Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, December 25, 2010

Pisang Oat Goreng



Salam.


Pagi tadi balik Pilah. On the way balik, singgah sebentar di simpang Juasseh beli pisang dua sisir untuk digoreng. Bila adik ipar datang bersama anak-anak petang tadi, aku ambil beberapa biji untuk digoreng sambil menunjuk-nunjuk kepandaian ciptaan terbaru aku (hehehe).


Ada sesiapa nak cuba? Gerenti sedap dan rangup.

Bahan:
6 biji pisang yang sudah boleh digoreng. Potong ikut selera sendiri.
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung goreng rangup
4 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
1 biji telur
Oat. Bubuh je oat dalam pinggan. Kalau tak cukup, tambah lagi.
Butter

Telur dikocok dan ketepikan.
Semua bahan tepung dan garam digaul sebati.

Pisang dicelup ke dalam telur. Kemudian digolekkan ke atas tepung. Celup lagi sekali ke dalam telur. Golek pula ke dalam oat. Goreng dengan api perlahan. Nanti kuat sangat api, pisang tu hangus pula.

Bila masak, angkat. Belah sedikit di tengah-tengah pisang semasa masih panas dan massukkan sedikit butter. Letak ke dalam pinggan dan makan ketika masih panas.

Sedap dimakan bersama kopi o atau teh tarik semasa minum petang.

26 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah ini resepi when East meets West. Boleh syor kepada AFC gayanya, hajah!

lupekanje said...

tinggi kandungan kolestrol ni kak pah...minyak lagi, telur lagi, butter lagi. Cuba akak bgi resepi diet food utk den ni hah....
Tampi..den suko pisang goreng...!! hehe

ibuintan said...

pandang rupa je dah tau ranggup.. mesti best ni

iina said...

Kak Pah

wah best nie leh try.. sodap yo

ibundo said...

kak hajjah nora, boleh masuk peraduan top chef tak haha..

acik, ketopikan kolesterol.. anggap tak wujud.

ibuintan, mesti terai..

iina, ekau dah dapek pisang ko. kato haritu takdo pisang.

Ena said...

Yum yum.. sedap!..

kakpah, ada lagi tak? bak mai sepinggan.. ;D

hentian said...

as salam. singgah tanya khabar je? tak sempat nak lepak dan baca n3 lama lama..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Boleh cuba ni, kalau tetamu datang. Nak minum petang pun sodap, kena pulak ngan kopi panas.

ibundo said...

ena, kena buat sendiri haha..

IM, salam. kabar baik.

Cik ina, Boleh jamu tetamu. janji ada pisangnya..

CikguIna said...

Salam. Kenapalah agaknya kalau entri bersifat makanan oleh k Pah......gambarnya pasti menggoda selera?
(adehhhhhhh....tak boleh jadi ni....kena buat pisang goreng jugak!)

kak long said...

cam sodap la pilak..!
nanti nak try la....
dah lamo tul x singgah kek kodai jual pisang smpg joseh tu...!dulu selalu mamek...!

jadi ko minum cendol kek pilah td?

rezeki said...

kak pah

dah seminggu saya tak sarap oat hehehe
lupe diri jap hehe

Zaitun said...

Dah tentu sedap nampak pun rangup.

secangkir madu merah said...

kreatiflah kakpah ni...nak try lah nanti...

ibundo said...

cikguina,
gambar diambil bertujuan melelehkan air liur orang yang melihat. oops.. sori..

ibundo said...

kaklong
ekau buek apo pogi josseh. ekau dulu duduk kek bahau ko.
kek simpang tu memacam ado kan. Somalam sompek boli potai sekali. ompek papan tigo ringgit. kek sini tigo papan.

ibundo said...

pak itam, tak apa kalau sendiri sedar haha..

zaitun, cuba sendiri baru tahu.

yati, kau pun kreatif gak. selalu masak sedap.

KTS said...

apasal ?


boto ko yg ekao goreng tu pisang, kakpah??

:P

ibundo said...

kts, takkan den goreng ikan masin pulak hahaha..

ckLah @xiiinam said...

Boleh cuba ni...untuk ckLahyang susah mahu telan oat cara biasa...

Kaktiny said...

wow.. menariknya.. leh try nih...

tapi.. tiny pon ada masalah cam cklah.. tak buleh nk 'lepas' telan oat cara biasa.. (camne org lain buleh layan bergelas2 bermangkuk2 oat tu eh??.. huhuhuhu).

kot-kot menjadik makan oat cara nih.. nk gi carik pisang ah..

hehehe.

Mak Su said...

fuhh! sedap! akan den torai :)

Kakcik Seroja said...

Wah.. kakpah dah cipta resepi baru.. boleh cuba ni. :)

Zaidah said...

nak cuba jugaklah kak pah...

ibundo said...

cklah, haha.. kok tak jadik jangan salahkan kpah ye.

tiny, kakpah kalau makan oat selalunya taruk madu sikit. baru boleh nak telan.

ibundo said...

kakcik, jangan marah kalau tak jadik hehe..

zaidah, cuba lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...