Sebenarnya nak buat cerita lawak. Cerita yang aku menonong jalan kaki balik ke rumah sedangkan kereta aku ada di tempat parking sebelah tadika. Puas staff aku jerit-jerit sambil gelak-gelakkan aku. Aku pun tumpang menyeringai gelakkan diri sendiri. Pernah dulu sekali berlaku macam tu juga. Tapi masa tu aku dah sampai rumah pun. Tengok-tengok kereta aku tak ada. Puas juga menyelongkar otak mana perginya kereta tu. Akhirnya baru teringat yang aku ke tadika pagi tu naik kereta. Perihal yang itu staff aku tak tahu. Jadi tak adalah dapat mereka nak gelakkan aku sampai mata berair.
Tapi tak jadilah aku nak buat cerita lawak. Macam tak ada mood.
Dik.. nak pergi sekolah pukul berapa dik.
emmm... emmmm... nantilah lambat-lambat sikit.
Aku faham gelombang yang bergelora di dada. Sebab aku juga pernah dipukul gelombang itu.
Tak apalah dik.. Apa pun keputusan yang adik dapat, terimalah dengan hati terbuka sebab adik telah berusaha. Mak doakan adik berjaya.
Kepada anak-anak yang akan mengambil keputusan spm harini, tahniah pada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jadikan ia pedoman untuk membuat yang lebih baik.
ibundo
Secawan Kopi Panas
bersama ibundo
Wednesday, March 21, 2012
Monday, March 19, 2012
The power of hands
Kereta meluncur perlahan-lahan di tengah-tengah pekan kajang. Kejap-kejap tekan brek. Kejap lepas. Kejap tekan lagi. Ia gara-gara menunggu orang yang tidak berhenti-henti melintas jalan. Dan jalan mereka pula terkedek-kedek sambil melenggang-lenggang kangkung. Sabau jer lah minah oi....
Situasi itu mengingatkan aku pada lawak standing harith iskandar dalam 'lawak ker der?' yang aku tengok dalam u tube.
Singaporeans kalau nak melintas jalan mereka akan cari jalan yang ada belang-belang untuk mereka melintas. Kemudian mereka tunggu sehingga lampu yang ada gambar orang bertukar kepada hijau, barulah mereka melintas.
Malaysians beruntung kerana kerajaan begitu baik menyediakan sepanjang-panjang jalan untuk mereka melintas. Sebab apa? We Malaysians believe in the power of hands....
Haha.. aku tersengih-sengih melihat lawak harith iskandar kerana memang terbayang di ruang mata aku akan orang melintas jalan di jalan TAR sambil mendepakan tangan dan membuka tapak tangan seluas-luasnya serta berkumat kamit 'tunggu..tunggu...!!' atau pun cakap bahasa omputih 'stop..stop...!!'
Dan selalunya kuasa tangan akan membuat pemandu memperlahankan kenderaan. Namun tak kurang juga kenderaan yang berdesup terus malah ada yang melanggar mereka yang melintas. Mungkin tangan mereka tidak berapa berkuasa.
Pada kita jejantas ataupun zebra crossing adalah menyusahkan. Kita cuma mahu ke seberang jalan saja sedangkan tempat menyeberang yang disediakan adalah terlalu jauh untuk kita menapak. Di pekan kecil seperti kajang pula, satu tempat melintas pun tak ada disediakan. Apa pilihan yang kita ada? Melintas sajalah sesuka hati dengan menggunakan the power of hands.
If you want to cross the road, use the zebra crossing. You cannot simply cross the road anywhere you like because if anything happens to you, the authorities do not hold the responsibilities.
Itu kata tourist guide semasa di korea haritu.
Adakah kita ni mengada-ngada, manja dan kurang berdisiplin?
Apa-apa pun aku memang anti dengan orang yang melintas jalan terhegeh-hegeh dan melenggang kangkung seperti jalan tu dia yang empunya.

Labels:
bebel
Sunday, March 18, 2012
Saman
Aku menerima panggilan dari abang aku di kampung.
Pah.. ado surat saman untuk abah ni. Dan dia terus menerangkan tentang bil telefon abah yang telah banyak tahun tertunggak. Halnya, talian itu tidak digunakan lagi sebab abah dah pindah duduk dengan aku. Silapnya, abah tidak pergi ke pejabat telekom di kuala pilah untuk menamatkan talian dan memotong namanya.
Sebelum ini pun ada beberapa pucuk surat yang berirama sama. Tindakan akan diambil sekiranya gagal membuat bayaran. Aku tidak berapa mengambil acuh, pertama sebab jumlahnya hanyalah seciput. Kedua, untuk ke kuala pilah menguruskan hal tersebut aku terpaksa mengambil waktu dan hari berkerja dimana itu adalah sukar sedikit untuk melakukannya. Ketiga, abah mengatakan 'alah.. cakap yo nak saman tu. Takdo mano e tu doh. Pedulikkan yo lah'.
Oleh sebab acuh tak acuh aku jadi terlupa terus tentangnya sehinggalah diingatkan kembali oleh surat ugutan yang dikatakan oleh abang aku.
Pah, dio cakap kalau tak buek bayaran dalam maso sominggu ni, abah akan diambil tindakan mahkamah.
Barulah aku merasa kecut sedikit.
Aku menelefon nombor kontek yang diberikan di surat itu. Orang yang menjawab tidak pun menunjukkan kekuasaannya untuk menyaman orang. Tidak ada suara yang membuat aku merasa takut, gentar dan membikin badan aku menggeletar.
Abis, macam mana ni. Saya kalau boleh nak setel cepat, tanya aku.
Ala.. cik pegi je bayar kat TMNet. Mana-mana pun boleh.
Kenapalah tak dibagitahu awal-awal. Kenapalah aku tak terpikir untuk berbuat demikian. Kalau dari dulu aku tahu, kan senang cerita.
Begitulah kuatnya kuasa menyaman. Asal ada saman saja, menggelabah. Saman mpkj. Saman kereta. Sedihnya kereta yang disaman itu pemandunya bukan aku. Aku adalah pemandu yang berhemah...Betul!!
Semalam terbaca berita di surat kabar berkenaan seseorang yang menang saman dengan pizza hut sebab dalam spageti yang diodernya ada kaki lipas.
Teringat pula aku akan perihal ferrero roche yang dibeli oleh anak aku sempena hari ibu yang lepas. Terdapat ulat yang masih menggeliat segar semasa aku membuka pembungkusnya. Aku cuma memulangkannya semula dan meminta yang baru. Banyak kalanya sesuatu itu berlaku bukan di atas kehendak mereka. Bukan juga kehendak kita.
Kita semua belajar daripada kesilapan. Kan?

begitu begini
Friday, March 16, 2012
kisah di pasar segar yang tak sesegar mana pun
Bukan tak ada bakul. Bertingkat-tingkat atas lantai. Tapi dia letak juga atas kaunter. Ambil satu letak kat kaunter. Ambil satu letak kat kaunter. Bersepah-sepah atas kaunter tu.
Ada yang lagi pandai. Ambil barang masuk dalam bakul. Bila dah separa penuh, dia letak bakul atas kaunter. Lepas tu dia pergi cari barang lain. Bila dah dapat barang yang dicari, masukkan ke dalam bakul yang dia letak atas kaunter tadi. Lepas tu blah lagi cari barang lain pula.
Ni dah dikira macam booking line dah ni. Habis, orang lain yang macam aku ni yang dah selesai mencari ikan, udang, sotong , sayur bagai dan nak buat bayaran, kan dah susah. Mana space nak letak bakul satu hal. Nak pikir sama ada letak bakul aku kat depan barang diorang atau kat belakang barang diorang pun satu hal jugak.
Sudahnya aku kuis-kuis ikan sayur bawang yang bersepah atas kaunter dan juga tolak bakul yang tuannya entah kemana itu ke belakang.
Okay dik, kira., aku cakap.
Aku tengok sekejap lepas tu macam sekelip mata saja yang empunya bakul berdiri di sebelah aku. Dan aku buat-buat bodoh.

Wednesday, March 14, 2012
Demi Masa
Semalam semasa masak-masak di dapur, bibik siti membuka bicara;
Dua tahun lagi saya dah masuk 50 buk.
Sebelum sebelum ini dia sering mengadu tentang kitaran periodnya yang tak menentu. Datangnya pula ada kalanya banyak yang teramat. Adakalanya sedikit sahaja tetapi berlarutan. Adakalanya lagi sampaikan berguling-guling menahan kesakitan sehingga terpaksa berbaju tebal dan berselimut di atas katil menanggung azab.
Dah nak sampai penghujunglah tu siti, kata aku bila dia mengadu.
Berlalunya masa bagaikan tidak terasa. Padahal semasa dia mula bekerja dengan aku umurnya baru dalam 30han. Dua orang anaknya masih kecil dan bersekolah rendah. Kini dia telah pun mempunyai seorang cucu yang hampir mencecah tiga tahun.
Pantas betul masa berlalu.
Pagi bertukar ke malam sedangkan ada kerja lagi yang belum beres. Malam bertukar pula ke siang menjanjikan tugas-tugas baru sekali gus menokok tambah kerja-kerja semalam. Tahun baru makin di tinggalkan ke belakang. Ramadhan makin menghampiri lagi memberi peringatan pada mereka yang belum menyelesaikan hutang puasa yang lalu.
Rambut dah banyak yang putih ni..
Kata suami aku semasa menyelak-nyelak rambut aku di kepala.
Dah tua, macam tu lah..
Balas aku menyeringai, mengingati janggutnya yang dulu hitam berkilat tetapi kini hanya uban yang berjuntaian.
Dan aku memerhatikan anak-anak aku seorang lepas seorang yang juga menginjak dewasa sewaktu dengan peredaran masa.
Tadi mak beli jam, kata aku di meja makan malam tadi.
Aik? Dah lama mak tak pakai jam. Kenapa sekarang?
Senang mak nak tengok waktu. Leceh nak tengok jam di henfon.
Berapa banyak masa lagikah yang kita ada di dunia ini ?

Tuesday, March 13, 2012
Multi-tasking
Buat ini. Buat itu. Kemudian buat ini ini pula dan itu itu pula sehinggalah senarai keinian dan keituan berlarut-larutan sehingga tidak tertampung otak untuk mengingatnya.
Bunyinya memang mudah. Tak ada pekerjaan. Suri rumah.
Tapi dalam tak ada kerja itu si perempuan bangun pagi-pagi sebelum subuh menyiapkan sarapan untuk suami yang hendak ke pejabat dan anak-anak yang hendak ke sekolah. Kemudian terkocoh kacah pula menyiapkan diri untuk menghantar anak ke sekolah sekiranya agenda menghantar anak itu termasuk dalam senarai penjimatan perbelanjaan. Dan dalam pemanduan, otak terus berpikir-pikir apa untuk dimasak tengahari dan malam.
Itu belum lagi termasuk hal-hal mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk yang tak berkesudahan, membasuh dan menyidai baju sedangkan yang dibasuh semalam masih terlonggok belum berlipat dan bergosok. Sekiranya ada anak kecil terpaksa pastikan pula keadaan lampin, lapar dahaga dan terutamanya keselamatan anak itu. Dan ia menjadi rutin yang diulang dan diulang dan diulang sehinggalah uban memenuhi kepala.
Kedengaran di corong radio beberapa minggu lepas bahawa wanita kita ini sudah menjadi terlalu manja kerana terlalu mengharapkan pada bantuan tenaga kerja indonesia dalam hal-hal menguruskan rumah tangga. Dari beberapa segi memang ada kebenarannya. Anak-anak menjadi kurang bertanggung-jawab. Tugas dialih sepenuhnya pada bibik sedangkan anak bersantai-santai manja mengulit diri sendiri, mengurung diri di bilik melayan internet dan hanya menunjukkan muka untuk mengisi tembolok.
Dari satu segi yang lain, perempuan seperti aku memangnya perlukan pertolongan. Kerana aku bukan tergolong dalam barisan perempuan mithali yang mengulang-ulang rutin pekerjaan rumah tangga dari hari ke minggu ke bulan ke tahun-tahun sehingga uban memenuhi kepala.
Aku dulu amat mengkagumi emak yang tidak mempunyai pekerjaan tetapi jarang aku tengok dia melepak-lepak menikmati ketidak-punyaan-kerjanya itu. Sejak celik mata sampailah matanya pejam selepas isyak (masa aku kecil, tak ada letrik, tak ada tv dan pukul sembilan kampung sudah gelap gelita. Jadi aku andaikan emak sudah tidur pada waktu itu) emak sentiasa ada saja yang dibuatnya. Bayangkan ketika itu tidak ada mesen basuh dan tidak ada periuk letrik. Untuk menggosok baju pun perlu gunakan arang dan tidak boleh pula di sesuaikan tahap kepanasannya.
Mungkin minat aku menjahit yang meluap-luap satu ketika dulu datangnya dari keterujaan aku melihat emak menjahit pakaian. Aku menjadi peminat setia emak dan mula memberanikan diri memotong dan menjahit baju sendiri semasa aku dalam tingkatan satu. Tapi minat aku tidak kekal lama kerana diganti dengan minat lain yang lebih memberi kepuasan.
Namun, walaupun aku bukan perempuan yang dikategorikan sebagai 'tidak mempunyai pekerjaan', aku masih tetap mempunyai senarai untuk membuat itu dan membuat ini. Bukankah kita semua begitu? Ada kalanya senarai aku pendek sahaja. Tapi banyak kalanya senarai aku panjang berjela sehingga tidak tertampung oleh otak aku untuk menyimpannya. Bila terjadi demikian maka berlaku perkecamokan dalam otak.
Yang itu jadi begini. Yang ini jadi begitu. Yang sepatutnya jadi begini sudah menjadi begitu pula.
Kak! mana borangnya kak.
Bukan.. Borang deposit untuk caruman kwsp dan socso ni.
Alamak!! Aku tepuk tepuk dahi.
Padahal bukan sekali ni aku melakukannya. Malah sudah berbelas tahun.

Tu!!.. yang tu borang kwsp. Yang tu borang socso.
Bukan.. Borang deposit untuk caruman kwsp dan socso ni.
Alamak!! Aku tepuk tepuk dahi.
Bagi akak borang. Apasallah boleh terlupa ...
Padahal bukan sekali ni aku melakukannya. Malah sudah berbelas tahun.
ibundo
Labels:
begitu begini
Subscribe to:
Posts (Atom)