Pokoknya:
Aulad melangsungkan acara sukan tahunan pada hari ahad 25 Mac. Ada yang bertanya kenapa cepat sangat buat sukan sebab selalunya buat pada bulan April. Kalau dicongak, antara 25 mac ke bulan april tidaklah sampai beberapa hari sangat. Lagipun kami perlu mengejar masa yang asek nak lari saja.
Intinya:
Di dalam keghairahan bersukan kami satu keluarga dikejutkan dengan sesuatu yang tidak kami jangka kerana datangnya cukup mendadak. Kakngah@umi Maryam dimasukkan ke wad pada tengah malam ahad kerana disyaki sakit apendiks. Bayangkan aku, hasben dan anak-anak ke hulu ke hilir atas padang sedangkan hati dabdubdabdub mengenangkan dia. Doktor bercakap melalui telefon dengan hasben aku mengatakan kakngah perlu dibedah segera. Yang menjadi pikiran tak menentu hala; kakngah sedang mengandung 7 minggu.
Sebaik lepas sukan anak-anak mengerah aku dan hasben pergi dulu ke hospital. Keadaan padang biar mereka yang uruskan. Di hospital aku lihat kakngah terbaring menahan sakit. Zubir sedia menunggu di situ.Surat izin membuat operation sudah pun ditandatangan. Cuma kakitangan hospital mempunyai kesulitan untuk berkomunikasi dengan mereka. Maklumlah.. mereka oku yang bercakap menggunakan bahasa isyarat.
Petang jam 5, kakngah selesai menjalani pembedahan. Cuma mengikut doktor bius, kandungannya mungkin tidak dapat bertahan kerana ubat bius yang kuat.
Berikuta adalah gambar yang sempat dirakam menggambarkan kemeriahan sukan kelmarin.
acara anak-anak
semangat ibu bapa
excitements
Petugas yang sudah tua-tua (melainkan yang atas kiri).
Sudah berbakti lebih kurang duapuluh tahun dengan Aulad.
Kalau dulunya rancak berlari keliling padang,
kini ke hulu ke hilir berjalan berlenggang kangkung saja.
Yang mencuri perhatian di padang.
Jangan ada yang buat spekulasi pula dengan gambar bawah kanan.
Sebenarnya dia sedang bercakap dengan seseorang yang terlindung oleh perempuan bertudung hitam. Kebetulan wanita-wanita itu berada berdekatan.
Sebenarnya ada lagi gambar yang mahu aku paparkan di sini tetapi tiba-tibanya saja encik bloger ni memberitahu bahawa quota aku untuk meng upload gambar sudah penuh. Aku kena beli space kalau aku nak. Adei!!!!
Konklusi:
Alhamdulillah satu acara tahunan tadika sudah dilaksanakan.
Kakngah sudah balik ke rumah petang semalam. Babynya masih ok di dalam rahim. Minta doakan kebaikan untuknya.
ibundo