Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Kami yang sering terlupa

‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)





Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri. Dan juga peringatan untuk anak-anak aku. 

Jadilah seorang yang pemurah.


Suami aku sering mengingatkan sama ada dengan perkataan atau perbuatan bahawa mulakanlah hari kita dengan bersedekah. Dan sekiranya tidak mampu untuk mengeluarkan sedekah pada pagi hari, lakukanlah ia pada bila-bila masa di sepanjang hari tersebut. Jadikanlah bersedekah itu satu amalan harian. Walaupun bentuk sedekah itu teramat luas, aku cuma menyentuh bersedekah dalam bentuk harta benda sahaja.

Beruntunglah mereka yang sering ke musolla atau ke masjid untuk menunaikan solat subuh kerana mereka berpeluang untuk bersedekah pada awal pagi. Alangkah ruginya sekiranya mereka keluar dari masjid dengan buat-buat tidak nampak akan tabung yang disediakan. Masukkanlah sejumlah wang.  Tidak ada yang kecil, beri yang besar. Ada yang besar dan ada yang kecil, berilah yang kecil (begitulah selalunya kan?). Yang penting keikhlasan.

Peluang untuk bersedekah itu banyak.  Tak perlulah kita pertikaikan kesahihan orang yang meminta. Kalau benar tabung yang dikatakan itu untuk surau, sekolah, anak yatim atau sebagainya, alhamdulillah.  InsyaAllah kita dapat sahamnya.  Tapi kalau sekiranya ia cuma satu skim penipuan (minta-minta tidak), DIA maha mengetahui. Kita tidak rugi dengan wang seringgit, dua ringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit yang kita keluarkan.

Aku sering melihat anak-anak kecil berkeliaran meminta derma sambil menghulur kalendar atau minyak angin. Kesihan aku melihat mereka diperlakukan seperti itu.

Kamu tak sekolah?

Sekolah.  Sekarang cuti makcik.

Kamu datang dengan siapa.

Dengan ustad.

Mana ustad kamu.

Dia ada menunggu di satu tempat.

Kamu sudah makan?

Belum.

Bayangkan anak kita dikerah seperti itu untuk mengutip derma dan dipandang sambil lewa oleh orang sekeliling. Hulurlah sedikit. Sekurang-kurangnya hulur sedikit wang untuk dia makan.





Dik, nanti jangan lupa campakkan beras kat laman.
atau
Nanti jangan lupa bagi burung makan.  Abang nak cepat ni.

Itu amalan suami aku yang dilakukan sejak anak-anak masih kecil. Setiap pagi selepas subuh dia akan mencampakkan segenggam beras di halaman rumah.  Burung yang berterbangan akan datang singgah memakan beras yang ditaburkan sehinggalah tidak ada seulas pun yang tinggal.  Sekiranya dia terlupa dan kami juga terlupa, burung-burung akan berbunyi-bunyi di atap rumah seolah-olah mengingatkan kami bahawa kami belum memberi mereka rezki pada hari itu.


 
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)



Sekianlah peringatan untuk diri aku yang sering terlupa ini.  Juga peringatan untuk anak-anak aku supaya menjadi insan yang pemurah dan dermawan.

kakpah

Friday, March 25, 2011

Salam Jumaat

Adakalanya kita rasa terfitnah dan meniti dari mulut ke mulut tentang perkara yang tidak kita lakukan. Pedihnya hati bukan kepalang. Resahnya rasa membuat tidur kita tidak tenteram.

Jangan kita doakan yang buruk untuk yang membawa mulut.
Jangan!!  Kerana DIA tidak menyukainya.
Mengadulah saja kita kepadaNYA. Kerana DIA maha mendengar.

Jangan juga kita doakan yang baik untuk yang membawa mulut itu.
Jangan!!  Kerana di sebalik doa baik itu mungkin jauh di sudut hati kita terselit permintaan yang tidak baik.
Ya Allah! Kau bukakanlah hatinya untuk melihat kebenaran supaya kalau terkena pada dia baru padan mukanya.  

Ini hanyalah cebisan yang aku dengar dicorong ikim pagi semalam. Ingin aku kongsikan bersama sesiapa yang tidak berkesempatan mendengarnya.





Seorang kawan menangis memberitahu aku:
Aku doakan yang tidak baik untuk kau siang dan malam. Dan bila berlaku musibah ini aku rasa amat bersalah. Maafkan aku.

Dan aku menangis mendengar kata-kata kawan aku itu.
Kerana aku tidak membuat perkara seperti yang dikatanya.

kakpah

Friday, January 21, 2011

Panggilan


Haziq!!!!!

Haziq buat tak tahu. Dia terus menguli plastersin di tangannya.

Haziq!!!!

Masih diam juga.

Pekak ke!!!! , Haikal sudah tidak dapat menahan api kemarahan.

Haikal!!!!! Tak baik cakap macam tu.

Haziq ni lah ummu. Orang panggil taknak jawab. Ternyata ada nada kesal dalam jawapannya.




.
.
.
.
.
.

Allah panggil kita lima kali sehari. Tapi ramai yang pekak atau buat-buat pekak tidak mahu menyahut panggilanNYA. Kita akan merasa marah atau paling tidak berkecil hati kalau orang tidak pedulikan panggilan kita. Agak-agak Allah marah tak.
.
.
.
.
.

Level aku ni level tadika. Cerita pun kena turunkankan ke tahap rendah supaya budak-budak paham. Rasanya mereka yang malas sembahyang dan berkeliaran di shopping kompleks semasa sembahyang jumaat, tahap pemikiran mereka pun sama dengan budak-budak lima enam tahun.


Sekian. Dah Jumaat dah hari ni. Cepatnya masa berjalan.

Friday, September 4, 2009

INGATAN BUAT DIRI YANG ALPA




9 mimpi Rasulullah saw

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a berkata, nabi Muhammad saw bersabda : "Sesunggunya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisraqkan"..

  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang menggerunkan untuk mengambil nyawanya , maka malaikat itu terhalang disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATAUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan , diselamatkan oleh BERKAT WUDHU' YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang daripada umatku dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahannam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut dari duburnya oleh malaikat ahzab tetapi SOLATNYA YANG KUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya , ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum sehingga dia puas.
  6. Aku melihat umatku cuba menghampiri kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku duduk dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT maka mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan kumpulan orang-orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya , maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya lalu berbicaralah mereka dengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW "SAMPAIKAN PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



Aku copy entry ini dari rumah mamasal dengan izinnya untuk dikongsi bersama rakan yang lain.

Friday, August 7, 2009

SUJUD SAJADAH



سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ،
بِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ

Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)




Solat subuh pada setiap hari jumaat, suami akan membaca ayat sajadah dan membuat sujud sajadah. Bagi sesiapa yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sajadah, aku petik dari desertasi ustaz Iskandar Zulkarnain mengenainya.


"
Sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud sajadah.

Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud sajadah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.

Dalam tertib sujud pula disunatkan bertakbir sebelum sujud dengan tidak mengangkat kedua tangan dan hendaklah memelihara adab ketika sujud seperti mana sujud dalam solat. Bacaan yang disunatkan dalam sujud sejadah ialah Allahumma laka sajdtu wa bika aamantu, wa laka aslamtu, sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sawwarahu, wa syaqqa sam'ahu wa basarahu wa quwwatihi, fa tabarakallahu ahsana al-Khaliqin.

Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut; pertamanya suci daripada hadas kecil dan hadas besar, keduanya; menutup aurat, ketiganya; berniat untuk sujud sajadah, keempatnya; menghadap kiblat, kelimanya; takbiratulihram dan takbir bagi sujud, keenam; memberi salam.

Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan:
SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar
.
"





Ramai yang tidak mengetahui tentang sujud sajadah ini. Semasa di Madinah dan juga di Mekah, iman selalunya akan membaca ayat sajadah pada subuh hari jumaat. Aku perhatikan memang ramai ma'mum yang tidak sujud bersama imam semasa imam sujud tatkala bacaannya sampai pada ayat sajadah. Mereka yang tahu, akan turun sujud. Mereka yang tidak tahu agaknya teragak-agak sama ada mahu rukuk atau sujud bersama mereka yang turun sujud. Yang rukuk lebih ramai daripada yang sujud.

Orang Malaysia sendiri ramai yang tidak tahu. Orang dari negara lain yang tidak tahu berbahasa arab macam kita, pun tidak tahu juga. Sekarang ssudah tahu, kenalah buat.

Friday, July 3, 2009

PAHALA SEORANG PEREMPUAN

KELEBIHAN WANITA



Sebagai renungan bersama pada hari jumaat ini, mari kita berkongsi maklumat yang aku dapat dari pakcik google. Perempuan ni nak dapat pahala, senang. Kita saja yang selalu lupa.


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...