Mak!!!!
lengkuas ada tak.
Ada!!
Yang mana satu ek?
Yang macam halia tu.
Oooo ... wokeh..
Sejak bibik tak ada ni Kirin berkobar-kobar turun gelanggang dapur. Aku dah cakap dah. Kalau gini gayanya, memang sah sah dah boleh kawin. Tapi dia ngelak-ngelak sambil gelak-gelak cakap suruh aku je yang carikan calon.
Haha.. teringat pula aku akan drama melayu yang selalu cakap:
Bila lagi engkau ni nak berumahtangga. Teringin benar mak ni nak menimang cucu sebelum mak menutupkan mata. Kehkeh..
Mak nak masak apa pulak tu.
Masak ayam,
sambil aku ke peti ais mencari-cari sesuatu.
Mak cari apa?
Lengkuas.
Ni ha ada lebih Kirin pakai tadi.
Oo ye ke. Mana?
Ni ha..
Ni kunyit!!!! Bukan lengkuas.
Hehehe... patutlah. Tadi pikir pikir jugak apasallah kuah ni jadik kuning!!!!
ibundo
Followers
jom klik
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, December 16, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Lagu raya sana sini
Sudah seminggu aku bercerita pasal banjir manusia. Dalam masa seminggu itu, tempat-tempat menyoping makin sesak tak boleh bernapas. Hari ahad haritu aku ke warta. Bukannya aku saja-saja suka meredah banjir tapi aku menemankan hasben aku yang nak beli beras basmathi. Dah alang-alang pergi, aku carilah bahan-bahan aku nak masak di giant. Belum pun pukul sebelas tapi tempat parking dah tak ada. Aku kena park kereta nun jauh di jalan besar depan bus stop. Lepas tu berekor-ekor dengan hasben aku menapak ke dalam warta. Dan lepas tu pulak berekor-ekor menapak ke kereta sambil menjinjing beras dan segala bagai. (Aku jinjing satu plastik je yang ringan. Hasben aku yang berpeluh-peluh bawak yang berat-berat. Orang sayang bini macam tu lah)
Terkenang pula aku perihal kami masa zaman ekonomi kami masih meleset. Masa tu anak-anak masih kecil. Berderet macam anak tangga. Baru lima orang rasanya masa tu. Tempat kami membeli belah terutamanya bila nak raya adalah di Globe Silk Store. Aku tukang cari barang. Hasben aku tukang jaga anak. Teringat lagi aku hasben aku duduk atas kerusi JAGA yang ada di tepi lift sambil main duduk bangun duduk bangun kejar sana kejar sini dengan anak-anak aku yang tak reti duduk diam.
Masa tu aku jahit baju anak-anak aku sendiri. Anak-anak aku yang empat di atas adalah perempuan. Aku beli kain dan aku jahit. Macam-macam pesen aku jahit. Aku jahit baju kurung bodo. Aku jahit maxi yang beropol-ropol. Nak senang kerja aku, aku beli semua kain serupa dan jahit pattern serupa. Satu hari raya boria hamirdin keluar rumah pergi surau dan berjalan raya. Masa tu aku pakaikan diorang apa pun manalah diorang nak kesah. Janji, baju baru.
Itu baru bab baju. Masuk bab kasut lagilah pening kepala. Masuk kedai kasut ni, tak ada yang pekenan. masuk kedai kasut nun, yang pekenan ada tapi tak ada saiz pulak. Habis kedai-kedai kasut di jalan TAR kami redah. Itu belum masuk lagi bab anak-anak yang cuit sana cuit sini. Penat dan mencabar sungguh. Beberapa tahun lepas tu bila anak makin bertambah, kami memilih untuk menyoping hari raya pada bulan Syaban. Kalau penat lepas tu boleh pergi makan dan minum.
Bila ekonomi dah okay sikit, kami dah tak menyoping di jalan TAR dan di globe lagi sebab duit pun dah ada lebih sikit untuk beli baju yang ada brand kikila la ke, anakku ke. Kami berubah arah ke Jusco Taman Maluri pula. Masa tu anak dah ada tujuh orang. Tiga orang di bawah tu lelaki dan lasaknya anak-anak lelaki aku ni nak cerita pun payah. Kaklong dah sekolah menengah dan dia dah boleh kawal adik-adiknya yang perempuan. Tapi yang lelaki tiga orang, hasben aku kena longgokkan dalam troley. Kalau tak mereka susup sasap masuk bawah baju, bukak lemari simpan baju, usik sana sini. Kalau aku dah rimas, orang yang nengok lagilah rimas. Sabau je la. Mengenang balik ke masa lalu, macamana lah aku boleh menjadi orang yang sabar membesarkan anak-anak aku yang rapat-rapat selang setahun, selang setahun setengah...
Adik, anak bongsu aku, agak jarak. Jarak pun cuma beza tiga tahun saja dari abangnya.
Bila anak-anak aku dah besar dan di kajang pun dah ada Parkson, kami ke parkson je. Lepas tu, kitorang bagi duit dan mereka cari sendiri baju raya yang mereka nak. Bila dah ada yang bekerja, yang bekerja tu cari baju raya sendiri. Dan aku? Masa anak-anak dah besar ni aku pun dah tak berselera nak pakai baju raya. Pakai je apa yang ada.
Moral of the story, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada sesiapa saja yang menyinggah di sini. Raya lagi 5 hari. Hari khamis orang dah berduyun balik kampung sebab sekolah dah cuti. Aku dulu sama berduyun balik kampung. Sekarang, kampung aku adalah di sini. Aku raya di sini.
Selamat hari raya dan mohon maafkan segala salah silap.

Wednesday, August 1, 2012
Buka Puasa
Waktu berbuka puasa adalah waktu yang meriah di rumah aku. Semua anak-anak dan menantu berkumpul. Satu meja yang berkerusi lapan tidak cukup untuk menampung keluarga besar aku. Kena tambah dengan dua meja lipat yang diletak di hujung kiri dan kanan meja dan ditambah pula dengan beberapa kerusi lagi.
Jumlah semua? Anak-anak yang lapan ditolak satu kerana berada di kuala nerang. Tinggal tujuh campur menantu tiga orang, jadi sepuluh. Campur aku laki bini, jadi dua belas. Campur abah, tiga belas. Campur bibik dua orang, lima belas. Masuk Faris dan Maryam yang sama-sama sibuk di meja makan, jadilah tujuh belas. Itu tak termasuk baby yang hanya tergolek-golek dalam basket.
Hari-hari aku sediakan makanan. Tak perlu ke pasar ramadhan cari makanan tambahan kerana yang aku masak pun lebih daripada cukup. Memang hari-hari aku masak sedap-sedap (erk..) untuk meraikan mereka yang berpuasa ini.
Kalau keluarga besar macam ni, tentulah aku masak banyak kan? Kalau masak nasi biasa, aku akan masak 8 pot (pot rice cooker) nasi. Kalau masak nasi 'luar biasa' aku masak 10 pot. Bila masak nasi ayam, aku perlu masak 3 ekor ayam sederhana besar. Begitu juga dengan ayam percik aku perlu masak 3 ekor. Kalau masak dua ekor, mahu ada yang makan kuah dan jilat jari je kang. Bila buat siakap masak masam manis atau masak goreng tomyam, aku kena sediakan 4 ekor ikan sederhana besar.
Dulu-dulu sekali dalam bulan ramadhan, kami ramai-ramai berbuka puasa di hotel atau restoren yang kami rasa menyediakan makanan enak. Tapi tujuh lapan tahun kebelakangan ini kami dah tak pernah pergi lagi kerana bukan saja membazirkan duit yang banyak untuk makan di situ tapi menyusahkan untuk bersolat maghrib dan tergesa-gesa pula pulang untuk tarawih.
Aku seronok menyediakan makanan. Aku seronok bila mereka makan dan mengatakan apa yang aku masak itu sedap. Dan aku seronok bila melihat makanan itu semua habis dimakan. Jarang sekali berlebih. Jarang sekali lauk pauk dihangatkan untuk makan semasa sahur kerana tidak ada benda yang nak dihangatkan.
Jordan juga aku rasa paling kenyang sebab dapat makan tulang temulang yang dilambakkan dalam bekas makanannya. Dia pun kendurikan makanannya bersama dengan kucing-kucing lain yang datang mengendeng-ngendeng.
Harini nak masak apa? Dah ada dalam perancangan.

Sunday, July 29, 2012
Semalam yang hilang
Persiapan semuanya dah dibuat sebelum puasa. Ke hulu ke hilir pergi tesco. Ke hulu ke hilir pergi ekonsef. Lepas tu pergi pula kedai makcik untuk beli container bagai sebab kedai yummie sesak ya rabbi. Pendek kata semangat tu memang berkobar-kobar habis. Sampai ke tahap paling maksima aku rasa.
Hari pertama puasa keadaan dapur aku agak huruhara dengan anak-anak yang sama-sama turun tangan. Anak yang ini buat itu. Anak yang itu buat ini. Aku lagilah. Berpencak silat sampai tak cukup kaki tangan. Dan tak cukup lantai jugak sebab terloncat sana sini.
Pukul 3 setengah lebih kurang, anak-anak aku load barang dalam unser dan berdesup pergi ke lokasipenggambaran perniagaan.
Begitulah cerita permulaannya lebih kurang.
Semalam semasa ke pasar membeli sayur dan barang keperluan memasak, Gee terjerit-jerit dari jauh sambil datang mendekati aku.
Akak nak meniaga ke tak. Kalau tak, kitorang nak pulangkan balik duit bayaran tapak tu.
Aku jeling-jeling anak aku sambil aku kata, ntah.. dia ni ha. Cubalah tanya dia.
Anak aku jeling jeling aku balik, mak ni!!!
Sambungan daripada cerita permulaan tadi, petang itu berlalu dengan pelanggan yang tidak berapa ramai yang datang. Antara faktor yang kami dapat simpulkan:
-hari pertama puasa orang ramai balik kampung.
-tahun ini adalah tahun pertama kawasa pasar basah bandar baru bangi dijadikan pasar ramadhan dan ramai yang tidak tahu akan terdapatnya pasar ramadhan di situ.
-orang berpusu-pusu ke pasar ramadhan fasa 1 berdekatan dengan shell kerana tempat itu sudah established.
Tapi percubaan pertama yang dianggap gagal itu telah membuatkan anak-anak aku patah semangat. Semangat yang terkobar tahap maksima merudum terus ke tahap paling bawah. Mungkin lebih bawah daripada yang bawah.
Bukan duit semata-mata yang mahu dicari. Yang ada ini pun insyaallah lebih daripada cukup. Cuma ingin menjinakkan diri anak-anak dalam dunia perniagaan. Tambahan pula aku memang minat memasak dan ingin memasarkan kebolehan serba sedikit ini.
So.. macamana. Nak teruskan ke taknak?
Entahlah..
Tapi bagi hasben aku, pendapatnya mudah saja.
Tak payahlah meniaga bulan puasa ni. Penat. Nanti malam dah nak tarawih. Kalau dah penat, tarawih pun tuang nanti.
Begitulah ceritanya. Menjual nasi lemak pandan dan nasi lemak carrot yang diwarwarkan itu sekerat jalan pun tak sampai. Namun semalam tempahan nasi lemak carrot 60 bungkus semacam menjadi pengubat kepada cita-cita yang tidak kesampaian.
Sekian.
p/s tajuk tu kena sipi-sipi je. haha saja nak bagi gempaq .
Hari pertama puasa keadaan dapur aku agak huruhara dengan anak-anak yang sama-sama turun tangan. Anak yang ini buat itu. Anak yang itu buat ini. Aku lagilah. Berpencak silat sampai tak cukup kaki tangan. Dan tak cukup lantai jugak sebab terloncat sana sini.
Pukul 3 setengah lebih kurang, anak-anak aku load barang dalam unser dan berdesup pergi ke lokasi
Begitulah cerita permulaannya lebih kurang.
Semalam semasa ke pasar membeli sayur dan barang keperluan memasak, Gee terjerit-jerit dari jauh sambil datang mendekati aku.
Akak nak meniaga ke tak. Kalau tak, kitorang nak pulangkan balik duit bayaran tapak tu.
Aku jeling-jeling anak aku sambil aku kata, ntah.. dia ni ha. Cubalah tanya dia.
Anak aku jeling jeling aku balik, mak ni!!!
Sambungan daripada cerita permulaan tadi, petang itu berlalu dengan pelanggan yang tidak berapa ramai yang datang. Antara faktor yang kami dapat simpulkan:
-hari pertama puasa orang ramai balik kampung.
-tahun ini adalah tahun pertama kawasa pasar basah bandar baru bangi dijadikan pasar ramadhan dan ramai yang tidak tahu akan terdapatnya pasar ramadhan di situ.
-orang berpusu-pusu ke pasar ramadhan fasa 1 berdekatan dengan shell kerana tempat itu sudah established.
Tapi percubaan pertama yang dianggap gagal itu telah membuatkan anak-anak aku patah semangat. Semangat yang terkobar tahap maksima merudum terus ke tahap paling bawah. Mungkin lebih bawah daripada yang bawah.
Bukan duit semata-mata yang mahu dicari. Yang ada ini pun insyaallah lebih daripada cukup. Cuma ingin menjinakkan diri anak-anak dalam dunia perniagaan. Tambahan pula aku memang minat memasak dan ingin memasarkan kebolehan serba sedikit ini.
So.. macamana. Nak teruskan ke taknak?
Entahlah..
Tapi bagi hasben aku, pendapatnya mudah saja.
Tak payahlah meniaga bulan puasa ni. Penat. Nanti malam dah nak tarawih. Kalau dah penat, tarawih pun tuang nanti.
Begitulah ceritanya. Menjual nasi lemak pandan dan nasi lemak carrot yang diwarwarkan itu sekerat jalan pun tak sampai. Namun semalam tempahan nasi lemak carrot 60 bungkus semacam menjadi pengubat kepada cita-cita yang tidak kesampaian.
Sekian.
p/s tajuk tu kena sipi-sipi je. haha saja nak bagi gempaq .
ibundo
Tuesday, July 17, 2012
Asal tak mudarat okaylah tu
Aku pakai sabun dalam botol tu bila mandikan faris. Peliknya bila kena kat kepala, buihnya banyak. Tapi bila sampai kat badan, aku kena bubuh banyak-banyak. Mmmm.. faris ni memang mengada-ngada kalau bab mandi. Kalau ada nenda, meraung-raung dia tak akan mahu mandi dengan emaknya. Bila ada atuknya, dia akan pilih atuk pula dan suruh nenda duduk jauh-jauh.
Memanglah aku pelik tetapi tak pula mengambil masa untuk melihat apa yang tertulis di luar botol. Sebab utama, aku tak boleh nak baca kalau tak pakai cermin mata. Dan aku tak kuasa nak keluar bilik ambil cermin mata untuk baca apa yang ditulis.
Sehinggalah satu hari;
Mak.. sabun faris mana.
Tu dalam bilik air tu.
Mana ada.
La.. hari-hari mak pakai mandikan dia tu apa.
Tu bukan sabun la mak. Tu syampu..
Hikhik... syampu pun dah kira macam sabun juga kan? Apasal mak dia tak belikan sabun dua alam yang boleh pakai kat badan dan kat kepala sekali gus.
Pagi tadi aku mandikan Fahim baby kecil yang sekarang ni dah naik 3 kilo. Emaknya belum sehat nak mandikan dia. Ayahnya lagilah tak pandai nak mandikan. Akulah yang ambil alih tugas dan aku lakukan dengan rela hati.
Selesai mandi ayahnya menjenguk.
Mak guna sabun apa tu mandikan fahim.
Sabun ni lah.. aku tunjukkan bekas bewarna hijau di tepi gayung.
Tu sabun basuh botol lah mak..
Hikhik... sabun basuh botol pun ada buih juga kan?

Thursday, July 5, 2012
Jadi bidan lagi!!!!
New addition to the family.
Datangnya awal dari jangkaan. Alhamdulillah sihat.
Dah berapa orang cucu aku. Nanti jap kira...
Faris, Maryam, Haffiy..... Fahim.
Eh... dah empat?..

Monday, July 2, 2012
Kunci opis aku dah jumpa ke belum pah!!
Agak-agak baru sampai sungai buluh, dia telefon aku.
'Cuba cari kunci kat almari tempat sembahyang. Mungkin letak kat situ. Semalam masa masukkan kereta, kunci tu ada'
Aku jawab dengan k yang panjang. Kkkkk.....
Puas aku kelobek belakang sejadah. Celah-celah rehal. Tepi-tepi kitab. Aku dongak ke atas. Aku tunduk ke bawah. Aku meniarap tengok bawah almari. Jangankan nak nampak kunci, bayang pun tak ada. Give up, aku naik masuk dalam bilik aku dan on laptop. Nak tanya faris, dia pula terus ke tadika mengikut emaknya. Tengahari baru datang.
Satu jam lepas tu dia sms.
Jumpa tak?
Lepas tu aku terima sms lagi;
Dah jumpo. Bilo ekau kato dalam beg, den buko jeng jeng.. ado.
Ek ele laki aku ni....
nota: Satu ketika dulu aku ke hulu kehilir, turun naik, ke luar ke dalam, ke atas ke bawah mencari kunci kereta. Rupa-rupanya kunci kereta aku ada dalam poket seluar hasben aku. Seluar tu pula sedang dipakainya kat opis.

Tak jumpa. Dalam beg opis dah tengok ke belum. Cuba tengok!!
Lepas tu aku terima sms lagi;
Dah jumpo. Bilo ekau kato dalam beg, den buko jeng jeng.. ado.
Ek ele laki aku ni....
nota: Satu ketika dulu aku ke hulu kehilir, turun naik, ke luar ke dalam, ke atas ke bawah mencari kunci kereta. Rupa-rupanya kunci kereta aku ada dalam poket seluar hasben aku. Seluar tu pula sedang dipakainya kat opis.
Kunci aku mana pah!!!!
Monday blues..
Segalanya macam malas harini. Namun pagi pagi lagi dah kelam kelibut sebab hasben aku mencari kunci opisnya tak jumpa-jumpa. Sampai dah bertolak pergi opis pun kunci tak jumpa-jumpa jugak. Aku rasa mencari benda hilang ni dah menjadi perkara normal bagi kami berdua. Maklumlah.. ingatan dan tak sepower dulu.
Semalam mak faris mencari sesuatu ke hulu ke hilir, ke luar ke dalam. Bila tak berjumpa, dia tanya aku. Manalah aku tau. Peliknya Faris macam tahu-tahu je apa yang dicari oleh emaknya.
'kat luar!!!'.. kata faris
'Ha? kat luar? '. Maknya bergegas pakai tudung dan mencari kat luar rumah. Memang betul. Benda yang dicari tu terlepak atas rumput tengah laman.
Rasanya nanti kang faris datang nak tanya kot kot dia tahu mana kunci atuknya.
Sekian.
Pendek lebih baik daripada tak ada langsung.

Saturday, April 7, 2012
Saturday, March 24, 2012
Thursday, March 22, 2012
Protes
Faris dah nak masuk tiga tahun bulan April ni. Tiga tahun? Baru lagi rasanya dia menumpang glemer dalam blog nenda. Ramai yang dah kenal faris kan? Faris yang montel. Faris yang berambut kerinting. Faris yang saaaaangat comel. Hukhuk.. perasanlah faris.
Sejak kebelakangan ini, susah sangat aku nak mengambil fotonya. Bila aku arahkan lense kepadanya, dia akan berpaling ke belakang. Dia suruh aku ambil gambar pokok. Dia suruh aku ambil gambar jordan. Dia suruh aku ambil gambar benda lain dan bukan dia.
Petang tadi bila aku ajak dia berposing, dia buat muka macam-macam. Macam yang di bawah ni. Tengok tu! Tanda protes lah tu.
Sekian laporan hari ini. Aku penat ke hulu ke hilir sebab buat persediaan untuk sukan aulad hari ahad ni. Majulah sukan untuk errr.. untuk apa ek?
Lupa nak cakap. Result adik kira okay okay lah. A banyak sikit daripada B. Cuma ada A dan B saja. Adik termenung juga sebab kimia dan fizik dia B. Aku kata okaylah tu. Ada orang yang B pun tak merasa.

Thursday, February 2, 2012
kalau nak senang cari kereta di tempat parking, pilihlah warna hijau pucuk pisang.
Satu hari, hari cuti, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, aku berselisih dengan kereta imah di simpang. Aku hon dua tiga kali. Dia macam tercengang-cengang memerhatikan aku lalu. Dalam hati aku, ke manalah dia nak melatu.
Sampai di rumah aku lihat kereta naza hijau pucuk pisangnya elok je diparkir dalam garaj. Hati aku berkata lagi; aik? cepatnya dah balik.
Bila aku naik ke atas, dia tengah relek relek depan tv. Bila aku cerita aku hon kereta dia kat simpang, tergelak-gelak dia bagi tahu yang dia tak keluar kemana-mana pun.
Entah siapalah yang aku hon tu agaknya.

Saturday, January 21, 2012
Kesempurnaan
Satu ketika aku mempunyai staf yang gemar mengumpul beg plastik di bawah meja dan di celah-celah buku. Aku tidak suka melihatnya kerana kelihatan bersepah dan tidak cantik. Bila aku nyatakan ketidak-gemaran aku dia mengatakan aku seorang perfectionist. Aku rasa aku bukanlah seorang perfectionist tapi aku sukakan sesuatu yang hampir sempurna kalau pun tidak sesempurna yang aku inginkan.
Kita selalu impikan kesempurnaan. Sempurna dalam banyak hal dan keadaan walaupun realitinya hidup kita tidak pun mencecah ke tahap sempurna yang kita inginkan. Siapalah kita yang mahu segalanya sempurna sedangkan diri kita sendiri banyak cacat celanya.
Semasa melahirkan kakngah aku telah menyiapkan diri aku menerima ketidak-sempurnaan yang DIA telah sediakan buat aku dan suami. Sepasang suami isteri yang sedang bersedia menyambut ahli keluarga baru sudah pastilah mahukan dia yang cukup sempurna sifat fizikalnya dan berdoa pula supaya dia menjadi anak yang soleh atau solehah. Bohonglah kalau kita tidak mahu yang sempurna. Sebelum kakngah lahir aku telah dimaklumkan akan ketidak-sempurnaannya dan air mata aku menitik laju apabila membelek setiap inci tubuh kecilnya yang tidak langsung ada cacat cela itu. Yang tidak sempurna hanya jantung dan pendengarannya. Aku tetap bersyukur kepadaNya kerana memberi aku ujian.
Kesempurnaan adalah apa yang kita impikan. Sekiranya kita mendapat yang kurang sempurna, mungkin ia hanya tidak sempurna di mata kita. Sedangkan Allah itu yang teramat mengetahui rahsia di sebalik pemberiannya yang tidak sempurna di mata kita manusia ini.
Wahai anak buahku, terimalah kelahiran anakmu dengan hati yang tabah. Ia adalah dugaan buatmu dan keluargamu.

Sunday, December 25, 2011
Okay
Kau kemana?
Sehat ke?
Lama senyap. Everything okay?
Merangkup kesemua soalan, aku sehat..okay...
Kalau soalan pergi kemana bermaksud aku makan angin sampai kembung ke luar negara, tak.. aku tak kemana-mana. 'Kemana" aku terhad kepada urusan setempat seperti membeli ikan, ayam, sayur, makan-makan memenuhi nafsu tekak, beli itu beli ini untuk sesuatu yang di luar rancangan dan bla..bla..
Itu tak termasuk pergi kenduri kawin yang masih belum reda-reda seperti hujan dan mendung yang melanda.
Seperti semalam.. dari pagi aku sudah keluar mencari bahan untuk masak-masak kerana ada tetamu datang bertandang. Bukan tetamu lain, abang dan kakak aku. Abang datang dari kampung dengan bonet kereta penuh dengan rambutan, langsat dan durian. Kakak pula dari au5 bersama anak-anak buah dan anak cucu. Tujuan asal mereka adalah untuk menjenguk abah yang tidak berapa sehat sejak dua tiga minggu kebelakangan ini. Kesian abah. Batuk dan selsema tidak pulih walaupun sudah makan ubat doktor. Dia pun sudah macam pasrah dengan kesihatan yang menurun. Mungkin cuaca yang tidak menentu juga memainkan peranan.
Atuk ni dah lamo dah. Ni dah nak sampai penghujung penghujung dah ni..kata abah pada kirin satu hari. Sebak aku mendengarnya. Cepat-cepat aku menelefon adik beradik aku yang cuma bertiga ini tentang keadaan abah. Bila aku beritahu abah yang abang dan kakak akan datang menjenguknya, pukul 9 pagi abah dah duduk di kerusi kaki lima rumah aku yang menghadap ke laman. Matanya aku tengok tertancam ke pintu pagar.
Mbong!.. kek mano dah ni. Abah dah mandang pintu pagar yo dah tu ha..
Macam tulah kan? Mak bapak ni sentiasa menunggu dan gembira bila ada anak-anak, cucu cicit yang datang menjenguk.
Aku? Seharian melayan mereka. Rancangan aku untuk mengikuti kelas pengajian di rumah LF terpaksa aku batalkan. Memang ada rasa tidak enak sebab sudah berjanji untuk menghadirkan diri. Tetapi melayan tetamu aku rasa adalah lebih baik.
Sekian. Ada urusan mengejut yang wajib aku uruskan sebentar lagi.

Iyo ko... Dah sampai Senawang dah ni.

Wednesday, December 21, 2011
plaster.. plastersin.... plaster de paris
Kebelakangan ini n3 aku lebih bersifat melankolik, seolah-olah menunjukkan hati yang parah berdarah. Tapi menuju ke tahun baru yang bakal menjelang aku mahu memplaster luka-luka supaya darah tidak lagi menjejes-jejes. Boleh begitu?
Sebagai permulaan, aku makan baskin robin di alamanda bersama kirin dan imah. Menjamah, membaham, menelan, menjilat sehingga ke saki baki di dasar mangkuk kertas. Sambil-sambil itu kami bercerita dan bergelak ketawa anak beranak.
.
.
.
Puas hati dapat makan baskin robin. Puas hati dapat bergelak sakan. Puas hati kerana kepala terasa lebih ringan. Dan paling penting puas hati kerana mempunyai anak-anak yang dapat menjadi sahabat karib aku.

Apa? Siti suruh beli pendrive? Apekejadahnya dia nak buat dengan pendrive!
Hiiiiiiiiiiiii... bukan sitilah mak. Basyir.... Basyir suruh beli pendrive.
Jauh bebenau dah sound telinga aku ni lari.Kak siti nak buat apa dengan pendrive, mak. Kat mana dia nak cucuk. Takkan nak cucuk kat sinki dapur hiiiiiiiii.....
eh.. manalah tahu. Bibik zaman sekarang dah pandai pakai laptop dan berbloging kehkehkeh..
..
.
.
Puas hati dapat makan baskin robin. Puas hati dapat bergelak sakan. Puas hati kerana kepala terasa lebih ringan. Dan paling penting puas hati kerana mempunyai anak-anak yang dapat menjadi sahabat karib aku.
ibundo
Saturday, December 10, 2011
Kenduri kahwin...... di mana silapnya.
Tengahari ni kau masak ye siti. Masak sikit je. Ibuk dan bapak nak pegi kenduri. Kaklang dengan kakteh pergi kenduri. Adik pergi dengar ceramah lesen kereta. Masak sikit untuk yang ada ni je lah. Aku berpesan-pesan semasa menyudahkan kerja aku membuat kuih seri muka. Kuih seri muka aku yang tak berseri sikit pun. Sebabnya, dalam resepi ada pesan bubuh satu sudu tepung jagung. Aku pula kehabisan tepung jagung, jadinya aku tak bubuh. Dan sudahnya kuih aku jadi lembik semacam.
Siti masak. Aku mengemaskan bekas-bekas masakan. Kuih yang telah sejuk dan siap aku potong, aku susun di atas pinggan dan aku ambil gambar beberapa snap. Gambar untuk aku masukkan dalam dapur ibundo. Selesai, aku naik bersiap-siap untuk pergi ke kenduri kahwin pula. Jiran aku mengahwinkan anaknya hari ini tapi majisnya di buat di dewan banquet di UPM. Kami tunggu zohor masuk dulu baru berlepas ke tempat kenduri.
Sampai di dewan, kereta yang ada di tempat parkir cuma ada beberapa biji. Kami melihat jam. Baru pukul dua lebih sikit. Takkan semua orang sudah pulang. Ada beberapa orang sedang tercangak-cangak di tepi beranda. Ada yang sedang menyiapkan sesuatu.
Cuba tanya budak tu. Kenduri tu di sini ke bukan, arah hasben aku.
Dik!!! ni dewan banquet yang ada buat kenduri kahwin tu kan, aku tinggikan suara sikit supaya dia kedengaran.
Hasben aku buka balik kad jemputan. Jelas terpampang di situ aturcara majlis yang bermula pada jam 8:00 malam. Dan kami mengekek-ngekek berdua. Kejadian salah tarikh dan salah waktu tak habis-habis terkena pada kami.
Akhirnya, kami makan nasi briyani di JM briyani.
Keh..keh..
ibundo
Tak apa buk.. lembut tu senang tak payah kunyah. Masuk dalam mulut, telan je.
Pandai siti memujuk hati aku yang patah semangat. Siti masak. Aku mengemaskan bekas-bekas masakan. Kuih yang telah sejuk dan siap aku potong, aku susun di atas pinggan dan aku ambil gambar beberapa snap. Gambar untuk aku masukkan dalam dapur ibundo. Selesai, aku naik bersiap-siap untuk pergi ke kenduri kahwin pula. Jiran aku mengahwinkan anaknya hari ini tapi majisnya di buat di dewan banquet di UPM. Kami tunggu zohor masuk dulu baru berlepas ke tempat kenduri.
Sampai di dewan, kereta yang ada di tempat parkir cuma ada beberapa biji. Kami melihat jam. Baru pukul dua lebih sikit. Takkan semua orang sudah pulang. Ada beberapa orang sedang tercangak-cangak di tepi beranda. Ada yang sedang menyiapkan sesuatu.
Cuba tanya budak tu. Kenduri tu di sini ke bukan, arah hasben aku.
Dik!!! ni dewan banquet yang ada buat kenduri kahwin tu kan, aku tinggikan suara sikit supaya dia kedengaran.
Ya kak!!!... tapi kendurinya malam nanti.
Hasben aku buka balik kad jemputan. Jelas terpampang di situ aturcara majlis yang bermula pada jam 8:00 malam. Dan kami mengekek-ngekek berdua. Kejadian salah tarikh dan salah waktu tak habis-habis terkena pada kami.
Habis camno.. tanya hasben aku.
Camno apa lagi. Belanja kita makan nasi briyani lah.
Akhirnya, kami makan nasi briyani di JM briyani.
Keh..keh..
ibundo
Tuesday, November 29, 2011
Balik kampung
Kami ambil kesempatan untuk tinggal beberapa hari di kampung sempena cuti awal muharram. Dari Bangi kami bertolak dengan satu unser dan satu cherry dengan muatan mengalahkan pulang untuk sebulan. Tidak tinggal juga membawa broadband yang aku rasakan merupakan satu keperluan yang tak kurang wajibnya. Namun rasa menyesal pula membawa laptop yang mengisi ruang kereta kerana keupayaan broadband mencari talian internet begitu lembab. Minta maaf kerana tidak dapat menjawab n3 di bawah. Untuk log in saja aku terpaksa menghadap lappy hampir setengah jam tetapi tidak juga dapat tembus.
Kampung aku masih juga begitu. Yang muda sudah tidak ada kerana mencari rezki di tempat lain. Yang tua hanya tinggal beberapa kerat kerana ramai yang telah kembali kepadaNYA. Rumah tinggal makin bertambah. Rumah mak tua di hadapan rumah aku telah di kelilingi semak samun. Atap rumah sudah ada yang tertanggal. Tangga depan sudah mula mereput. Aku bayangkan satu ketika dulu mak tua dan pak tua duduk bersantai-santai di beranda rumah sambil berkipas ketika cuaca panas membahang. Sayang. Banyak sejarah tercipta di situ. Sungguh sayang sekiranya ia mereput bersama rumah itu.
Abah begitu teruja sebenarnya bila misi balik kampung ini aku kabarkan padanya. Sebelum ini sekiranya aku balik ke kampung abah jarang balik sama kerana aku balik hari. Balik cuma untuk menjenguk-jenguk.
'Bah, kito buek konduri tahlil kek kampung'
'Mano ado oghang laie kek kampung tu' dan abah mula mengira-ngira jumlah mereka yang masih ada. Jumlah cuma untuk sedulang makanan.
'Konduri tu kek mano-mano buleh buek', cakap abah.
Akhirnya kami berkenduri kendara sesama sendiri dengan membuat barbeque. Yang ada ialah keluarga aku, abang dan kakak ipar dan keluarga anak-anaknya yang kebetulan sama pulang ke kampung.
Rumah aku bertukar hidup setelah sekian lama mati. Aku berterima kasih kepada abang dan kakak ipar aku yang memastikan rumah aku terjaga bersih di luar mahupun di dalam.
Kegembiraan terpancar di wajah abah. Pulang ke kampung, berkumpul ramai-ramai dengan anak cucu cicit dan mungkin mengutip memori lama yang banyak tertinggal di setiap ruang. Semasa mengemas dan menyapu bilik abah, aku llihat kain batik emak yang sudah lusuh elok berlipat di sebelah bantalnya. Dan abah tidak lupa menjenguk emak di perkuburan.
Aku pula tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kuntum-kuntum bunga yang sedang mekar.
dan merakamkan wajah-wajah ceria cucu-cucu saudara.
Kami pulang semula ke rumah dengan membawa kenangan indah dan berjanji akan pulang semula ke kampung bila ada masa mengizinkan. Mungkin semasa musim buah-buahan sedang masak ranum. InsyaAllah.

Sunday, November 13, 2011
Bersiap sedia ke gelanggang
Macam paku di dinding. Ketuk baru masuk. Ketuk baru masuk.
Mak dulu tak macam korang. Belajar tak payah disuruh-suruh. Mak tahu nak study sendiri. Atuk dan uwe tak payah bising-bising pun.
Banyaklah korang punya relek. Nak relek apanya. Exam dah dekat tapi depan komputer lagi.
Itu yang selalu aku bebelkan dengan mereka. Dengan adik pun aku bebel jugak.
Baca je? Ingat buku cerita ke dik main baca-baca .
Anak-anak aku tak rajin belajar macam aku. Aku dulu paling takut kalau nak periksa. Bila aku takut aku belajar sungguh-sungguh sampai tak tidur malam. Kalau tiba musim exam, sanggup stay up kat study room pekena air kopi supaya tak mengantuk. Nanti bila tidur pukul satu atau dua, kejutkan kawan pula yang nak study awal pagi.
Aku tengok anak-anak aku punya cara belajar yang lain. Aku tukul, diorang jadi paku. Tapi alhamdulillah, dapat juga masuk universiti.
Dua tiga bulan kebelakangan ini adik rajin study dan berbincang dengan kawan-kawan. Aku doakan mereka mendapat banyak kelebihan dengan belajar bersama-sama ini.
Kepada adik dan kawan-kawan adik, mak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula besok. Semuga adik dan kawan-kawan adik semuanya dapat menjawab dengan baik. Tenangkan hati bila membaca soalan dan menjawab soalan-soalan itu. Yang penting adik telah berusaha.
Doa mak untuk adik.

Ala.. relek lah mak.
Banyaklah korang punya relek. Nak relek apanya. Exam dah dekat tapi depan komputer lagi.
Itu yang selalu aku bebelkan dengan mereka. Dengan adik pun aku bebel jugak.
Tadi adik dah baca dah. Baru habis.
Baca je? Ingat buku cerita ke dik main baca-baca .
Anak-anak aku tak rajin belajar macam aku. Aku dulu paling takut kalau nak periksa. Bila aku takut aku belajar sungguh-sungguh sampai tak tidur malam. Kalau tiba musim exam, sanggup stay up kat study room pekena air kopi supaya tak mengantuk. Nanti bila tidur pukul satu atau dua, kejutkan kawan pula yang nak study awal pagi.
Aku tengok anak-anak aku punya cara belajar yang lain. Aku tukul, diorang jadi paku. Tapi alhamdulillah, dapat juga masuk universiti.
Dua tiga bulan kebelakangan ini adik rajin study dan berbincang dengan kawan-kawan. Aku doakan mereka mendapat banyak kelebihan dengan belajar bersama-sama ini.
Kepada adik dan kawan-kawan adik, mak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula besok. Semuga adik dan kawan-kawan adik semuanya dapat menjawab dengan baik. Tenangkan hati bila membaca soalan dan menjawab soalan-soalan itu. Yang penting adik telah berusaha.
Doa mak untuk adik.
ibundo
Saturday, November 12, 2011
Eleven Eleven Eleven
Perancangan singkat. Dan dua keluarga bertemu membuat kata sepakat.
Kami menurut kemahuan dua hati yang mahu menjadikan tarikh 11.11.11 sebagai hari bersejarah buat mereka.
Majlis dibuat secara ringkas sahaja. Lagipun hari Jumaat adalah hari bekerja. Waktu yang terluang hanya di sebelah malam. Kami mengikat janji untuk membawa rombongan meminang pada sebelah malam selepas isya'. Simpel. Itulah temanya.
Rombongan kami terdiri dari anak beranak, adik beradik dan ipar duai serta anak-anak buah. Itu pun sudah hampir 30 orang jumlahnya.
Dayang-dayang dari rombongan kami.
Kedatangan kami disambut. Pinangan disahut. Maka terjalinlah ikatan dua keluarga dan dua hati. Termeteri juga janji bahawa bersatunya mereka setahun setengah lagi dan tarikhnya juga sudah dicari. Semuga semuanya berjalan seperti yang dikehendaki.
Dayang-dayang dari rombongan mereka.
Semuga kamu bahagia wahai anak terunaku Basyir dan bakal menantuku Nadira. Semuga hari-hari bahagia menanti kamu berdua.

Apalah yang menggelikan hati si bapa dan si anak ini.
Faris dan Maryam tak kurang menghiburkan hati.
Dayang-dayang dari rombongan mereka.
Semuga kamu bahagia wahai anak terunaku Basyir dan bakal menantuku Nadira. Semuga hari-hari bahagia menanti kamu berdua.
ibundo
Wednesday, October 12, 2011
Buat perangai lagi
Aku cekak leher dia. Cenggelang mata dia tengok aku. Ingat aku takut?
Tidak berkelip mata dia memandang aku. Bulat. Buntang. Aku buntangkan mata aku lebih besar.
Masalah disiplin ni yang aku malas nak hadap. Bukan tak cakap. Dah banyak kali aku cakap sampaikan dah tak tahu macamana lagi nak cakap. Betina yang dia bawak balik pun sama perangai macam dia. Dahlah datang tak tahu nak balik. Rumah aku dibuat macam rumah sendiri. Makan pula mencuri-curi dan tidur melepak sesuka hati mana dia nak. Sakit mata aku.
Lama-lama aku longgarkan cekakan aku bila aku tengok macam ada genangan air mata di dalam matanya yang semakin minta simpati. Aku lepaskan dia pergi tapi selepas aku tampar punggungnya dengan penepuk lalat.
Kamu tanya siapa?
Kucing aku Jordan yang suka sangat terkencing tepi almari.

Subscribe to:
Posts (Atom)