Perempuan itu tidak perasan. Pandangan dia yang tajam seolah-olah amaran untuk aku bersuara, membuat kata-kata aku tersekat di kerongkong. Yang keluar dari mulut aku cuma bunyi yang aku sendiri tidak tahu apa butirnya. Peliknya, perempuan itu cuma berdiri di situ tidak bergerak-gerak. Memandang aku pun tidak.
Dan entah bila kalanya dia sudah berada di belakang aku. Dicengkamnya lengan aku sekuat-kuatnya. Kuku-kukunya yang tajam terbenam menembusi kulit, daging dan terus ke tulang temulang. Aku menjerit kesakitan tanpa suara. Sakit. Aku lemas dalam kesakitan yang teramat sangat. Juga lemas dalam kehapakan napas yang terhembus di belakang tengkuk aku.
Astaghfirullahalazim.....
Astaghfirullahalazim.....
Astaghfirullahalazim.....
Peluh dingin membasahi baju aku. Rentak jantung aku laju, deras. Aku bingkas bangun dari pembaringan, duduk terkebil-kebil dalam kesamaran bilik yang hanya diterangi cahaya lampu luar. Dalam kebingungan aku mencari-cari wajah-wajah tadi. Hilang. Tapi kesakitan di lengan aku hasil cengkaman kuku-kuku tajam itu masih begitu jelas terasa. Aku gosok perlahan-lahan dan kembali merebahkan diri. Kali ini betul-betul menghimpit orang di sebelah aku yang berdengkur.
.
.
.
Ni mungkin sebab aku tengok rupa Yus Jambu dalam rancangan maharaja lawak jumaat haritu.
Suami aku cakap aku tidur tak baca doa.
ibundo
29 comments:
Wah..berkesan betul watak si Yus tu ye...hajah sampai terbawa-bawa ke mimpi.
dahsyat nya mimpi...
Haaaa.... cepat tulis cerpen seram...
Hahaha...
Mujur jatuh kek eteh badan orang sobolah.. Buek ehh jatuh kek lantai, mau bogogar jantung gak ehh..
Bahayo jugak tengok ML tu kosan ehh.. hehe..
mimpi seremmmmmmmm
paling tak best
kakngah baca n3 kpah nak dekat jam 5 pagi. cam seram pulak... huhuhu!!! tingkap tgk ternganga lak nih!
kak hajjah nora,
jumaat malam sabtu pukul sepuluh hasben saya tak boleh pegang remote tv..
zino,
memang dasat
aku,
akak tak pandai macam kau.
azz,
ekau tak minat tengok ko...
iyo.. naseb baik tak tohumban ko bawah kate.
lilies,
kita punnnn.. leps tu kalau ke bilik air mesti imagin macam macam.
kakngah.
aiyorkkk!!!!
tak do ustajah bayiah dtg nolong!(sepah)hahahah!!!
somputttt...!!!
serammmmm...
ada termimpi sram2 gini 3 hari lepas.. memg berdebar & berpeluh2 bila terjaga..
Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi tuu... :)
suspen..kak pah mimpi rupo e.mau tak tido sampai siang lopeh tu kan..
Tu sebab saya jarang tengok cerita2 seram.Kalau saya mimpi macam tu mesti kejutkan orang sebelah hehe...
mimpi ???
tak baca doa tido, satu hal...
tak basuh kaki gak ye sblum tido...
hehehe....
ha ha.
ko punya mimpi dh nk gaya nizam punya mimpi je kak...
:)
.
kak pah...
kekadang mimpi tu kita rasa macam betul2. aina kalau dah mimpi pelik2 tu sukar nak lelap balik sudahnya bangun solat sunat pas tu baru tido kekadang sampai ke pagi tak lelap2 jugak...
hahhahhaha.. macam budak2 kecik je kakPah ni.. tidur tak basuk kaki lah tu gamaknya..
Kak Pah dah boleh join si nizam arif..
nasib baik ada orang kat sebelah buleh himpit :P
hahahahahaha kan dia berlakon jd jin saka..huhu terus termimpi ;)
kaklong,
ustajah tu asek somput yo. camano nak nolong haha..
ena,
mimpi seram ni bukan setakat berpeluh, jantung pun dubdab dubdab..
kakcik,
sebenarnya takde pun teringat. memang lupa nak baca doa pun.
erna,
kojap yo dah lolap balik..
zaitun,
bukan cerita seram pun. cerita lawak haha.. tu yang lawaknya tu..
maria,
basuh kaki? nanti jap akak pike..
eh.. basuhlah..
tasek,
tu lah pasal.. hantu dia datang ngacau lam mimpi akak pulak.
aina,
sepatutnya macam tu lah kan? kalau tak leh tidur bawak2 semayang. Tapi setan banyak sangat ganggu. Ditolak2nya suruh tidur balik.
yati smm,
hantu dia datang ngacau.
juliet,
rugi lah ekau cam tu kan?
marina,
geli tengok muka dia
Aku ingatkan budak Nizam tu jer NGIGAU...rupa rupanya nenek jiran aku tu pun..
hahahahahaa..
.
.
.
.
aduhai!!
tak suka mimpi macam tu..takuttt.
kak tido basuh kaki tak? hehehe ;)
ashley,
sapa la jiran kau tu ek. Sapalah nenek yang duduk sebelah jiran kau tu ek..
hani,
haha.. kalaulah kita boleh pilh mimpi ye hani.
iina,
weh.. basuh la hehe
sampai terbawa mimpi....
cik ina pun kadang-kadang kena cam kak pah. mungkin betul ,tengok muka yus maharaja lawak.kelakarlah dorang tu.
sudais,
kebetulan tu
cik ina,
minggu ni dah final. kpah suka gak tengok.
Kak Pah,
Seram jugak baca mimpi kak Pah tu.
Post a Comment