Sekarang masjid Jaaranah sudah berubah rupa. Sudah dibesarkan dan cantik. Tandas dan tempat mengambil wudhu' juga sudah berderet. Jauh berbeza daripada sebelumnya.
Dulu semasa pertama kali aku menjejakkan kaki ke tanah suci bersama emak dan abah, di masjid itu masih ada perigi. Para jemaah sering mengambil air dari perigi ini samaada untuk dibuat minum ataupun untuk tujuan lain. Ada juga aku dengar bahawa air perigi di masjid Jaaranah boleh menyembuhkan penyakit ataupun menerangkan hati-hati yang gelap.
Betul atau tidak, pikir-pikirlah sendiri tetapi ada papantanda di situ mengatakan yang air perigi itu tidak ada bezanya dengan air di tempat lain.
Lebih kurang tiga empat tahun dulu, papan tanda ini masih terpacak di tepi masjid Jaaranah tetapi diturunkan bila masjid diubahsuai.
Kami ketawa berdekah-dekah apabila membaca tulisan di papantanda ini. Nasib baik sempat mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Mungkin ada di antara anda yang sempat melihatnya semasa berkunjung ke sana. Mungkin ada juga yang tidak sempat melihatnya.Walau apa-apapun, bacalah sebagai hiburan pada sabtu ini.........
Pak-pak Arab ni main bantai je bila menulis. Tak ada yang nak mengedit. Perasan dah cukup betul dah tu...