Siapa suka makan aiskrim goreng tapi tak tahu cara nak membuatnya.
Untuk sesiapa yang tak tahu, mari datang dekat-dekat sini tengok macamana makcik buat. Lepas tu bila dah pandai bolehlah makan aiskrim goreng hari-hari.
Bahan-bahan yang mesti ada:
Lihat gambar di atas:
Roti, botol penyembur tu , cutter dan semestinya aiskrim.
Macamana nak buat?
Mula-mula ambil dua keping roti. Penyek-penyekkan sikit. Kemudian semburkan sedikit air di atas permukaan roti. Sekali sembur saja. Jangan sampai basah kuyup pula.
Kemudian ambil satu scoop aiskrim. Letakkan di atas sekeping roti tadi, betul-betul di tengah. Roti yang sekeping lagi tu, tangkupkan ke atasnya.
Tekan sedikit di sekeliling roti.
Ambil cutter, tekan sekuat-kuat hati (haha) sehingga roti terpotong seperti di bawah.
Okay, siap. Buatlah beberapa keping mengikut selera masing-masing.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan di freezer selama tiga jam. Kalau dah tak menyempat nak makan, boleh juga digoreng tapi aiskrim akan cair. Jadi, ikut cakap sifu. Simpan 3 jam dalam freezer atau lebih.
Bila hendak makan, panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam. ( Aiskrim yang makcik goreng tu tak tenggelam sebab minyak tak cukup). Bila minyak sudah panas, keluarkan aiskrim tadi dari freezer. Goreng sekejap sahaja sampai bewarna kekuningan.
Weila.... siap!!! jom makan.. sila.. sila..
kakpah
Followers
jom klik
Showing posts with label kelas masak. Show all posts
Showing posts with label kelas masak. Show all posts
Tuesday, March 22, 2011
Monday, June 1, 2009
CUPCAKES
Tadi aku ke kelas cupcakes. Oleh sebab anak aku Imah rajin mencuba-cuba membuat kek dan cookies, aku ajak dia sekali.

Inilah hasilnya.

Acik, nanti kalau Yani nak bertunang ke, oder je lah kat kakpah ye. Boleh bagi diskaun bagus-bagus punye he he...
..................
Nak buat entry yang seciput ni je dekat sejam. Streamyx aku entah apa kena asek tak de line je. Broadband aku ni pulak lembab. Kejap kejap putus. Kejap kejap putus. Nak download gambar je berzaman. Kat sapa aku nak mengadu ni....

Subscribe to:
Posts (Atom)