Tahniah pada aku sebab tahun ni aku tak beli sebalang kuih raya pun. Dan tak sebijik pun yang aku buat. Tapi kat dapur tu dah ada:
2 balang suami aku bawak balik student dia bagi
1 balang tijah bagi masa melawat adik kat pantai haritu
1 balang imah beli
1 balang kirin beli
1 balang yah taska bagi
1 tin kirin buat malam tadi. Bahan semua dia beli.
1 balang imah buat kelmarin. Bahan dia beli.
Hah, cukup lah tu.
Nanti aku buat muffin dengan cupcakes. Kalau rajin dan ada masa, aku decorate cupcakes tu. Dah, habis cerita.
Aku rasa tahun inilah raya yang paling aku tak perabih duit.
Kepada semua rakan yang aku kenal ataupun yang datang menginggah di sini tapi tak menyapa-nyapa dan tak bagi salam, aku ucapkan selamat menyambut hari raya. Kalau balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Bila makan tu, beringat-ingat jangan main bedal semua yang ada. Kalau sakit perut dan terceret kamu juga yang susah ya...
Dari segambut ke ampang puteri
Selamat menyambut idilfitri
gilap kereta tahun depan
tersilap kata pohon maafkan
Merdeka!!!!
Ooops.. silap ke.
(lagu dendang perantau tu nostalgik la..)
kakpah
25 comments:
kak pah, izzuddin dah balik? dah sihat? harap semua ok (merdeka!)
salam aidilfitri & maaf zahir batin, banyak tergurau terkasar... :)
Salam Kakpah...
dari surabaya ke inderagiri
selamat hariraya aidilfitri
anak manaf main tin
mohon maaf zahir dan batin.. :)
salam aidilfitri kak...
maaf kok ado salah laku terkasar bahaso selamo konal ni yo? insyaallah lopeh rayo kito jumpo.
tu pun dh ponoh 1 mejo.. hihihi!!
selamat hari raya utk kpah & family
nak skit bleh tak kak pah
passinglah kat saya barang sekeping dua, ahaks
kakpah, salam lebaran, moga berbahagia di hari raya, maaf zahir dan batin
rejeki2 :)
selamat raya kak...
Asalamualaikum k.pah,
Lama sungguh kita tak jumpa dan tak berborak. Tau2 dah nak raya. Syukur dak adik dah sembuh dan pasti semangat raya kembali meriah.
Insyallah esok kami akan pulang ke kampung. Dengan ini saya khususnya dan klrga memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap, terlanjur kata dan perbuatan serta halalkan segala makan dan minum sepanjang menjadi warga Aulad selama ni.
Diucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kpd k.pah sekeluarga MAAF ZAHIR DAN BATIN.
selamat hr raya kak pah.
maaf zahir batin.
bila la tijah nk dtg lawat aku bawak tat sebalang....
.
Salam kak..
InsyaAllah kalau tak ada aral, tiny singgah umah akak.. (dgn kuih sebalang eh.. hahahaha)..
Salam Aidilfitri.. Maad Zahir Batin..
student atok tu pompuan ke laki
selamat hari raya aidilfitri :P
selamaat hari raya..maaf zahir batin kak pah..
wa..untung kak pah tahun ni..banyak kuih kak pah..
saya tiap tahun kebangi tu kak pah..
duo rumah selalu e..satu kek seksyen lima..satu lagi..fasa 4 tambahan..tak ponah tinggal pi rayo kek situ..
salam kak pah. lama sy tak singgah sini. maklum la busy gitu.bkn busy buat kuih..busy ntah aper2 je.hihi
saya pun mcm akak, satu kuih pun tak beli apath lg buat.tp sy dah ada 8 balang kuih. free2 belaka. murah rezeki. baju raya pun tak beli gak.
utk kak pah n keluarga, slmt hari ry aidil fitri n maaf zahir batin!!
kog, dah balik. pagi tadi pegi cekup balik tapi kuman dalam darah masih camtu jugak. next week pegi cek up lagi. selamat hari raya. hati2 makan masa raya haha..
kakcik, wahaha.. berpantun kita. selamat hari raya gak.
tijah, selamat hari raya dan sama2 bermaafan. timo kasih kau banyak tolong akak espesyeli dalam kes faris.. tenkiu.
kakngah, selamat hari raya. hati2 di jalan raya.
zaidah, uhuhu.. meh sini datang amek sendiri ..
maksu, samo2 lah kito..
lilies, selamat hari raya.
yati s, la.. kau janganlah cakap macam tu hikhik.. sodeh ni.
selamat hariraya pada yati sekeluarga. terima kasih kerana menjadi warga aulad.
tasek, selamat hari raya. tijah cakap nak pegi bawak balang ke tempat kau dia kena melencong jauh nau haha..
tiny, selamat hari raya tiny. maaf segala salahsilap. jangan lupa taruk kuih dalam balang tu hahaha..
juliet, ceittt!! hehe. selamat hariraya. ajaklah kts beraya kat rumah mokcik ni..
erna, ha.. iyo ko. kok ko sini mehlah singgah. selamat hari raya erna.
ain, tu lah pasal.. nampak sibuk bebenau haha..
selamat hari raya ain ..
Selamat Hari Raya KakPah.. ;D
selamat hari raya kak pah pssttt choc chip tu nmpk sedappp hehee
Selamat Hari Raya Hajah. Semoga enjoy cooking untuk keluarga tersayang. Balik Melaka?
salam hajjah
rasanya kuih muih ni bila dah serdak baru dicari...kan...raya 1 2 3 ketupat, lemang, lontong and the gang.....he he he
Selamat Menyambut Hari Lebaran.
Mudah-mudahan, kita semua memperolehi keberkatan.
Maaf jika ada terkasar bahasa.
Nak kueh raya sebalang.....nak kad raya
Selamat hari raya kakPah
Post a Comment