Ini Maryam dan umminya. Ummi Maryam bernama Yana @ kakngah. Bagi sesiapa yang belum tahu, kakngah adalah seorang anak istimewa yang bercakap menggunakan isyarat tangan. Tapi kakngah bukanlah bisu total. Dia boleh bercakap sedikit walaupun tidak berapa jelas.
Papa Maryam juga sama seperti umminya, bercakap dengan menggunakan bahasa insyarat. Memandangkan kedua-duanya tidak boleh bercakap, aku mendesak mereka tinggal bersama aku supaya Maryam memperolehi bahasa secukupnya untuk berkomunikasi.
Kakngah mendapat pelajaran sehingga peringkat diploma di politeknik Johor Bahru dan bidang yang diambilnya berkaitan dengan fesyen dan jahit menjahit. Sebagai anak yang tidak normal, dia perlukan satu kemahiran untuk membolehkannya mencari pendapatan. Jarang orang yang mahu menggaji orang tidak normal ini untuk berkerja di pejabat.
Kakngah mempunyai kelebihan ini. Dia pandai menjahit dan jahitannya diakui bertaraf butik. Dulu dia berkerja di kedai jahit tetapi setelah melahirkan maryam, dia berhenti dan menjahit di rumah sahaja. Bos kedai jahit tempat dia bekerja dulu akan menghantar baju ke rumah untuk dijahit kakngah. Kalau musim raya, banyaklah tempahan tetapi bulan-bulan biasa, amat kurang. Lagipun tidak cukup promosi.
Sesiapa yang tinggal di Bandar Baru Bangi dan sekitar Kajang dan mahu mencuba sentuhan jahitan kakngah, bolehlah jerit-jerit di tempat jerit aku di sebelah ni ataupun terus saja ke kedai yanazubir.
Upah adalah seperti berikut:
kurung kanak-kanak - rm 30
kurung dewasa biasa - rm 35
kurung dewasa piping - rm 45
kebaya - rm 45
kurung/kebaya ada lining - rm 55
Aku harap cita-citanya untuk membuka kedai jahit satu hari nanti akan menjadi kenyataan. Aku ingin dia menjalani hidup normal seperti orang normal dan boleh berdikari tanpa memerlukan bantuan dari adik beradik yang lain. Kerisauan dalam hati aku sebagai seorang ibu, memang sentiasa ada.
Semasa kekurangan tempahan ini, kakngah menjahit beberapa helai telekung. Telekungnya simpel dan dijahit tepinya dengan renda sahaja.
saiz s. Panjang dari kepala ke bawah, 38 inci. Panjang dari kepala ke dagu, 9 inci.
Orang yang muka kecil, bolehlah pakai telekung saiz ini. Kalau tembam macam muka aku, tak boleh masuk.
Yang ini pula telekung sulam. Saiz dan ukuran sama seperti di atas.
Harga telekung adalah rm 35.00 tidak termasuk harga pos.
Sekian promosi untuk kakngah. Harap-harap tidak adalah yang mengata aku syok sendiri hehe.
ibundo
29 comments:
salam kenal...aii datang terjah blog u..jom singgah blog aii..
msih baru dalam dunia blog...
moga usaha mereka beroleh kejayaan :)
Betul gak tu kak.. Bagus Kak Ngah ni sbb dia ada minat menjahit tu...
Moga impian dio tocapai...
Sey ni pon jait kek ghumah gak.. Tak mampu nak sewo kodai.. Lagipun ghumah masih ado ruang khas untuk sey menjait..
Takpo la kak, rezeki tu ado di mano2.. Insyaallah..
haa.. saya dok mencari2 tukang jahit yg best kat bangi ni kakpah. kakngah boleh jahit kurung moden dgn kurung pahang jugak tak? kalau boleh, saya nak jadi pelanggan. hehe
Semoga kakngah beroleh kejayaan.
murah lah kak rogo upah ea,macam kek kampung2 gak sekarang ni...
itulah tuhan tu maha adil...dio kkurang kek lain,ado lak kelobihan dio kek lain lak...
selamat berjaya kakngah!
mano tau satu hari sok kaklong dtg menompah..heheheh!
selamat pagi ibundo..
mulianya hati ibundo, moga perniagaan kakngah laris
pujuklah kakngah duduk sama, bolehlah maryam belajar berkomunikasi
Kakak dah masuk blog kakNgah terpikat juga. Tambah terpikat bila dapat tahu keaddan beliau. Tak sangka dgn wajah yg cantik Allah beri ujian besar padanya.
Insya-Allah andai ada yg minat dlm family kakak akan kakak berhubung dgn kakngah
rania,
selamat datang ke kedai kopi
maksu,
amin..
azz,
dah itu yo kelobehan dio yang ado.
hanie,
cuba lah selai tengok macamana rasa.
zaitun,
amin..
kaklong,
dio ambek murah yo. Dio cakap taknaklah amek mahal2..
datanglah kaklong.
ayu,
selamat pagi.
dah.. diorang dah duduk sama dengan bundo
kakzakie,
terima ksih memberi sokongan padanya.
dulu masa form 5 kakngah ada masuk kelas jahit kemas felda ngn sorg kawan. boleh la takat nak buat baju kurung tu. merasa jugak buat duit jaman2 anak dara dulu amik upah jahit baju kurung time raya. sekarang ni, nak gunting kain pun tak berani dah. ilmu tak diasah, tumpul la...
tapi,
kawan kakngah tu.. dah jadi tailor besar kat kampung nun... menjahit bawah rumah je. untuk raya, kene 2-3 bulan awal buat tempahan. kalo tak... dia tak amik dah. penuh.
insyaallah kak.. dgn kebolehan menjahit ada je rezeki ummi mayram.
Salam Bundo, saya ni kawan Kirin.. pernah tempah 2-3 kali dengan Kakngah sebelum dia kahwih dulu. saya tempah kurung biasa & moden.. memang suka sangat, jahitan kemas & sedap pakai!
all the best to Kakngah :)
Banyak keistimewaan kakNgah ni. Syukur ALhamdulillah...
Teringat masa datang kenduri di rumah kakPah, saya duduk semeja dengan sekumpulan remaja yang menggunakan bahasa isyarat. Kawan-kawan kakNgah tu ya..
KakPah, setelah bertukar ke sekolah baru, saya baru 'berkenalan' dengan murid-murid yang begini. Kadang-kadang, saya sedih kerana banyak yang saya mahu katakan kepada mereka tak sampai. Saya edang mempelajari bahasa mereka.
***Calon pelajar terbaik SPM kami adalah murid yang menggunakan bahasa Isyarat. Masa Peperiksaan Percubaan SPM baru ni, dia dapat 100% untuk Matematik dan Prinsip Akaun.....Subhanallah.
*sedang
9 inci dari dahi ke dagu tu besar juga kak... den pakai ada can bolos terus ke leher, haha
salam bundo - a'ah pujuklah kakngah duduk bersama.
demi masa depan maryam juga.
kakpah,
i take note. dekat jer ngan opis.. upahnya memang murah..
kakngah,
kakpah harap-harap pun begitulah. Kalau Allah izinkan, kakpah mahu jadikan cita-cita yana satu kenyataan. Biarlah susah-susah dahulu tetapi senang kemudian.
tieqa,
takder nak tempah lagi ke hehe..
cklah,
Ye cklah. Tu kawan-kawan kakngah lah tu.
Bahasa kakpah dengan diorang ni pun terhad. Kadang-kadang ada juga benda yang nak disampaikan tidak sampai sepenuhnya dan terpaksa tulis atas kertas. Dan diorang ni jenis yang sangat sensitif. Tersilap cakap, akan terguris. Kadang-kadang bukan silap cakap pun tapi mereka silap memahami apa yang kita nak sampaikan.
Semuga cklah berjaya mendekati mereka.
Subhanallah.. bijak anak itu.
kog,
ko ni kurus banget ko..haha
haslina,
ya has.. dah duduk dengan kakpah dah ni
anaa,
kalau ada baju nak jahit, roger lah ya..
Assalam ibundo,
Promosi yg bagus banget. Semoga diberkati.
mamawana,
salam..
amin
salam, tumpang tanye..
kak ngah menjahit d kedai or d uma??
kalo nak minx tolong alter baju bole ke??
Salam,
Boleh tahu kat mana tempatnya, nk try upah jahit.
Hope leh emel saya di srcantik@gmail.com
Atau sms
0199106420
Nak alamat, no tel ni skali. Tqsm!
Macm mana nak call kak ngah ye...boleh tak bg alamat or ape2 je...saya memang nak tempah baju skang ni....kol saya 0199675524
Macm mana nak call kak ngah ye...boleh tak bg alamat or ape2 je...saya memang nak tempah baju skang ni....kol saya 0199675524
Amek buat tempahan blouse/kemeja x? Biase brape charge kalau buat baju kemeja?
Boleh alter maxi skirt tak ???
kak ngah ni masih menjahit lagi ke
Post a Comment