Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label cerita bibik. Show all posts
Showing posts with label cerita bibik. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Akhirnya Kau pergi Jua

Seminggu dua ni ada-ada saja yang aini tunjukkan pada aku.

" Buk, kakyah bagi kain batik dua helai"

" Buk, ema bagi sabun mandi besar"

" Buk, kak maria bagi saya telekung. Cantik"

" Buk kak Ton bagi saya kain untuk dibuat baju"

" Buk, emak Adam bagi saya henbeg. Lihat ni buk. Cantik"

Aku lihat macam-macam juga dia dapat. Malam tadi emak Nabila datang ke rumah. Anda masih ingat si Nabila yang tusyen di rumah aku, yang kukunya panjang itu? Emaknya datang bawa hadiah.

"Ini untuk bibik aini" kata emaknya.

Bila dia balik, aini tunjukkan apa yang dia dapat. Seutas jam tangan.


Pagi tadi jam sepuluh aku ke LCCT menghantar si ani balik ke jakarta. Flightnya jam 1.15. Semasa aku menulis dia sudahpun sampai ke tempat asalnya.





Kelmarin aini memberi khidmat terakhir memijit dan melulur. 3 jam . Di mana akan kucari pengganti untuk memulihkan sakit lenguhku? Siti atau Ros. Bak kata pepatah, tak ada rotan akar pun berguna juga hehe..


Yang ini bibik ros, adik aini. Dia tengah masaklah tu.

Sekian.

Friday, June 26, 2009

Macamana dengan diet ni

Antara perbualan aku dengan Ros, bibik baru.


Dulu kamu kerja di mana?

Kerja di restoren buk

Kamu jadik tukang masak?

Bukan buk. Server.

Kamu pandai masak?

Ngak pandai buk tapi bisak.



Petang Sabtu lepas aku lihat ada sesuatu di bawah tudung saji di atas meja. Aku angkat tudung saji dan aku lihat makanan petang yang agak meliurkan juga.

Ini kueh apa

Resoles buk


Rupanya macam popia goreng tetapi bukan. Ia dimakan bersama dengan cili api seperti di dalam gambar. Makan kueh itu segigit, gigit pula cili api. Sedap. Cili tak boleh digigit banyak-banyak. Nanti berkipas.





Pagi Ahad aku lihat sesuatu terjerang di atas dapur. Aku tinjau ke dalam periuk. Ada daging sedang direbus.

Mauk bikin apa

Soto Jakarta buk.





Tadi aku lihat dia asek menyelak buku resepi aku. Otak aku sudah berlari-lari ke bulan ramadhan. Boleh ke agaknya aku menggoyang kaki je dalam bulan puasa ni.

Tuesday, June 2, 2009

Telinga Diberi Untuk Mendengar

Adegan di dapur.

"Ni sapa punya kopiah busuk ni"

"Eh... mana ada. Pagi-pagi lagi saya udah mandi"

"Apa kena mengena pulak ko dah mandi ke belum"

"Ya.......... ibu bilang siapa punya ketiak busuk"

"Ni.... ko ambik sudu ni"

"Buat apa buk"

"Taik telinga ko tu dah banyak sangat. Cungkil kasi bersih"

"Ada-ada aja ibuk ni"

He...he.. he..

Tuesday, May 26, 2009

Kuku panjang

Tadi masa tusyenkan budak-budak tiga orang tu.
(Seperti biasa bibik aini jadi assistant aku)

Bibik aini : twenty four plus thirty six. Berapa.

Nabilah terkial-kial menaikkan jari-jarinya.

Bibik aini : Naikkan jari kiri two. Naikkan jari kanan four.

Nabilah menaikkan jari-jarinya.

Bibik aini : Yo Olloh...

Aku terperanjat beruk sekejap mendengar suaranya yang agak kuat.

Bibik aini : Lho.. ini apaan ini kukunya panjang persis taiger. Yo Olloh.. emaknya tak diperhatiin apa. Ini kalau dicakar itu cat (sambil menunjuk pada kucing aku si jordan) mauk matik. Nanti bilang saja sama emak kamu minta dipotong kukunya.

Nabilah terkebil-kebil dan mengangguk-angguk.





Moral of the story: Rajin-rajinlah periksa kuku anak tu. Kalau dah panjang, potong hik..hik..


Tuesday, May 12, 2009

Bila Bibik Cakap Omputih

Imah datang memberitahuku tentang perbualannya dengan bibik aini.

"Kak Aini, timun ni dah basuh ke belum"

"Udah. Udah di steril"

"Hah? sterile?"

"Iya... impres lagi"

"Mak, dia cakap impres tu yang tak tahan tu. Sebenarnya dia nak kata fresh" Kah..kah..kah..




Pada masa yang lain aku memberitahu keluarga ketika kami duduk di meja makan.

"Mak tanya aini lauk asam pedas malam tadi ada lagi ke tidak" kik..kik..

"Habis tu?"

"Aini cakap, udah limit"

"Apa yang limit?"

"Limit " aku cakap sambil menggoyangkan tangan menunjukkan tanda sudah habis.

Wakahkah.....

Kami ketawa lagi. Nasib baik tak tersedak. Rupa-rupanya banyak unsur lawak di sekitar kami.

Wednesday, May 6, 2009

Datang Dari Mana

Aku memberi tusyen percuma kepada beberapa murid yang lemah di rumah. Aku buat sebelah malam dalam pukul 8:00 sehingga 9:00. Aku ambil berkumpulan. Ambil dua tiga orang, bila sudah pandai aku pencenkan dan aku ambil yang lain pula.

Bibik Aini aku jadikan asisstant aku. Aini ni kadang-kadang memang blur tapi dia belajar tinggi juga lah. Habis sekolah menengah. Dia belajar untuk dapatkan diploma sekerat jalan saja sebab masalah kewangan. Cakap orang putih pun bolehlah sikit-sikit.

Semalam, aku berhenti sekejap untuk solat isya'. Aini ambil alih untuk mengajar budak-budak itu. Selesai solat dan sedang melipat telekung aku terdengar;

"Three plus four, how many"

Senyap.

"Cepat. How many"

Senyap juga. Aku agak yang ditanya sedang mengira.

"Eight"

"Apa? Eight? Dari mana datangnya eight"

Senyap.

"Dari mana? Dari Arab? "

Boleh tahan juga bibik aku ni.


Thursday, April 30, 2009

BIBIK

Dua tiga hari lepas bibik aini kuat termenung. Buat kerja sikit, termenung. Buat kerja sikit, termenung lagi. Aku pun tertanya-tanya juga apasal asek termenung saja. Bercakap pun tak berapa ramah.

Sampaikan kerja tampal menampal yang aku suruh tampal kat buku anak-anak tadika aku pun lintang pukang dibuatnya. Bukan susah, gunting cerita yang aku dan fotostat tu dan tampal dalam exercise book. Latihan untuk budak-budak membaca. Aku dah bagi arahan betul-betul. Bila aku tanya faham ke tak, dia kata faham. Akhirnya aku juga yang nak termenangis sebab geram benda yang dibuatnya salah. Puas aku mengopeknya semula. Bila aku mengadu dengan atuk, atuk marah aku balik. Dia kata lain kali jangan bagi dia buat kerja yang perlu gunakan otak.

Dua minggu lepas semasa ke tesco dia bertanya pada aku.
"Buk kalau Ros yang gantikan saya, boleh?" Ros itu adiknya di Jakarta. Dia tambah lagi bila aku tanya kenapa.
"Luluk yang menjaga anak saya mahu berpindah ke Jawa tengah. Jadi anak saya tidak ada siapa yang ngurusin. Ibu saya nggak boleh. Ros sekarang dalam proses penceraian sama suaminya kerna tidak tahan dipukul. Boleh ngak buk kalau saya pulang, Ros yang gantikan tempat saya"

Hati aku mula menggelabah bila dia cakap nak berhenti. Memanglah adik dia boleh gantikan tempat dia tapi bukan senang senang. Macam-macam urusan nak kena buat. Passport, medical, imigresen, kedutaan. Dia ingat boleh ganti-ganti macam tu je ke. Dah tu pula, yang datang nak gantikan dia tu kita tak tahu lagi peel, perangai dan iq dia. Kalau tahap iq lebih kurang dengan bibik ni, hmm sabar je lah. Si aini ni dulu pun dua tahun aku kena bimbing dan asah. Itupun masih banyak yang blur.

Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk menguruskan permit adiknya. Kalau orang dah nak berhenti kerja, kita tak boleh tahan-tahan. Bila dia kata nak balik, baiklah hantar balik. Tapi aku cakap dia kena tunggu sampai adik dia datang dulu baru boleh balik sebab nanti aku tak cukup kakitangan.


Jadi, bila dia termenung sana termenung sini, aku tanya balik.
"Aini, kau nak kerja lagi ke tak nak. Kau dah nak balik sangat ke"

"Ah, nggak la buk. Saya tunggu sampai Ros datang."

"Habis yang kau termenung tu kenapa. Sakit ke."

"Ah nggak apa-apa la buk."

Aku tak pandai nak membaca fikiran orang. Tapi aku agak dia sedang mengenangkan perihal nasib dia. Dia nak berkerja lagi untuk membesarkan anak-anak tapi masalah pula tiba. Dulu dia berkerja di pusat spa di jakarta. Tapi gaji baru enam ratus ribu rupiah. Duit kita tak sampai dua ratus pun. Kerja kat sini boleh dapat dalam dua juta. Tu yang buatkan dia termenung agaknya. Mungkin.


Haihhh...... (tengah mengeluh ni) .. akan pergilah tukang urut aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...