Namun aku sungguh-sungguh berharap supaya tidak ada umat islam yang sudah berkewajipan melakukan puasa di bulan ramadhan ini, mereka-reka alasan yang mereka berpenyakit gastrik hanya untuk membenarkan perlakuan mereka tidak mahu berpuasa. Ini adalah sesuatu yang jelek dan menjengkelkan.
Pernah berlaku banyak tahun dahulu, ketika aku dan suami tersesat masuk ke kampung orang dan seterusnya tersesat masuk ke halaman rumah orang dan terserempak dengan orang yang rumahnya berada di halaman itu sedang menikmati makan tenghari. Padahal orang itu adalah seorang lelaki yang telah lebih daripada akil baligh dan makan pula ketika orang lain berada dalam keadaan lapar dan dahaga pada pertengahan bulan ramadhan. Mungkin orang itu mempunyai alasan tersendiri.
Mungkin penulisan aku di sini juga akan menjadi bertambah lembab di bulan ramadhan ini. Satu alasan?
Sekeliling kita penuh dengan warna warni dan keceriaan. Tidak ada alasan untuk kita menjadikan ia sebaliknya.
Selamat berpuasa.
ibundo
12 comments:
selamat berpuasa buat kak pah sekeluarga ;)
Iman seseorang kalau tidak dibaja akhirnya akan layu...
Selamat berpuasa Kakpah...
keceriaan meemberi kita lebih semangat, alasan hanya akan menipu diri sendiri....
كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم
Selamat berpuasa kakpah jangan ada alasan hehe...
kak pah..gastrik bukan alasan..boto tu..saya kalau nak masuk ramadhan dah siap2 poi klinik..doc dah bokalkan 30 biji pil..tapi tengok keadaan..biaso e saya solangkan sehari makan ubek tak la terlalu bergantung pada pil kan..
ibadah wajib totap dilaksanokan..
Selamat berpuada ye kak.. kojap laei nak bersahurkan..
InsyAllah.. semoga kita dapagt tingkatkan amalan masa bulan puasa nie
Salam Kak Pah'
Selamat berpuasa....
Ya, selalunya gitulah, kalau kita tak nak buat sesuatu, tentunya akan diiringi dengan alasan.
Kak Yan pulak, tah macam mana tetiba saja dapat gastrik beberapa minggu selepas bersara. Rasa macam malu pada doktor nak bagi tahu sakit gastrik maklum puasa nak tiba...insyaallah akan tetap bertahan hingga waktu berbuka nanti.
Dah ada menu untuk hari ini?
selamat berposo kak...
ado sangkut2 laie tak poso akak?
selamat berpuasa kak pah..haa itu alasan dalam cerita p.ramlee kakpah..terkenang bangun makan sahur kat asrama...ada org tertido hingga jatuh dari kerusi hehe
ha'ah. nampak benar ekao cubo cari alasan kurang berblog.
:P
Dah sahur? kejap lagi azan subuh akan kedengaran ...
Post a Comment