Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 10, 2009

We Are Not A Punch Bag

Dalam paper semalam ada topik tentang keganasan rumahtangga. Sempena dengan hari wanita. Buat aku terpikir-pikir juga bagaimanakah seorang lelaki yang bergelar suami sanggup mendera isteri yang sepatutnya dibelai dan disayangi. Penderaan fizikal dan penderaan emosi sama sahaja kesannya.

Ramai lelaki yang tidak berguna di luar sana. Bukan semua lelaki begitu. Yang aku maksudkan di sini hanyalah lelaki yang tidak berguna. Serupa jugalah dengan perempuan. Tidak semua perempuan yang baik-baik. Ramai juga yang macam sampah.

Aku bukanlah hendak mengupas topik. Semua orang dah tahu apa yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga. Cuma aku kesian pada mereka yang mengalaminya. Kesannya bukan sahaja dirasai oleh si isteri tetapi juga anak-anak.

Pernah satu ketika dulu seorang anak tadika datang kepadaku. Sambil menggeselkan badannya dan mengurut lenganku ia berkata:
"ummu, malam tadi ayah pukul mak saya. Emak nangis", ada nada sedih dalam kata-katanya. Aku cuba memujuknya dengan kata-kata yang menenangkan.

Tapi siapalah aku. Aku hanya boleh memandang dari luar. Yang mengalami ialah anak itu sendiri. Dan hari-hari berikutnya aku perhatikan anak itu makin menjadi seorang yang pendiam.

Pernah seorang kenalan datang ke tadika memakai cermin mata yang hitam legam. Walaupun sudah berada di dalam premis, cermin mata masih utuh melekat di muka. Aku bergurau sambil ketawa-ketawa mengejeknya yang terlalu sayang untuk menanggalkan cermin matanya. Ternyata matanya lebam sebelah sebaik dia menanggalkan cermin dan gurauanku itu terjawab. Aku berhenti ketawa.

Dia bercerita tentang pergaduhannya dengan suami, yang berakhir dengan sebiji penumbuk di muka. Rumah tangga manalah yang tidak ada perselisihan. Tapi akhirilah perselisihan itu dengan baik. Tak perlulah pukul memukul.

Keganasan yang berlaku bersebab. Walau apapun sebabnya, lelaki atau suami itu perlu tahu mengawal api amarah. Aku tidak tahu lelaki asing. Tapi lelaki melayu ini mungkin terlalu banyak makan pucuk paku, belimbing besi dan jambu batu, lantas menjadikan mereka kuat seperti badang.

Kepada kaum wanita, selamat menyambut hari wanita.


12 comments:

julietchun said...

anak2 yg akan jadi mangsa, kesian mereka yg baru nak kenal erti hidup. Kekerasan bukan jln terbaik.

Nizam.Ariff said...

Aku pun tak faham kenapa dia org buat cam tu. Sampai skrg, kalau aku terjaga malam, aku akan tengok Mama kalau-kalau ada semut atau nyamuk kacau dia, aku tepuk-tepuk mana yg patut... cewaahh.

aNIe said...

Selamat Menyambut Hari Wanita untuk semua wanita diluar sana...khas buat kak pah juga....


Kadang2 kita jadi musykil...ada isteri yang puas dibelasah suami...masih lagi setia menempel menanti suami yang tak serupa suami itu...

Mereka sepatutnya sedar bahawa...kita berumahtangga adalah untuk memupuk kasih sayang...dan bukannya untuk menyiksa diri kita...kerana kita sepatutnya menyayangi diri kita sendiri sebelum dengan sepenuh hati membuta tuli menyayangi orang yang tak menyayangi kita...

Mak Su said...

selamat hari wanita

semoga para suami lebih sayang dan juga ada hormat kepada isteri mereka

Ms.Lilies said...

tu yg payah kalo sikit2 nak main tangan kan....sian anak2

lupekanje said...

isteri2 yg terseksa camtu banyak dapat pahala kalo sabar....biarlah apapun yg suami lakukan pd mereka...namun mereka tetap wajib patuh dan mnjlnkan tugas sebagai isteri selagi mempunyai suami.

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaahh..cakap cam bagus jer kan.. tapi tu yang beneeeerrr dong...
anyway...acik idak le sesabar itu..huhu..
sekarang nasib wanita lebih terbela. Memandang semakin ramainya lelaki bergelar suami yang terover acting sebagai suami...bahkan teruih jadik cam hewan..hewan pun sayangkan bini aper....kan kpah kankankan..

Tijah said...

ni yg buat aku lagi nak carik lawi ayam ni kak...

ibundo said...

juliet, takut nanti bawa kesan pada anak sampai ke besar.

nizam, tabekk!! entah-entah engko yang berdengkur terlebih-lebih..

anie, mungkin rasa cinta dan kurang keyakinan diri menyebabkan mangsa dera terus bertahan. banyak kemungkinan.....

maksu, sama-sama kita harapkan.

lilies, masa kecik-kecik tangan tak kena bedung agak nye. Tu yang nak melibas je tu.

acik, dapek la pahalo agak e kalau redo. tapi kalau dah lobam-lobam, sapo la yang tahan.

tijah, ekau ni asek mo lawi ayam jo hehe.. Carik bolum dapek lagi ko.

iina said...

Betul tuh kak.. bukan kita nie tempat lepaskan geram.. dan saya rasa kita sebagai perempuan kenalah pandai juga cari tempat dan jgn biarkan diri terusan di lepak lepuk sesuka hati.. ohh saya mmg cukup pantang benda2 nie.. alhamdullilah perselisihan biasanya diselesaikan cara baik.. tapi kesian wanita diluar sana yg kdgkala merelakan diri mereka dibuat begitu kan

pB said...

sabar sabar jugak

tapi kalau dah hari hari kena , tak kan nak tunggu lagi ...

tapi tuler , mereka ni perlu ada kekuatan untuk lari ...

mama_sal said...

rahsai suami sayang:
-masa masak nasi baca:
~inna a'taina til d end~
-masa dier tido baca kat ubun2 dier:
~waja'alna bainakum mmawaddataw wa rahmah~

ibundo said...

ina, itulah.. kalau ada tempat mengadu, pergilah mengadu. Mesti dapat pertolongan kan?

pb, mungkin takut pada suami. kalau lari mungkin suami akan buat sesuatu. Kita tak tau..

mama-sal. TK kerana bagi tips pada kami semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...