Ayam?
Dia bagi 7ringgit setengah.
Wang semakin kecil. Selera semakin besar. Kadang-kadang wang kecil itu tidak dapat menampung selera yang bertambah-tambah. Mungkin akan sampai ke satu tahap bilik dalam rumah terpaksa diubahsuai untuk bercucuk tanam. Haih...
Mungkin aktiviti memancing ikan dipertingkatkan
untuk menampung keperluan
Rasanya ramadhan ini wang yang sedia kecil ini akan menjadi semakin kecil. Dan kita perlu berhati-hati menyediakan juadah supaya cukup-cukup untuk keperluan sahaja. Tak lebih. Kurang tak apa. Boleh ditampung kekurangan itu dengan mengisi perut dengan air paip.
Anda sudah bersedia untuk menyambut ramadhan?
Ada ustaz di corong bercakap. Senaraikan perkara-perkara yang boleh membuatkan kita hanya berlapar dan berdahaga tanpa mendapat pahala. Antara yang disenaraikan:
- tidak bersolat
- tidak menjaga aurat
- tidur sepanjang hari
- mengumpat
- memandang perkara yang keji
Yang lain-lain, anda sendiri senaraikan dan tampal di beberapa tempat supaya menjadi peringatan untuk diri dan keluarga.
Selamat menyambut ramadhan. Aku menerima madah ini daripada sepupu di jakarta. Indah kata-katanya:
jika hati sejernih air
jangan biarkan ia keruh
jika hati sebening kaca
jangan biarkan ia kusam
jika hati seputih awan
jangan biarkan ia mendung
jika hati seindah bulan
jika hati seindah bulan
bingkaikan ia dengan IMAN
Marhaban ya Ramadhan
bulan yang dinanti-nanti
untuk meraih redho Ilahi
ibundo
Maafkan yang tersilap dan terkasar sepanjang mengenali kamu di dunia maya ini.
ibundo
31 comments:
sesamo la kito yo kak...
moga sama2 mendapat fadhilat ramadhan...
amin...!
kak pah..memang la kak pah..kalau dulu..udang susah nak jumpo yang sekilo hargo e..40 ke ateh..sekarang..mak ai.macam dah tak tau nak makan apo dah..
sesamo kito kak..maaf akan salah dan silap andai ado terkasar bahaso tersilap kato...
salam ramadhan...
hajjah
salam ramadhan....3 ogos saya berkursus di subang....mungkin kita boleh berbuka sekali....insya allah
ibundo..
ayu pun nak ambil kesempatan nak ucapkan ribuan kemaafan klu ada tersalah kata2 ya
PS: ayu lagilah pening, ikan rm 10 keatas, itu ikan jenis kecil2... nak jual gorengan berapa?
dulu beli udang rm 10 dah dapat, skrang rm17 paling murah..
pening kepala peniaga skrang ibundo...
takkan, nak jual harga makanan sesenang hati naik tanpa sebab..
sabor jerlah
mohon maaf juga kak...
selamat berpuasa.
.
mohon maaf juga kak...
selamat berpuasa.
.
Ramadhan...juga masa berjimat cermat sebab makan dua kali saja. Lauk ringkas pun habis sebab dah lapar...
lala sekarang dah rm9.50 sekilo. 4 tahun lepas, baru rm3.50. memang org ingat la.. sebab mula suka makan lala 4 tahun lepas kehkehkeh!!!
bulan puasa, bukan boleh lagi kurang belanja.. makin tinggi belanja jadinya...
sama -sama yer kak.. selamat berpuasa dan mintak ampun maaf kalau ada terlepas taip tu...
skrg brg mmg dah sedia mahal...
masuk ramadhan nnt mmg lg mahal la..
selamat berpuasa kak...
minta maaf selama kita kenal ye
:)
ibundo cik ina pun nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, dalam duk bergurau tu. ibundo Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia.
kaklong,
iyo.. samo2lah kito
erna,
osah botul. mandang tu, mandang ni, semuo e melambung-lambung. Dokek nak ghayo sok tengoklah.
anim,
salam ramadhan. samo2 lah kito.
azani,
salam ramadhan dan selamat berkursus tapi errr.. kerusi kat rumah ni rasa tak cukuplah pulak hehe..
ayu,
sama2lah kita ya.
Orang yang berniaga makanan ni lagilah terasa. Betul cakap ayu tu. Barang basah mahal. Harga jual lauk/makanan kalau mahal sangat orang nanti berkira2 nak beli. tapi kalau tak naikkan harga, mana pulak untungnya.
samalah dengan kakpah pun.
kakpah.. slamat menyambut Ramadhan
sey pun mintak maaf yo
tasek,
selamat berpuasa dan sama2 maaf.
Aku,
ini echo ke atau fotostat..
cklah,
sama2 amalkan berjimat cermat
kakngah,
osah melambung e kan?
Tapi nak buek camano. Takkan nak menyolam cari lala pulak yo tak.
samo2 maap yo.
lilies,
dah jangka dah. ramadhan nanti ayam ikan sayur semua melambung..
mintak maap jugak.
cik ina,
bundo pun mintak maap kalau ada salah terkasar bahasa. Selamat menyambut ramadhan.
ibu intan,
selamat menyambut ramadhan. Samo2 lah kito yo..
Salam Kak Pah,
terimakasih berpesan-pesan.
Pada hemat saya, bagi orang yang mampu, tentu tidak salah untuk makan lebih, makan yang baik-baik dan mahal asal sahaja mereka tidak membuang membazir. Biar makan berbaloi dgn duit.
Bagi yang biasa-biasa tentulah berpada juga.
Yang pasti, masak sendiri adalah salah satu cara berjimat.
Melepak Tanpa Kepak...!
kak,
memang nak cakap benda sama... betul.
dah dia komen dulu, aku apa lagi. ikut je la...
kak pah, nak bagi ucap selamat ramadan juga utk kak pah. moga kita diberi peluang melalui ramadan dengan tenang
salam kak pah....
salam menyambut ramadhan
lama tak nyinggah erk kak pah.....
Sesamo la kito bermaafan2an yoo kak.. Sodih lak ghaso ehh... huhu...
Ehh, ayam sekilo 7.50 hengget tu okay la tu kak.. Kek sini mau sekilo 10 hengget lobih...
Bab makan maso bulan poso ni sey mmg kurang suko boli yg bukan2 ni.. Kok teringin, baru boli..
Semakin dekat ramadhan ye kakpah... Moga kita diberi peluang olehNya utk bertemu ramadhan tahun ini...
Kakak berbuka tak kisah tapi biasanya kena ikut selera anak-anak...
Kak Pah,
Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menambah ibadah di bulan puasa ni.
P?S cantiknya gambar bunga tu...
assalamualaikom kakpah :)
TQ for the gentle reminders!
selamat menyambut ramadhan..
sesame le kite bermaapan + moge mendapat keberkatan Allah hendaknye..
Tak lamo lagik kan kak nak poso.. Semoga kita dapek sambut ramadhan n eid mubarak tahun ini kan InsyAllah..
Azie,
Bagi yand ada masa macam kpah ni, baik masak sendiri. Terjamin bersih dan sihat.
aku,
haha.. kau memang macam-macam.
cikgu normah,
amin.. sama lah kita
dilla,
kpah nyinggah tapi dila tak perasan..
azz,
tu ayam harga spesel yang kpah dapat sebab selalu beli banyak2 kat dia. Orang lain 8 ringgit lebih sekilo..
kak zakie,
dah hampir sangat dah ni.
kpah buat berbuka pun ikut selera anak2.
kunang2,
minta padaNYA begitu lah. Semuga diberi kekuatan.
Azeeda,
sama lah kita ye..
ina,
baru lagi raso e jumpo ekau tahun lalu. Dah nak setahun? Kojap yo kan..
Betul kata kakpah barang sekarang memang mahal harganya.
Selamat menyambut Ramadhan kakpah,maafkan saya kalau ada yang tersilap atau terlanjur kata.
den maafkan kesilapan ekao.
err.. den takdo buek silap kat ekao kaaan?
:P
den pun mintak maaf yo kakpah. klu berbuka ngan makanan sedap tu, ingat2 la kat den
:D
zaitun,
sama-samalah kita.
kts,
ekao banyak buek doso ngan den. Rayo kono datang cium tangan den ni ha...
Post a Comment