Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

chooti

Harini boleh bikin ka..
Aku tenung muka bermata sepet itu.  Semalam.

Sudah  petang ma. Takda orang mau bikin.

Besok?

Besok ahad ma.

Isnin?

Isnin cuti ma.

Cuti apa.

Deepavali ma.

Aiyo.. Itu deepavali rabu lah. 

Rabu ka?  Bukan monday?

Cuti.  Orang terlalu excited bila cuti.  Baik yang tua, baik yang sekolah.  Bila cakap pasal cuti pasti rasa gembira itu bertandang. Sebab cuti dikaitkan dengan tak payah pergi kerja, tak payah pergi sekolah, boleh qadak tidur, boleh pergi shopping, boleh bersenang lenang di rumah, boleh bawak famili pergi berjalan-jalan...you name it.  Sampai tak tersenarai sebab musababnya kenapa orang gembira sangat bila ada cuti.

Kakpah, cuti hari raya berapa hari?

Staf aku memang mahir pasal cuti. Masuk sesi awal tahun, mereka dah tanya pasal cuti raya. Padahal puasa ganti ramadhan yang lepas pun belum habis berbayar. Dan dari bulan januari sampai bulan december, mereka dah hafal dah cuti apa dan berapa haribulan.

Mak, sekolah adik cuti seminggu deepavali ni.

Mak ai lamanya dik.  Ramai cikgu india ke sekolah adik.

Adalah juga. 

Tapi ada juga yang orang yang tak mahu bercuti walaupun diberi cuti sebab kalau kerja waktu orang tengah bercuti, dapat overtime berganda-ganda.

Kirin kerja mak deepavali nanti.

Apasal tak cuti.

Biasalah mak. Opis kirin tu tak boleh tak ada orang.  Lagipun, welllll....

Tapi yang bestnya dan boleh dijadikan bahan gelak ialah bila hari cuti ada orang yang beriya-iya nak pergi kerja sebab dia tak tahu pun yang haritu adalah hari cuti...hahaha...

Aku? Kerja sendiri ma. Ambil cuti sendiri ma.
Tapi kalau boleh lah kan, aku nak cuti masak barang seminggu dua.  Duduk goyang-goyang kaki sambil makan buah anggur gaya cleopatra.


Saja letak gambar aiskrim.  Siapa nak resepi pergilah skodeng kat dapur aku.



ibundo

Wednesday, September 28, 2011

Macamana Cara Nak jadi Jutawan Internet?

Tengahari semalam pergi ekonsave. Pergi sengsorang saja.  Bodyguard tak bawak sebab aku keluar menyorok-nyorok supaya dia tak merengek nak ikut.

Di hall luar pasaraya tu macam-macam orang jual barang. Aku rasa meja-meja yang diletak merata-rata menyusahkan orang nak berjalan dan membahayakan kalau terjadi sesuatu umpamanya kebakaran. Aku tengok ada satu meja jual buku kanak-kanak dan video pembelajaran.  Aku lalu di tepi meja.

Kak.. ada anak kecil tak. Singgah dulu.

Aku pandang dia dan tuding jari ke muka aku.

Ada rupa macam ada anak kecil?

Dia cuma tersengih-sengih. Nasib baik faris tak ikut.   Kalau tak mesti budak tu dah ekor aku sampai masuk dalam pasaraya.

Aku percaya dia mahu mendapatkan target jualan hariannya. Aku tak salahkan dia. Mereka yang ceburkan diri dalam bisnes macam ini perlu tebalkan muka. Aku tak pandai. Upline aku yang masukkan aku dalam 4 life dah pergi melancong sana sini dan bulan-bulan dapat ribu riban.

Aku?
Dia ajak aku pergi meeting aku buat tak tahu.
Dia ajak aku pergi cari prospek, aku buat tak tahu.
Dia ajak aku pergi ikut dia pergi beli barang, aku buat tak tahu.
Yang aku tahu bila TF aku dah habis aku minta dia belikan.

Kelmarin dia sms.
Pah, neighbour kau si maria jadi member yang aktif.  Rugi kau tak sponsor dia.

Aku senyap. Dalam hati aku biarlah kalau kau dan dia nak kaya cara tu.  Aku tak sanggup.  Tak sanggup ke hulu ke hilir tinggalkan rumah. Bukan aku taknak kaya.  Nak.  Cuma cara kita berbeza.


p/s Banyak kali juga aku buat n3 seakan-akan yang ini. Tak boleh nak elak dari menyebutnya banyak kali sebab dia asek bertandang dalam hidup aku.

ibundo

Monday, July 11, 2011

Hal

Abang yang di kampung tu asek sms bila nak balik bila nak balik. Durian dah mula gugur.  Aku ni bukannya taknak balik tapi tiap-tiap hujung minggu ada saja halnya. Kalau tak hal besar, hal kecik.  Kalau tak ada hal, saja-saja cari hal sampai dapat hal.

Agak e duyan tu baghu buang busuk tu mbong. Tunggulah bia de lobek gugur e. Tolong suruh akak buekkan tempoyak yo!!

Musim durian macam ni kalau tak buat tempoyak memang tak sah.  Stok tempoyak aku dalam peti ais tu pun dah nak habis. Anak-anak aku bukannya suka sanngat makan  tempoyak ni.  Herannya kalau aku masak sayur tempoyak yang orang negri semilan cakap sambal daun kayu tu, habis pula dimakan.

Dalam kepala ni dah mula mereka-reka resepi yang boleh dikaitkan dengan durian dan tempoyak. Agak-agak kalau buat durian pie ada ke orang nak makan.  Cakap pasal resepi ni aku nak tunjuk satu projek yang aku buat sabtu baru ni. Aku sendiri terpesona tau haha..


Kalau nak tau cara nak buat, masuklah ke dapur aku. Di sana ada diceritakan segalanya.

Ingat nak cerita panjang sikit tapi terpaksa berhenti.  Ada hal.
Selamat berhari isnin.  Mesti harini orang liat nak pergi kerja kan?


ibundo

Saturday, December 18, 2010

Seram


Sedar atau tidak kita sering dibelengu oleh rasa takut. Kadang-kadang rasa takut ini membuat kita sukar untuk bersaing dengan mereka yang sudah maju ke depan.
.
.
.
.
Takut apa orang cakap

Kita selalu merasakan bahawa apa juga tindakan kita akan menjadi percakapan orang lain. Padahal orang lain tak ambil kesah pun.


Takut orang tengok

Kadang-kadang kita malas nak iron baju ataupun bila kita pergi bercuti, baju kita akan berkeronyok bekas lipatan dan kesan bertindih-tindih dalam beg. Kita rasa segan nak pakai sebab takut orang tengok. Padahal orang lain tak kesah pun nak tengok.


Takut apa orang pikir

Kita mahu buat sesuatu tetapi tidak melakukannya kerana takut apa yang orang lain akan pikir kalau kita terus melakukannya. Padahal orang lain punya banyak benda lain untuk dipikirkan.


Takut orang ketawakan

Kita takut orang ketawakan kita bila buat benda pelik-pelik. Padahal memang patut pun orang ketawa.. kahkahkah...


Takut orang tak masuk

Kita takut orang tak masuk blog kita dan baca apa yang kita tulis. Padahal memang orang malas nak masuk pun sebab kita suka tulis benda yang merapu-rapu.


Takut salah cakap

Kita takut tersalah cakap setiap kali kita bercakap. Oleh sebab itu kita berhenti bercakap dan buat-buat bisu. Padahal orang takkan terasa apa-apa kalau mulut kita tak laser.


Takut nasi tak cukup

Ini sering berlaku bila kita buat kenduri. Sebab takut tak cukup, kita masak lagi satu periuk. Padahal nasi yang kita baru masak itu tak berusik langsung pun.


Takut lauk tak cukup

Ini juga sering berlaku masa kenduri atau semasa saudara mara datang makan di rumah kita. Kita tergigil-gigil di dapur dan kejap-kejap menjengah dalam periuk takut-takut lauk tak cukup. Padahal okay je.


Takut orang tak datang

Kita masak bagai nak rak dan bersilat-silat di dapur sehari suntuk. Kemudian terjengah-jengah depan muka pintu takut orang yang kita jemput tak datang. Padahal orang memang nak datang pun dan yang datang terlebih pula dari yang kita bajet. Maka mulalah pula terjengah-jengah ke dalam periuk.


Takut tak cukup duit

Ada orang datang minta derma. Nak bagi seringgit pun tangan terketar-ketar takut nanti kita tak cukup duit sampai ke hujung bulan. Padahal seringgit je......


Takut tak laku

Kita berangan-angan nak jual roti tapi tak jadi sebab takut tak laku. Padahal belum cuba pun. Mana tahu tak laku.


Banyak lagi takut yang belum disebut. Apa kata korang tolong sambung......


p/s
Ramai yang tak takut mati. Kalau tak percaya, tengoklah di lebuhraya tu.


kakpah



Wednesday, October 13, 2010

Lunyai



Nama pun di kaki. Hari-hari dipakai. Hari-hari dilanyak. Aku bukannya macam orang, ada lima enam pasang. Kalau aku pekenan yang itu, yang itu sajalah yang aku lanyak sampai hancur.



Aku memang bermasalah membeli kasut. Memang cerewet. Sebab kaki aku bukannya muda seperti dulu. Kalau dulu boleh pakai kasut yang tumitnya tirus tiga empat inci, sekarang ni guna yang satu inci pun memanglah mencari nahas.

Pernah dulu kawan aku bagi katalog kasut. Aku ni kadang-kadang ada peel tak boleh tengok katalog. Tengok je, nak beli. Tengok je, nak oder. Aku pun beli tiga pasang. Bila sampai dan pakai, baru tahu tak selesa dan akhirnya kasut tu terperuk sampai berkulat.

Aku sekarang suka pakai kasut yang leper, selesa dan tidak runcing di bahagian depan, biar hujung kaki aku selesa bernapas. Masalahnya, kasut macam tu susah nak cari. Kalau ada pun, designnya seakan-akan sama dengan apa yang aku sudah ada.

La.. kan mak dah ada yang macam tu. Asek-asek macam tu je...

Bila anak dah sound, aku letak balik. Cari kat kedai lain pun, macam tu juga. Lama-lama aku balik tanpa kasut yang aku memang berhajat nak beli sebab kasut aku dah lunyai.

Di alamanda tu ada satu kedai kasut yang dia memang design untuk kaki yang macam aku. Kedai apa, aku dah tak ingat. Dr. foot ke hape. Aku dah pernah sarung di kaki aku. Memang selesa. Tapi bila tengok harga di tapaknya, meremang bulu tengkuk. Aku letak balik. Harga setengah ribu untuk letak di kaki. Merapu saja.

Sekarang ni tengah berangan-angan nak beli kasut. Nak pergi kl, cukuplah malas.... Kat mana ada kasut yang banyak pilihan untuk orang tua macam aku ni? Tolong !!!

Friday, September 3, 2010

Sungguh Ai Tak Sangka

Harini nak cerita pasal lain.

Minggu lepas aku ke kedai Nor di seksyen 4 tambahan. Hajat hati tu nak jumpa dia personally nak bincang pasal shooting gambar konvo. Tahun ni aku malaslah pulak nak shoot sendiri. Terasa penat sangat.

Bila aku masuk dalam kedai, ada dua orang perempuan duduk de tepi meja, hadap menghadap. Bila aku bertanya, yang menjawab adalah perempuan yang berhampiran dengan aku.

Kak Nor bulan puasa ni tak masuk kak.

O ye ke. Ingat dia ada tadi.

Aku perhatikan perempuan yang lagi sorang cuma diam dan senyum-senyum. Rambutnya lurus panjang mengurai. Kulit mukanya halus gebu. Keningnya rapi tersusun dan bibirnya mulus dicalit gincu merah. Ada sedikit lurah di dadanya yang sedikit terbuka. Cantik orangnya. Kalau ada lelaki yang memandangnya mungkin mengurangkan pahala puasa pada hari itu.

Ada hal apa kak. Kalau boleh kami bantu, kami bantu, kata perempuan tadi.

Akak nak bincang pasal photo shooting kat tadika akak. Tak apa lah.. nanti akak call Nor.

Akak ada nombor dia ke!! , celah perempuan cantik rambut mengurai, berkulit gebu, kening tersusun dan berbibir mulus dengan suara yang garau.

Auww!!! Sungguh ai tak sangka yu.....
.
.
.
.
.
p/s pagi tadi selepas subuh aku tertidur balik dalam bilik sejuk macam peti ais ini. Dan aku bermimpi kertas exam aku hilang. Aku meraung-raung mengadu pada cikgu aku yang bernama cikgooden. Apa ra...


kakpah

Thursday, September 24, 2009

I AM FROM NETHERLAND





Where did you come from


I came from Holland

So you are a Hollander

Nope, Dutch...

Ooo... bukan Belanda ke

What? blunder?

No. I said Belanda. B-E-L-A-N-D-A.

Yes..yes.. BELENDE

Berangan lah kau. Aku hempap kau gerenti terpenyek. Banyak songeh pulak.



(Those conversations were taken place somewhere in Perak between Durian Kampung and Durian Belanda)












Petang tadi kaklong anak beranak baru balik dari Kemunting. Dia bawa balik sebiji buah durian belanda. Tetiba je nak buat entry merapu.



Thursday, July 23, 2009

BELANJA Yang Membazir

Malam tadi ada dinner. Dinner kat satu restoren ni di seksyen 7. Cikgu-cikgu tadika dan AJK dijemput makan-makan. Bukan tadika aulad tapi tadika yang ada bau-bau bacang jugalah dengan kami. Ashley pun ada.





Antara menu: daging paprik, ikan siakap sweet sour, sayur campur.



Belanja orang memang murni. Tapi heran jugaklah. Kalau sebut nak belanja, mesti belanja makan.

" Jom, aku belanja kau makan"

Kita boleh telan banyak mana sangat bila makan ni . Kadang-kadang kita tak boleh habis pun benda yang kita makan tu. Dah tu, besok pagi buang. Membazir kan.


Bukan ke baik kalau ada orang nak belanja kita dia cakap macam ni..

"Jom, aku belanja kau nyoping. Kau pilih je lah apa nak. Aku bayar"

Ada sesiapa nak belanja aku menyoping???

(moral of the story : kalau tak ada idea untuk entry, buat je lah cerita merapu.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...