yang cepat sangat membiak. Mungkin ikan lemas sebab tak cukup oksigen. Oksigen dah banyak kena sedut dek kiambang. Abah suruh siti buang kiambang yang dah penuh hampir separuh kolam.

Siti buang dan siti terjerit pula.

Ada lagi tiga ni mati!!!!!!

Alahai.

Tengahari semalam kami makan ikan kap goreng . Tapi tekak aku macam tak boleh terima.


kakpah

29 comments:

-Incek Fik- said...

Huhuhuu,, sedihnyer ikan tue mati..

(=_=')

Tapikan~~ kiambang bukan ker tumbuhan. Bukan sedut karbon dioksida ker?!

Mungkin ruang permukaan air yang dilitupi kiambang menyukarkan ikan untuk menyedut oksigen.

Atau boleyh jadik punca lain..

Ape-ape pon.. saya pon suka bela ikan.

Tapi mati pasai dek bubuh banyak sangat sejenis tumbuhan akuatik (tak ingat nama) kat permukaan air...

Acik Erna said...

kak pah..macamana nak makan kalau dah sayang..saya suka bela ikan puyu..kalau nak makan ikan puyu..saya takan makan yang bela punya kak pah..nak makan juga beli lain..yang bela tu dah rasa sayang...
pernah dulu..bila dah lama sangat bela..suami saya lepaskan..sebab nak ganti yang baru..menangis anak saya kak pah...

Dr Singa said...

erk....
boleh dimakan ek???

ibundo said...

fickryhisham, haha.. entahlah.. kepala pun mengong sikit ni. Kakpah tengok dorang ni suka duduk bawah kiambang tu. mungkin sebab sejuk sebab tak kena direct matahari. dah tu pulak kiambang ni gemuk dan cepat membiak. menyukarkan ikan tu nak benapas agaknya.

erna, dalam kolam tu kakpah ada bela ikan talapia jugak. kakpah bela talapia ni memang untuk makan. bila dah besar kami tangkap dan ikan talapia yang kakpah bela ni memang sedap. tak macam yang dijual dipasar yang rasanya ada rasa lumpur.

dr singa, ikan buntal je yang orang tak makan hehe..

Tijah said...

tak raso cam cito bawang merah bawang putih ko kak? yg dio temakan omak eh ikan kaloi tu..

Ms.Lilies said...

kalo saya pun kak xlalu makan...
ate dah kasi makan kenyang2 pastu nak makan kesian lak

Hjh Noralenna Abbas said...

Mana lalu nak makan yang kita sayang. Tanam aje tulang ikan kap, hajah, entah-entah dia tmubuh pokok tinggi, tegap, boleh buat ayunan buaian, 'buai laju-laju'

ibundo said...

tijah, tak. raso macam batu bolah batu botangkup. kempunan makan tolo ikan tembakul.
huwa.. porut ikan tu ponoh ngan tolo..

lilies, akak makan gak dengan rasa penuh kasih sayang..

kaknora, tak sempat nak tanam tulang. tulang belulang dah habis kena makan dengan si jordan, kucingku..

tasekM said...

kalau aku, aku tak makan kot kak. harus jugak aku buat perangai tanam ikan tu macam tanam kucing. he he.



.

ibundo said...

tm, daripada jadi bahan terbuang, biarlah dia menjadi darah daging ku, uhuk...

kakngah said...

kak.. br sy tau.. ikn kap tu blh mkn.. ingtkan cam ikn emas tu... for display only.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Lepas ni bela lak ikan keli Africa. Kakak kita kat Kuantan saja-saja campak 2 ekor anak ikan keli dlm kolam ikan dia, lepas tu terlupa sebab hari-hari asyik belek ikan kap dia yg gemok2 tu.

Aleh aleh satu hari ternampak 2 ekor ikan keli besar dekat 4 kaki hidup dlm kolam dia. Yg baiknya dia tak makan plak ikan kap yg cantik tu atau mungkin sebab banyak.. kakak kita tak perasan ikan kap dia dah berkurang kena telan dek ikan keli africa tadi. Sekarang dia naik pening nak mengeluarkan ikan keli tu dari kolam sbb takut kena gigit katanya.

Azita Zain said...

takziah utk kakpah.
tapi apa kaitan dlm perut ada telur dgn ikan kap kakpah yang dah mati??? konpius ssiiiikkkiiittt jer...

kak long said...

kak long pun tak sampai ati nk makan ikan yg dibolo...
tak tetolan dek eh...

Acik Erna said...

kak pah..apo sodih na..budak faris tu,,sian lak tengok..meh sini..faris wan poluk buek ilangkan sodih...

kucingorengemok said...

rugi plak rasa ikan oren kita mati hari tu kita tak goreng... hihi, tapi besor ibu jari je!

ibundo said...

kakngah, dah gomok2 tobungkang camtu, sayang ar tak makan

yati, eee.. nengok ikan keli pun aku dah geli geleman. dulu mula2 bela ikan ada gak bela ikan bandaraya tapi habis disapu bersih bukan setakat keladak dan lumut tapi anak2 ikan.
ikan keli tu pasti gak makan ikan2 kecik tu..

ita, tajuk tu nak beritahu yang dalam perut ikan tu dah ada telur. kalau tak mati mesti beranak pinak ikan kap kpah tu.

ibundo said...

kaklong, nak buek camno kan?

erna, marah dan sodeh sobab tak dapek nak pogang kamera.

kog, cait!!! takat buat taik gigi je baik tak yah.

Catwoman said...

Mcm citer dolu2 la pulak....Bawang Merah Bawang Putih.

Sob! Sob! Sob!.....

:)

Cik Azz said...

Salam kak Pah... Lamo tak nyinggah sini...

Cito akak ni cam cito sey lak... Sey punyo kaloi mati, mmg tak makan langsung ikan yg mati tu sbb toringat kito bolo dio kan.. baru2 ni yoo baru berani makan kaloi yg dh siap siang boli kek pasar tu..

Mmg sodih la kan...

Nizam.Ariff said...

Eh, dia orang bunuh diri beramai-ramai lak? Ni mesti ada sesuatu dalam air tu... ninja turtle kut?

Kak, air tu dah semacam je kut, kalau penyakit takkan ramai-ramai mati serentak lak...

KTS said...

tulangnya jgn lupa tnm kakpah

.
.



kot kot la bole tumbuh pohon beringin siap dgn buainya.. bolela den berayun

.
.

smbil menyanyi.. sesilap hb kanda brunei terdengar dan terpinang

hihihi

3 tempat masih kosong tu... :D

KTS said...

sungguh den terhutang budi ngan kakpah

.
.

terima kasih

.
.


jgn lupo tanam tulang eh.. ;D

ibundo said...

catwoman, bezanya dalam citer akak ni bawang putih dan bawang merah pun kena goreng sama..

azz, iyo la azz. dah kito bolo botahun2. dari kocik sampai dah gomok. tibo2 plak mati.. sodeh botul..
tapi ikan kap takdo pulak jua kek pasar kan? hiiii...

ibundo said...

nizam, agaknya dorang pakat bunuh diri ramai2 sebab nak bantah atas ketidakadilan akak membela dorang..haha.. togolak bosa den.

kts, 1. tulang semua dah luluh tak sempat nak tanam.
2. kau rela ke hehehehe...

lupekanje said...

lenkli, klu berlaku lagik insiden tuh, panggey acik je..acik akan ilangkn kesedihan kak pah tu dgn bawak balik, goreng belado yo ikan tuh...wakakaka.

ejaMaria said...

adui kak... kena makan?... ngilu je rasa nak makan ikan bela nih...

Muhammad Izuan said...

gulp..

Unknown said...

Nak tanyo kita boleh makan ikan kap ke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...