Bang.. cuba tengok ni.
Hasben aku tengok, telek, belek. Dia cucuk-cucuk dengan jari.
Ni kena jumpa doktor ni.
Aku pun tak tahu kenapa kaki aku bengkak. Buku lali dah tak nampak. Betis gemuk dan tegang. Mungkin sebab aku banyak berdiri. Sejak dua menjak ni memang aku banyak berdiri. Tapi doktor kat klinik alhaj cakap mungkin ada kaitan dengan buah pinggang dan paru-paru. Biar betul!
Pandai doktor tu menakut-nakutkan aku. Sebab takutkan perkara yang lebih serius, semalam aku pergi ke pantai jumpa doktor pakar. Kebetulan pula doktor yang aku sering jumpa tu giliran dia ke asunta. Aku terus pergi ke bahagian klinik emegensi minta rekomenkan aku seorang doktor lain yang boleh merawat sakit
Di situ aku buat urine test dan resultnya semua normal. Doktor cuma bagi ubat dan suruh aku berihat dan jangan banyak
Alhamdulillah sekarang bengkak hampir surut. Nampak gayanya agenda yang dirancang tidaklah tergendala.
Jumpa anda besok kalau aku tak bisu. Besok Rabu kan!!!
ibundo
21 comments:
syukur takde apa2 yer kak....
kot2 kakpah ada elegik makan apa2 tak.. tu yg bengkak kaki tu.
salam kak pah
saya rasa bengkak tu water retention kot...ada banyak orang kena...maybe akibat lama berdiri atau duduk...
Makan ubat tau..jangan mengelat...
salam kak pah
saya rasa bengkak tu water retention kot...ada banyak orang kena...maybe akibat lama berdiri atau duduk...
Makan ubat tau..jangan mengelat...
Jgn kono mcm sey kono dulu dah la kak.. Mmg menguji jiwo boto.. Dah la tapak kaki tu bongkak, pehtu asek nak koncing yoo.. dah tu pulak, duduk kek ateh, bilik air ehh kek bawah.. mau monangih dlm ati dibuek ehh.. Dah la jauh dr omak.. huhuhu..
Hrp2 lopeh ni tak kono lagi la.. sorik jadi ehh...
Syukur...ok, duk diam diam, hari ni 'wordless'..shyyyyy.....!
macam orang peknen lak kak kan?
buleh bongkak lak kaki tu...
heran yo kan?
sebaik tak apo2...syukur!
Assalamu'alaikum Kakpah...
kaki kakcik pun selalu bengkak, dan tenggelam bila ditekan. Doktor kata tak ada apa2 masalah. Mungkin sebab kakcik gemuk sangat, kot? :)
SALAM,
DIDOAKAN SEMBUH DENGAN SEGERA ! AMIN !
Assalamualaikum Kak Pah,
Semoga kak Pah cepat sihat.
alhamdulillah tak de apa2 ye kak pah..
masak sambil duduk la kak pah..
Kakak dengar pun takut. Org business mestilah busy, belum di rumah lagi.
Alah kakpah sementara duduk rehat arah je bibik buat yg mana kakpah nak...
seriau juga dengar buah pinggang kak... sila kurangkan bercakap, eh! berjalan ;)
dulu cik ina pernah kena gak, tapi kat tangan. sesuka hati je cakap pasal buah pinggangkan. buat terkojut je.syukur dah sembuh kak pah.
Take care, ibundo!
alhamdulillah...kaki akak ok....
kaki sembab sebab perut ada isi ker???
minggu lepas pun kaki terasa bengkak, kawan kata water retention sebab lama duduk, blood circulation ke kaki tak bagus sebab salur darah terkepit kat peha.
kena belajar tendang terbang kungfu ala-ala bruce lee gamaknya...
bawak-bawak berehat sikit kak oii..
tgk tu.. ada je agenda dia tuh tau!.
Bagila badan tu rehat skit.. hah.. kan kaki tu dh merajuk.. hahaha..
semoga akak sentiasa sihat sentiasa.. dan ceria..
:)
banyakkan duduk pulak kak. :D
banyak duduk bengkak ponggong plak. jgn ikut sgt nasihat juliet tu kakpah
:D
kak pah lebih baik mencegah dari mengubati...elok pun pergi jumpa doc pakar. puas hati...
Post a Comment