Nak pergi kul berapa yah..
Dalam kul sembilan. Kang kita jalan relek-relek.
Ayah punya meeting kul berapa
Kul tiga petang.
Sebelum pukul 9 kami tiga beranak keluar rumah. Ikut highway ntah apa namanya untuk elakkan jam. Nyata kereta dah kurang. Belum setengah jam dalam perjalanan hasben dah sebok kata perut lapar. Jadi kami berhenti singgah di rest area sungai buluh untuk mengisi perut dan mengeluarkan isi perut.
Di rest area tu berlonggok-longgok buah durian. Sesiapa yang nak makan, bayar 8 ringgit dan makanlah satu keluarga sebanyak mana yang terdaya makan. Aku tak pula berkeinginan. Imah lagilah. Memang dia tak makan durian.
Hasben aku bawa kereta memang relek betul. Singgah di rnr entah berapa kali sampai tak ingat nak kira. Dan bila masuk je ke jalan berliku-liku lagilah relek terutama bila ada lori bergerak lembab di sebelah hadapan. Akhirnya jam satu setengah baru sampai.
Cek in, solat dan makan dalam bilik, imah tanya dan tanya lagi bila ayah nak start pegi meeting. Hasben aku sms geng-geng opis. Sorang pun tak jawab.
Entah-entah ayah silap. Entah-entah meeting besok.
Hasben aku telefon geng-geng opis. Dia telefon dua orang dan dua-dua masih baru nak keluar dari rumah.
Cuba ayah cek balik jadual..
Hasben aku cek fail dan tersengih-sengih.
Cek in dari pukul 3 sampai pukul 6.
Ek ele..
Pukul 8 malam dinner
Ek ele..
Masing-masing tarik selimut tidur.
Orang kata cameron highland dah tak sejuk. Tapi apasal aku kena pakai sweater ni..
Sejuk ....
ibundo
22 comments:
kulit dah nipih...hahahah!!
ek ele..tarik yo lah selimut tu kak pah oi..:D
pasar malam brinchang sedang memanggil2 tu....
itu mmg relaks abis tuh kak.. best apo sejuk2 nie.. ;)
wah..
bestnya..
nak ikut....
rezeki tu...
kelapangan masa.
Weiii... Akak poie situ ke kak..??
Mehh la datang sini haa... hikk...
Kek sini takdo diyan.. Elok gak tu, takdo la poning2 kopalo... haha..
org mana yg kata cameron highland dah tak sejuk? meh nak cek ketebalan kulit dia!
ikutkan hati den, mmg tak mandi sepanjg kek sano. nasib ikut hati org lain. smpi hati dorang nak tondang den kuar dr bilik klu tak mandi!
:P
dalam selimut ke tu:)
meeting eh bilo???
bundo pegi ni dah musim hujan kot... ce kalau pegi time hari panas... idak la sejuk mana pun Cameron tu... opis saya lagi sejuk... ;p
kak pah..sajo yo nak pakai sweater tu..sobab dah salah jadual he he.
selamat tido
;)
Balas komen sekali rap untuk semua..haha..
pagi ni hujan. Lagilah sejukkkkkk...
nak keluar pun malas. Apa lagi, ayah e gi meeting kami dua orang masuk selimut...
selamat menjalani ibadah puasa buat kak pah dan keluarga
Tak cukup sweater bawa selimut gi jalan2 kakpah
as-salam,
selamat datang, ini lah tempat den tinggal.
sayangibu
selamat menyambut ramadhan
zaitun
haha.. memang sojuk
mohamad
oo.. iyo ko
mesti banyak gambar bunga lepas ni hehe
zino,
tak sempat sangat nak berjalan.. sejuuukk..
Kelakar betul en hubby kakpah. Mesti kena ketawakan Imah...
Selamat menyambut bulan ramadhan kakpah
kak pah kat sana malam memang sejuk, cuba siang ko bersweater, mahu berpeluh.
Post a Comment