Dua puluh lima ringgit, bang..
Mahalnya.
Tak mahal bang. Kalau tak, empat puluh.
Tanpa banyak soal, kami ambil juga. Bukan tak pernah merasa. Pernah. Banyak kali. Tapi itu dah lama dulu.
Kami bergerak meninggalkan tempat itu, melalui deretan gerai yang bermandikan neon. Manusia pelbagai warna kelihatan berkeliaran, ada yang berurusan dan tak kurang yang hanya melihat-lihat. Urusan aku di situ sudah aku selesaikan tadi dengan membeli sedikit cenderahati buat anak-anak yang aku tinggalkan.
Malam-malam memang begini bang, kata dia agak termengah-mengah. Aku bayangkan peluh jantannya sudah meleleh ke dagu. Dan aku bayangkan dia mengelap dagu dan pipinya dengan tuala good morning yang tersangkut di tengkuk. Cuma tadinya aku tidak pula melihat tuala itu tersangkut di tengkuknya.
Suami aku mengangguk-angguk. Entahkan dia nampak entahkan tidak anggukan suami aku.
Ha.. tu.. tengok tu, sambil dia menuding kepada sebuah beca yang membawa sepasang penumpang dan seorang anak. Suami aku menoleh. Begitu juga aku.
Dapat arab tu....
Kami tidak faham maksudnya.
Kalau arab, sekali naik tujuh puluh ringgit bang. Kadang-kadang lapan puluh ringgit.
Ooooo... kalau orang putih?
Pun sama bang.
Aku bayang aku berada di negara orang dan disembelih dengan harga yang karut marut. Selalunya begitulah.
Akhirnya setelah ke hulu dan kemudian ke hilir, kami sampai di hotel tempat kami menginap. Di situ sudah ada beberapa beca yang sedang menunggu pelanggan. Kalau bernasib baik, mereka akan mendapat pak arab ataupun mat saleh. Kalau kurang bernasib baik, dapatlah melayu kuala lumpur seperti kami. Janji rezki masuk.
nota:
Bandar feringgi pada siang hari kelihatan damai. Menjelang petang penjaja menolak kereta sorong masing-masing dan meletakkannya di kaki lima pejalan kaki. Penuh sepanjang jalan. Pada waktu malam tempat itu meriah dengan penjaja yang menjual berbagai-bagai jenis barang dan juga pembeli yang tercari-cari barang yang boleh dibawa balik untuk dijadikan kenangan.
ibundo
(aku sudah menukar nama kepada yang lebih melambangkan umur)
31 comments:
kak pah, ayu kena tukar pada ibundo ya..
ayu faham apa kata penarik beca tu...
siapa tak jeles bila kawan dapat orang luar.. sure poket penuh
itulah lumrah, yang bergelar manusia...
"assalam ibundo...dah tukar ker...INGatkn pasal apa tadi,suspen jugak.. sbb ada kwn hari tu pun kena sembelih tp bkn tmbang beca atau teksi tp harga pasemboq kt pdg kota..sepinggan 5o hengget.."
la hai kak... maso poei penang tahun lopeh kan.. abem nak boli tupi baretta ko apo namo eh.. tongah nak boli tu ado mat salleh nk boli gak. mamat tu siap ckp kat abem..
'abang tunggu kejap eh.. abang punye harga lain saya bagi... '
ngan abem dapek rm10. mo mat salleh tu rm35 ditalo eh....
Demi sesuap nasi....
Kadang2 sian gak tgk org yg bawak beca ni kak... Poluh dio tu umpamo minyak.. Tonaga dio tu umpamo enjin..
Duo2 saling memerlukan..
Mudah2an makin murah rezeki orang yang memberi dan orang yang menerima...
Sey lom ponah sampai Penang lagi kak.. Paling jauhpun sey poie Bagan Serai..
Kak Pah... pekan Batu Feringgi tu happening sampai lewat tengah malam kan? Macam2 ada...tapi anie tak pernah pulak beli apa2 kat sana...tengok je dari dlm kereta...
ayu,
musim tourist ramai ni kat situ memang lubuk rezki bagi mereka.
pia,
biar betul.. 50 ringgit? tu kira cekik darah tu ..
kakngah,
tu lah de kan? Macam lah kito poi bandung nun. Mo oghang dio rogo lain, mo kito rogo lain.. ayo ai..
kakcik,
ye.. kadang2 terpikir juga, nasi yang disuap tu berkat ke tidak.
azz,
poi lah. tapi bukan e banyak bondo nak tengok. Tokong samo kuil molambak2 la..
kok yang bawak beca tu mudo, takdo la kosian amek tapi kok yang dah tuo tu.. aduyai sian e. terutamo e kalau naik bukit. tedoeh doeh de ngayuh. Raso macam nak turun yo tolong tolak hehe..
anie,
budak yang bawak beca tu cakap memang sampai lewat malam. kakpah pun tak terlarat nak ngukur jalan sampai ke hujung. Bila benda yang dicari dah dapat, tu yang terai naik beca tu.
bonda naik beca berdua-duaan dgn suami + malam-malam... so sweet...
semoga satu masa nnt saya akan lalui juga moment begitu bersama suami saya...
kak pah..dah biaso..he he..biarlah budak2 mudo yo panggil kak pah ibundo..
wiii. cano nak tukar tu kak. cam tak biaso yo.
slalu camtula kan kak...rate lain2..samala nasib kita kot pegi tmpt org kan
ibundo@kakPah..Cm pernah naik beca orang tua masa kat Kota Baharu dulu..kesian..tak sampai hati..adik Cm cakap rasa nak suruh orang tua tu duduk dan dia nak kayoh haha..
Salam, IBUNDO.
Seronoknya dapat jalan-jalan ke Penang. Tapi saya rasa macam dah jemu dgn Feringghi. Tak bersih lagi macam dulu.
*Tak tau samaada saya yang silap tengok, atau skrin saya yang tak betul, ruangan komen di blog ini berwarna kelabu dan tulisan berwarna krim. Semua saya tak leh baca. Tulisan dan blend dlm warna background. Aduhhhh....
waaahh..ibondo...lenkli bawak acik jenjlan kat Bt Feringhi yo...endak gak naik beca..!!
maria,
bila anak-anak dah besar panjang, tinggallah kita berdua je ke hulu kehilir.
erna,
yolah.. kalau agak2 pangkat akak yo, panggil yo lah akak. yang mudo2 pangge akak ni macam tak kono yo.
tijah,
ekau teruskan yo pangge akak haha..
lilies,
macam terdapat ketidak adilan di situ kan?
cmanggis,
kalau dapat yang tua tu yang tak sanggup nak naik. macam tak sampai hati..
aziezah,
o ye ke.. kat skrin kakpah ni okay je. kena klik kat perkataan comments tu.
acik, ekau jangan nak kacau daun...
cenderahati untuk kaklong ado tak kak?
kok ado, nak datang ambik ha..!
heheheheh!!!
Cenderahati apa yg ibundo beli buat anak-cucu? Faris tu apalah yg dia hendak agaknya ye?
p/s: macam kekok nak tukar jadi ibundo:)
Oh Ibundo...jangan ahbondo sudah.Harap-harap kaki dan lutut abang-abang beca tu sihatlah hendaknya.
Rasanya kakpah lagi glemer hehe....
Teringat masa pergi dengan anak dan menantu,banyak juga barang cenderahati yang mereka beli.
lama tak kesana... last sekali sebelum thunami dulu..
oooo kakpah,
cam pelik jer nukor nama ke IBUNDO..
btw...blog YANG 'DULU' tu hidup ke lagi...
.
.
.
.
tetiba jer tanya kan?
.
.
.
.
macam ada kaitan jer dengan BLOG tu!hehe
ker ibundo dah lupo?
kaklong,
laa.. apo tak kobaan..
kakzakie,
hehe.. kok kekok takyahlah tukar. nii tuk budak2 muda ni rasa janggal je panggil kakpah.
zino,
ada lah juga perubahan..
ashley,
yang dulu? hehe.. aku dah taruk mangga..
Salam kak pah,
Atau ibundo...
Pernah saya mmbeli buuah jambu potong di RR. harga RM 1.00
Datang omputih sebaik sahaja saya habis mghulur duit, omputih tu tanya berapa rega? Kata penjual
RM1.50.
Saya memandang, penjual tu buat tak tau. Mungkin trpaksa mengikut kata tokei atau itu tips buatnya.
Kesian omputih tu. Itu baru barang reganya RM 1. Hurm...
hajjah
becanaya ngalahkan teksi...,,,teksi macamana lak?
saya pernah naik beca suami isteri,,,pusing kuala terengganu dari hotel sampai replika kapal,sampai panggung sampai pasar kepayang ...10 je...tahun 94...sekarang tak tahulah...
banyak shoppingnya ya kakPah, tapi kena minta kurang harga sbb harga yg diletak utk pelancung2 dari luar negara, mahal gila.
dah tukau nama ke kak Pah? tak lama lagi kena tukar jadi Wan pulak hehehhehe
lain kali kakpah eh ibundo kena tukaq cakap loghat penang kot dapat murah....
walaupun cari joki tapi janganlah lotak rogo melampau2 bona... tak sumo pelancung tu orang2 kayo
kakpah... sey pun ponah naik beca kek situ ,osah mencicit poluh jantan ea... sian pulak nengok ea
Post a Comment