Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, September 5, 2012

Begitu Begini

Aku dah suruh tapi dia tak nak.  Berkali-kali aku suruh.  Berkali-kali jugak dia cakap tak nak. Akhirnya dia terlelap dalam tak naknya. Sudahnya, entah terbabas ke jamban mana semasa dalam mimpi, tilam aku kuyup. Sudahlah sekarang ni cuaca tak menentu.  Sekejap panas sekejap berangin sekejap mendung sekejap hujan lebat.  Aku tengok siti bibik aku asek sidai kain angkat kain jemuran. Jadi, bila masa pulak aku nak menjemur tilam aku yang dah kuyup kena kencing.

Faris.. Faris... Kan nenda dah cakap pergi kencing dulu.......


Dah lama rasanya aku tidak menulis di sini. Bukan tak bukak.  Bukak tapi mood untuk menulis tidak ada. Mood untuk menyapa kawan juga tidak ada. Ada kalanya aku rasa seperti mahu menyepi terus dan lenyap dari alamaya. Tidak ada siapa yang merasa kehilangan.

Beberapa hari ini aku agak sibuk melayan tetamu-tetamu yang datang dari tanah seberang. Aku boleh saja menjadikannya alasan kenapa aku lama senyap.  Memang aku sibuk.  Sibuk masak.  Sibuk ke sana ke mari. Segala-galanya sibuk.  Macamlah orang lain tidak.

Sabtu lepas abah aku rasa menjadi seorang yang sangat gembira kerana kaum kerabatnya dari jakata datang berkumpul di rumah aku dan datang pula anak buah dah cucu buahnya sama-sama memeriahkan suasana.  Maka makan-makan asalnya cuma acara kita-kita bertukar menjadi acara kita kita dan mereka mereka.



Si Fauzan makan nasi briyani yang aku masak sampai bertambah 3 kali. 
Enak banget nasinya, katanya.

Kelmarin dan semalam dua kumpulan sudah pulang.  Tinggal lagi 4 orang yang masih mahu menunggu majlis perkahwinan sepupu hari ahad ini. Seronok kan? bila ramai tetamu datang dan berkumpul di rumah kita.  Kedatangan mereka membawa rezki insyaAllah.

Dan pagi tadi aku belajar memasak rendang daging minang secara betul dari kak Amismar yang benar-benar pakar masakan minang. Enak deh rendangnya.


Selesai masak aku berdesup keluar mencari lemang. Walaupun ketika itu hari sedang mendung macam nak hujan lebat seperti semalam, aku redah juga. Dapat dua batang. Satu batang 12 ringgit.

Faris makan lemang dua potong dimakan dengan rendang minang.  Bersiut-siut dia makan sebab ada rasa pedas. Selepas makan itulah aku suruh dia masuk bilik air tapi taknak. Berkali-kali aku suruh dan berkali-kali juga cakap taknak.  Sampailah ke peristiwa melencunkan tilam aku semasa dia tertidur.

Sekian.

yang benar,
ibundo


15 comments:

ckLah @xiiinam said...

Nak kena sunat tu...hehehe.


**ckLah pun, dah 2 minggu lebih tak tulis entri baru. Banyak cerita, tapi entah....tak tau nak pilih yang mana. Sudahnya, tak payah terus. Dasar malas.....hahaa

ckLah @xiiinam said...

Serius.....terpikat ckLah dengan foto tu. Kreatif!

kaklong said...

selamat ari ghayo kakpah,..

osah ea lak ai..kaklong ngt kaklong sorang yo maleh nk update blog..ghupo ea ado yo kengkawan ha...hihih!

ejaMaria said...

biasa la... raya-raya ni memang sibuk... masa ni je nak sibuk dgn sedara mara... lepas abis raya ni boleh dah sibuk dgn blog... :)

pB said...

sharelah resepi ....



jangan lah berhenti menulis ...
pB akan kehilangan kak pah , tau

Acik Erna said...

kak pah..jangan lah tak menulih laie..raso tak best kalau tak do cito kak pah..duo minggu sokali pun tak po janji ado.
kak ph hari sabti ni se nak buek lomang laie..datang la somban kak pah..makan lomang paneh..bawak rondang minang kak pah tu..buek lawan e..he he..

JunAina said...

Kita yang hilang tak le terasa kak pah ini org yg dok tercongok memang le rasa kehilangan.

Selagi ada ikatan persaudaraan mahupun jauh aptah lagi dekat setiap mereka akan diraikan penuh kegembiraan.


ibundo said...

cklah,
tulah... cerita memang banyak tapi mood tu yang tak ada. Tambah pula dah ada hobi ambil gambar haha..

kaklong,
solamat haghi ghayo kaklong. Toksahkan nak update blog, nak masuk fb pun maleh.

maria,
tak taulah tu maria. Ntah-ntah update sebulan sekali .

pb,
resepi ada kat dapur ibundo tu. Pb kena cari hehe

erna,
tu lah pasal. Nak beronti nulih tapi memang dah kegomaran menulih. Setidak2 e ada tompek nak meluahkan apo yang tebuku. Ala na.. tak dapek nak datang sabtu tu do. Anak2 sughuh buek makan-makan tuk kongkawan e. Kok tak buleh yo bawak rondang.

Jun,
jun kalau hilang kakpah cari tau hii...

Zaitun said...

Salam kakpah...saya pun macam tu juga kadang2 ada rasa dah malas tapi bila fikir balik ada juga baiknya.

Nak recepi rendang minang hehehe...

lupekanje said...

Meriahlah rumah kak pah...rahmat dibawa oleh tetamu2 tu... Alhamdulillah. Rehatlah dulu kak pah. Nanti dah senang, ilham mencurah2, gambar bertepek2 letak kat sini yo... accik pun da lamo tk hapdet blog. Apalgi la nk blogwalking. Minat dah makin tipis. Bila ada cerita, tangguh2, bila dah ngadap kompter ni, rasa macam tak ada benda pulak nk cerita..Salam penghujung syawal buat kak Pah sekeluarga.

mamawana said...

meriah nyer kakpah... kami nak datang raya umah kakpah lak.. heeeeee

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/09/ber-open-open-house.html

makchaq said...

Makchaq pun sama, nak tulis malas..tapi suka baca.. komen sikit2 boleh la..tapi bila baca kat ipod , nak komen pun tak boleh.. jari gemok x sesuai nak taip kat tempat kecik he he

Kak pah jangan la berenti tulis..

makchaq said...

Makchaq pun sama, nak tulis malas..tapi suka baca.. komen sikit2 boleh la..tapi bila baca kat ipod , nak komen pun tak boleh.. jari gemok x sesuai nak taip kat tempat kecik he he

Kak pah jangan la berenti tulis..

makchaq said...

Makchaq pun sama, nak tulis malas..tapi suka baca.. komen sikit2 boleh la..tapi bila baca kat ipod , nak komen pun tak boleh.. jari gemok x sesuai nak taip kat tempat kecik he he

Kak pah jangan la berenti tulis..

Anaasuria said...

tetamu yang datang membawa rahmat, perginya penghapusan dosa.. (lirik lagu Qathrunnada)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...