Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label lawak famili. Show all posts
Showing posts with label lawak famili. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Zaitun oh Zaitun......

Ada lagi satu cerita lawak kalau korang nak tergelak.

Aku ni biasalah kalau buat umrah mesti bawak minyak urut dan minyak zaitun untuk dilumurkan pada kaki. Almaklumlah pada umur yang dah malam ni kaki takdelah sekuat dulu.  Jalan sikit dah lenguh lenguh.  Apatah lagi kalau dibawa jalan banyak-banyak keliling kaabah dan sai dari safa ke marwa, dari marwa ke safa ulang alik ulang alik.  Pastilah kaki aku terutamanya tapak kaki berdenyut-denyut. Minyak inilah buat peneman aku. Untuk aku urut-urut supaya dapat meredakan lenguh-lenguh.

Umrah Ramadhan yang lalu aku bawa minyak zaitun seperti biasa. Lepas umrah dan berehat di bilik, aku ambil botol minyak zaitun dan melumurkan minyaknya ke betis dan tapak kaki. Anehnya minyak itu tidak licin seperti biasa malah kesat.  Aku lumur lagi banyak-banyak kerana aku berandaian minyak yang aku beli itu lain daripada yang biasa aku beli.

Lagi aku lumur minyak itu banyak-banyak, lagi berbuih-buih betis aku. Aku komplen pada hasben aku apasal pulak minyak zaitun tu lain pesen.  Hasben aku cakap betul ke tu minyak zaitun.  Barulah aku tergerak ambil cermin mata dan baca apa yang ditulis di botol.

Di pelekat botol itu tertulis:
         Daun Sirih
Pembersih Khusus Wanita.

Hahaha... Botol dan content sebijik macam minyak zaitun.  Siap dengan bauan Floral lagi tu...

Sekian

ibundo


Sunday, January 15, 2012

Mengembek

Petang tadi aku telefon hasben aku.  Cuma nak bincang tentang siapa yang nak menghantar abah ke klinik besok untuk buat check up mata dia yang baru kena operate tu.

Lama talian berdering.  Aku tahu dia tengah terkial-kial nak mengeluarkan telefon daripada pouch henfon dia yang tersangkut di pinggang.  Dan aku tahu jugak yang masa tu dia tengah drive menuju ke kl central kerana menghantar kakngah, zubir dan maryam yang nak balik ke kedah menaiki keretapi malam. Apabila akhirnya talian bersambung aku memberi salam.

Assalamualaikum, aku cakap

Waalaikumsalam, dia jawab.
Nak oder kambing lah, sambung dia lagi. Terpinga-pinga aku.

Ha? nak oder kambing? Nak buat apa kambing? Aku tanya. Aku dah dapat agak dah mesti dia tersalah orang.

Nak buat kekah, dia jawab.

Siapa yang nak kekah?, aku tanya lagi

Kemudian baru dia perasankan suara aku.
Hehehehehe.. ni sapa ni.

Bini awak le.

Ingatkan haji Ahmad.  Patutlah suara macam perempuan hehehehehehehe..

Lepas  tu dia explain yang sebelum aku telefon tu dia dah telefon haji Ahmad ni berkali-kali sebab nak beli kambing tapi telefon tak berjawab. Yang oder kambing ni Yan adik dia yang nak mengekahkan cucu.

Bila balik ke rumah, berdekah-dekah dia ketawa menceritakan hal kambing itu. Dia kata dia dah sms zul suami yan, bagitahu yang dia call orang tu tak jawab-jawab, malah mengembek pun tak. Haha.. berair mata aku tergelak. Lagilah tergelak bila dia cakap teks sms dia tu dah pusing satu melaka.

Kambing... kambing...
Tapi apasal lah aku tak suka makan daging kambing..

ibundo

Sunday, November 28, 2010

Mesti ada had..


Dapat satu flyer semasa ke kedai beli udang dan sedikit sayur. Aku tak sempat nak jeling apa yang diiklankan sebab tangan penuh. Aku selit saja di celah plastik.

'tengok ni mah, apa ke bendanya ni', aku hulur flyer pada imah sebaik masuk ke tempat memandu.

Imah mengambil flyer dari tangan aku dan membelek-belek.

'ni h'a.. kursus matematik cuti sekolah untuk pmr dan spm. Hantar adik okay gak ni mak'

'Hmmm.. okay gak. Tempat?'

'Dia kata tempat
.
.
.
terhad'

Rasa macam nak ketawa ada, nak bagi penampau jepun pun ada juga kat budak imah ni......

Friday, October 15, 2010

Pantang

Bibik aku dah tau dah, kalau aku naik atas masuk bilik lepas jam dua petang, dia tak akan ganggu aku. Biar loceng gate berbunyi, biar telefon berdering, dia akan kata;

ibu tengah rehat
.

Kelmarin dekat-dekat pukul tiga, telefon rumah berdering. Empat lima kali dering, telefon senyap. Aku agak mesti dah ada yang mengangkat di bawah. Siti sibibik @ operator yang selalu menjawab panggilan telefon. Nak harap anak-anak aku, baik tak usah harap.


Semasa aku duduk-duduk di meja makan sambil minum-minum dan menunggu azan asar petang itu, siti datang memberitahu;

Buk, tadi ada orang telefon.

Aku terus meneguk air sambil pandangan aku mengarah kepadanya.

Orang tu tanya, latifah hanim dah bersalin ke.

Nyaris-nyaris air yang aku minum tak menyembur. Imah yang ada bersama ketika itu ketawa mengekek-ngekek.

Saya cakap, puan latifah mana ada mengandung. Yang mengandung anaknya...

Aku tak tahulah aku ni nan tergelak ke apa tapi siti dan imah ketawakan aku terbahak-bahak.



Imajinlah ye, aku yang dah jadi mak nenek ni mengandung sembilan bulan.
Haih......

(semasa aku mendaftarkan nama kakngah di klinik wanita annur dulu, aku ada letak nama aku sekali sebab kakngah tu cacat pendengaran. Kalau dipanggil namanya, dia tak dengar)


Friday, June 25, 2010

SINDROM LIMA PULUHAN

Salam.


Masa tu aku tengah beratur di kaunter bayaran kat jusco melaka. Ada nyonya di depan aku. Barang yang ada dalam trolinya tak adalah banyak sangat. Mula-mula aku tak perasan tetapi bila menunggu turn ni, mata memang selalu melilau pandang sana pandang sini. Mata aku singgah kat baju nyonya di depan aku dan aku tergelak dalam hati.

Aku memujuk hati supaya tidak menampakkan 'kegelihatian' aku di riak muka. Satu: tak baik ketawakan orang. Dua: Nanti kena pada diri sendiri baru padan muka. Tiga: Ada rasa kesian padanya.


Nyonya itu pakai baju terbalik.


Banyak insiden yang aku jumpa selain daripada insiden nyonya itu.
- Tshirt yang dipakai terbalik yang depan ke belakang.
- Butang baju senget
- Kolar masuk ke dalam

Kalau ia terkena pada famili sendiri memang kita tegur tapi kalau kita terjumpa ia terkena pada orang lain yang tidak kita kenal, aku sendiri rasa segan nak menegurnya.

.
.
.
.

Semalam.
Ada sms masuk berbunyi:

Aku sampai upsi tiba-tiba je kasut aku bertukar sebelah coklat sebelah hitam.


Aku terima mms sebenarnya tetapi sebab henfon aku haritu rosak dan bila baik tetiba je aku tak boleh terima dan buat mms, jadi aku tak bolehlah terima gambar kasut yang sebelah lain sebelah lagi lain tu.

Sindrom apa yang telah melanda laki bini ni aku pun tak tahu lah.

Moral of the story:
Kalau keluar pergi kerja lepas subuh, pastikan tempat letak kasut tu cerah terang benderang.

kakpah

Thursday, May 27, 2010

REMOVE YOUR CAR, PLEASE...

Salam.

Orang kata (tak taulah orang mana), orang perempuan ni kalau bawak kereta, main baaaawakkk je. Tak tahu nak cek angin ke, cek minyak hitam ke, cek itu ke, cek ini ke.. Aku bukanlah nak marah pada orang yang mengata tu sebab memang iya pun. Aku kalau bawak kereta, aku masuk dalam kereta, duduk, pasang seat belt (pakai seat belt pun sebab aku dulu dah kena saman ) dan broommm aku jalan.

Beberapa hari lalu macam tu lah. Aku ambil kunci, start kereta, jalan. Sampai pertengahan jalan aku tengok lampu tangki dah menyala. La, minyak dah nak habis. Aku tengok kiri kanan tak ada pula stesen minyak. Tapi dalam perkiraan aku, sempat lagi la sampai ke tempat yang dituju.

Imah, balik nanti ingatkan mak isik minyak.

Dah selesai gedebak gedebuk, kami pun balik.

Mak, jangan lupa isi minyak.

Mak, kat depan tu ada esso. Isi minyak.

Makkkkkkk!!!!!!!!..

Screeeeeeeetttttttt..........

h'a nasib baik tak terlepas.


Aku kona masuk esso dan parking betul-betul cantik sebelah pam minyak.

Mak malas nak turun. Imah jelah yang isikan.
Aku hulurkan kad visa.

Aku duduk relek sambil jari mengetuk-ngetuk stereng. Aku tengok ada perempuan tergedik-gedik berjalan menuju ke kaunter dan otak aku mula nak mengata. Tiba-tiba imah ketuk tingkap.

Mak, dia kata remove car.

Sapa kata.

Ni ha.. kat screen ni, ada tulis remove car.

Nak remove car ke mana pulak. Kan dah betul dah parking ni. Nak isik minyak kenalah paking kat sini. Kalau remove car camana pulak nak isik minyak.

Imah angkat-angkat bahu.

Mata aku melilau mencari kalau-kalau ada bangla yang kerja di situ. Sambil tu mulut aku membebel-bebel, ...kat tempat lain takde pun suruh macam tu....bla..bla...ni yang aku nak hot ni..bla..bla.. manalah bangla ni sorang pun takde nak tanya..bla..bla..

Bebelan aku terbantut bila imah ketuk tingkap lagi. Kali ni dia tersengih-sengih macam kerang terlebih rebus. Aku turunkan cermin lagi.

Mak, kik..kik..kik.. sebenarnya kan kik..kik..kik..

Cakap jelah... terkikik kikik plak..

Sebenarnya kan..kik..kik.. dia suruh remove card...kik..kik.. Huruf d dia hilang..kik..kik..


Aku tak jadi nak marah. Tergelak besar adalah.

Hidup aku takkan sempurna tanpa anak-anak aku.

kakpah

Friday, April 30, 2010

koma, nokhtah, perenggan.. whateverlah..

Salam.


Beberapa minggu lepas Yan (adik ipar) sekeluarga datang bertandang ke rumah. Semasa menikmati juadah ala kadar yang aku sediakan, Zul suami Yan berkata;

Mata kawan saya, koma.

Koma? Aku bertanya.
Setau aku, orang je yang koma. Tak pernahlah pulak aku dengar mata koma. Aku cakap lagi sebab ceritanya kedengaran pelik.

Betul!!.. Dia tak nampak sebelah atas. Dia nampak bawah je,Sambung Zul. Zul ni di kalangan kami adik beradik ipar duai memang selalu kena belasah secara psaikologi kerana kelurus-bendulannya.

Kalau macam tu, kawan kau tu kalau nak tengok atas kenalah jalan mendongak je. Kami semua ketawa dan Zul sengih-sengih.

Tak baik ketawakan orang yang ditimpa penyakit tapi yang kami ketawakan itu ialah Zul yang beriya-iya menceritakan tentang penyakit kawannya. Cara dia bercerita itu yang mencuit hati kami.

Kemudian cerita itu mati di situ saja bila kami masuk ke topik baru.



Tadi semasa dalam perjalanan ke tesco, suami mencongak-congak benda-benda yang akan dibuat pada hari isnin nanti. Petang isnin nak bawa abah ke excel view untuk operation kataraknya. Sedang bercerita itu sebuah kereta masuk ke simpang yang jelas terpampang sign no entry. Aku cakap pada suami yang mata pemandu tu ada penyakit katarak sebab itu dia belasah je masuk mana simpang dia suka.

Aku beritahu suami aku ada satu lagi penyakit mata yang serius. Glaukoma. Pandangan orang yang berpenyakit glaukoma ni cuma terang di tengah-tengah sahaja manakala di sebelah tepi atau kadang-kadang di sekeliling, gelap.

Macam kawan Zul tu lah.

Ooooo...ha'ah.. kawan Zul tu kena penyakit glaukoma ni lah. Bukan koma. Pandai je si Zul ni mencipta nama baru. Ada ke mata koma...

Kami ketawa sampai masuk tempat parking kereta.

Besok kau datang rumah aku , teruklah kau kena kutuk Zul...

Kakpah.

Wednesday, October 21, 2009

Cat's Eyes


Mata kucing ada?

H'a?

Mata kucing ada tak!

Aku belek-belek muka si Jordan. Tidak ada tanda-tanda bercakaran. Mata tetap ada dua biji.

Ada ni!! Tak ada apa-apa pun.

Gula batu?

Gula batu?

Ya.. gula batu ada tak.

Ada. Apehal.

Rebus mata kucing campur gula batu sikit.

Nak kena cungkil dulu.

Cungkil apa pulak.

Mata si Jordan ni.

Ek ele.. pagi-pagi ni buat lawak pulak dia. Buat air mata kucing la. Adik dengan Usen tu batuk tu. Nak buat ubat.

Hik..hik..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...