Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label faris sakit. Show all posts
Showing posts with label faris sakit. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Faris ke Pantai



Semalam masuk empat hari Faris demam.
Tak mahu makan.
Minum sikit-sikit.
Tak keletah macam biasa.

Pagi semalam aku nampak dia macam tak bermaya.
Mata kuyu bagai nak tertutup.
Jalan pun tak stabil.
Merengek suruh dukung saja.


Tengahari mak dan ayah dia bawak ke AzZahrah.
Masuk air sebotol dan masuk ubat demam ikut montot.
Hospital bekalkan ubat tapi dia tak mahu makan ubat.
Dah fobia dengan ubat.
Kenapalah AzZahrah tak masukkan dia ke wad terus
tapi suruh balik bila prosedur selesai.

Bila balik dua merengek terus
Batuk belengkung-lengkung
Nafas pula macam tersekat-sekat sebab
hidung tersumbat dan kahak penuh dalam dada

Lepas maghrib bawa dia ke Pantai MC
Jumpa balik dengan doktor yang merawat dia dulu
Dr Azam
Tekaknya dah merah menyala
Tebuk lagi tangan montel untuk masukkan antibiotik dan ubat-ubatan
Melolong tak usah nak cakaplah.

Sekarang ni dalam wad
Pagi ni nanti nak pergi jenguk
selepas selesai masak memasak
kerana bibik cuti.



Ni gambar masa dah masuk wad.
Gambar dari fb maklang dia. 
Tak berapa jelas tapi mata tu dah bengkak sebab menangis dan lesu.

Makcik dan pakcik yang baca n3 ni doakan faris cepat sembuh ya!!

p/s
Sebelum ke pantai mc aku bagitahu anak aku si adik;
mak dengan ayah nak pegi pantai ni hantar faris

Adik jawab;
H'a??  Buat apa mak nak pegi pantai memalam.

Aku jawab balik;
Nak berenang dik!!!


kakpah

Thursday, July 22, 2010

Jaga-jaga kalau demam tak baik-baik

Salam.


Faris demam sejak sabtu malam ahad. Panas. Suhunya tinggi. Beberapa kali mak dan ayahnya membawanya bertemu doktor di kllinik. Makan ubat demam, baik sekejap. Kemudian panasnya membahang semula.

Aku menyarankan membawanya ke kajang medical centre. Doktor suruh balik dan habiskan ubat yang ada. Katanya tak ada apa-apa. Panas badannya baik sekejap. Kemudian panas semula. (Kajang mc pun macam spital kerajaan gak ke. Kata swasta tapi apasal hampeh gak).

Petang semalam Faris dibawa ke Pantai MC terus. Kalau di situ semua tindakan cepat. Sebab itu aku suka ke sana sahaja kalau ada yang sakit. Biar mahal tapi hati puas.

Di Pantai suhunya naik sampai 40 F. Nurse masukkan ubat dalam montot, ambil darah dan lewat petang Faris di syakki diserang denggi. Faris terus ditahan dalam wad. Sian cucu aku.








Alahai Tijah... apasallah 4 bulan baru insuran tu boleh pakai.
Aku konfiden je cakap dengan kaklong; h'a..kang masa nak register tunjukkan medical card faris tu. Hehe.. rupanya belum laku lagi. Kena rabak poket sendirilah nampaknya.

kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...