Berjaga-jaga sebelum terkena
Sediakan payung sebelum hujan
Sediakan payung sebelum hujan
Macam tu lah orang selalu cakap.

Aku bawa dua kotak mask. Satu kotak ada 40 helai. Cukuplah untuk 40 hari. Setiap hari bila keluar bilik saja kami saling ingat mengingati,
Mask!!!!
Bila berada dalam lift atau berada di keliling orang yang batuk kelengkang kelengkung, aku tarik mask rapat-rapat ke kulit muka supaya tidak ada ruang untuk kuman masuk menerobos.
Satu pagi selepas solat subuh di masjid nabawi dan setelah selesai sarapan dan sedang santai-santai di bilik dia memberitahu aku,
Tadi masa balik, tekak abang teringin nau nak bekahak. Cari tong sampah tak ada.
Aku menelinga.
Pastu ada satu sudut kat konstraksyen. Abang tengok kat situ ada sampah-sampah. Abang ludah kat situ.
Eee........
Tapi kan, abang lupa nak bukak mask.
Kah..kah..kah...
Moral of the story: Pakai mask pun kami batuk kelengkang kelengkung bila balik kat Mesia. Siap demam belum baik-baik lagi.




