Roza Pedrosa menghubungi aku di fb bertanya kabar dan bertanya sama ada aku memerlukan pembantu sambilan. Dia mengatakan yang dia bekerja cuma 4 hari seminggu dan 3 hari adalah hari kosong yang dia tidak melakukan apa-apa. Aku balas mengatakan akan aku hubungi dia kalau aku perlukannya.
Ingat lagi pada Ros? Pembantu rumah aku dulu yang aku terpaksa hantar balik ke indon kerana fomema tak lulus. Tak lulus hanya kerana aku beri dia minum ubat batuk untuk mengurangkan batuknya, betul-betul sebelum dia membuat medical check up. Rupanya ubat batuk itu mengandungi kadar dadah yang tinggi.
Tak lama dia berada di indon. Dia datang balik ke sini tetapi bekerja di kilang. Rasanya sudah setahun lebih juga dia di sini dan pernah sekali datang ke rumah aku semasa hari raya lepas.
Ros atau nama glemernya Roza Pedrosa. Siapa menyangka yang mereka juga tidak lepas daripada berFB.
Aku teringatkan Ros@Roza kerana nama itu begitu hampir dengan nama Rozel ku.
Ya.. Rozel aku yang tengah mengamuk sakan di belakang rumah. Ingin aku perkenalkan? Sila...
Inilah rozelku. Hasil pungutan hari ini. Ia akan direbus untuk diambil jusnya dan hampasnya akan dibuat jem. Jem rozel.
Air rozel 3 layer. Teramatlah nyaman untuk tekak yang kehausan semasa cuaca panas begini.
Mungkin juga akan ku buat muffin rozel? Atau bingka Rozel? Atau kaswi rozel?
Sekian.
ibundo
Followers
jom klik
Showing posts with label berkebun. Show all posts

Friday, May 18, 2012
Tuesday, May 3, 2011
Hujan tidak mengira waktu
Dada langit sarat dengan warna kehitaman. Jauh di sana kedengaran sayup sayup suara guruh menggegar alam. Hujan akan turun lagi, bisik hati aku. Turun membasahi bumi yang belum sempat untuk kering.
Aku memerhatikan tanah yang lembab dan lembut di belakang dapur. Keadaan tanah yang cukup bagus untuk kerja-kerja mencangkul membuang rumput yang bermaharajalela. Juga untuk aku menggembur tanah dalam usaha memeriahkan belakang rumah dengan taman edible yang belum menjadi-jadi. Angan-angan sudah lama, tanah hitam sudah dibeli dan benih juga telah tersedia. Cuma masa dan keadaan yang menjadi musuh.
Aku mencapai cangkul, menghayunnya beberapa kali ke muka bumi berhampiran dengan tembok. Tanah terburai dan rumput bergelimpangan bersama akar. Tapi belum sempat manik-manik peluh membasahi baju, aku sudah merasakan titis-titis hujan menampar pipi. Kilat juga mula menakut-nakutkan aku. Langit terus murka dengan mengeluarkan suara suara garau yang semakin lantang.
Aku sandarkan kembali cangkul di tempatnya lantas mencuci tangan yang belum sempat untuk kotor. Sambil melangkahkan kaki masuk semula ke dalam rumah sambil aku menoleh-noleh akan tempat aku mencangkul tadi. Bilalah nak siap. Macamana nak siap. Mula pun belum.
Kelmarin aku mengambil foto oked aku yang rajin pula berbunga.
Berkebun ini pun ikut mood. Sama macam masak. Mood aku untuk masak merudum sejak dua menjak.
kakpah

Sunday, July 25, 2010
Bizi Di Hujung Minggu
Salam.
Kita bizi.
Bizi semalam: Pagi-pagi pergi jogging. Balik, masak untuk makan tengahari. Cepatnya kakpah masak. Masak cepat sebab lepas tu pergi meronda ikea. Balik matahari dah nak terbenam.
Bizi harini:
Pagi ni tak pergi joging tapi kakpah berkebun. Berkebun sampai melurut-lurut peluh. Itu pun eksesais jugak kan.

Faris pun tolong nenda berkebun juga.
Baik-baik Faris. Kamu tu baru keluar hospital.

Tapi Faris kata, na na no no ti ti ayah mak bei bei...
Apa bendalah Faris cakap ni. Nenda tak paham la.
Gebu betis si Faris ni.
.
.
.
Dah lama tidak berkebun. Rumput-rumput liar dah banyak yang tumbuh. Terasa sangat masa tak cukup akhir-akhir ini. Bila ada masa, buat pilihan untuk tidur pulak. Biasalah tu kan.

Kakpah cabut mana yang patut. Kakpah pangkas mana yang menyemak. Hasilnya, kemaslah sikit taman kakpah ni.

Selesai berkebun sudah pasti yang dingin ini dikejar dulu. Slurppppp... nyamannya bila sirap limau menyentuh tekak.

.
.
Selesai berkebun dan berehat sebentar tibalah pula sesi bersilat di dapur. Semua jenis silat kakpah guna: silat senduk, silat sudu, silat kuali bla..bla.. bukan setakat silat gayung sahaja.
Inilah hasil silatan kakpah pagi tadi.

Gulai pucuk paku dan terung melayu dengan udang masak lemak cili padi. Ini permintaan abah.
Ayam masak sambal. Ini permintaan anak-anak. Kalau makan tak ada sambal tak sah. Tak kesahlah sambal apa pun. Janji ada sambal.

Ini telur dadar gulung bersosej. Resepi asal kakpah cilok dari E-na tapi kakpah ubahsuai letak sosej dan mayonis. Sedap gak.
Yang ini khas untuk atuk si Faris.
Lepas masak, berehat sekejap sebelum solat zohor. Lepas tu sempat lagi pergi menyoping baju melayu untuk anak-anak lelaki yang empat orang tu.
(err... baju raya belum tempah lagi ni. Nasib baik ada tukang jahit yang masih sanggup nak tolong jahitkan)
Salam,
kakpah
Kita bizi.
Bizi semalam: Pagi-pagi pergi jogging. Balik, masak untuk makan tengahari. Cepatnya kakpah masak. Masak cepat sebab lepas tu pergi meronda ikea. Balik matahari dah nak terbenam.
Bizi harini:
Pagi ni tak pergi joging tapi kakpah berkebun. Berkebun sampai melurut-lurut peluh. Itu pun eksesais jugak kan.
Faris pun tolong nenda berkebun juga.
Baik-baik Faris. Kamu tu baru keluar hospital.
Tapi Faris kata, na na no no ti ti ayah mak bei bei...
Apa bendalah Faris cakap ni. Nenda tak paham la.
.
.
.
Dah lama tidak berkebun. Rumput-rumput liar dah banyak yang tumbuh. Terasa sangat masa tak cukup akhir-akhir ini. Bila ada masa, buat pilihan untuk tidur pulak. Biasalah tu kan.

Kakpah cabut mana yang patut. Kakpah pangkas mana yang menyemak. Hasilnya, kemaslah sikit taman kakpah ni.

Selesai berkebun sudah pasti yang dingin ini dikejar dulu. Slurppppp... nyamannya bila sirap limau menyentuh tekak.
.
.
Selesai berkebun dan berehat sebentar tibalah pula sesi bersilat di dapur. Semua jenis silat kakpah guna: silat senduk, silat sudu, silat kuali bla..bla.. bukan setakat silat gayung sahaja.
Inilah hasil silatan kakpah pagi tadi.
Gulai pucuk paku dan terung melayu dengan udang masak lemak cili padi. Ini permintaan abah.
Ini telur dadar gulung bersosej. Resepi asal kakpah cilok dari E-na tapi kakpah ubahsuai letak sosej dan mayonis. Sedap gak.
Lepas masak, berehat sekejap sebelum solat zohor. Lepas tu sempat lagi pergi menyoping baju melayu untuk anak-anak lelaki yang empat orang tu.
(err... baju raya belum tempah lagi ni. Nasib baik ada tukang jahit yang masih sanggup nak tolong jahitkan)
Salam,
kakpah
Sunday, March 14, 2010
Kebun Pak Awang
Dah lama tak buat gardening. Bukan malas tapi tak ada mood. Aku ni kalau nak buat sesuatu mesti tunggu mood. Kalau mood nak masak, masakkkkkk je. Kalau mood nak buat cake, buat cake je sampai nak makan pun termuntah-muntah. Kalau mood nak bloging, kejap-kejap on laptop, kejap-kejap off laptop lepastu on balik.
Semalam angin nak berkebun datang. Sempatlah juga aku membelai pokok-pokok bunga yang dah kemarukkan belaian kasih sayang aku sebelum guruh berdentum menandakan hari nak hujan. Pokok-pokok yang dah nazak, aku cabut saja nyawanya. Kesian. Aku tak perasan pun yang selama ni diorang sakit.
Kalau sempat harini nak pergi cari pokok bunga menggantikan pokok yang dah terkubur.
Gardening? Eh, sempat berpeluh-peluh. Banyak juga lemak yang terbakar. Terasa pula betapa ruginya sebab tidak melakukannya hari-hari. Bila berpeluh-peluh begitu aku terbayangkan king David yang menang biggest loser asia. Kita yang cuba nak mengurangkan berat badan dan mencairkan lemak asyik menyalahkan metabolisma bila tidak berjaya melakukannya.
Hari ini aku dapati bunga okedku sudah kembang.
.
.
.
.
Oh.. sempat juga mengambil gambar paip tempat aku mengambil air untuk menyiram pokok di laman rumah.

Petang ni kalau tak hujan aku nak berkebun lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)