Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, July 3, 2013

The lost world

Pernah tak..
Kadang-kadang rasa malas nak bercakap. Lebih suka senyap melayan pikiran.  Tak kesahlah kau pikir pasal apa. Lost in your own thoughts gitu..
Dan very annoying la kalau orang asek tanya itu ini, ajak bual-bual dalam keadaan kau taknak bercakap.  Tambah annoying lagi kalau apa yang dia tanya tu buat kau bertambah jengkel atau nak bagi pelempang pun ada.
Lagilah annoying kalau dia berdiri tercegat sebelah kau perhati je apa kau buat.

Contohnya kan, contoh..
"Tu  pekat sangat tu.  Perlu taruk air sedikit"
Gila kau nak taruk air dalam cream cheese aku.
Perlu tak aku jawab. Tak perlu kan. Kau cuma mmmm.. aje lah.
Contoh lagi kan, contoh...
"Taknak tambah warna lagi ke. Tak cukup merah tu.."
Suka hati akulah nak taruk banyak mana. Aku nak buttercream aku warna pink.  Bukannya warna merah.
Perlu tak aku jawab.  Tak perlu kan.
H'a.. itu hanyalah contoh daripada contoh-contoh . Panjang lebar pulak kang kalau aku sebut semua.

Malam tadi aku berdiri tepi sinki basuh mangkuk yang aku pakai.
Masuk masuk saja dalam dapur dia terus tanya, "buat apa tu"
Mau saja aku jawab aku tengah potong rumput.

Begitulah.
Kalau aku tengah rasa malas nak bercakap, kau kena faham signal aku.
Kalau aku senyap tu maknanya aku malas nak bercakap.
Jadi, kau buatlah kerja kau.
Aku buat kerja aku.

Tapi aku tak sentiasa nak orang tak kacau aku.
Tengok time lah. Kena masa masanya dapur aku riuh rendah dengan gurau senda.

Bik, kau kena tau mood aku bik...

p/s apa punya tajuk da..

ibundo@kakpah



15 comments:

Nizam.Ariff said...

Bila bibik tu tanya gitu, nasib baik Kakpah tak jawab "buatkan air teh untuk ko..."

beat said...

hha...best n3 ni,

julietchun said...

kalau nak pelempang bagi lite2 sudah kak,kikikiki

Acik Erna said...

kak pah..se kan..kalau macam tu..ado yo yang nanyo tak sudah sudah2 se jawab..ko rasa..he he..ko rasa..macam tu lah..

dear anies said...

hehehehehe...lain kali akk ckp, tgh cuci kapal terbang... ;-)

JunAina said...

Kadang2 bercakap nak jugak tengok tempat ye kak. Kalau tak tau baik dok diam2 ja. Saya tak pernah ada rasa tak mo cakap kelcuali tengah mogok dengan laki...hehehee...

kasihibu said...

kadang rasanya dari jawab baiklah diam je kan?

AzeedA said...

exactly how i felt plenty of times ;)

sal said...

bik kena kursus...

ibundo said...

nizam, gives me some ideas hehe

Duniafana, haha

Juliet, kang bagi pelempang jepun tak pasal pasal lak aku jadi selebriti

Erna, haha bagus gak tu

ibundo said...

khaireen, hiii..

Jun, merajuk dgn laki tu lain citer

Kasih ibu, tu la pasal

Azeeda, hiii...

Sal, tu la masalahnya.

Cik Azz said...

Akak, kito samo la kak.. Pe'el akak ni boto2 macam pe'el sey gak.. Mujur la sey skang ni bocinto dongan novel, jadi sey dok momoghap yo la dalam bilik jahit sey ni haa..

Tapi, ado pulak orang2 sinia yang suko2 kato sey membuto kek dalam bilik tu.. Ehh, sukati sey la nak membuto ke, apo ke, kan...?

*Maleh nak cakap banyak.. Kok bocakap tu kuar duit omeh, takpo la jugak.. kehkehkeh...

ibuintan said...

whahahahahaa... nak golak yo la KakPah

ASH said...

Entry ni tengah hangen nih...
.
.
.
Hangen kus kus kus...
P/S
Atuk,
Sila main jauh jauh..
^_^

ibundo said...

azz, haha.. lobeh baik la diam yo.

ibuintan, eloklah tu golak. Ilang gak tensyen hii..

Ash, atuk dah pi main jauh-jauh dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...