Aku di kuala lumpur. Semalam dan hari ini. Ketika aku mengambil gambar muara sungai tempat percantuman dua sungai berlatar belakangkan masjid jame', aku terbayangkan masa lalu. Kalaulah kuala lumpur itu boleh bersuara, pasti dia akan mengucapkan selamat datang kerana mengenali aku yang sering menginjak-nginjakkan kaki di atas jalannya semasa muda dulu.
Di seberang sungai itu pada satu waktu dulu adalah Benteng. Di situ berderetan gerai-gerai makanan yang menjual aneka jenis makanan. Tempat makan-makan itu dipanggil Benteng. Lewat petang saja disitu sudah dipenuhi penjaja. Kerusi meja diletak bersahaja di tengah-tengah jalan. Mereka yang balik berkerja lewat petang akan singggah di situ menjamu selera. Ada yang datang kembali pada waktu malam untuk menikmati makanan di situ. Aku sering makan kerang rebus bercicahkan sos kacang.
Sekarang? Tempat itu telah diambil alih oleh stesen masjid jame' dan beberapa bangunan lain. Agaknya di manalah perginya peminta sedekah yang sering meminta-minta semasa pelanggan sedang menjamu selera di situ. Sudah ada rumah batukah mereka?
Sedang kami mengambil gambar, lalu seorang pelancong bertanyakan arah ke Central Market. Ini satu lagi tempat yang nostalgik. Aku sering mengikut maklang ke pasar ini membeli sayur, ikan, ayam dan pelbagai barangan basah. Masih kedengaran hingar bingar penjaja di dalam pasar itu. Masih terasa kelembapan lantai yang basah dengan air hanyir ikan. Maklang membimbit bakul sambil berjalan dari gerai ke gerai. Aku mengikut. Kadang-kadang membantu maklang membawa barang yang tidak muat di dalam bakul.
Sekarang? Tempat itu sudah bertukar rupa. Ada sesiapa yang belum pernah ke sana? Tapi aku rasa tidak ada yang ke sana semasa ia masih lagi sebagai sebuah pasar basah.

Melalui jalan dari Chowkit ke jalan tengku abdul rahman mengingatkan aku beberapa perkara lagi. (Aku sering melalui jalan ini semasa aku kecil bersama pak tua dan mak tua. Pada masa itu Jalan Tengku Abd Rahman masih bernama Batu Road.) Masa aku remaja shopping kompleks tak sebanyak sekarang. Belum ada Sogo dan sebagainya. Yang ada pada waktu itu, Campbell shoping kompleks dan Pertama. Tidak lama lepas itu baru ada Ampang shoping kompleks. Hanya itulah tempat kami membeli belah selain Globe dan Selangor Emporium. Selangor Emporium sudah lama bungkus diganti dengan kedai hiasan rumah (dah lupa pula namanya tapi ia berhadapan dengan tandas awam di sebelah collesium). Globe pun sudah bungkus juga. Semalam bila aku lalu di depannya aku lihat namanya sudah bertukar.
Semalam aku lalu, aku tengok Pertama seakan-akan mati. Akupun sudah berpuluh tahun tidak memasukinya. Padahal di situlah dulu aku mencari lee, levis atau amco dengan harga tidak sampai 30 ringgit. Kesihan peniaga. Terpaksa bersaing dengan kompleks perniagaan moden dan canggih yang tumbuh macam cendawan. Aku? Selera juga telah berubah.
Semasa kami berpusing-pusing sekitar kampung baru, aku teringat pula akan pasar malam kampung baru. Bila abah, emak dan aku naik ke kuala lumpur, kami pasti akan ke pasar malam itu. Aku masih kecil juga. Dulu di situ ada seorang anak muda meminta sedekah. Dia buta. Aku terpegun melihatnya kerana butanya memang langsung tidak ada belahan mata sedikitpun. Licin, kulit semata-mata. Abah menghulur beberapa sen dan memimpin tangan aku pergi.
Di kampung baru berhampiran masjid, ada sebuah rumah yang kami sering pergi satu ketika dulu. Rumah Pak Yazid. Tiap-tiap minggu pak yazid akan memberi ceramah agama. Kami datang dari bangi untuk mendengar ceramahnya. Masa itu anak baru seorang. Pak Yazid kelakar orangnya. Dia sering menyelitkan unsur-unsur jenaka bila dia berceramah. Antara jenakanya yang masih aku ingat ketika dia bercerita tentang jin;
"Jin makan tulang tapi ada jin makan burger" dia senyap sekejap bagi laluan pada unsur saspen.
"Jins samsudin" Dia gelak dan orang semua gelak sakan.
Hari ini, pagi ini, jalan raja laut tutup. Ada perhimpunan MaulidurRasul di dataran merdeka. Kami malas ke sana. Semalam sudah penat menapak jalan TAR hingga ke masjid India.

11 comments:
PERTAMA kompleks tak mati lagi kak Pah. Masih sendat dan padat dengan manusia..masuk le tengok!!
Kalau masuk, dada saya yang semput sebab asap rokok ketelaluan..
Globe?? ha ha ha..tempat shopping paling aktif zaman 80 an..
Now..tinggal bangunan la..ditelan dengan keMAHSYURAN SOGO.
Pak Yazid..saya pergi makan kat dalam kawasan rumah dia. anak cucu buka kedai makan..hmmmm..nostalgik kawasan rumah tu..Saya teringat kisah dia cerita pasal kuih lompang!!
Pak Yazid, kawan kepada tokwan suami saya.
amboooi kak Pah pi kL, saya pun kat CM semalam.MERAYAP ngan suami..he he he
dulu salu lepak kotaraya. (masa zaman 90'an) tapi skrg...wah! mcm masuk tempat apa je...indon ada, pilipino ado. raso cam tengok estro kirana yo!!!
Masa kecil dulu selalu pergi CM beli barangan basah utk makanan keluarga dan jualan dekat Lake Garden. Masih segar dlm ingatan saya setiap gerai yg saya selalu kunjungi.
Pak Yazid agak rapat dgn keluarga saya. Beliau pernah membawa isteri ke Miri atas jemputan muslimin di sana dan beliau tinggal di rumah saya.
Makanan kat Benteng mahal. Sudahlah tu penjual akan tarik2 tangan kita suruh duduk dekat gerai mereka.
Semua itu tinggal kenangan huhuhu
Acik tk do kojo la nk lepak kt KL maso memudo dulu...sobab acik mang duduk kat KL...Kg Linggi...hahaha.. tk koser aku..
Tapi acik penah ikut kelas kat umah Pak Yazid sekitar tawon 82 klu tk silap la...tah2 org yg jeling acik dulu tu, kpah kott..hahah..
Benteng tu pun klu tk silap, pnah gak acik pegi..dgn pak pak sedara, klu taim2 coti sekolah, diorg ajak acik duk umah diorg kt KL..yo lah...anak tk berayah..tk do sapo nak bawak acik jenjln...harap kat diorg je lah..tima kasih kat pak pak sedaraku yg bjasa...
Alahai betul-betul nostalgia nih....kak Pah. Saya dulu masa keje bank bumi early 80's kalau lunch mesti makan kat benteng tu.'ikan bakar dia..slurp...tak bagi chance kak pah...masa tu sungei wang plaza kira paling glamerrr...
Setiap pagi dan petang naik bas mini no 33 dari sungei way.... central market, bus stang klang tulah tempat kita menapak...heh
ashley, ye ke pertama lum mati. macam tak de orang je.
Lalu gak depan rumah pak yazid tu. Tu la tengok ada orang buat kedai makan kat situ.
Pak yazid ada lagi ke. Dah lama tak dengar kabar dia. Dia la yang ajar zikir munajad.
tijah, jalan kek tompek sondiri pun dah kono borhati-hati. Kadang-kadang toraso macam masuk nogaro orang pulak.
YB, beruntung dapat berkawan dengan orang yang banyak ilmu dan tak lokek untuk berkongsi dengan kita. Semuga Allah beri ganjaran yang baik untk pak yazid.
Haah, makanan kat benteng agak mahal tapi semua belasah je.
Acik, iyo la cik. Agak e acik la tu yang duduk sobolah kpah dulu tu, hehe..
Seb baik la ado pak sodaro yang prihatin. sian acik.
nani, you pun merasa gak makan kat benteng ye. Memang nostalgik. Tiap kali lalu kat situ mesti teringat masa-masa menapak keliling kl.
kok ado bekground lagu elleycat ko.. sudirman ko.. lg nostalgik....kiesub
kakngah, osah boto e tu. Apasal ruang komen kek blog ekau tak buleh bukan hah?
salam...aduss..memang nostalgia...bila baca tentang selangor eporium tu...tpt selalu gi shopping..globe silk store tempat beli baju raya...pasar central ..tempat ikut abah beli ikan..benteng..abah dan mak selalu belanja makan bila cukup bulan..pak yazid..akak pernah gak pergi umah dia dengar ceramah...
Yang nengenali pak yazid dan pernah hadir dimajlis ilmu yang diadakan dirumahnya dikampung Baru, pak Yazid sedang sakit ditempat kediamannya sekarang dikampung Dato" Keramat -Bangunan "Ikhwan".Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah kurniakan kesabaran dan kesembuhan padanya.
Assalamualikum. Saya & family merupakan bekas peniaga medan selera benteng yg popular awal tahun 80an. Benteng yg pertama paling awal tahun 70an bertempat di hadapan Bangkok Bank sebelum berpindah ke jalan Bonus masjid India. Paling seronok berniaga hari sabtu coz ramai orang yg balik dr pasar malam jln TAR singgah makan. Tiap sabtu jg ada perlawanan bola di stadium merdeka, habis bola mereka dtg lepak2 kat benteng tu, nah kau sekali dtg serbu punya la ramai.
Post a Comment