Nak cari makan sedap di mekah dan di madinah, tak susah. Depan pintu hotel aku di mekah, ada sebuah restoren bangla yang menjual roti canai, murtabak dan nasi briyani siap dengan lauk kari. Di sebelah pula ada restoren hampir serupa tetapi ada menjual ayam golek. Pilihan kita samaada nak beli atau tidak. Kalau rasa takut nak makan sebab kolesterol tinggi, pilih saja makanan yang disediakan oleh pekej.
Tapi mustahillah kalau tak beli langsung. Kami boleh dikatakan selang sehari beli nasi briyani. Lauknya cuma ayam panggang separuh. Sayurnya cuma cili besar warna hijau dua biji. Satu tray kami kongsi dua orang. Itupun susah nak habiskan sebab banyak. Kami beli dari kedai yang berbeza sebab nak pelbagaikan rasa. Kalau beli di kedai di depan hotel, suami beli dengan kari sekali. Baru makan tak tercekik sebab ada kuah.
Dari mekah ke madinah, ada satu restoren di tengah-tengah padang pasir. Bayangkan di tengah padang pasir pun, boleh hidup. Sebabnya orang yang dalam perjalanan ke madinah mesti akan berhenti di sini untuk makan, terkucil dan solat. Ada disediakan musolla di situ.
Nasi briyani ni nampak macam simpel saja. Ayam pun macam dah terlebih bakar tapi wa cakap lu, mantop...
Walaupun tak berkuah, nasi tu sedap dimakan begitu saja.
Di madinah, bersebelahan dengan hotel penginapan, ada semacam food court. Ada satu kedai bernama si dol. Macam-macam ada dijual. Bakso pun ada. Mee goreng pun ada. Tapi suami aku beli nasi briyani juga dan ayamnya sedap sebab ada perisa lemon.
Dalam bulan ramadhan, orang di kota suci ini tidak kedekut bersedekah makanan. Seawal waktu asar mereka yang mahu bersedekah ini telah bersiap sedia dengan makanan yang mahu disedekahkan. Selalunya mereka menyediakan roti, tamar dan air minuman. Kalau bersedekah di dalam masjid, mereka akan meletakkan makanan di atas troley mereka dan mengedarkannya sebelum waktu berbuka. Kalau di luar masjid, ada yang menyediakan hamparan seperti kenduri kendara. Hamparan itu panjang dan beberapa baris. Di atasnya diletakkan 1 pack makanan bagi setiap orang. Sebaik saja lepas asar, orang ramai sudah berebut-rebut mencari tempat duduk di situ.
Ada juga yang memberi sedekah sedikit-sedikit. Aku dan suami selalunya akan berbuka puasa bersama, duduk di ruang luar masjid bersama ramai orang lain yang mahu berbuka bersama keluarga. Pada hari pertama berbuka puasa di madinah, kami hanya membawa beberapa biji tamar dan dua botol air mineral.
Sebaik duduk, ada orang hulurkan air zam-zam dua cawan.
Kemudian, ada yang bagi roti yang macam donat tu, air mineral, air oren dua kotak, yogurt dan buah oren.
Hari-hari berikutnya begitu juga. Aku suka dengan air oren yang diberi ini. Aku sedang duduk di atas sejadah apabila seseorang meletakkan satu bungkusan plastik. Di dalamnya ada macam-macam selain daripada sebotol jus oren ini.
Dari Madinah ke Mekah, sekali lagi kami berhenti di sebuah restoren di tengah-tengah padang pasir.
Makanan yang disediakan sama dengan yang kami makan semasa ke madinah. Cuma kali ini pihak pekej yang belanja dan satu dulang dimakan berkongsi seramai lima orang. Ada pula ikan goreng. Ikan yang digoreng begitu saja. Ada orang kata, ikan goreng bodoh. Bodoh-bodoh pun rasa tetap mengancam.
Keadaan dulang setelah selesai makan. Alhamdulillah.
Pekej memang ada menyediakan makanan. Cukup dan pelbagai. Tapi biasalah selera manusia ni, sentiasa mahukan yang macam-macam. Macam tekak aku ni. Kejap-kejap nak makan burger. Bersaing-saing dengan suami cari berger. Kejap-kejap nak makan kebab. Bersaing-saing dengan suami cari kebab. Kejap nak makan ayam golek. Yang ni suami aku pergi cari sendiri sebab masa tu aku tengah demam. Kalau time suami aku nak makan nasi briyani, bersaing-saing pula pergi beli nasi briyani. Kami beberapa kali pergi ke restoren turki di safa tower. Boleh tahan. Burger pun kami beli di situ.
Kalau nak dikira pasal makan, memang tak putus makan. Tapi bila balik sini ada yang cakap aku tak makan ke sebab nampak kurus.
Sekian catatan buat kenangan aku.
Catatan sambungan.
Hari ini hari lahir adik yang ke 17. Mak doakan adik sentiasa sihat walafiat, memperolehi kejayaan dalam kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat. Jadilah anak soleh yang sentiasa mengingati suruhan Allah dan laranganNya, sentiasa mengingati pesan mak dan ayah walau ke mana jua adik pergi. Semuga adik memperolehi kejayaan cemerlang dalam spm akan datang. Amin.
ibundo