Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Joging dan Fotografi

Sebelum aku keluar berjoging pagi tadi, aku berpesan pada bibik;

Keluarkan burung puyuh dari freezer. Biar nanti aku balik dia dah nyahbeku.

                                                                Ini bukan burung puyuh.  
 
Pagi tadi aku berjoging bawa kamera. Burung ni aku snap semasa dia tengah termenung membatukan diri di dalam air yang hanya menenggelamkan separuh kakinya. Dia cuma duduk di situ tidak bergerak-gerak. Muncungnya yang tajam itu bersiap sedia untuk mengepit ikan yang berenang-renang di situ. Ada sesiapa tahu apa nama burung ni?  Aku tak tahu.




Dari tasik nampak bangunan warta.  Warta sudah berkubur tetapi namanya tetap disebut-sebut sampai sekarang, walaupun sudah diambil alih oleh Bintang dan diambil alih pula oleh Gergasi. Di depan bangunan inilah aku menyaksikan accident tempoh hari.
 
Bila berjoging di tasik cempaka ini, aku nampak ramai orang.  Ada orang yang aku kenal. Ada yang tak. Ada yang berpakaian sopan.  Ada yang bertudung tapi telanjang. Susah nak cakap.
 
Tadi aku ternampak upline aku yang jual 4Life itu sedang bercakap-cakap penuh perasaan dengan sekumpulan makcik-makcik.  Aku menonong buat-buat tak nampak sebab aku malas nak melayan dia yang bercakap tidak tahu nak berhenti. Aku syak mesti dia sedang cari downlines.




Selesai joging, aku dibelanja makan di MZM corner. 


 Bankuong

 
dan kuetiau sup champa.

.
.
.
.

Sampai di rumah aku dapati burung puyuh aku masih beku dalam freezer.  Hari ini mood aku baik.  Aku tak naik angin.

Sekian.

Wednesday, January 26, 2011

Pening Bertambah Pening

Salam.

Dah dua tiga hari hidung ni sprott sprett sprott sprett. Makan panadol dua biji, hilang. Lepas tu datang balik. Kalau datang siap dengan sakit kepala, aku telan lagi panadol dua biji. Hilang. Macam tu lah kerja aku dua tiga hari ni.

Dari pagi kepala bengang semacam. Sampai tengahari badan dah tergigil-gigil. Sebaik habis solat zohor, aku ngap lagi panadol dua biji. Baring-baring sambil tengok ulangan biggest loser, entah bila masanya yang tv tu pulak tengok aku.

prrannggg....... prrenggggg..... prrannggg....... prrengggggg...

Aku terkejut, terperanjat terus terduduk sambil cuba nak adjust otak yang masih mamai. Aku tengok luar dah terang benderang. Sah sah aku dah terlepas subuh dan tak ada siapa yang kejutkan aku. Aku tengok jam. La.. pukul tiga petang rupanya.



Aku terus ke tingkap melihat bunyi yang buat aku terkejut.




Patutlah bising sangat. Diorang main campak je papan dan kayu tu ke atas lori.




Dah banyak bulan dah aku ni kena sabar dengan bunyi bising dari rumah depan yang sedang dibena ni. Kalau tengok daripada rangka rumah ni, agak-agak berapa bulan lagi boleh siap.



Bukan apa.. takut aku meroyan je...

Tuesday, December 28, 2010

Ninety-nine point nine

Allo cigu!! Buku belum sampai la cigu..

Ayya.. apasal lambat. Aku perhatikan apek yang duduk didepannya kejap2 memandang aku kejap2 memandang ke lengan aku.

Lagi dua tiga hari la cigu mari. Mesti sampai punya..

Kasi fotostat ini dulu la. Aku hulurkan beberapa keping kertas dan nyonya itu menjerit:

Tina!!! kasi fotostat ini cigu punya dulu!!!!!

Apek itu masih juga pandang2 ke lengan aku.

Cigu! Sikarang 'a cigu, orang tak da simpan uwang lagi. Mahathir cakap 'a cigu, tak mau simpan uwang. Simpan emas. Tapi 'a cigu, emas yang cigu pakai takda untung. Kalau jual, cigu ruuuugi wo.

La, patut la asek pandang lengan aku. Rupanya nak jual minyak. Aku tengok dia dah mula buka fail.

Ini emas 'a cigu, sambil menuding kepada gambar seketul emas di dalam failnya, 99.9 punya emas. Beli seratus gram 'a cigu harga baru 17,000. Masa you beli you kasi tahu mahu enam bulan ka mahu satu tahun. (jangan tanya aku apekebendanya 6 bulan ka satu tahun ka. Aku pun tak tau.)Nanti bulan bulan you dapat untung 350 ringgit, enam bulan ka atau satu tahun ka. Katala you ambil enam bulan. 350 ringgit multiply enam bulan, sudah berapa banyak you untung.

Sikarang saya tanya you 'a cigu. You punya gelang kalau jual boleh dapat itu harga you beli ka. Aku diam terkebil-kebil.
Mana boleh maaa.... Tapi ini emas 'a cigu, you beli 17,000 kalau you jual pun you dapat 17,000 juga maaa..

Seronok juga ni kalau ada duit 17,000. Boleh beli emas seketul buat pelaburan. Ish.. merepek je kau ni kakpah. Duit nak beli buku ni pun kau korek sana korek sini.

Err.. mrs Seoh.. Nanti buku dah sampai call saya 'a....
Err.. mr... lainkali kita cerita lagi 'a. Mau cepat la.

Wokey..wokey..
Wokey..wokey..

Semasa aku melangkah keluar dari kedainya, nyonya itu sekali lagi terjerit:

Cigu!!!! kalau mau beli emas kasi tau sama saya 'aa..


Aku angguk-angguk dan teringatkan tujuh belas ribu rupiah yang ada dalam simpanan aku.


p/s
Yang pindah ke rumah baru hanyalah perihal tadika. Rumah ini aku kekalkan sebagai rumah santai dan lepak-lepak.



Sunday, December 19, 2010

Penunggu


Sudah bersiap-siap dengan tshirt muslimah, seluar trek coklat dan tengah menyarungkan stokin bila hasben naik ke atas dan memberitahu,

Drizling outside.

Habis? Aku terhenti menyarungkan stokin.

Kita ronda-ronda je lah dalam kereta.

Begitulah bermulanya pagi setelah solat subuh, mengambil breakfast ringan sekadar mengalas perut dan meround sekejap di alam maya. Jam baru menunjukkan angka tujuh pagi. Kami berdua (ya.. bila anak-anak sudah besar, kami kembali berdua seolah pengantin baru yang berbulan madu) menaiki kereta tanpa hala tuju. Tujuan untuk berjoging di taman tasik terbantut.

Akhirnya aku berhenti sebentar membeli tulang lembu di pasar tani. Asalnya memang aku mahu membeli tulang tetapi bila tulang hanya semata-mata tulang, aku membeli sedikit daging. Bila ternampak sayur-sayur kampung, beli pula pucuk paku, pegaga dan daun kunyit. Begitulah perempuan. Dan perempuan itu aku. Kalau ke kedai, asalnya mahu membeli satu penyudahnya jadi sepuluh.

Pengakhir perjalanan kami pagi tadi ialah di kedai kampucea. Kelihatan yati anak beranak sudah ada di sana menjamu selera.

Aik!! bukan ke semalam kau baru ke sini yati.

Nak rasa nasi sup pulak. Kakpah kata sedap.

Aku dan hasben seperti biasa makan bankuong i.e sedikit mihun, udang dan carrot digulung dengan rice paper dan dicicah dengan sosnya. Kami selalu minta sup tambahan. Satu sarapan sihat kalau dibandingkan dengan nasi lemak dan roti canai.


Rancangan aku hari ini? Sebenarnya aku teramat boring dan terasa amat tertekan dengan kerja. Cuti sekolah berlalu tanpa ke mana-mana. Hari-hari dari pagi sampai ke lewat tengahari aku di tadika. Aku selalu bayangkan aku sedang main baling-baling snow dengan ina di glasgow. Jadi, untuk membunuh rasa boring ini aku ingin jalan-jalan jamu mata aku di alamanda. Tapi..


Semalam pasir dan batu sudah sampai di tadika.

Cikgu!! besok (hari ini) orang saya datang buat tapak.

Betul ke datang?

Betul!!


Rancangan aku mahu ke alamanda terbantut juga. Orang dah janji nak datang. Kita kena tunggu. Kalau tak tunggu dan nanti dia datang kita tak ada, dia tak tahu mana nak letak mainan tu. Aku tunggu. Dari pagi selepas balik meronda dengan hasben aku tunggu. Sampai sup tulang aku masak, aku tunggu. Sampai aku terlelap-lelap depan tv, aku tunggu. Sampai asar aku tunggu. Sampai maghrib dah masuk batang hidung tak nampak jugak.

Menyesal aku tunggu. Kalau aku ke alamanda mungkin dapat aku rembat kasut sepasang.


kakpah


Friday, November 26, 2010

Mabuk Kupi



Husband aku pagi-pagi buat nescafe. Aku buat teh je. Pagi tadi teragak pula nak minum nescafe sebab tak tahan dengan bau harum yang aku hidu. Aku dah tau dah, kalau aku minum nesc nanti kepala aku weng weng.

Masa aku drive pergi kajang, aku dah rasa semacam. Rasa loya pun ada. Nak nak bila aku mendaki tangga mpkj . Tapi aku tahan dan larikan fikiran aku pada benda lain.

Urusan. Kena buat segera dan ada lagi beberapa urusan yang berbaris menunggu. Namun urusan aku di mpkj tak selesai sebab aku lupa nak lampirkan kertas belakang ssm. Dengan rasa mengutuk diri sendiri aku balik ke rumah semula untuk mengambil apa yang tertinggal.

Semasa memandu pulang, dari jauh aku nampak lampu traffic light hijau. Aku tekan break perlahan-lahan untuk memberhentikan kereta. Kereta di belakang aku membunyikan hon.
Ye la..ye la.. aku tau lah aku silap.
Apa hal la pulak aku berhenti kat lampu hijau.

Ni mesti sebab mabuk kopi ni..

Sunday, August 8, 2010

Tetamu

Salam.




Semalam semasa melayan tetamu istimewa ini, loceng gate berbunyi. Aku keluar menjenguk dan ada seorang lelaki tercegat di depan gate.

Prof suruh datang ambil cek.

Baru aku teringat sampul surat yang terlekat di peti ais yang diletakkan suami sebelum dia bergerak ke melaka. Untuk kesahihan, aku bertanyakan namanya dan dia menjawab;

Romainoor


Dan dengan sepontan pula aku bertanya;

Ummi Kalthum tak datang sama ke

Aku lihat senyumnya melebar hingga ke tepi telinga.

.
.
.



Aku teringatkan:

Latipah Omar - kawan satu universiti
Sarimah - bekas staff aku
P.Ramli - bapa kepada staff aku
A. Romzi - kawan satu universiti
Normadiah - kawan ingat-ingat lupa


Kepada tetamu istimewa aku, terima kasih kerana deliver pentol sampai ke rumah. I lap u. (Malu sebenarnya bila dipanggil akak sebab aku 22 tahun lebih tua daripada kamu).

Harini kenduri bakso hehe..

kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...