Masa di UKM dulu aku ada satu kawan. Nama dia Sapiah tapi kami panggil dia Sap sebab dia sendiri mengglemorkan nama dia dengan nama Sap. Satu hari masa sedang tunggu pensyarah datang ke dewan kuliah, kami pun buka lah cerita. Antara ceritanya adalah tentang sukan.
Masa tu kitorang ada berempat. Masing-masing mahu menceritakan keteraan masing-masing dalam bidang sukan ni. Aku pun sama juga lah tidak ketinggalan. Sememangnya dulu masa sekolah aku tere berlari. Sedang kami asyik bercerita, si Sapiah ni tiba-tiba mencelah," Ei Nim, (masa kat kampus dulu member panggil aku Anim), apasal ha bila kita nak mula berlari orang tu kata AYO MAK, GESEK, GO!! Apa yang dia suruh gesek ha! .
Kitorang bertiga tergelak bagai nak rak. Habis semua mata menoleh pada kami. Yang si Sapiah ni masih blur, tak tahu kitorang tergelak pasal apa. Lagilah kitorang tergelak nak pecah perut tengok muka tak ada perasaan dia tu.
Bila ketawa dah reda sikit aku cakap,"Wei Sapiah! engkau ni nama aje belajar kat universiti. Orang tu kata On your mark, Get set, Go lah bukannya ayomak, gesek, go."
Hari tu pensyarah mengajar, kami tak ada konsentrasi langsung. Sap masih dengan muka selamba dia walaupun habis kena kutuk. SAP, ENGKAU KAT MANA SEKARANG NI!!!
No comments:
Post a Comment