Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label catatan perjalanan. Show all posts
Showing posts with label catatan perjalanan. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Ni Dewang Kongvengseng. Masjik kristel blakang nuu..

Sudah lama aku tidak ke kuala trengganu. Banyak tahun. Paling akhir aku ke sana masjid kristal masih belum ada.

Perginya aku ke sana sabtu lepas bukanlah sebab mahu makan angin tetapi untuk memenuhi undangan sepupu aku yang mengahwinkan dua orang anaknya. Dan aku pergi berdua saja dengan hasben aku. Memang sekarang ni pun kemana-mana kami banyak berdua saja. Anak-anak dah tak ada yang mahu mengikut,  Mereka mempunyai rancangan rancangan sendiri.

Aku lihat trengganu sudah banyak berubah.  Bandar-bandar yang kami lalui sepanjang perjalanan sudah menjadi bandar besar.  Kalau dulunya sepi dan kedai-kedai kayu saja yang ada, kini berganti dengan bangunan cantik. Cukai sudah tidak seperti dulu. Dungun sudah tidak seperti dulu. Begitu juga dengan paka  dan marang. Hasben aku merungut sepanjang jalan kerana terlalu kerap sangat berhenti disebabkan banyak traffic light.

Sepupu aku kata nak sampai ke kuala trengganu sekarang ni dah cepat.  Lima jam dah sampai. Lebih-lebih enam jam. Tapi aku keluar dari bandar baru bangi pukul 7 lebih sikit dan check in di hotel pukul 5. Sebabnya, hasben aku bawak kereta average 100, berhenti di RnR atau hentian sebelah berkali-kali sebab keluar masuk tandas. Dah tu berhenti buka bekal sekali pukul sembilan lebih di temerloh dan sekali lagi di pantai burok untuk lunch.  Lunch dah dekat pukul 4. Setiap kali berhenti kami bersantai-santai saja sebab tak ada benda nak dikejar-kejar. Itulah seronoknya bila dua orang warga emas meredah lebuhraya. Santai. Darah bukan lagi darah orang muda.

Niat ke pasar payang tidak menjadi kerana dah penat dan tak larat nak keluar selepas check in. Bagusnya, berjalan kali ni duit aku habis tak sampai 50 ringgit. Duit orang lain yang habis sebab bayar petrol, tol, makan dan bayar hotel err..tu dah kira duit orang kan.

Pagi Ahad sebelum ke rumah sepupu aku, kami sempat melihat masjid kristal dan masuk ke taman tamadun islam. Masjid kristal lebih merupakan tempat untuk ditengok-tengok, dilihat-lihat, difoto-foto. Aku rasa banyak pembaziran di situ. Duit yang berlebih tu lebih bagus kalau digunakan untuk membiayai anak-anak miskin melanjutkan pelajaran.




Di bawah ini di antara miniature masjid2 yang sempat aku rakamkan.





Setelah makan-makan di majllis kenduri, kami tidak menunggu lama sebab perjalan untuk balik adalah jauh. Lagipun kami akan terus ke tanjung malim kerana hari isnin hasben aku kerja.


Berhenti di Masjid Putih



Berhenti mengambil gambar di Kemasik.


Sampai di Tanjung Malim hari dah malam.
Sekian.  Hanya catatan untuk kenangan aku.

ibundo

Saturday, July 30, 2011

Acar

Bila ke sini, memang tak sah lah kalau tak beli strawberry. Sebab di sana sini ada saja strawberry.



Tapi acar strawberry?  Inilah pertama kali aku jumpa.  Itupun sepupu aku yang tinggal di CH ni yang bagi .  Kalau tak, aku pun tak tahu.
You all pernah cuba?




Besok dah ahad. Malam besok dah solat tarawikh.  Selamat menyambut ramadhan.

ibundo

Thursday, July 28, 2011

Highlander

Nak pergi kul berapa yah..

Dalam kul sembilan.  Kang kita jalan relek-relek.

Ayah punya meeting kul berapa

Kul tiga petang.

Sebelum pukul 9 kami tiga beranak keluar rumah. Ikut highway ntah apa namanya untuk elakkan jam. Nyata kereta dah kurang. Belum setengah jam dalam perjalanan hasben dah sebok kata perut lapar.  Jadi kami berhenti singgah di rest area sungai buluh untuk mengisi perut dan mengeluarkan isi perut.

Di rest area tu berlonggok-longgok buah durian. Sesiapa yang nak makan, bayar 8 ringgit dan makanlah satu keluarga sebanyak mana yang terdaya makan. Aku tak pula berkeinginan. Imah lagilah.  Memang dia tak makan durian.

Hasben aku bawa kereta memang relek betul. Singgah di rnr entah berapa kali sampai tak ingat nak kira. Dan  bila masuk je ke jalan berliku-liku lagilah relek terutama bila ada lori bergerak lembab di sebelah hadapan. Akhirnya jam satu setengah baru sampai.

Cek in, solat dan makan dalam bilik, imah tanya dan tanya lagi bila ayah nak start pegi meeting. Hasben aku sms geng-geng opis.  Sorang pun tak jawab.

Entah-entah ayah silap. Entah-entah meeting besok.

Hasben aku telefon geng-geng opis. Dia telefon dua orang dan dua-dua masih baru nak keluar dari rumah.

Cuba ayah cek balik jadual..

Hasben aku cek fail dan tersengih-sengih.

Cek in dari pukul 3 sampai pukul 6.

Ek ele..

Pukul 8 malam dinner

Ek ele..

Masing-masing tarik selimut tidur.
Orang kata cameron highland dah tak sejuk.  Tapi apasal aku kena pakai sweater ni..

Sejuk ....

ibundo

Monday, August 24, 2009

HILANG DI DALAM LAMUNAN



Di luar masih hitam pekat. Ayam jantan yang bertenggek di atas pokok rambutan belum mahu berkokok. Belum masanya. Aku mengintai dari celah cermin naco di dapur. Beberapa ekor ayam resah di dalam reban. Yang bertenggek di atas pokok diam tercangok tanpa bergerak. Maha besar Allah yang menjadikan alam, ayam itu tahu bila tiba masanya untuk berkokok sahut menyahut. Mengejutkan penghuni alam semesta supaya menunaikan satu daripada yang lima.

Angin sejuk masuk menerjah melalui celah tingkap yang sedikit terbuka. Bau wangi dedaun yang masih dihuni embun menorobosi rongga hidung. Aku menghirup dalam-dalam. Nyaman.

Emak dan abah sudah duduk dimeja baru mula mahu menikmati hidangan sahur yang disediakan emak. Ada nasi dan ikan tenggiri lemak cili api lebihan makan malam tadi. Ada juga ikan sepat masin yang baunya menggamit selera apabila digoreng. Itu saja. Emak akan pastikan lauk untuk berbuka cukup untuk dipanaskan semasa sahur. Abah simpel orangnya. Tidak banyak kerenah.

Usai bersahur aku menyambung tidur yang terganggu. Emak masih di dapur menyelesaikan tugasnya sebagai isteri dan ibu mithali. Abah kudengar sudah mula berwirid di bilik solat. Sayup dan sayu bunyi zikirnya bercampur baur dengan bunyi cengkerik yang membingitkan. Tidak sedikit pun aku kepingin untuk duduk bertahajjud di belakang abah.



Rintik-rintik hujan yang jatuh di atas atap menyedarkan aku daripada lamunan. Aku memandang ke luar melalui jendela yang terbuka. Bau hujan menusuk hidung. Bercampur dengan bau rumput yang baru dimesen. Kedengaran ikan koi di kolam yang hanya beberapa meter dari tempat aku berdiri meloncat berenang-renang di bawah simbahan air hujan. Apakah zikir yang dikumat-kamitkan. Adakah zikir yang aku ucap dapat menyamai zikir ikan-ikanku, zikir daun-daun yang meliuk-lentok di dalam pasuku, zikir rumput-rumput yang saban hari aku pijak-pijak ataupun zikir air hujan yang sedang menitis itu.

Pagi masih gelap. Lampu neon masih gah menyala di tiang-tiang yang tegak terpacak. Kelihatan juga lampu di dalam kaca menyala meriah di dapur-dapur jiran yang sesekali diselangseli dengan bunyi lagaan pinggan. Langit kelam. Tidak ada sebutir pun bintang berkelipan. Sesekali kedengaran bunyi motosikal lalu menderam laju merempuh hujan dan gelap pagi.

Tidak sedikitpun suasana ini melenyapkan ingatanku kepada emak.

Ya Allah ya Kareem, Kau limpahkanlah RahmanMu, Kau curahkanlah RahimMu ke atas roh ibuku yang sedang bersemadi menunggu untuk dibangkitkan semula. Kau ampunkanlah dosa-dosanya dan masukkanlah ibuku ke dalam syurgaMu.

Aku mengesat air mata yang mula meleleh apabila anak-anakku seorang demi seorang turun untuk bersahur.


Aku berdoa padamu ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan di dalam keluarga kami. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah yang akan sentiasa mengingatiMu dan menurut perintahMu. Masukkan kami ke dalam JannahMu.

Tuesday, January 13, 2009

Kampuang den nan jaoh di mato

Banyak perkara yang kita kurang tahu tentang indon. Yang kita arif sangat ialah tentang pendatang haram yang kian memenuhi setiap ruang tempat kita berpijak. Hinggakan kadang-kadang kita berasa takut berjalan-jalan sendirian di tempat kita sendiri. Malah cerita-cerita tentang bagaimana mereka ini ada yang jadi tukang copet, tukang rampok, malah tukang bunuh menguatkan lagi rasa ketakutan kita kepada mereka. Walhal orang kita sendiri ramai yang berperangai seperti mereka ini dan realitinya tidak semua mereka yang berperangai seperti itu.


Saat aku ke tanah abang buat pertama kali beberapa tahun yang lalu, terasa akan kepelikan yang tidak aku rasakan di sini. Penuh dengan manusia di jalan, di kaki lima, di toko-toko, saling berjalan bergesel bahu kerana tidak ada tempat yang tidak diisi orang. Kawan yang membawa kami ke sana terus berpesan-pesan, tas tangannya letak di depan, dipeluk kejap, jangan nanti ada orang yang mengambil kesempatan di atas kealpaan. Bila dia terpandang akan gelang emasku yang membelit pergelangan tangan, terus lagi dia memberi amaran akan kerakusan orang-orang yang pantang melihat benda-benda berharga seperti itu. Jangan pula nanti aku menjadi mangsa. Aku menjadi takut. Takut dalam keseronokan membelah setiap pelosok Tanah Abang. Mengintai-ngintai harga setiap mukena yang cantik dibordir, yang bila di tukar ke RM harganya cuma tidak sampai 50 ringgit.


Aku ke Tanah Abang lagi beberapa kali. Bloknya banyak yang ditambah dan diperbaharui. Tidak lagi panas kerana sudah punya pendingin hawa. Yang tidak berubah adalah orang yang berkunjung di sana. Tetap sama seperti dulu-dulu juga. Berjalan tetap bergesel bahu. Dan aku masih mengepit tas tanganku. Cuma aku tidak lagi memakai gelang emas di pergelangan tangan.


Berada dalam lautan manusia di tanah mereka sendiri tetap mengekalkan rasa prejudis aku terhadap mereka. Pandangan mereka, lerekan mata mereka, kata-kata mereka masih menimbulkan was-was dan prasangka. Apabila aku membuka dompet untuk mengeluarkan rupiah, aku rasa akan ada tangan yang datang merampasnya dari genggaman. Apabila aku berjalan, akan ada kaki-kaki yang menjejak tapakku dari belakang. Apa mungkin permainan perasaanku sahaja.


Sebetulnya, mereka di sana dan kita di sini maha serupa. Sang maling berada di mana-mana malahan di kalangan kita juga ada yang seperti musang yang sudah dipakaikan dengan bulu ayam.


Tapi apabila berada di tengah-tengah keluarga dan sahabat-sahabat di sana aku dipahat dengan kemesraan, keakraban, kepercayaan. Tidak ada prejudis. Tidak ada prasangka. Dan mereka juga berpesan-pesan, berhati-hati bila berbelanja. Maling ada di mana-mana.


Penuh satu rumah dengan saudara mara. Yang lain
tak masuk dalam gambar ni.


Jakarta satu kota yang padat. Padat dengan manusia. Padat dengan kenderaan. Padat dengan bangunan (bangunan yang tinggi dan juga rumah-rumah yang disoyok seperti yang kita lihat di tapak-tapak pembenaan di tempat kita). Setiap ruang diisi, di tepi sungai dan di bawah jambatan. Dan penempatan mereka agak tidak tersusun. Lemas. Memang lemas. Pada waktu-waktu kemuncak (ke pejabat dan pulang dari pejabat), penduduk jakarta menjangkau angka lebih kurang 14 juta. Bayangkan. Jalannya macet. Jangan keluar pada waktu ini. Kita akan kebosanan di dalam mobil yang bergerak merangkak-rangkak.






Indon negara yang unik. Ia mempunyai rakyat berbilang kaum, Minang, Bugis, Jawa, Betawi, Sunda dan banyaaaaak lagi. Dialeknya juga berbagai. Kadang-kadang kita tertipu dengan keMelayuan rupa mereka padahal bukan penganut agama Islam. Hati-hatilah bila makan di tepi jalan. Sangsikan kehalalan hidangan tersebut. Sang kodok juga ada dalam menu mereka. Lebih baik cari makanan yang sah halal dan kebersihan yang tidak diragukan. Banyak restoren yang menghidangkan masakan Padang. Enaaaakk sekali.



Makan di restoren ini menyelerakan. Sebaik tiba di meja, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Mahu saja disapu semuanya.

Yang di bawah pula: Kalau tak takut sakit perut, bolehlah cuba.





Kali pertama mata tertancap pada tulisan ini aku bagaikan mahu ketawa terguling-guling. Siapa tahu ini sup apa...




Indon mempunyai penduduk yang terlalu ramai dan peluang perkerjaan yang sedikit. Sebab itu mereka bergugus-gugus keluar negara mencari wang. Sebab itu juga pendatang haram yang dihantar pulang tidak takut-takut untuk datang semula ke negara kita. Sebab di sana susah bagi mereka yang susah.


Bibik? Bibik kita di sini pandai demand. Gaji sikit tak mahu, nak banyak. Setiap dua tahun mahu cuti balik kampung dan perbelanjaan tiket kapal terbang mahu majikan yang tanggung. Di sana? Jangan terperanjat jika gaji mereka sekitar 200 rupiah sahaja bersamaan lebih kurang RM 70.


Seniman jalanan di sini juga ramai dan mereka boleh menyanyikan lagu keroncong, lagu minang dan macam-macam lagu dengan amat baik sekali. Ini adalah salah satu cara mereka mendapatkan duit. Mintak maap ye. Yang baju merah dan berserban tu bukan penyanyi jalanan. Tu abang we aku tu.



Dah. Habis cerita pasal Indon ni. Aku pun dah tak larat nak cerita lagi dah. Kalau nak tau lebih-lebih, pergi je lah ke sana. Boleh aku kirim beli telekung selai dua lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...