Lama talian berdering. Aku tahu dia tengah terkial-kial nak mengeluarkan telefon daripada pouch henfon dia yang tersangkut di pinggang. Dan aku tahu jugak yang masa tu dia tengah drive menuju ke kl central kerana menghantar kakngah, zubir dan maryam yang nak balik ke kedah menaiki keretapi malam. Apabila akhirnya talian bersambung aku memberi salam.
Assalamualaikum, aku cakap
Waalaikumsalam, dia jawab.
Nak oder kambing lah, sambung dia lagi. Terpinga-pinga aku.
Ha? nak oder kambing? Nak buat apa kambing? Aku tanya. Aku dah dapat agak dah mesti dia tersalah orang.
Nak buat kekah, dia jawab.
Siapa yang nak kekah?, aku tanya lagi
Kemudian baru dia perasankan suara aku.
Hehehehehe.. ni sapa ni.
Bini awak le.
Ingatkan haji Ahmad. Patutlah suara macam perempuan hehehehehehehe..
Lepas tu dia explain yang sebelum aku telefon tu dia dah telefon haji Ahmad ni berkali-kali sebab nak beli kambing tapi telefon tak berjawab. Yang oder kambing ni Yan adik dia yang nak mengekahkan cucu.
Bila balik ke rumah, berdekah-dekah dia ketawa menceritakan hal kambing itu. Dia kata dia dah sms zul suami yan, bagitahu yang dia call orang tu tak jawab-jawab, malah mengembek pun tak. Haha.. berair mata aku tergelak. Lagilah tergelak bila dia cakap teks sms dia tu dah pusing satu melaka.
Kambing... kambing...
Tapi apasal lah aku tak suka makan daging kambing..
ibundo
21 comments:
Kikikiki confus tu..hahahahaha
sup kambing pun sedap hehe
kari kambing!
Suara bini pun blh tk cam ko ... hehe..
Kak Pah, sodap apa daging kambing. Cer akak try..
Hahaha... ade ke patut suara Ahmad dah mcm suara pompuan...
Kak anie anak beranak feveret daging kambing... hehehe
hahaha!!
kpah kene jadi tokey kamben la lepas ni....
hahahahahah.. ke mn la dia p-k ms tu
ooooo patut le dapor kakpah takde respi kamben.. ;)
langsung tak tengok nama caller... confident je menjawab... ;p
Assalamualaikum Ibundo
he he...
betul2 cik abang tu tupu kepada hal kambing...suara isteri pun dia anggap hj Ahmad
moga abah ibundo cepat sembuh
Marina
Dia expect orng tu yg call
Dino,
Sup kambing.? Eeee...
Kaklong,
Eeee.....
Acik.
Dah taksub bona ngan kambing.
Anie,
Kat rumah ni kpah sorng je yg tak makam kambing
Kakngah,
Masin mulut kau ngah
Khairin
Pike pasal kambing lah haha
Azeeda.
Tkasih sebab paham hehe
Maria,
Tu la pasal.
Atuk,
Hehe..
Tkaasih kerana mendoakan
hehehe.. kelakar citer akak.. singgah sini dan salam kenal dpd saya.. :)
saya memang tak makan daging kambing tapi ahli keluarga yg lain cukup gemar.
sabar ajerlah dengan hb kamu tu..dia sajer nak gurau senda tu
Mungkinkah suara kakpah dah bertukar kihkihkih...
Ingat cerita adik... dia call husband dia yang betul2 membelakangkan badan dia.
hahahhahahhaahhaha gelak besau saya kak... mcm manalah suara adindanya sendiri tak diperasan.. adoyai..
rugilah kak tak minat makan daging kambing.. sodapppp kak
boleh lak tertukar suara haji ahmad ngan teepahhanim ye.. kahkah..
kepada semua yang memberi komen di atas, hahaha...
Post a Comment