Begitulah selalunya dalam bulan ramadhan. Anak-anak penuh berkumpul menjadikan meja makan lapan kerusi terpaksa ditambah dengan dua buah meja kecil lagi untuk menampung jumlah yang ramai, 13 dewasa dan seorang kanak-kanak. Itu tidak termasuk 2 orang bibik yang makan sendiri di kamar mereka, dan juga maryam yang belum pandai mengacau orang lain makan.
Memerhatikan suasana ini, mengingatkan hal aku semasa kecil yang hanya berbuka dan bersahur bertiga sahaja dengan mak dan abah. Kadang-kadang ada nenek tetapi kebanyakan hari, nenek di rumahnya sendiri. Tidak ada suara riuh rendah. Tidak ada bunyi sudu berlaga kerana dulu kami guna sudu yang tak ada keluarkan bunyi bila berlaga dengan pinggan.
Sebenarnya aku merasa satu kenikmatan apabila melihat keluarga aku berkumpul seperti ini.
Selamat berbuka puasa.
ibundo
21 comments:
meriah bunyiknya kan kak..bertuah akak ado anak ramai camni..Alhamdulillah.
ena sangat rindu dengan kemeriahan mcm tu kakpah.. rindu sangat2.. sob sob.. lambat nye nak balik raya.. balik awal skt dapat la rasai suasana gitu...
seronok kan kak pah ..penat tak terasa bila anak anak cucu dan menantu menantu berkumpul..sahur pun meriah hehe
wauuu happeningnya keluarga kakpah tentu seronok, sahur pun berselera
Rakyat jelata di rumah sy tak ramai cuma 4 org je tapi terasa gak kemeriahannya walaupun tak semeriah jika sy berkumpul berbuka 7 beradik dengan mak dan abah sekali dan ipar duai serta anak-anak buah.. dah rasa mcm buat kenduri doa selamat lak dah !!
Gambar tu.....memang betul-betul mengusik saya kakPah. Huhu....slurp!
Berebut macam setahun tak makan.. padahal baru seharian berlapar..
Mcm tu la kalau kek rumah sey ni haa.. Selalu ehh lagi dua hari sebelum raya dah penuh dah rumah ni..
Pehtu masing2 makan copek sbb nak mengelak mongomeh.. huhuhu...
bonda
seronok dapat berkumpul semua ahli keluarga kan?
sya sedang menanti saat tu bersama adik beradik yang lain insya'allah penghujung ramadhan...
hajjah
berbuka ramai ramai ni...meriahnya..
assalam kak pah..kalau la sehari tak bekumpol macam tu..mesti kak pah teraso sunyi kan..
bila berkumpul beramai2 gitu mmg seronok apatah lagi saat2 utk berbuka puasa...
sedap nampaknya puding roti kak Pah tu... emm mengusik jiwa..
p/s: memandai je puding roti, puding apa tu kakPah? bagilah resepi
jangankan berbuka.. mengadap meja makan waktu2 biasa ramai begitu pun dah cukup menyeronokkan. mengeratkan rasa cinta kekeluargaan. itu pentingnya amalan makan serentak sekeluarga. ada orang, kalau nak makan.. makan la sendiri.. pepandai la cari kat dapur tu...
kalau setahun macam ni best, kan....
Seronok ibundo kalau dapat berbuka bersama keluarga tercinta.meriah je. amboi saja tepek gambar puding , nak mengugat nafsu makan cik ina nampak.ekekek
kak agar2 tuh meruntun jiwo rago den lah hehehe..
Bestkan kak buka poso ramai2 ;)
meriah gitu...saya pula berkala. ada kala ramai sampai tak cukup ruang, ada kala berbuka berdua saja...
selamat berpuasa dan selamat berbuka, selamat bertarawikh dan selamat mengerjakan ibadah pada semua yang mengomen.
macam sama je dgn situasi kat rumah pak mertua saya hujung minggu baru ni... meja makan 8 kena tambah meja tambahan dgn lagi 4/5 kerusi tambahan juga... ;p
meriahnya 13 org berbuka puasa pasti bermacam ragam...kak pah puas hati memasak bila ada yg makan...
Terliur saya tengok jelly kakpah tu,slurrrp...
Seronoknya berbuka dengan rakyat jelata yang begitu ramai tentu rebut2 kan....
kerana dulu kami guna sudu yang tak ada keluarkan bunyi bila berlaga dengan pinggan.
pandai sudu dulu2 jago diri. diam yo
:D
Post a Comment