Salam.
Dua hari lepas aku menyuruh kirin membeli roti untuk aku buat croutons yang nak dimasukkan ke dalam caeser salad aku. Kirin membeli satu buku panjang roti gardenia. Aku cuma pakai beberapa keping saja dan selebihnya tersadai di dapur. Dalam bulan puasa ni roti sandwich gardenia tak berapa laku di rumah aku.
Kemudian, semasa aku menonton tv acara masak-masak chef-apakenamanya-aku-dah-lupa, membuat karipap pakai roti high 5. Aku mengambil idea itu dan kebetulan pula inti sotong sumbat aku ada berlebihan. Aku mahu berkongsi idea ini dengan sesiapa yang sudi. Sekiranya belum ada idea nak buat kuih apa untuk berbuka petang ni, bolehlah cuba karipap gardenia ini.
Barang yang diperlukan cuma roti gardenia atau high 5 dan inti karipap. Inti karipap ni ikut citarasa anda. Kalau suka daging sama kentang, buatlah daging sama kentang. Kalau suka sardin, buatlah sardin. Kalau suka ayam, buatlah inti ayam. Pandai-pandailah.
Mula-mula ambil sekeping roti dan gelek dengan rolling pin sampai nipis dan mampat. Buang kelilingnya. Oops lupa nak cakap. Sebelum tu bancuh sesudu tepung dengan sedikit air menjadi adunan yang pekat tapi jangan pekat sangat.
Kemudian sapu bancuhan tepung tadi di tepi sekeliling roti. Gunanya seperti gam untuk melekatkan roti itu bila dicantumkan.
Bubuh intinya. Jangan banyak sangat nanti meleleh ke tepi dan roti tak boleh melekat.
Cantumkan seperti ini:
Dan tekan tepinya dengan garpu untuk securekan lipatan:
Dan goreng.
Sodap!!!!!!!
kakpah
47 comments:
Salam ramadhan kak pah..
wah best lah menu ni..tak yah susah2 uli tepung, pakai roti je kan..
boleh cuba nnt :)
Salam Kakpah..
dua tiga hari lepas, ada juga terjumpa kat blogmanaentah, pasal karipap roti ini.. terfikir nak buat, tapi sampai sekarang belum buat! :) Tengok kat sini, rasa nak buat tu datang balik...
wahhhhhh... bagus nya..
nak buat juga la kakpah..
thanks.. ;D
good idea ni kak. kat umah saya ni pun, roti selalunya berumahtangga dlm tong sampah aje.
salam Kak Pah
pB pun dah buattt
Tukang gelek roti si Nurin.
senangnyer resepi nie kak pah...blehlah cuba
yesss! i love u kak pah. kita memang ada sardin gemok 2 ekor leftover from sahur last week (simpan lagi) mmg tengah nak cari idea nak buat karipap/puff tapi yang segera² je :)
nak try potang ni lah kakpah..mekaceh yo
ehhhh..yo la kak,tak yah payah2 nguli topong kan,peh nak mengintil pulak...
cm ni laie sonang...hehehe
kompem akan ditiru..
hihihi!!!
Salam kak Pah...resepi yang mudah dan sedap ...tq kak
dan2 aku rasa nk buat kak. tq bebeh.
.
senangnyerrr..... nanti nak wat..... roti kat rumah sampai berkulat.....
macam tau-tau je aku beli roti gardenia petang semalam...
boleh buat ni..
kok bakar pun sodap yo gek eh tu kan? selet'an mo tolo sket eteh tu...
good idea tu k.pah,bebila nak suruh anak2 buatkan utk mak dia ni sbb tak yah nak uli tepung, sonang ba itu..
kak pah, seswai benar lah untuk saya yang dilanda kemalasan nak masak.
ish ish ish.... sonang yo nampak eh
.
.
camni, den pun bulih buat.. smbl tutup mato pun bulih ni...
hihihi.. kompiden.. ;D
roti kat umah tu pon dok tergolek2 je, buleh cuba ni.
tumpang lalu,
kts,
sambil tutup mata pun buleh buat? aku berani potong kuku kalo ko buat.
Saya pernah buat roti macam ni kakpah tapi kulitnya saya sapu telur kemudian dibakar.
kak pah..percayo..memang sodap..tengok rupo pun dah tahu..
Bgus nie kak.. den baru yo lopeh buek karipap pusing ngan murtabak 2 3 ari lepas.. inti karipap dah abislah.. tapi next time leh den buek.. selain dr buat roti sardin popia den tuh.. lain kali leh buek cenggini lak ;)
Salam Kak Pah....
Rasanya sebelum b`salin nanti, sy kene buat jugak la karipap gardenia ni.....m`goda sungguh !!
Harumnya hingga ke Alor Setar, negeri k`lahiran sy.
:)
Salam Kunjung. Salam pengenalan.first time tengok ni. saya follow ya kak.
eh, kalau IM ni suri rumah, pasti IM try ni.
sayangnya IM tak cukup masa untuk kelebek semua tu...
Hjh,
Bakar dalam pembakar sandwich boleh tak? Kalau goreng tentu berminyak sebab roti serap minyak.
Salam Kak Pah,
Syabas!!! (clap, clap, clap)!
Kak Yan ni dah tu kediri, tak panadai-pandai buat karipap, buat inti ok, buat kulitnya pun ok, yang failnya nak klim kat tepi tu...kerepot-kerepot jadinya, buat malu kompeni je...sekali sekala teringin nak makan karipap buatan sendiri, guna acuan je le....tapi rasa tak puas hati, tak ori....
Nanti boleh le cuba karipap roti ni...macam sonang je... :-) terima kasihlah berkongsi idea. :-)
Salam kak pah,
hihi. nak tumpang karipap gadenia skali. er.. tapau. ;)
Bagus bagus bagus...inti samosa saya ada lagi kat dalam freeze tu.i boleh try nih!
sodap ni kakpah, akanku cubo buek sendirik
sib baik datang jengok blog akak, roti saya dah 2 minggu tak de orang makan, nanti saya buat ya..
perghh boleh suruh bini buat nih..
mummyseri, salam ramadhan. haha karipap orang malas.
kakcik, dah buat ke belum.
ena, dah buat ke belum.
ain, dah buat ke belum
pb, dah buat ke belum
zaidah, dah buat ke belum
kog, sadin gemuk ko dah kena telan ke belum.
anim, dah buek ko bolum
kalong, kacang yo.
kakngah, dah buek ko bolum.
anie, dah buat ke belum
tm, dah buat ke belum
kakmah, dah buat ke belum
nizam, dah buat ke belum
tijah, bakar pun boleh..
yati, dah buat ke belum
hani, dah buat ke belum
kts, haah.. tutup lah mato kau.
juliet, apasal tak potong jari terus.
zaitun, haah, bakar pun worait
erna, memang sodappp
iina, rajin e kau buek murtabak.. kalah den.
catwoman, mak oi ai.. lamanya lagi nak nunggu baru ko buat..
fuzids, salam jugak. thanks follow.. takde mende pun rumah akak ni.
IM, takper, simpan resepi ni. bila senang2 boleh buat.
kaknora, boleh. tapi goreng pun tak serap minyak banyak sebab roti tu dah mampat.
yan, haha.. tegolak kakpah ni sebab yan tak reti nak kelim tepi karipap. ala.. sonang yo..
indahhouse, nak tapau dah takder lagi dah hihi..
ashley, dah buat ke belum
maksu, dah buat ke belum
nisa, roti dua minggu dah luput tarikh hahaha..
sfaw, boleh lah ... lagi best kalau tolong buat.
hahaha.. paling sonang nak jawab komen yang dah berhari2 tak berjawap.
Dah buat ke belum!!!!!
kan aku kata kakpah ni mmg kreatif dlm hal masak dan makan ni...
tengok pun dah tau sodap...
kena torai ni..
makcik pah,
ayah leen pun tengok sama resepi ni, dah try pun tapi pakai inti sardin. memang simpleee sangat! ingat nak buat ngan kirin untuk berbuka ramai2 4hb nnt..hehehe,dah terpecah rahsia nk buat kuih ni. :D
smm, haha.. dah torai ko bolum.
lin, erk.. malulah acik ayah lin masuk blog acik ni..
kirin kata dia nak buat sambal cencalok je kehkeh..
rajinnyerrr kak pah tewww..
roti gardenia je ya???
lain tak boleh??
en-me, orang dapur kena rajin
dr singa, boleh ma...
Kak pah,
saya mohon share ye.. :)
tq..
Kak pah,
saya mohon share ye.. :)
tq..
macam best je resepi ni. nak cuba la nnti.. Tapi x masuk minyak ke bila goreng roti tu nnti?
Mudahnya! Best juga idea guna garfu untuk bentukkan tepi :)
Post a Comment