Pada hari majlis, aku tidak dapat bersama kerana kami dijadualkan sampai pada lewat petang. Awal pagi hasben aku sudah meminta jasa baik kawannya untuk mengambil tetamu di sungai buluh dan membawa mereka ke rumah. Dari rumah anak-anak aku membawa mereka ke majlis kenduri.
Bila kami sampai di rumah pada ahad petang, tetamu sudah ada di rumah aku. Makanya, bersambung-sambunglah cuti cuti malaysia aku di sini pula. Penatnya tak usah dicakap. Dari hari isnin tiga hari berturut-turut, kami keluar pagi balik petang.
Hari isnin aku bawa mereka balik kampung. Ni bergambar di rumah kampng aku.
Sedara dari Batam dan Jakarta. Yang tudung hitam kakak ipar. Yang janggut sejemput abang aku.
Yang tengah-tengah abah.
Bawa mereka masuk kebun ngutip buah durian. Bawa balik durian penuh belakang unser.
Bila keluar, semua orang bau durian.
Hari Selasa bawa mereka pergi ke Melaka, naik menara taming sari, river cruise, shopping banda hilir dan puter-puter keliling melaka. Terpesona sungguh mereka akan masjid atas laut.
Pukul 10 setengah baru sampai rumah. Capek sungguh.
Hari Rabu, jalan-jalan dan shopping di kl. Mereka teringin naik twin tower tapi sampai di sana tiket dah habis. Rupa-rupanya sebelum pukul 7 dah ramai orang yang beratur untuk membeli tiket. Nasib baik ada sedara yang bekerja di menara klcc. Dapat jugalah diorang naik sampai tingkat 12.
Kemudian kami ke jalan tar. Makan-makan sampai insaf dan shopping tak hengat dunya. Sempat juga masuk sogo beli henbeg sorang satu termasuk aku.
Selepas itu yang dari batam mahu terus pulang ke johor ke rumah abangnya di bukit tinggi. Kami hantar mereka ke terminal tasik selatan. Tak sangka terminal itu cantik dan besar. Itulah pertama kali aku ke sana.
Kenapa aku catat ini semua? Sebab aku risau aku terlupa.
Petang ni aku dah boleh duduk-duduk mengadap laptop sebab yang dari jakarta pun sudah pulang pagi tadi. Kami hantar mereka ke klia.
Yan(Batam) Raflis(Jakarta), abah, aku.
Bagaimana kami boleh bersaudara? Kami mempunyai datuk yang sama. Datuk aku yaitu bapa kepada abah datang dari baruh gunung sebuah daerah di minangkabau. Di sini dia berkahwin dengan nenek aku. Di daerah sana, dia ada isteri lain. Jadi, bapa aku dengan bapa mereka adik beradik satu bapa. Aku dengan mereka sepupu yang tinggal berlainan negara. Untungnya, kalau aku ke sana kami tak perlu risau tentang penginapan. Kalau mereka ke sini mereka tidak perlu risau tentang penginapan. Bajet untuk menginap dah boleh buat belanja untuk menyoping.
Sekian.
ibundo
22 comments:
gambar memula tudung hitam duk depan sekali comel~~
*gatal kan saya?haha~
Tudung hitam tu kakak ipar Kak Pah ke..??
Mudo ehh.... huhuhu..
Mau putuih ughek tumit gak ehh tu.. bojalan sakan.. Kok sey la, memang pengsan sominggu... haha...
penat tapi seronok
ok lah kan???? :P
kak..dalam banyak2 gambar tu, dusun durian tu yang paling den berkonan...ado laie ko durian tu kak...?
kak,arwah atuk kaklong asa ea org sanun gak,maso dio ado dulu,ado yo atuk poie sanun,cari sedaro maro ea..tapi skrg tak do laie,hubungan tu terputus macam tu yo...!
nak cari cam no,atuk pun tak bawak mereko keksini..kona an kek anak cucu..tu cito 25thn lopeh...!
biar benar tudung hitam tu akk ipar kakpah...
muda belia ya amat.
saya yg baca ni pulak terasa penatnya
bestnya ada sedara mara jauh datang..jika Cm la..malam siap "kiamulai" ayam berkokok baru tidur..bercerita dari satu topik ke satu topik....
tudung hitam tu yesti la
ngapa naik tingkat 41 tapi lapor tingkat 12?
Kota tinggi la , bukan bukit tinggi
Puas la aku hajau
Kak...seronok bawak sedara mara yang dtg dari jauh jalan2 kan... dan yang paling best..bila kerap berziarah... ikatan persaudaraan akan terasa lebih kuat... camtu Kak pah kenalah ke Batam selalu...menyoping...hehehe
ibundo nampak dari sini senyuma lebar tu. makan sampai insaf tu bagus jangan makan sampai kenyangkan.ekekek
kak pah..walau pun ponek..tapi seronok kan..bilo dapke molayan sedaro maro.
Alhamdulillah kakpah dapat sanak saudara dekat walaupun duduk dilain negara.
Kak Pah saya ada award untuk kak pah di blog. Kalau free singgah yer.
tudung hitam corak2 putih di belakang sana ye. yg dah tua2 tu. yg tudung hitam di depan sekali pangkat anak buah pada tuan rumah ;)
kakPah banyak lae ko buah dian..dusun kek mano?
nasib baik tak lamo, kok tak mau puter2 satu Melesia tu...
biar betik kakPah ni.. takkan lah yg tudung hitam yg duduk depan tu kakak ipar lak.. hehehe apa salahnya pulak kan? ish..
seronok ya kakPah merai dan dirai.. menyambut dan disambut.. melayan dan dilayan..
tetamu yg dtg membawa rezeki..
bujal,
makcik cakap ngan mama ainul
azz,
tudung hitam putih yang belakang tu. Bukan yang kat depan
miloais,
kira oka la haha..
ezza,
durian banyak lagi. Tu baru belajar gugur.
kaklong,
pakcik@abang abah maso dio idup dulu ado datang komari duo tigo kali. Bilo kpah mulo2 poi jakarta dulu, kpah carik anak2 e. Tu yang dapek nyambung tali tu..
kakngah.
silap.. yang hitam corak2 kek bolakang tu. yang dopan tu mudo lai. budak indon tu masih bolaja lagi hii..
lilies,
harini pulak terkejar2 membereskan benda2 yang terbengkalai. aduyai..
cikmanggis,
memalam tak sempat dah nak berkiamulai.. sebab masing2 dah terkulai kepenatan hehe..
tuan profesor,
iyo ko... eden silap ko..
anie,
batam tak banyak benda nak nyoping. kena gi jakarta. dari jakarta boleh pegi bandung hehe
cikina,
dah kenyang baru rasa insaf ekeke..
erna,
iyo.. botul tu. seronokkkkk sangat.
kunang-kunang,
insyaallah nanti kpah datang ye. Besok kot. malam ni macam ada je benda nak buat. terima kasih ani..
farra,
hehe..
ibuintan,
banyakkkk lai. Ni dah dokek nak poso ni tak tau la bilo lai nak balik ngambek.
smm,
aku silap cakap ar. Tu yang kat belakang tudung hitam corak putih tu.
wah kak capek baca entri nie leh bygkan betapa akak penat ;)
Post a Comment