Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, November 23, 2011

Bukan sahaja ditikam dari belakang malah diracun

Aku bukan peminat drama tv tetapi kadang-kadang aku tonton juga. Sekiranya cerita berkisar mengenai hasad, kawan makan kawan dan apa saja yang aku tak berkenan, aku akan tengok cerita lain. Walaupun cerita seperti itu merupakan iktibar dan memang berlaku dalam kehidupan manusia, aku tidak gemar menontonnya.

Namun sebuah realiti menghempap diri aku sendiri.  Sebuah realiti yang sering didramakan dalam tv.  Sebuah realiti yang sering didramakan di tv yang aku tidak gemar menontonnya. Dan apabila  ia menghempap diri aku sendiri ia membuatkan rasa marah dan sedih aku berbaur. Rasa sakit dan pahit bersatu. Rasa terkilan dan diperbodohkan berpadu.




Kawan!!!
Sampainya hati kamu. Segala kepercayaan kini menjadi serpihan serpihan yang tidak mungkin akan bercantum semula.

ibundo

25 comments:

ckLah @xiiinam said...

Usahkan drama...TV pun saya jarang tengok dah tua-tua ni kakPah...hehe.

kaklong said...

alaaa...selalu kan tulih kek situ...
'tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yg hidup atau pun yang sudah mati'


tapi...
nak tau gak..

cito apo tu kak?
tv berapo?
heheheh!

Cik Azz said...

Ni kes kawan makan kawan ke ni kak..??

Sey suko tengok drama... Amek mano yg baik yoo laa.. huhuhu...

Unknown said...

SALAM,
IBU, DALAM SITUASI SEKARANG, KITA KENA LEBIH BERHATI2/BERWASPADA. KITA DOAKAN ALLAH AKAN TUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KEPADA MEREKA

Kakcik Seroja said...

Kata orang ' memafkan boleh, tapi melupakannya tidak...'

ibundo said...

cklah,
kakpah ni kalau takde benda nak buat, kakpah tenngok gak tv hehe..

kaklong,
haah.. kek situ cakap takdo kono mengono ngan yang idup atau mati tapi sebona e tu lah yang berlaku dalam dunia sebona.

ibundo said...

azz,
kawan makan kawanlah ni. Siap monikam sampai ke hulu hati.

LF,
itulah yang kita minta dan doakan.

kakcik,
once the heart is broken it will never be the same.

Acik Erna said...

kak pah..sampai ke ulu hati? memang tak buleh di panggil kawan orang cam tu

Kakzakie Purvit said...

Kena berhati-hati kakpah. Sekarang lagi semakin ramai yg pandai guna ilmu hitam selagi hati tak puas. Syaitan kan tak mati selagi belum kiamat... selain berlindung dari Allah kena juga berusaha mencari mereka yg lebih pandai dari kita kakpah...

Ena said...

betul tu.. sakit hati sangat.. tu jugak ena private kan blog ena tu.. tunggu keadaan sendiri rasa ok br nak on balik..

ejaMaria said...

sekali je la 'orang' tu jadi kawan... lepas ni klu susah jangan carik 'kawan'... lantak la...

Nizam.Ariff said...

Dah kenal orang tu perangai macam tu, kira dah ok la.. daripada terus tak tahu. rahmat tu supaya kita berhati2 pada masa depan ...

Ms Haslina said...

IBUND0 - semoga sentiasa tabah dengan ujian dan dugaan ALLAH.

tasekM said...

memaafkan boleh.
melupakan tidak.

ye kak..?


.

Hjh Noralenna Abbas said...

Berputus arang ke, hajah? Atau, luka dah sembuh, parut tinggal juga?

ibuintan said...

kakpah... banyakkan sabar


bila kawan baik sendiri yg buat onar, lukanya amat dalam kan Kak.. saya pun dah rasa

rohaizahabas said...

kak..
memang lumrah kehidupan kawan makan kawan ni..macam canibals laa...tapi we have to think positive...pandang ke depan jer...kawan sebegitu kita doa kan agar dia berubah dan bertaubat...ada ramai lagi kawan yang baik baik sekeliling kita ni...So be chill kak...
Banyak banyak sabar ya kak..

Zaitun said...

Situasi yang macam nilah yang membuatkan saya takut bekawan ramai.

Unknown said...

susah nak cari sahabat yang bersusah senang bersama-sama sekarang ini

Kakzakie Purvit said...

Sorry kakpah terpaksa komen di sini.

Salam buat Yanazubir:-

Kakak tak boleh komen dlm N3 Yana. Nak tanya telekung tu panjang/labuhnya sampai mana? Yana ukur dari dagu ke bawah berapa cm? Boleh juga dari atas kepala kebawah. Kakak nak tahu labuh bahagian depan.

Thanks kakpah... tumpang tempat komen.

ibundo said...

erna,
menusuk terus..

kak zakie,
ada orang ambil kesempatan atas kelemahan kita.

ena,
tambah2 lagi kalau kawan baik.

ibundo said...

maria,
camtu lah nampak nya..

aku,
memang Allah nak tunjuk..

haslina,
insyaallah

tasek,
betul tu. sekali luka, parut tetap ada

ibundo said...

kak nora,
nak kata berputus arang tak jugak. sayang kawan tu masih ada tapi dah tak sama macam dulu.

ibuintan,
orang yang merasa je yang tahu kan?

ezza,
akak tetap beranggapan yang ini adalah dugaan yang akak kena lalui. mudah2an dia akan menjadi lebih baik.

ibundo said...

zaitun,
jangan takut berkawan dengan kakpah ye..

ina,
memang susah

kakzakie,
nanti kakpah buat n3 khas untuk telekung yana ni. Sabar ye kak zakie..

iina said...

Kawan makan kawan ke kak?? Biasalah adat berkawan kan kak..

Sabarlah kak.. meh kita p minum kopi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...