Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, August 17, 2013

Lomang ado laie?

Salam idilfitri.
Lama tak menjengah di sini sampaikan hampir terlupa kunci. Posting sebelum ini pun anak yang gatal tangan buatkan menggunakan tab memandangkan emaknya macam dah nak terlupa terus tentang blog ini.
Haih!!..
What to do
What to say
Semua tak dapek sapo nak nolong e melainkan tolong diri sendiri.

Lomang ada lagi?
Ketupat ada lagi?
Rendang?
Takkan dah habis.  Raya kan sebulan.
Sebulanlah korang beraya sakan.
Orang datang rumah kita, kita kena sediakan sedikit sebanyak jugak.
Kita pergi rumah orang, kita tibai apa yang dihidangkan.
Ipar dan anak buah aku beraya open house balik cirit birit muntah belilah sampai lembik loyak.
Masing-masing demam keracunan makanan.
Moralnya, berhati-hatilah kalau makan. Kalau ada open house, pilih-pilihlah mana yang agak-agak sesuai dengan perut yang telah sebulan disuruh berihat.
Aku?
Dah tua-tua begini aku belajar untuk memilih. Bukan diri saja yang menjadi sensitif bila dah berumur.  Perut juga sensitif.

Pasal raya lagi..
Anak-anak yang keluar mengumpul duit raya tu, ajar-ajarkanlah cara-cara  memanggil tuan rumah yang betul, sempurna dan sopan.
Sebab aku cukup rimas kalau anak-anak ini memicit loceng tak berhenti-henti bagaikan terlalu gelojoh untuk menerjah masuk ke rumah orang. Sedangkan kita di dalam ni terkial-kial belum bersedia masih memakai tshirt dan seluar dapur.  Terlari-lari pula naik ke atas mencari pakaian untuk menutup aurat.
Yang di luar sana masih tong teng tong teng tak reti nak diam tangan.
Bukan tak boleh masuk. 
Boleh.
Bukan taknak bagi duit raya.
Nak.
Tapi janganlah sampai darah naik ke kepala. Aku ni ada darah tinggi.

Yang duit raya ni pun satu hal.
Macam dah menjadi satu kemestian. Mesti bagi.
Tapi kalau dah mempunyai kemampuan apalah salahnya bersedekah pada budak-budak kan.
Yang budak-budak sekarang ni pun pandai teramat. Dapat-dapat je sampul, terus bukak dan tengok isi di dalam.
Ala... singgit je?
Singgit pun duit jugak.  Dah dapat beli aiskrim potong sebatang.
Tapi kalau bukak sampul..
Woooooo.... sepuluh henggettttt.. Kayanyerrrr..
Terus berkepak-kepak tangan dan  senyum lebar sampai ke telinga.
Kalau anak-anak buah bolehlah bagi sepuluh hengget tapi kalau tiap orang nak bagi sepuluh hengget mau makan nasi dengan kicap je menunggu hujung bulan. Itu pun kalau ada lagi duit nak beli beras. Kalau takde, hisap jari je lah ahaks..

Aku memang ada sediakan duit raya untuk anak-anak yang datang beraya ni. Paling banyak pun aku bagi dua ringgit seorang. Tapi duit tu duit yang dah lama dalam kitaran.  Tak kuasa aku nak menukar duit baru di bank. Banyak kerja lain yang lebih berfaedah yang aku boleh buat.
Pernah aku ke bank pertengahan ramadhan kerana ada urusan di kaunter.  Aku tanya kalau ada sampul duit raya dan duit baru. Teller tunjukkan aku ke kaunter 1 dan orang yang beratur di kaunter itu punyalah panjang.
Aku tak ada masa untuk itu semua sebab aku ni memang orang yang sentiasa tak ada masa.  Simple as that. Baru ke lama ke, still duit. Takde sampul, ada je orang yang nak bagi aku sampul. Takde sampul pun, no hal.

So, selamat hari raya idilfitri. Maaf zahir batin dan ampunkan salah silap ketika sama-sama menjadi rakan bloggers ni.  Manalah tau, ada kata-kata aku yang menyentuh perasaan korang. Minta ampun dan maaf ya.

Sebelum menutup kata, bagi kaum muslimah yang ingin mencari pakaian muslimah yang sopan, jomlah masuk kat kedai kita ni...
https://www.facebook.com/LatheefaCollection
Jangan lupa click like ya.


Sekian.
ibundo@kakpah

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ketupat daun kelapa sah-sah dah licin kakpah. Tapi kalau ada tetamu nak dtg kakak rebuskan aje ketupat adabi. Lauk sentiasa sedia di fridge. Ikut sempat manalah..

Budak sekarang beraya apa yg utama dlm minda mereka memang nak duit raya. Dah jadi trend.

Selamat Hari Raya & maaf juga dari kakak ye Kakpah.

ibundo said...

kakzakie. Lepas raya kpah dua kali buat ketupat. Dah memang feveret hasben, nk buat camane hiii.. selamst hr ry k zakie

Nizam.Ariff said...

Salam aidilfitri....
Maafkan zahir danbatin

ejaMaria said...

hehehe...kita pun stress dgn budak2 beraya... kikikikiii...
*lupa belajar adap agaknya... :)

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah, kelasss lah hajah, dah ada bizness online. Congrats!!

ibundo said...

nizam, salam idilfitri
Maria , hihi.. selamat hr raya
Hjh nora.. bolehla kalau nk oder

Cik Azz said...

Selamat Hari Raya kak..
Maaf zahir batin juga..

Lomang dah habih, duo kali buek.. Sekali akak buek kek ghumah dio, bawak balik sini.. Pehtu ghayo keduo, buek kek sini pulak sobab semuo bondo omak dah boli.. Kali ni sey tak amek bahagian dalam bab buek lomang ni.. Anak2 buah ghamai, biarlah dorang bolajar buek..

Kotupatpun tak buek, akak tu jugak yang buek dan bawak balik sini.. Kuah kacang ehh ado laie, sey masuk an dalam freezer.. Sey suko kuah kacang ni.. Ado maso nanti, sey kuarkan sikit2 nak makan dgn tauhu sumbek ataupun nasi impit segera tu..

Duit ghayo untuk budak2 yang datang berayo memang sey yang bagi.. Dah masuk tahun ke berapa dah.. Dapek duit jait sikit2 tu, apo salah ehh sodokah.. Sey bagi tak banyak, singgit yoo.. Untuk anak2 buah tu ikut umur.. Tapi bagi bukan kek semuo.. Mano2 yang sey ghaso omak abah ehh susah sikit, sey bagi la.. Paling tinggipun RM20 yo untuk yang bosa tu.. Kok nak bagi banyak2, bengkok la.. Anak buah sey ghamai, mongombek.. hehe..

Alhamdulillah, sey pun dapek gak duit ghayo dari 2 orang anak buah dgn sorang akak ipar.. Solamat dah duit tu sey oder novel tapi oder ehh lom diproses laie.. Lamo boto dorang kek opis tu cuti.. huhu...

secangkir madu merah said...

Salam lebaran Kak Pah.. semangat saya utk menghapdet blog pun makin ke laut.. rindu Kak Pah.. Lomang ado laei ko?

Acik Erna said...

raso e dah komen dah mano lak poie e ni kak pah..ayo e ai he he

ibundo said...


ghajin e buek lomang. Kpah boli yo. itu pun sobatang. sobatang tu pun duoboleh hingget ghogo e.
Sobatang tu duo haghi makan baru habih. Masing-masing makan sepotong sorang. Ado yang main cuit cuit yo.
Hii.. yang mudo tak borapo goma makan. Yang tuo takut nak makan bebanyak.
Kotupek yo yang laku sini. Makan mo kuah kari, rondang dan sambal. Kuah kacang tak borapo laku gak.. ishh.. ponek den masak orang tak makan..haha

smm,
lomang ado laie. kek topi jalan nun tongah bakar. Datanglah.

Erna, mano pulak poie e gak e.

Ena said...

Assalam kakpah..

kat umah ada kuih kering aje..
a'a tahun ni raya pertama dah kena ceri beri.. ntah kenapa padahal hanya sarapan di pagi raya.. lepas tu perut terus meragam.. tu pun hanya makan 3 ketul nasi impit + rendang ayam.. ketupat yg menjadi kesukaan tiap tahun pun tak sempat nak makan sbb pakej datang sekali dengan batuk + flu.. terus ilang selera makan.. nasib baik 2 hari aje.. awl pagi raya ke 3 dah bai bai Trg dan welcome tu Prk.. eh! terbuat n3 kat rumah kakpah la pulak.. sowi tuan rumah... hehehe.. Selamat HAri Raya..

Bunda_nora said...

Salam Lebaran dari Bunda..

makchaq said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin kak Pah..

Tahun ni raya baru sekali dapat rasa lemang...

Rumah terbuka pi pun pun tak de orang hidang lemang.. nasi impit je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...