Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Tragedi Hari Ibu

Kertas yang membalut Ferrero Rocher itu aku buka.


Terima kasih kepada basyir kerana menghadiahkan emak coklat yang tak semua orang sanggup nak beli sebab harganya yang mahal. Apatah lagi kamu yang masih mengharapkan duit poket dari emak dan ayah.



Ulang semula.  Kertas yang membalut Ferrero Rocher itu aku buka. Dan setelah melihat bebola coklat yang sepatutnya sedap, rangup dan mencair di dalam mulut, aku cepat-cepat membungkusnya semula.  Aku masuk bilik imah.  Dia tengah mengadap laptop.

Imah.. cuba tengok ni.
Aku buka semula pembalut Ferrero Rocher dan menunjukkan pada imah.

Imah terjerit, eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

Basyir!!!!!!!!, imah menjerit lagi meneriak nama basyir. Tergopoh gapah basyir keluar dari biliknya.
Awak beli ni kat pakcik amos yang femes tu ye.   Pegi pulangkan balik.  Mintak yang lain.

Aku malas nak kepoh-kepoh.  Aku cakap, tak payahlah susah-susah nak pergi ke alamanda tu cuma nak komplen kat pakcik amos yang femes tu.

Kena pulangkan balik mak!!  Kita ada hak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Kalau korang? Cer citer.


kakpah

Monday, May 10, 2010

Material and non-material

Semalam matahari seakan segan mahu menunjukkan diri. Tapi dalam cuaca agak nyaman itu aku sempat menghabiskan 45 minit memusingi stadium seksyen 15 dan setengah jam lagi mengisi perut yang lemak-lemaknya belum sempat pun mencair. Secawan besar nescafe dan semangkuk nasi bubur sup menyelinap kerongkong dan terus mendap ke dalam usus. Aku memandang ke arah stadium dari tempat aku menghirup nescafe dan memerhatikan anak-anak taski Abim beriuh rendah dalam acara sukan mereka. Lega kerana acara sukan tadika aku sudah selesai.


Hari ibu aku sambut dengan irama ketukan lesung batu, desiran bahan penumis, geseran pinggan mangkuk. Semuanya bersatu dengan simbahan air tangan aku. Anak-anak mengajak aku bersenang-senang di alamanda tetapi aku ada tetamu yang perlu diraikan. Dan dalam hujan yang turun setelah diberi amaran sejak pagi lagi, anak buah aku sampai bersama anak-anaknya. Kami makan tengahari bersama-sama berlaukkan pucuk paku udang galah masak cili api, tenggiri asam pedas dan sudah pasti tidak ketinggalan telur goreng mata kerbau.


Aku tidak pasti bila hari ibu mula diraikan. Semasa aku kecil sehingga menginjak remaja malah sehingga aku berkahwin, aku tidak pernah kenal dengan hari ibu. Tidak pernah aku menghadiahkan emak dengan kuntuman mawar merah. Tidak pernah aku hadiahkan emak dengan kek yang siap tertulis selamat menyambut hari ibu di atasnya. Memang tidak pernah. Tapi itu tidak bermakna aku tidak ingat pada emak. Tidak pula bermakna aku tidak sayang pada emak. Tidak juga bermakna aku tidak mengenang jasa emak yang membesarkan aku. Sebab emak aku lihat sebagai orang yang tersangat istimewa bukan pada hari tertentu sahaja.

Hanya di tahun-tahun akhir emak, apabila media sering bercerita tentang hari ibu, barulah aku tergerak membelikan emak kek dan mak hanya makan sepotong. Selebihnya terperosok di dalam peti ais.


Sebagai seorang ibu, aku tidak perlukan hadiah berbentuk material. Hadiahkanlah ibu dengan menjadi anak yang mendengar kata, melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Anak-anak yang berjaya dalam hidup di dunia tanpa melupakan amalan untuk akhirat akan menyejukkan hati ibu. Dan seorang ibu memerlukan doa anak-anaknya semasa keseorangan di alam barzah.

Anak-anak, bagilah emak hadiah itu setiap hari.

Sekian.
(Terima kasih kirin sebab belanja mak makan salmon steak)

kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...