Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label AULAD ACTIVITIES. Show all posts
Showing posts with label AULAD ACTIVITIES. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

BOMBA

Siapa dah besar nak kerja bomba!!!
Saya!!!!!    semua pakat angkat tangan.

Siapa dah besar nak kerja polis!!!
Saya!!!!     semua pakat angkat tangan.

Siapa dah besar nak kerja cikgu!!!
Saya!!!!   semua pakat angkat tangan.




Ish.. tak ada pendirian langsung anak-anak ni..hehe. Ini semua penangan pergi buat lawatan ke balai bomba bandar baru bangi.  Anak-anak enam tahun dan lima tahun di main branch pergi khamis lepas 14hb.  Semalam 18hb, anak-anak 4 tahun di main branch dan semua anak-anak di bangi  perdana (kecuali anak-anak playschool).



Rata-ratanya semua bersemangat nak naik bas dan pergi melawat bomba. Kalau dah cikgu-cikgu pun teruja, apatah lagi anak murid........kan..




 Terima kasih banyak-banyak kepada instructor encik mazlan kerana sudi dan bersusah payah melayan anak-anak ini.




Kalau rumah terbakar nak buat apa?
Lari keluar!!!!!!
Keluar kemana?
Padang!!!!  Ada satu suara yang menjawab.
Betul!... pandai!...



Kalau baju terbakar kita nak buat apa?
Beli baru!!!!!!
HAHAHAHA......



Kalau baju terbakar, kita la?....
RI!!!!!!!!!
Kemudian kita berhen?
TI!!!!!!!!!!
Lepas berhenti kita go?
Senyap.
Lepas berhenti kita go?............................................................ lek!!!!
Lepas berhenti kita go?
LEK!!!!



Lepas sorang sorang nak cuba aksi lari-berhenti-golek.  Tapi mana boleh semua.

Siapa tahu kalau rumah kita penuh asap kita nak buat apa?
Senyap.
Kalau rumah kita penuh asap kita kena keluar merangkak.
Kalau rumah kita penuh asap kita kena merang?
KAK!!!!

Lepas tu sorang sorang pula buat aksi merangkak.



KAMI SEDIA BERKHIDMAT!!!!
Aku sendiri pun rasa nak sarung je jeket bomba ni.






Di bawah ini pula acara yang paling dinantikan. Main air dan naik kereta bomba..

 












Well.... satu trip yang banyak mengandungi pengetahuan.
Where else to go guys!!






Bye..bye bomba.  Terima kasih dan jumpa lagi!!
Ash!!!! apasal blog engkau berkunci aku tak boleh masuk?

ibundo

Saturday, July 7, 2012

Trip To Sunway Lagoon

Memendekkan cerita yang panjang:
Satu
Hari ini Sabtu 7 Julai Tadika Aulad dan Pasti Bandar Baru Bangi buat lawatan ke Animal World di Sunway Lagoon. Jumlah bas - 4 biji.

Dua
Aku ditegur oleh seseorang lebih kurang begini:
Ni kakpah ke
Haah.. ni siapa?
pB
Aku blur.  Memang blur..
pB, Pulut Bakar.
pB... ulangnya berkali-kali bila tengok aku masih blur.
Kemudian baru sesuatu klik dalam otak aku.
OOooooooo... pB!!!!
Dan aku peluk-peluk dia, seorang blogger yang sering juga lalu lalang di sini. Maaflah pb.  Kakpah ni bukan setakat jalan je yang dah slow.  Ingatan pun dah tak power lagi dah.. haha..
(Gambar anak pb yang kakpah ambil tak jadi sebab tak setting betul-betul.  Gambar pb okay tapi tak leh letak kat blog kan? hii..)

tiga
Masa aku booking tarikh nak buat lawatan ni, tak ada pula diberitahu yang harini ada belas ribu orang TM buat family day kat sunway lagoon.  Punya la ramai oranggggggg...

empat
Seorang murid aku cakap, ummu... boleh tak nisya nak naik tu sambil menunjukkan pada mainan yang ada di situ.
Aku jawab, Tak boleh.  Kita boleh naik bas je.












Mereka terlopong nengok benda ni. Gambar ni menunjukkan dia tengah berhenti beberapa saat di bahagian paling atas.  Kepala semua terbalik ke bawah..


Sekian catatan panjang yang telah dipendekkan.  Kaki tengah berdenyut-denyut kepenatan ni....


ibundo

Monday, May 31, 2010

TEACHER'S TRIP

Salam.


Hari Jumaat lebih kurang jam 7.30 pagi kami sama-sama bersesak menuju ke utara, Cameron Highland. Guru-guru yang kebanyakannya masih bujang, menaiki bas sementara aku sekeluarga naik kereta kerana tidak tahan pening bila naik bas.



Sebelum pergi, aku siapkan rendang kira-kira boleh tahan untuk dua hari untuk abah dan anak-anak yang tinggal. Adik yang pada mulanya mahu ikut sama, kensel saat terakhir kerana hari isnin ada exam. Usen yang mulanya nak ikut juga, kensel. Basyir asek tanya apa ada kat CH. Aku cakap yang lain-lain boleh dapat di sini tapi cuaca nyaman ada di atas sana. Apa-apa pun ada juga orang yang nak menemankan abah (atau abah yang menemankan diorang?).


Walaupun kenderaan banyak, perjalanan lancar dan kami tiba di CH sebelum solat jumaat. Setelah checked ini di apartment, kami rehat-rehat melakukan aktiviti bebas sebelum keluar meronda pada sebelah petang. Kami cuma ke Brinchang menjamu mata di pasar malamnya.



Yang sorang anak aku, sorang lagi bibik aku si ros.

Bibik aku siti di sebelah kiri dan dua orang kawannya(juga bibik) yang nak ikut serta.



Dan juga menjamu perut. Makanan yang dijual agak menyelerakan.





Mestilah ada strawberry.



Hari kedua, pagi-pagi lagi ke Mardi.



Kirin dan Man. Man masih amatur, baru cuba belajar...
Aku juga banyak lagi nak belajar dalam hal ambil gambar ni.
Ada sesiapa nak bagi kursus?




Banyak juga bunga yang terdapat di Mardi. Ini di antaranya:





Kemudian naik bas menuju ke Taman ros. Dari Brinchang ke Taman ros cuma beberapa kilometer tapi kami terperangkap dalam kesesakan yang teruk. Setelah beberapa jam menahan pundi-pundi yang hampir pecah, semua meluru menuju ke taman ros tetapi terpaksa melalui halangan dengan membayar 4 ringgit. Mahalnya untuk ke tandas (sebenarnya entrance fee ke taman).

Bunga-bunga yang ada di Taman Ros:




Cantik-cantiknya bunga ros ini. Kenapa bila aku tanam bunga tak secantik yang aku lihat di sini.



Oleh kerana masa banyak terbazir di dalam bas (jem pergi, jem balik) kami akhirnya balik ke bilik saja dan ke pasar untuk membeli sayur-sayur pada hari ke tiga.



Lebih kurang jam 12.30 tengahari semalam, kami bertolak balik dan kumpulan yang menaiki bas singgah di Bharat tea, Tapah dan terperangkap dalam jem yang panjang kerana ada accident.

Aku dan keluarga singgah lagi di tanah rata dan sampai di rumah jam 5.50 petang. Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...